Bulan's connection

Sunday, January 15, 2012

BUSUK PUNYA ROTI


Hohoho… aku ni antara pembeli tegar roti gardenia…. Kalo x yg kosong biasa tu aku akan beli yg raisin coklat tu…sbb apa? Roti gardenia ni kalo makan 3 kepingpun perut da rasa full..betul tak? Hahaha… dan satu hari tu dalam hari selasa aku ada beli sebungkus roti gardenia yang tarikh tamatnya adalah 22 september.. balik saja bilik. Aku hadap 2 keping dengan tea o panas then aku langsong tak menjamahnya pada hari rabu, hari khamis lak aku join program selama 3 hari..so roti aku terbiar tidak berjamahbalik dari program roti aku dah habis tarikh sehari tapi kesibukan tugasan dan kelas buat aku langsung tak pedulikan roti tu, terbiar kat aku punya shelf macam tu jek…
Lepas tu aku balik kampung 2 minggu untuk cuti raya haji, masa tu aku tak ingat nak buang roti kat aku punya shelf, dua minggu kemudian aku naik balik ke university tapi bila jek buka pintu bilik aku bau busuk semacam….. macam bau kentutpon ada, tapi aku terus capai pewangi bilik glade dan sembur… mewangi satu bilik tapi bila aku melepak dekat meja belajar aku, dia punya bau busuk macam telur tembelang tu bau lagi dan makin kuat…. Aku cium2 badan aku…takdek bau macam ni……..dah sudah, benda macam ni yang buat aku jadi takut, dahlah hostel aku tepi hutan..aduh!!
Nak dijadikan cerita, esok harinya baru aku perasan roti gardenia 3 minggu lepas yang terletak elok kat atas aku punya bookshelf… masyaALLAH bila aku ambil baunya boleh buat aku pengsan!!
Hahahaha….rupanya bau busuk yang amat tu datang dari roti gardenia yang dah berkulat tu…adoiyai, tidaklah aku sangka roti ni bila dah berkulat dan terbiar selama 3 minggu boleh busuk macam telur tembelang!! Uwekzzz………. Nak muntah bila ingat balik…… 

No comments: