Sha's connection

Wednesday, December 28, 2011

CHICKEN CHOP & BIG APPLE DONUT

Huarghhh..malam ni tetiba rasa nak makan chicken chop kemudian big apple donut lak..kebetulan tengah SMS ngn si dia, terus bagitahu kat si dia...rasa nak makan chicken chop lah....


"Bila?" Dia tanya


"Hah?"


"Nanti balik kampung ke?" Soal dia lagi


"Yalah, ada tak kat kampung?"Soal ku lagi


"Ada dekat &^#^^#" Dia reply mesej....


"Kalo kat situ mesti ada big apple donut kan b?" Aku teruja dah...hahahahaha


"Ada...balik nanti kita p makan ok" Dia jawab SMS tu...


huwarghhhh bestnyaaaaa....... rasa tak sabar nak balik kampung nak menikmati kesedapan chicken chop dan big apple donut kegemaranku ni......pastu dapat makan dengan si dia lak tu...yum..yummm.....


 Uwarhh...ini adalah last chicken chop yang aku makan pada bulan september yang lalu, dah lama dah....sedap gile.....makan pulak dekat hotel..pergh..rasa macam vouge pulak..hahhahaa.


Inilak big apple donut yang aku tempah sebab dah teringin sangat....yang silapnya aku tempah "one oreo" dan "say cheese" tapi dapat "californian almond" dengan "presendental sweet" nasib baik big apple ni donut kegemaran aku kalo tak memang aku mengamukla sebab orang tu silap bagi tempahan..hahahahhaaa


uuuuu tak sabar nak balik kampung nak makan chicken chop n big apple donut ni dengan si dia yang tersayang lorh..........

Monday, December 26, 2011

HANTU KAK LIMAH MEMANG WUJUD

Korang ada baca paper sinar harian bertarikh 25 disember tak? paper tu melaporkan beberapa keluarga dekat  Marang Terengganu diganggu oleh hantu Kak Limah...bukan hantu Kak Limah dalam cite Mamat Khalid tu tapi betul2 ada hantu punya..... mereka menggelarkannya hantu kak limah sebab gayanya yang berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik lusuh (beritahu orang yang dah tengok)


Huii macam seremla pulak ketiak ni....malah 5 sekeluarga dari kampung Termiang, Pengkalan Berangan itu dikatakan hidup dalam ketakutan sejak seminggu kerana diganggu jelmaan misteri itu. Dikatakan wanita misteri itu sering menjelma dan dilihat merayau-rayau di beberapa buah rumah di kawasan itu, dan kelibatnya sempat dirakam oleh salah seorang penduduk kampung tu...ni tengok kat bawah imejnya :


Keluarga kat situ cakap lembaga tersebut berpakaian batik lusuh dengan rambut panjang paras pinggang, sering merayau dari waktu malam hingga ke subuh sebelum menghilangkan diri lebih menyeramkan  Mazlan Ali,55 mengatakan dia mendengar sendiri lembaga tersebut menjerit meminta tolong. Pak cik Mazlan juga mengatakan mereka diganggu oleh lembaga kak limah ni selepas dia membawa pulang beberapa keping papan dan tiang dari rumah pusaka arwah ayahnya untuk dijadikan dinding pada rumah anaknya, sejak itu mereka dihantui oleh Kak Limah itu yang sering muncul malah turut "mengusik" dengan mencakar2 dinding rumah itu namun bila mereka turun untuk melihat tiada sesiapapun di bawah. 

Bagaimanapun Imam kampung tersebut, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-quran dan bersolat dengan lebih tekun lagi serta mengadakan solat hajat bersama penduduk setempat, mudah-mudahan perkara itu dapat diatasi.....insyaALLAH....aduhhh seremnya....

Sunday, December 25, 2011

KUBUR RAHMAT BERAIR


Hari itu Ezad dan Johan Shaari dikejutkan dengan berita kematian sahabat baik mereka yang meninggal disebabkan oleh kemalangan motosikal ketika pulang dari membeli buah tembikai susu yang dipesan oleh ibunya. Mereka bagai tidak percaya kerana baru semalam mereka berbual dan bergurau senda dengan Rahmat, tapi hari itu Rahmat sudah tiada lagi.

Maka cepat2 Ezad dan Johan menuju ke rumah Pak cik Hassan, disitu orang sudah ramai berkerumum dan saudara-mara sedang menangisi pemergian Rahmat. Ezad dan Johan dengan hati yang sedih turut mengangkat turun mayat Rahmat dari van jenazah, mereka melihat mayat Rahmat buat kali terakhir. Sedang orang ramai bersedih dengan pemergian Rahmat datang seorang kanak-kanak menyampaikan berita bahawa Pak Majid si penggali kubur tiba-tiba terkena cirit-birit dan terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Habis macamana ni bang Hassan? Nak tunggu Majid ke?" Soal Khamis, adik ipar pak cik Hassan

"Entahlah, kita cakap nak kebumikan lepas asar nanti, sempat ke tidak kalau nak tunggu Majid?" Soal Pak cik Hassan

"Kalau macam ni, biarlah saya ke kampung sebelah minta bantuan che man" Kata Khamis

"Eh, tak payah bang Khamis..biar kitorang sajalah yang gali kubur arwah ni sebab kami bertiga sudah berkawan sejak dari kecil lagi" Kata Ezad datang menyampuk

"Betul kata Jad tu bang Khamis, pak cik Hassan biarlah kami berbudi buat kali terakhir untuk arwah Rahmat" Kata Johan.

"Macamana bang Hassan?" Soal Khamis

Pak cik Hassan mengangguk dalam linangan air mata, terharu betul dia dengan kedua-dua anak muda itu dan segera dia memeluk anak-anak muda itu erat.

Selepas zohor, maka berangkatlah Johan dan Ezad ke tanah perkuburan untuk menggali kubur arwah Rahmat, mereka menggali berdekatan  dengan rumah abang Haron kerana kawasan itu lebih teduh dan redup dibayangi pokok ketapang yang rendang, gali punya gali punya gali tiba2 lubang kubur itu dipenuhi air. Wajah Ezad dan Johan mula berubah, air yang berselut itu semakin naik dan naik membuatkan Ezad dan Johan terus melompat naik ke atas.

"Tak boleh jadi ni Jad..ada sesuatu yang tak kena ni..kau pergi panggil pak cik Hassan" Kata Johan kerana dia mulai takut, dia sudah terlalu banyak mendengar kisah2 balasan ALLAH kepada hambaNya yang ingkar tapi dia yakin Rahmat seorang pemuda yang sangat baik tapi kenapa kuburnya keluar air?

Di rumah pak cik Hassan, Ezad berlari termengah-mengah menceritakan hal itu secara berbisik maka pergilah beberapa orang melihat kubur yang telah digali itu,memang benar bagai yang dikata oleh Ezad. Kubur itu telah dipenuhi air selut, semua yang ada mula menggelabah. Pak Cik Hassan mula rebah, memikirkan adakah arwah anaknya pernah melakukan sesuatu di luar pengetahuannya.

Sedang masing-masing kecoh di tanah perkuburan itu, datang abang Haron bersama Majid si penggali kubur.

"Patutlah rumah aku tak ada air, korang cangkul batang paip tu kenapa?" Abang Haron memandang Ezad dan Johan

"Hah? Batang paip?" Semua yang ada memandang ke arah Ezad dan Johan

"Err...ka..kami.."Ezad dan Johan terpinga-pinga.

"Kan dah tanda ni, kat sini tak boleh gali kubur sebab ada batang paip, tak pepasal korang cantas..tengok air dah penuh dalam lubang kubur ni, siapa nak turun balutkan batang paip yang pecah ni?" Soal Majid seraya menunjukkan signboard "dilarang menggali kubur disini"

"Er..."

"Hai, inilah kalau orang muda buat kerja, terpaksalah aku yang baru lepas sembuh cirit ni juga yang gali kubur lain" Kata Majid sambil mencapai cangkul dan berlalu bersama beberapa orang kampung yang membantunya.

Pak cik Hassan merapati Ezad dan Johan lalu menyekeh kepala dua anak muda itu

"Kau berdua ni buat saspen aku je!" Katanya sambil mengurut dada

"Sorrylah pak cik" Ezad dan Johan tersengih sambil menggosok kepala mereka berdua, sambil itu mereka memandang Abang Haron yang datang kembali bersama getah dan gam paip untuk membaiki paip yang bocor itu.
Sekian.

BUDAK 2 TAHUN HISAP ROKOK 40 BATANG SEHARI

Korang percaya tak yang budak lelaki tu baru berusia 2 tahun tapi dia menghisap 40 batang rokok sehari? MasyaALLAH.... rasa macam terlalu pelik....tapi memang wujud dan ada...dan ianya berlaku di Indonesia, kasihan sekali aku melihat budak tu....dia telah ketagih dengan rokok itu, dikatakan kalau dia tidak mendapat rokok dia akan mengamuk, menjerit dan menghantuk2kan kepalanya ke dinding, jadi ibu dan bapaknya terpaksa menurut kehendakknya dan menghabiskan RM24 (ikut kiraan RM Malaysia) sehari untuk membelikan rokok kepadanya.


Cuba korang bayangkan anak kecil yang baru berusia 2 tahun...yang belum tentu mampu berbahasa, apa lagi mampu berfikir...sudah menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari!! cuba korang fikir sejenak?? dan buat korang2 yang dah dewasa tu berapa banyak rokok yang korang hisap, sampai 40 batang sehari?


Kalau korang nak tahu budak ni start hisap rokok bila ayah dia ( bapak merem) memberikannya sebatang rokok ketika dia berusia 18 bulan time tu, dan lagi sedih bapak dia ni leh cakap pula


"Anak saya nampak sihat je, saya tak nampak apa2 masalahpun kat dia!"


Cuba korang baca ayat tu, usahkan berulang kali, baca sekalipun dah sakit hati tahap gila babeng (sorry, bahasa kasar)


Kalo korang nak tahu juga. sebenarnya keadaan budak kecik tu (Ardi Rizal namanya) dah tak macam kanak-kanak lain yang seusianya, wajahnya tak menampakkan dia berumur 2 tahun! dia kelihatan seperti orang tua disebabkan kesan rokok tersebut. Kat bawah ni adalah Ardi Rizal yang menjadi kanak2 termuda sebagai penghisap rokok tegar.....



 Tengok gayanya memegang rokok sudah seperti seorang yang sudah dewasa...... cukuplah aku letakkan 2 keping sahaja gambarnya kerana aku tak sanggup nak tengok dan letakkan gambar2nya yang lain, rasa sedih sangat2 bila tengok orang2 di sekeliling dia tersengih je tengok dia hisap rokok, lepas tu bagi2 rokok kat dia...sedih sangat....



Kasihankan anak comel seperti ni menjadi mangsa kecetekan ilmu mak bapak......


Tapi, alhamdulillah berita terbaru dikatakan Ardi Rizal sudah dapat mengurangkan tabiat merokoknya apabila ibunya membawanya berjumpa dengan seorang terapi dan sejak berjumpa dengan pakar terapi tersebut dia tidak lagi meminta-minta rokok seperti kebiasaannya. So, sama2lah kita doakan agar adik Ardi Rizal ni sembuh dan sihat walafiat.


P/S- anak tu anugerah dari ALLAH, seperti kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya.. Kalau dicorakkan hitam maka hitamlah...didiklah anak2 mu dengan sempurna kerana ianya akan dihisab di akhirat kelak.

Saturday, December 24, 2011

ISLAM DAN HARI KRISMAS


Esok 25HB Disember 2011...upss...1.38 A.M suda...means hari ni lah kan?? tapi tau tak korang apa itu krismas?? Krismas menurut istilah adalah perayaan hari natal atau pesta kelahiran tuhan jesus...


Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Jesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. 


Kalo korang nak tau sebenarnya tarikh perayaan  25 Disember telah disambut  sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh sebab agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana mubaligh2 agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama tersebut pada masa tu dan akhirnya, pada tahun 350 M,  Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasmi  yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.



Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam??
Islam adalah agama yang menggalakkan penganutnya berkasih-sayang serta hormat menghormati dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza-beza. Tetapi islam tetap meletakkan HAD dan SEMPADANnya apabila sesuatu perkara itu boleh menjejaskan akidah penganutnya.  Kalau ikut makna istilah maksud christmas itu adalah pesta kelahiran tuhan jesus (Nabi Isa) tetapi tarikh 25 disember bukanlah tarikh kelahiran nabi Isa..Nabi Isa telah dilahirkan pada musim bunga atau musim panas kerana dalam firman ALLAH SWT: 


Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)


sedangkan mereka mengandaikan Nabi Isa dilahirkan pada musim sejuk atau hujan. Tarikh 25 Disember itu sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang2 Romawi kuno .
.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel”->“Tuhan menyertai kita”. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali penganutnya untuk terlibat dan turut serta dalam apa jua bentuk sambutan hari krismas sama ada secara langsung atau tak langsung walaupun hanya dengan dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.


Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti FirmanNYA:


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran" (Quran 5:2)


Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya:-


"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu"-Riwayat Abu Daud


Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.


NAMA TERBESAR DI AL-FUTAISI ISLAND

Korang pernah dengar tentang Al-futaisi island tak?
Al-futaisi Island ni terletak dekat Abu Dhabi..sebenarnya bukan pasal island tu yang aku nak cakap tapi pasal  tanda nama yang ada kat pulau tersebut yang mana tanda nama tu memang besar gilalah...
Besar tak besar tanda nama tu sampaikan boleh nampak dari satelit..pergh.....berapalah gamaknya duit yang habis untuk buat tanda nama besar macam tu....?
Tapi tak kisahpun sebab yang buat tu adalah salah seorang jutawan yang terkaya di Abu Dhabi iaitu Sheikh Hamad bin Hamdan AL-Nahya .

Sheikh Hamad  telah membuktikan kekayaannya pada dunia dengan mengukir namanya di pulau tersebut, cuba korang bayangkan nama HAMAD diukir sebesar-besarnya hingga jarak alphabet H dengan D adalah sejauh 2KM, humang aih.........jauh tu...


Hah, ini adalah gambar dari pandangan satelit yang diambil kat pulau tu...nampak nama dia tu... dan yang kecik kat sebelah tu adalah tuan empunya nama tu.....
kalau dah terlampau kaya, memang dah tak tahu nak buat apa dah...
sampai di ukirnya nama besar2 sampai boleh lihat dari satelit kot..
fuyoo...lepas ni gamaknya boleh tersenarai dalam beberapa keajaiban dunia lak...
Buat korang yang nak tengok sendiri korang leh search dekat google maps or google image ok? korang taip je al-futasi island...
otometiknya akan keluar gambar2 ni, dan korang boleh tengok sendiri.

Friday, December 23, 2011

TIPS BAHAGIA BERCINTA


Kali ni entry terbaru aku adalah tips bahagia bercinta, tips ni bukan untuk pasangan yang tengah couple je tapi untuk yang dah bertunang dan yang dah kahwin... tips ni telah diberikan secara berkesan oleh Dr. Sha Comey
so, dah ready nak baca tips2 nya?


1. Kalau bergaduh Jangan sumpah-sumpah pasangan anda.
Macam yang kita tau, ada setengah pasangan asal gaduh je habis binatang dalam hutan disebutnya tak cukup dengan tu ditambah lagi binatang yang kat zoo pulak, binatang yang disebut pula adalah binatang yang kena samak pula tu..hai apa nak jadi..kan tak elok tu, kalau nk tak tahan marah sekalipun nak menyumpah sehingga membandingkan pasangan dengan binatang sekalipun, bagilah binatang yang cerdik sikit, rasa cerdik juga pasangan tu....macam sang kancil ke.... hahaha


2.Kalau bergaduh sekalipun, kekalkan panggilan masing2
Macam yang kita tau, ada pasangan bila bergaduh je,panggilan-panggilan manja seperti honey, bee, sayang, baby semua dah hilang dah....apa salahnya kalo marah sekalipun terus gunakan bahasa2 manja tu cth: "honey kau curang dengan baby, kau kejam!!" sambil2 bagi pelempang dekat pasangan dan pasangan lak jeritlah "baby" sambil pekup muka tak nak kena pelempang. 


3.Kalau dapat anak, teruskan guna panggilan asal
Kat sini, macam yang kita tau pasangan yang dah dapat anak biasanya akan tukar panggilan dia, kalau dulu sebelum dapat anak cayang, bee.... bila dapat anak je, ayahnya..maknya......macam tak best langsong.... rasa macam.....somethinglah...so... kalau dapat anak sekalipun tak salah terus panggil cayang, bee..abang, honey.... takkan dengan anakpun nak malu kot?


4.Masa tengah hot bercinta jangan terlalu membongkar rahsia
Maksud dia.... jangan terlalu membongkar rahsiamu 1oo% , setakat 70% okeyla, ini ada kurap dekat pahapun nak bagitahu dekat GF/BF lepas tu bila dah clash.....semua cite di jajanya...kan malu masa tu...so ingat2 sikit when sharing something personal....kecuali kamu berdua dah betul2 sah


Kata DR.Sha Comey lagi, kalau nak percintaan tu kekal bahagia...amal-amalkanlah tips ni, bukan susah pom..senang sangat2 macam makan nasik je...hehhehe....

Thursday, December 22, 2011

KISOH AMING


Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi. 

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye tengok dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..
Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.
Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.
Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.

Mase tok imang tubik dari sejid nok ambek lipar, abang ye tunjuk ke aming guane rupe tok imang, Aming cerat molek, paka serbang macang bakul, paka juboh serebeh, paka spek mate awe-awe itang, misa nipih siak, janggut panjang jengong. Koho abang ye ngusik, tok imang nok ambek Aming, koho ye takutan. Peluk kemah keming ayoh ye, dok lepah-lepah.

Tekkang ayoh Aming, nok kilah kain hok sellok takdi lagi, nok ambek lipar cap beng teng Aming lagi, nok gaga kuci kete lagi dalang kocek. Macang orang ngandung lah pulok sebab aming dok gatung depang. Nok gohek kete pong dok leh, dok gendong gitu ah depang stereng. Puah ayoh ye pujuk, gitu gining, dok makang siku gok.Nok dok nok , ayoh ye tebeng gohek gok kete dia koho-koho. Aming pulak sebek, sok sek lagi bunying. Jebek muke-muke, dok tekek nge ayoh ye. Pale macang nok masuk dalang baju ayoh ye. Nge ingus, nge air mate, nge air idung, nge air lior, penoh jeluah di baju ayoh ye. Ayoh ye pulok , lengoh gok ah pehe, serebang kaki-kaki duk gendong ke Aming.

Kete pulok skali gi bira, skali gi tengoh, bewang-bewang kiri kanang macang ulo lari masuk dalang rok. Kete blakang dok tau ah, ping-pong,ping-pong, tekang ke hong. Doh, gohek kete doh ah koho, pah tu bewang pulok, maroh ah orang alik lakang. Parok ah gining. Molek je kete ye gi bira, pitah kete laing dari blakang nung, dang gi saoung “Guane boh, bawak kete ke, bawok keh”.
Hija muka ayoh ye malu. Rase nok nusuk bowoh kuseng kete je. Mari pulok hok laing ,soung lagi ,
“mende bawok kete gining ee, kete labbi laju agi.”
Biru stor pulok muka ayoh ye, wase nok masuk dalang desbok pulak. Ayoh ye, nok dok nok ,wat isyarat mulut, mucung ke Aminggg pah tu wat muke sebek tiru muke Aming. Drebar sebeloh ngangguk-ngangguk wat pahang, pah tu ngiling pale dia.
“Berat nanang….”,
tubik dari mulut dia. Ade lagi kete pitah, saoung pulok
“wane bawok kete bewang kalli ning, mung mabuk tape ke, kite nok pitah pong susoh”. Bila ye junga pale, kelih ke Aming tengoh peluk kemah keming nge ayoh ye, pompongang poseng, tapi dang agi wat ulasang siarang langsong.
“La dalang kete pong dukong gok,peseng nape gining ing, sakit tayya”.

Ayoh ye wat kerising kenyih gitu ahh, tahang malu. Skali junga kirri, skali junga kanang , sakot pale Aming nok kelih depang dok leh. Pulah cawah skali nok ke nyapa . Koho-koho, koho-koho sapa jugak drumah. Nyada ayoh ye, kenaling, lembik lokli, leloh bedoho layang ke Aming. Naik drumah , bahang nasik tige pinggang, bulurang, air teh O beng pulok abih secetong nye tibang.

Jok kejadiang di sejid kena ke Amingg, ye lame doh dok ikut ayoh ye gi sejid, tok imang maroh ke Aming, ye kate. Ayoh ye maghi mikkir, kalu gining sokmo, rohok ning. Pah ke besor dok gi sejid. Kekgi lambor sejid pong dok kenal. Petang-petang ayoh ye wat raoung , newar-newar bira rumoh tok imang. Tok imang ngenne gok nge ayoh Aming,napok je ayoh Aming gendong motosikal, ye klo slalu, tangang pulok kibor kiri kanang, Aming kelih ke tok imang, ye cang ke spek mate awe-awe itang tok imang, napok ke tangang tok imang macang nok debih je , naoung pulok situ le. Ayoh Aming derah-derah wat gi newor tah kelaing dulu.
“Smulah ayoh aji, kekgi ambe maghi mulla, serung ke ayoh Aji ning.”
Ayoh Aming kabo ke tok imang belang-belang tunjuk ke Aming hok tengoh nangis bederohong.

Tok imang wase pelikkan, wane pulak takut ke ambe ning, ke takut ke spek awe-awe itang ambe, ke kilah kaing tinggi ngat ,dokpong takut ke rambut reseng ambe sebab turung takdi dok dang nok bojeng. Kelih atah bawoh, blakang depang wasaang come doh , takut maccang ke ambe.

Dok lame pah tu ,maghi pulok lah ayoh Aming. Tok Imang dok sille molek doh atah gere nge mok aji. Siak nge sekut meri, nge air kawe. Angin pulok puh,puh tiup. Sedak nguh wasaang tok imang. Aming napok nakut lagi. Dukung dok lepah nge ayoh ye. Tangang pegang kelat gang. Hoh, kene kelat gang gok, dok ketek ah Aming, memang berehi. Dok dulli doh ke tok imang. Mok Aji depong Aming wat gi duduk atah gere pah tu layang Aming makang kelat gang belah kanang.

Tok imang ambek tepat belah kiri, jurung kalli kat papang jokel. Dok dekat-dekat kang nangis pulok budok Aming ning. Sudoh bebase tertib terning satni tubiklah soalang tok imang
“doh guane gamok budok ning, nakkut pa gitu seme, macang ah kite ni hantu polong, kelih kite sapa nolong berderohon".
Ayoh Aming pong critalah ke tok imang, hal Aming dalang sejid ari tu, tengoh-tengoh crite tok imang camek sekut meri, kecak air kawe, pah tu buh mula atah gere. Ambek sekut meri , cicoh air kawe, puwak dalang mulut. Dok maing gitu ah .

Ayoh Aming ni gok crite bukang maing sedak, nge tangang nge kaki , nge lipar jepung abih naik atah palle. Sapa ke bab aaaaming, bukang Aming! , aaaaming, bukang Aming! , tok imang suke sellok sampe tebelohok. Kembur abih biskut meri, tupah air-air kawe. Pah ke air dalang talang pung abih telerak , hanyar banyar, kubang lembang abih. Mok Aji dari takdi dok bang dengor jugak cerita Aming, nge Mok-mok Aji suke selok jugok .

Ye ulang “aaaaming”, Tok Imang tukang jawak “bukang Aming!.” Pah tu pakat suke dua orang tu sapa gegor tubuh-tubuh. Dok sedor ye dok bira ngat doh. Duk gegor – gegor gitu, dok sedor kayu jokel tu patoh riok , prakkk bunying, kanja tok imang dok dang nok wat mende , tok imang jatoh sengbam beloh kiri , muke bahang di akor mottan tepi gere, pecoh spek awe-awe itang tok imang.

Mok Aji kejjut kelih ke tok imang jatuh jerebab gitu, dok sedor kayu papang gere tu jettak , bidah ke dia pulok . Cokeng naik papang tu, jadi macang papang gelosor , Mok Ajie pulok golek koho-koho, jatuh beloh kanang nge Aming-Aming kali kelecak tah bowoh. Tungging langgang skali. Abih tepek kelat gang di idung, manjang sapa linge. Ye terrik mok’o mase jatuh takdi. Ayoh Aming pompongang , saloh aboh, nok suke ke , nok sedih tengok keadaang tok imang nge mok ajie.

Tok Imang duk kerah situ nge spek awe awe itang pecoh sebeloh , duk tepi akor mottan tengoh gegor lagi tahang suke, sapa dok rok nok bangung. Mok Aji dalang kemama – kemama , wat selambe dok tau je, derah derah bangung cegat, belang-belang dukong Aming. Duk lame-lame guling gitu napok seksi ah pulok. Aming dok dang nok nangis , sebab Mak Ajie derah-derah akit ye. Ye suke glekek tengok kelat gang lekkat di muke mok Ajie. Air mate Mok Aji bera lagi , bukang sedih , sukaang. Ayoh Aming wat lolok tanye tok imang
"doh guane ayoh aji, sakit ke dok?, sakit duane ?”.
Tok Imang jawak wat gurra
“ Sakitt ahhh, dua tepat ambe sakit, se tali perut , rase macang nok putuh, se lagi buah pinggang , sbab rase nok keccing. Aming oh aming mung punye hal lah ning sapa pecoh abih spek awe awe itang ambe….”
ngeloh tok imang. Aming dang lagi bang dengor jawak lalu
“Bukang Amingggg!…

IKLAN MERDEKA PETRONAS-FROM MADRAS


Ni adalah Iklan Merdeka Petronas untuk tahun bila ntah aku tak ingat... best sangat iklan ni..kisahnya Raju seorang budak lelaki india berkawan rapat sangat dengan seorang budak perempuan Melayu bernama Eton, dia hanya menyayangi dua orang perempuan dalam hidup dia iaitu neneknya dan yang kedua kawan baiknya ni,dan dorang ni suka makan bubur kacang.


Then bila dia meningkat dewasa(sekolah menengah masa tu) nenek dia ajak balik ke Madras, diapun bagitahu kat Eton...Eton sedih (masa ni kuar lagu sedih-belaian jiwa) . Beberapa hari kemudian, Raju tunggu Eton kat stesen untuk jumpa Eton buat kali terakhir tapi Eton tak muncul-muncul dan nenek pula terus ajak Raju pergi.
Situasi lain pula, Eton kayuh basikal laju-laju untuk pergi jumpa Raju namun bila dia sampai dia tengok Raju dah tak ada dah.

Beberapa puluh tahun kemudian Raju decide nak balik Malaysia, dan bila dia sampai ke Malaysia dia tengok Malaysia dah jauh berubah, ada KLCC dan macam2 pembangunan, kemudian bersasarkan alamat dia pergi cari rumah Eton, dan bila dia sampai dia tengok anak-anak Eton dan kemudian seorang lelaki India sedang baca paper, masa tu anak Eton jerit  


"Mak, ada orang datang"


Eton lak keluar dengan dulang sambil berkata " Bubur kacang dah siap" kemudian dia terpandang Raju.
Hehehe...then korang tengoklah sendiri apa jadi ok? yang aku rasa suka sangat tentang iklan petronas yang ini adalah last2 Eton kahwin dengan lelaki India juga, dan turut menyukai bubur kacang.  Macam yang Raju kata at last iklan ni....


"i don't just see faces but i see heart"



Wednesday, December 21, 2011

LAWAK KAMPUS

Korang pernah baca komik Malaysia tak?? aku antara orang yang suka komik Malaysia under GEMPAK STARZ dan yang paling aku suka adalah komik LAWAK KAMPUS yang dilukis oleh Keith, memang best gilerlah boleh tabik spring punya, kisah lawaknya penuh cerita tentang alam kampus atau persekolahan dan aku mempunyai beberapa buah komik lawak kampus ni yang aku beli dekat 7E.

Antara watak-watak kelakar giler yang terdapat dalam komik tu adalah Vannes , watak utama dan paling nakal, Aditas juga watak utama, sahabat baik kpd si Vannes, nakal dan seorang aktif bersukan seterusnya Si Kosong, sebab apa si kososng sebab dia selalu dapat markah kosong je, hahahaa..kira nasib malanglah memanjang, dan Froggy  yang paling pandai dan tak nakal sangat tapi pelik dia adalah katak! kemudian Beebob yang tension dengan mukanya yang penuh berjerawat, lepas tua da cikgu Noodle yang amat2 dibenci oleh studentnya sebab keperasanannya yang melampau..hahaha..lepas tu ada Xena yang x cantik tetapi sangat cintakan Vannes tetapi Vannes tak layan sebaliknya Anthony yang jatuh cinta dengan Xena. Dan antara watak-watak lain dalam komik lawak kampus ni adalah Agira, Boss taukey kantin, Tuan pengetua, Ami dan Yumi (kembar)  dan beberapa lagi watak sampingan


Kat bawah ni adalah antara imej2 untuk lawak kampus:----

 Haa, ni antara facebook Cikgu Noodle bersama anak-anak didiknya, adegan terkejut kat situ apabila Si Kosong yang kosong mindanya itu mampu menjawab soalan Cikgu Noodle..hahahaa memang kelakar betol!

 Ini lak antara gambar-gambar dorang untuk cover depan lawak kampus...yang depan sekali adalah Froggy dan kat belakang2 tu ada Vanness yang pakai google, Aditas yng botak, Beebob yang berjerawat, Xena yang ge chubby tu, si kosong yg bibir tebalk tu, cikgu Noodle yg rambut ke depan dan watak-watak lain macam pengetua, ami dan yumi

Ini adalah poster dorang untuk league version.....kat depan tu ada Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong dan Xena.

Lastly, hope Keith dapat teruskan komik lawak kampus ni sampai bila-bila, walaupun sukar sebab komiknya dalam bentuk komik strip tapi Keith you are the best!!

CUKUP INDAH-ALIFF SATAR

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi


Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Visit Sha Comeylicious




KECANTIKAN SEORANG WANITA


Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.


 Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 


untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berkongsilah makananmu dengan mereka yang kelaparan. 


Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari. 


Untuk mendapatkan lenggok tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. 


Manusia, jauh melebihi segala ciptaan yang lain. Jadi, kamu perlulah  senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan  ada tangan yang menghulur untuk membantu. 


Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. 


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat mekar didalamnya 


Kecantikan wanita juga bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta diberikan.


Jika semuanya diamalkan maka kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. 




LIVE IN FELDA BUKIT TANGGA

Hari tu kitorang joint program khidmat masyarakat atau program bakti siswa (senang kata program anak angkatlaa) yang memang wajib diikuti kerana ianya adalah salah sebahagian daripada projek kelas kami iaitu paper organisasi dan komuniti yang diajar oleh Cik Fatimah Zaily (Mase korang baca ni,da jd Dr.Fatimah Zaily da), projek ni kami jalankan di sebuah felda yang sangat-sangat cantik iaitu felda bukit tangga, kedah. Program kami hanya memakan masa 3 hari sahaja iaitu bermula pada hari khamis dan berakhir pada sabtu petang (sedih coz x dapat stay lama kat situ)
huhuhu...apapun kat bawah ni aku selitkan gambor2 masa kitaorang buat program kat situ...


 Haaa....ini adalah pelajar2 kelas kitorang yang menyertai program ini....yang barisan hadapan tu adalah jejaka-jejaka tunggal yang mengambil paper ni untuk semester ini...dan yang berbaju purple tu lak (yg kat tengah) adalah lecturer kitorang...aku?? hahaha...carilah kalo korang jumpa...then kontek aku ok kalo korang da jumpa aku dlm gambor tu.



 Haa....ini pulak hari pertama kami berada di felda bukit tangga ni, cuba tengok view kat belakang tu cantikkan? Waktu ni, seawal jam 7.30 pagi lagi kami dikerahkan berkumpul di balai raya untuk sesi senam robik....tengoklah tu macam2 paras ketinggian lutut.


 After senam robik jam 10 pagi kitorang bergerak ke zon masing-masing untuk melakukan aktiviti komuniti, kebetulan masa kitorang buat program ni, orang-orang felda ni nak tanam bunga raya menggantikan pokok2 bunga kertas. So, kami beramai sebanyak 10 orang untuk setiap zon ramai-ramai bergerak untuk tanam pokok bunga raya tu, bukan susah tanam je tapi yang susah sebab tak pandai pegang cangkul...hahaha


Then..berhenti sekejap tanam pokok bunga raya bila seorang mak cik felda ni ajak kitorang makan jan jan dan minum air kat rumah dia, memang kitorang tak sangka sangat dorang ni menyambut baik kedatangan kami kat sini, walaupun kami tak jd anak angkat dorang tp dorang still layan kami...siap buat air lagi tu....3 gelas aku teguk air oren sebab terlalu dahaga....

Amboi........baiknya abang-abang kita ni ...bersembang dengan opah masa berhenti minum, macam nilah yang kita nak, yang muda hormati yang tua....



 Then, sambung balik tanam pokok2 bunga raya yang tertunggak tadi kemudian sesi amik gambar dengan muka penat, hahaha....oh ya, sebelum terlupa kami dapat zon 1 iaitu zon harmoni jaya...tu siap ambil gambor dekat "selamat datang" lagi.



Masa kitorang sibuk nanam pokok2 bunga raya, kat balai raya lak akak-akak kita ni sibuk sediakan juadah untuk makan tengahari, yang best adalah kitorang disajikan dengan masakan kampung yang diminta sendiri oleh penduduk felda untuk disediakan macam ikan goreng, celur rebung, celur betik, celur kacang botor, dan paling special kari pisang!


 Ini pula pada petang harinya, nampak tak tempurung2 kelapa tu semua? Itu kitorang bukan saja2 pose tau, kitorang nak tunjukkan tempurung kelapa yang letih2 kitorang buat sebab petang tu ada sukaneka dengan kanak-kanak felda tu, antaranya itulah terompah tempurung.



 Tengok tu, hahaha masing-masing teruja adik2 kita ni main terompah tempurung, berlawan untuk dapat juara semuanya...tapi ada juga yang tak pandai main terompah tempurung dan menangis-nangis...ololo keciannya...tp xpe akak2 fasi bagi gula-gula.


 Lepas game terompah tempurung pula, game tarik upah..hahaha...cute kan gambar kat atas tu? actually itu bukan gambar masa sukaneka itu hanya gambar candid sahaja...aku letakkan kat sini sebab nampak cute sangat and unik sangat..


Tengok tu...seronoknya muka adik2 dapat hadiah bila menang sukaneka. Hadiah disampaikan oleh lecturer kitorang sendiri, apa yang pasti adik2 ni memang enjoy lah.


Hari kedua, pada malam tu kami sambut malam kebudayaan.. macam2 persembahan yang disajikan seperti tarian dan yang paling best adalah persembahan marhaban oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik felda tu.



Ini adalah hari ketiga kami di felda ini, di pagi hari tu kitorang adakan LDK untuk adik2 felda ni, disamping tu kami selitkan motivasi dan nasihat buat diorang nampaknya berjaya sebab ada yang tarik muka INSAF bila di "psiko"oleh abang fasi kita

Dan petang tu sebelm kembali semula ke UUM, mak angkat kitorang sempat sediakan laksa untuk kitorang, cuba tengok gambar kat atas tu, haaa...sedapkan? hehehhe....memang sangat sedap sampaikan aku siap tambah. Haha, apapun terima kasih mak...dan terima kasih warga felda bukit tangga yang memang sporting habislah......