Sha's connection

Sunday, March 3, 2013

SYUKUR ! SYUKUR ! SYUKUR !




Samizi atau lebih mesra dalam kalangan teman-temannya sebagai Sam tersenyum puas melihat ladang sayurnya yang saujana mata memandang itu, setelah bertungkus-lumus, bekerja keras, bersengkang mata dan sekalian ber lagi membanting tulang 4 keratnya itu kini dia sudah memperolehi apa yang diinginkannya.
            Sam kini seorang petani muda yang berjaya di kampungnya itu, dia kini memiliki 3 buah BMW dengan banglo mewah siap ada swimming pool lagi, duitnya memenuhi setiap bank yang ada di daerah itu, Bank Encik Rashid dan Isteri, Bank Cintaku Ibarat Siput dan Bank Fullmetal Achimest kecuali Bank Negara sahaja yang belum berjaya ditakluki Sam. Hal ini membuatkan Sam menjadi seorang jutawan muda yang sangat popular, namanya sentiasa mengukir halaman utama Hairan Metri atau Kismo, jumlah likers di Facebug fanpage Sam juga sudah mencecah ke angka 100K, begitu juga dengan followernya di Tweeker. Kerana menjadi seorang yang sangat popular juga Sam sentiasa mengupload video-video “kaedah penanaman yang betul” “Pengunaan baja kepada tanaman” di My Tube dan videonya yang diiringi lagu “twinkle-twinkle little star” itu menjadi video paling top mengalahkan PSP yang membawa lagu Opah Atok Makyong Style.
             Suatu pagi yang damai, ketika Sam sedang mengarahkan pekerja-pekerjanya mengutip sayur-sayuran yang segar itu muncul Putra Ezam Shah atau lebih mesra sebagai Ezam Putra dan juga Ami Rafael. Kedua-duanya adalah sahabat Sam sejak tadika lagi namun pencapaian Ezam Putra dan Ami Rafael tidak sehebat Sam, mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan muda sebaliknya masing-masing hanya memiliki bengkel motosikal dan kedai henpon sahaja.
            “Malam ni ada bola, ehem lawan ehemmm… jom tengok nak Sam, dekat kedai Pak Mud” Kata Ami Rafael
            “Malam ni ya…ok, kalau macam tu aku cancelkan semua meeting aku dengan D.O semua dengan YB, kita pergi tengok bolalah” Kata Sam
            “Lepas isyak kita terus gerak ke kedai Pak Mudlah” Kata Ezam Putra pula. Sam mengangguk sahaja.
Dan malam itu seperti yang telah dijanjikan, selepas menunaikan solat isyak bergeraklah mereka bertiga ke kedai Pak Mud untuk bersama-sama menonton perlawanan bola antara ehemmm ehemm lawan ehemmm ehemm. Orang-orang kampung yang turut sama menyaksikan perlawan tersebut merasa cukup gembira dengan kedatangan Sam, apatah lagi mereka semua dibelanja makan dan minum oleh Sam. Maklum sajalah, sejak menjadi jutawan muda Sam jarang sekali berpeluang untuk melepak di kedai itu bersama mereka semua, bersama menyaksikan cerita Doraemon, Upin Ipin mahupun Atromen Taro.
            Jam 11.30 malam, setelah perlawanan tamat kesemua orang kampung mulai beransur pulang begitu juga dengan Sam, Ami Rafael dan Ezam Putra. Mereka bertiga berjalan kaki bersama-sama untuk pulang ke rumah masing-masing, sesampai di rumah Ezam Putra, mereka berhenti sejenak untuk berbual, unggun api yang dinyalakan oleh ibu Ezam Putra untuk membakar sampah menghangatkan lagi malam mereka.

