Hari kedua di kampung, Mael keluar untuk jalan-jalan dan ketika hari merangkak masuk ke maghrib dia terjumpa dengan seseorang yang sudah lama tidak ditemuinya, Fizi Umar kawan sekolah menengahnya. Terus dirapati Fizi Umar yang sedang tercegat memandang ke arah sebuah kereta mewah.
"Kau, Fizi kan?"
"Eh, Mael. Wah, dah 6 tahun kita tak jumpa ya" Kata Fizi Umar, mereka berjabat tangan.
"Ya, tapi kau nampak smartlah bro" Kata Mael sambil matanya melirik pada kereta mewah milik Fizi Umar.
"Aku sekarang bussiness dekat luar negara beb. Eh, kau still macam dulu tak?" Soal Fizi Umar. Mael hanya tersengih-sengih sahaja membuatkan Fizi Umar sangat faham akan sengihannya itu.
"Kalau macam tu kau datang tempat ni malam ni, kita enjoy sikit bro. Kita celebrate sebab dah 6 tahun kita tak jumpa ni" Kata Fizi Umar.
"Kat mana beb?"
"Ungu Disco Club" Kata Fizi Umar. Mael angguk bersetuju sahaja, dan malam itu Mael bersiap-siap untuk menuju ke disko tersebut, apabila dia sampai seorang perempuan cantik menyambutnya, sangat cantik dan seksi menggetarkan jiwanya, dia jatuh hati pada perempuan itu apatah lagi bila perempuan itu begitu baik melayaninya sambil menunggu kedatangan Fizi Umar.
Hampir 15 minit menunggu Fizi Umar, Mael sempat berkenalan dengan gadis itu yang dikatakan kawan Fizi Umar dan masih berstatus single di Facebook membuatkan Mael mula menaruh harapan untuk menjadikan Ebi Ariana sebagai teman wanitanya. Beberapa minit kemudian Fizi Umar datang bersama beberapa orang kawan-kawannya dan mereka bergembira sakan malam itu,. Mael juga sudah lupa dunia , dia lalai dengan maksiat pada malam itu. Mereka bertemasya sehingga ke pukul 2 pagi, sedang rancak dia menari bersama Ebi Ariana, tiba-tiba lampu disko itu jatuh menghempapnya menyebabkan dia terus jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri lagi.
Panas mentari pagi mula memancarkan cahaya, perlahan-lahan Mael membuka matanya dan dia melihat disekelilingnya hanyalah sisa bangunan yang terbakar. Dia hairan kerana hanya dia seorang diri berada di kawasan usang yang terbakar itu. Perlahan Mael bangun sambil memanggil-manggil nama Ebi Ariana dan Fizi Umar namun kedua-duanya dan orang ramai di disko itu langsung tiada dan tidak muncul, akhirnya Mael berjalan pulang sambil pening memikirkan perkara malam itu, kepalanya sendiri jugak tidak benjol dihempap lampu disko itu.
Setelah hampir sehari suntuk bingung dengan kejadian yang menimpanya, Mael nekad untuk pergi ke rumah Fizi Umar pada malam itu, apabila dia sampai Ibu Fizi Umar sedang mengecat dinding rumah mereka sambil menyanyi lagu kumpulan kangen band.
"Assalamualaikum mak cik, saya ni Mael, kawan Fizi mak cik ingat lagi tak?"Sapa Mael
"Mael,la..kamu ke. Duduklah"Pelawa Ibu Fizi Umar
Mael duduk di sofa bersama ibu si Fizi Umar.
"Ada hal apa kamu datang ni Mael, nak undang mak cik ke majlis kahwin kamu ke?"
"Tak adalah makcik, saya datang ni nak jumpa Fizi, semalam dia tinggalkan saya macam tu je" Kata Mael seolah berkecil hati dan memikirkan Fizi telah meninggalkannya yang pengsan di tempat bangunan terbakar.
"Semalam?" Dahi ibu Fizi Umar berkerut
"Sebenarnya semalam kami berdua pergi ke Ungu disco club mak cik, kami ...." Mael tidak sanggup menghabiskan ayatnya kerana takut dimarahi oleh ibu Fizi Umar
"Ungu disco club? Mael,mak cik ada benda nak bagitahu dekat kamu ni. Sebenarnya......dah 5 tahun Fizi meninggal dunia bersama tunangnya Ebi Ariana dekat kebakaran Ungu disco club itulah" Kata Ibu Fizi Umar
"Ha..habis..sia..siapaa..." Peluh memercik di dahi Mael, dia terkena lagi malah cintanya pada Ebi Ariana baru saja berputik.
"Macam nilah Mael, elok saja kamu sedekah al-fatihah buat Fizi dan Ebi Ariana, moga-moga mereka tenang kat sana" Ibu Fizi Umar tersenyum memandang Mael. Mael tertunduk, sesal sendiri.
Sejak dari peristiwa itu, Mael telah berubah, dia telah insaf dan mula mendalami ilmu-ilmu agama. Dia bersyukur kerana ALLAH TAALA masih memberikannya peluang untuk bertaubat. Buat arwah Liyana Jasmin, Fizi Umar dan Ebi Ariana dia sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya itu.
Moral~ mati tu tak kira tempat, so sentiasalah beramal ok.
No comments:
Post a Comment