Bulan's connection

Sunday, December 25, 2011

BUDAK 2 TAHUN HISAP ROKOK 40 BATANG SEHARI

Korang percaya tak yang budak lelaki tu baru berusia 2 tahun tapi dia menghisap 40 batang rokok sehari? MasyaALLAH.... rasa macam terlalu pelik....tapi memang wujud dan ada...dan ianya berlaku di Indonesia, kasihan sekali aku melihat budak tu....dia telah ketagih dengan rokok itu, dikatakan kalau dia tidak mendapat rokok dia akan mengamuk, menjerit dan menghantuk2kan kepalanya ke dinding, jadi ibu dan bapaknya terpaksa menurut kehendakknya dan menghabiskan RM24 (ikut kiraan RM Malaysia) sehari untuk membelikan rokok kepadanya.


Cuba korang bayangkan anak kecil yang baru berusia 2 tahun...yang belum tentu mampu berbahasa, apa lagi mampu berfikir...sudah menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari!! cuba korang fikir sejenak?? dan buat korang2 yang dah dewasa tu berapa banyak rokok yang korang hisap, sampai 40 batang sehari?


Kalau korang nak tahu budak ni start hisap rokok bila ayah dia ( bapak merem) memberikannya sebatang rokok ketika dia berusia 18 bulan time tu, dan lagi sedih bapak dia ni leh cakap pula


"Anak saya nampak sihat je, saya tak nampak apa2 masalahpun kat dia!"


Cuba korang baca ayat tu, usahkan berulang kali, baca sekalipun dah sakit hati tahap gila babeng (sorry, bahasa kasar)


Kalo korang nak tahu juga. sebenarnya keadaan budak kecik tu (Ardi Rizal namanya) dah tak macam kanak-kanak lain yang seusianya, wajahnya tak menampakkan dia berumur 2 tahun! dia kelihatan seperti orang tua disebabkan kesan rokok tersebut. Kat bawah ni adalah Ardi Rizal yang menjadi kanak2 termuda sebagai penghisap rokok tegar.....



 Tengok gayanya memegang rokok sudah seperti seorang yang sudah dewasa...... cukuplah aku letakkan 2 keping sahaja gambarnya kerana aku tak sanggup nak tengok dan letakkan gambar2nya yang lain, rasa sedih sangat2 bila tengok orang2 di sekeliling dia tersengih je tengok dia hisap rokok, lepas tu bagi2 rokok kat dia...sedih sangat....



Kasihankan anak comel seperti ni menjadi mangsa kecetekan ilmu mak bapak......


Tapi, alhamdulillah berita terbaru dikatakan Ardi Rizal sudah dapat mengurangkan tabiat merokoknya apabila ibunya membawanya berjumpa dengan seorang terapi dan sejak berjumpa dengan pakar terapi tersebut dia tidak lagi meminta-minta rokok seperti kebiasaannya. So, sama2lah kita doakan agar adik Ardi Rizal ni sembuh dan sihat walafiat.


P/S- anak tu anugerah dari ALLAH, seperti kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya.. Kalau dicorakkan hitam maka hitamlah...didiklah anak2 mu dengan sempurna kerana ianya akan dihisab di akhirat kelak.

No comments: