Aku umat akhir zaman. Aku mencintai orang² soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka..Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka.
Bulan's connection
Wednesday, December 21, 2011
KECANTIKAN SEORANG WANITA
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berkongsilah makananmu dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan lenggok tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan yang lain. Jadi, kamu perlulah senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang menghulur untuk membantu.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat mekar didalamnya
Kecantikan wanita juga bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta diberikan.
Jika semuanya diamalkan maka kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment