Huii macam seremla pulak ketiak ni....malah 5 sekeluarga dari kampung Termiang, Pengkalan Berangan itu dikatakan hidup dalam ketakutan sejak seminggu kerana diganggu jelmaan misteri itu. Dikatakan wanita misteri itu sering menjelma dan dilihat merayau-rayau di beberapa buah rumah di kawasan itu, dan kelibatnya sempat dirakam oleh salah seorang penduduk kampung tu...ni tengok kat bawah imejnya :
Keluarga kat situ cakap lembaga tersebut berpakaian batik lusuh dengan rambut panjang paras pinggang, sering merayau dari waktu malam hingga ke subuh sebelum menghilangkan diri lebih menyeramkan Mazlan Ali,55 mengatakan dia mendengar sendiri lembaga tersebut menjerit meminta tolong. Pak cik Mazlan juga mengatakan mereka diganggu oleh lembaga kak limah ni selepas dia membawa pulang beberapa keping papan dan tiang dari rumah pusaka arwah ayahnya untuk dijadikan dinding pada rumah anaknya, sejak itu mereka dihantui oleh Kak Limah itu yang sering muncul malah turut "mengusik" dengan mencakar2 dinding rumah itu namun bila mereka turun untuk melihat tiada sesiapapun di bawah.
Bagaimanapun Imam kampung tersebut, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-quran dan bersolat dengan lebih tekun lagi serta mengadakan solat hajat bersama penduduk setempat, mudah-mudahan perkara itu dapat diatasi.....insyaALLAH....aduhhh seremnya....
No comments:
Post a Comment