Hari tu Bella keluar melepak di KL bersama geng-geng kamcengnya sejak dari zaman tadika, Hisham, Sasha dan Mastura. Memang syok gila diorang pusing satu KL sampai ke petang sebab dah lama diorang tak naik KL disebabkan kesibukan kuliah. Jadi, untuk melepaskan gian "being KL' cuti pertengahan semester minggu itu digunakan sebaik mungkin.
Dah puas pusing satu KL akhirnya sebelum pulang mereka singgah beli dunkin donut sebagai bekal di dalam kereta, Hisham satu-satunya lelaki yang ada di dalam kereta tersebut dengan malas terpaksa keluar untuk membeli satu set dunkin donut...ada 6 biji semuanya, kemudian mereka menukar pemandu, kali ini Bella pula yang mengambil tugas untuk menjadi driver mereka.
"Bella, kau hati-hati sikit..nak makan lagi..nak drive lagi" Tegur Sasha yang runsing dekat lagak Bella yang makan sambil memandu
"Aku excited sha...sebab dah lama tak makan dunkin donut ni, kau orang kan tahu aku suka krim dia ni" Kata Bella sambil menjilat jarinya yang terkena lebihan krim.
"Bella...kat depan ada tu plaza tol wei...habiskan donut kau tu dulu" Tegur Mastura sambil terus menikmati donut di tangannya
"Yalah" Bella terus menghabiskan donut yang bersisa kemudian menghentikan kereta di depan kaunter tol, sambil meraba mencari duit dia terpandang krim yang masih bersisa di atas ibu jarinya, terus dijilat krim itu kemudian dia membayar tol dan terus memandu pergi tapi tak sampai 5 minit drive Bella merasakan sesuatu yang tidak kena....dia rasa badannya lemah..tekaknya mual...dia rasa sangat loya..terus diberhentikan kereta di tepi highway yang sibuk itu
Sasha, Mastura dan Hisham gelabah melihat Bella yang muntah tidak henti di tepi jalan itu....semahu-mahunya gadis itu memuntahkan segala isi perutnya.
"Wei...Bella ni macam dah kena santau ni wei" Kata Hisham menggelabah
"Korang jangan main-main benda macam ni wei" Kata Sasha
"Korang jangan main-main benda macam ni wei" Kata Sasha
"Betul ! hah... hari tu dia baru clash dengan Azmer, Azmer marahkan dia..jangan-jangan.." Mastura ketakutan
"Kau orang jangan nak mengarut lah, ehh dahlaa..kita bawa Bella pergi klinik..." Marah Sasha, suasana tegang sekali,mereka segera memapah Bella masuk ke dalam kereta
"Eh,tak..tak payah pergi klinik..aku ok..ok..aku ok la.." Kata Bella lemah.
Hisham mengurut-ngurut dahi, dia memang syak Bella disantau orang kerana melihatkan Bella yang tadi sihat tiba-tiba sahaja menjadi tidak bermaya dan muntah-muntah.
"Aku memang rasa kau kena santau ni Bella, orang kampung aku dulu kena macam ni lah. Dah kita balik kampung aku sekarang juga, berubat" Kata Hisham
Bella diam sahaja, dia memejam mata...santau??
Dia tunduk mahu menangis....sebenarnya dia bukan terkena santau tetapi yang dijilatnya ketika di plaza tol tadi adalah tahi burung yang entah bila melepas jatuh ke atas tangannya, dia yang menyangka itu adalah sisa-sisa krim dunkin donut terus menjilat penuh nikmat....
Alahai....Bella diam sambil mengertap bibir..tidak mahu membocorkan rahsia itu, kalau tidak mahu setahun 3 orang sahabatnya itu mentertawakannya..
No comments:
Post a Comment