“Tak sangkakan walaupun kau dah kaya raya macam ni kau masih macam dulu, tak sombong..datang tengok bola dengan kami..belanja kami” Kata Ami Rafael sambil duduk di atas batang pokok kelapa yang tumbang
            “Yeke? Alah, setakat belanja tak sampai RM100 tu apalah sangat” Kata Sam sambil meraba-raba kain pelikatnya mencari sesuatu.
            “Tapi kebanyakkan orang ni Sam, bila dah kaya mulailah lupa diri” Kata Ezam Putra pula sambil menari shuffle di hadapan unggun api itu.
            “Hahahah” Sam ketawa sambil mengeluarkan sebatang rokok
            “Aduhh tak bawa lighter pula…” Katanya
            “Tu api tukan ada” Kata Ezam Putra seraya menunjukkan unggun api yang marak itu.
            “Ye tak ye jugak” Sam mengeluarkan sekeping not 100 lalu menyuakan pada api itu.
            “Eh…kenapa kau bakar duit tu” Ami Rafael dan Ezam Putra terkejut melihat Sam menggunakan duit itu sebagai alat ganti “lighter”
            “Alah, RM100 jelah… duit aku berlambak-lambak lagilah dekat rumah dekat bank..tak luakpun setakat RM100 ni” Kata Sam sambil ketawa. Ezam Putra dan Ami Rafael masing-masing saling berpandangan dan melihat sahaja duit kertas itu hangus terbakar. Mereka tidak sangka Sam sanggup membazirkan rezeki itu begitu sahaja.
            Keesokkan harinya, kecoh satu kampung bercerita tentang ladang sayur Sam yang rentung terbakar malah tidak ada apa yang tinggal disitu walaupun sehelai daun sawi. Pihak bomba tidak menjumpai sebarang punca datangnya api yang membakar keseluruh ladang sayur Sam itu manakala pihak polis juga memberitahu tidak ada sebarang kes khianat. Maka dari situ, sedarlah Sam bahawa itu semua berpunca daripada sikapnya sendiri, tanpa sedar dia mulai angkuh dengan kekayaan yang diperolehinya itu, dia mulai lupa pada Sang Pemberi Rezeki. Dia membazirkan RM100 begitu sahaja, sedangkan jika dia bersedekah sudah pasti rezekinya berlipat kali ganda lagi. Sejak itu Sam mulai berubah, dia tidak lagi menjadi manusia yang riak sebaliknya dia menjadi seorang yang sangat suka bersedekah walaupun di dalam poketnya kini cuma ada RM1.
Sekian,

P/S :- Jangan takbur bila dah kaya sebab rezeki tukan dari ALLAH, kalau kita riak anytime je ALLAH boleh tarik rezeki tu tau…….

CINTAKU SUPERHERO






Hadi baru sahaja sebulan menikahi Shafira, itupun atas pilihan  kedua ibubapanya. Dia tidak pernah mengenali Shafira kerana mereka tidak pernah berkenalan sama ada di facebook mahupun twitter namun dia menyukai gadis itu, kerana Shafira seorang isteri yang penyayang, cantik dan yang paling dia suka perempuan itu solehah.


Shafira adalah anak jiran yang baru saja berpindah ke sebelah rumah ibubapanya, malah gadis itu baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang syariah di sebuah universiti islam tempatan. Kini, Shafira sedang menunggu jawapan untuk melangkahkan kakinya ke mahkamah syariah sebagai seorang peguam. Hadi bangga memiliki isteri yang bijak, cantik dan solehah.


            “Assalamualaikum..” Hadi menjengahkan diri ke dalam bilik, ketika itu dia lihat Shafira sedang tekun membaca.


            “Waalaikumussalam..eh, abang” Shafira menjatuhkan novel yang dibacanya lalu memandang Hadi, suami penyayang yang dicintainya selepas bernikah.


            “Baca apa ni sayang?” Soal Hadi seraya melangkah naik ke atas katil.


            “Novel islamik, bagus novel ni..abang kena baca juga” Kata Shafira.


            “Nantilah abang baca” Kata Hadi dan bersama itu juga telefon bimbitnya nyaring berbunyi. Segera dicapai telefon itu lalu dilihat skrin telefon Anggur 3310 IOS8.3, tertera nama “JOHAN”.


            “Aduh…sayang, kejap ya..abang nak jawab call kejap” Hadi bangun dari duduknya dan berlalu keluar dari bilik itu sambil menjawab panggilan telefon dari Johan itu.
Shafira hanya melihat sahaja, kemudian dia turut mencapai telefon bimbitnya kerana ada sekeping SMS yang baru diterimanya.


            Johan sudah menunggu di atas bangunan itu dengan gaya yang sungguh macho, namun Hadi belum juga muncul-muncul walhal sudah 10 minit dia menunggu.

            “Aduh mana bos ni… lambat pulak” Katanya sambil mundar-mandir di atas bangunan itu. Sesekali dia mengintai ke bawah, lalu diurut dadanya.


            “Gayat pulak….”


            “Johan..” Muncul Hadi dengan kostum seorang superhero sambil membetulkan topeng mata yang dipakainya dan kain pelikat cap ayam serama sebagai tagline mereka.


            “Aduh boss kenapa lambat boss” Johan meluru ke arah Hadi sambil membetulkan kopiah di kepala.


            “Kau tahulah akukan pengantin baru, sejak kahwin ni dah 3 kali aku tinggal bini aku tahu.. tadipun aku tipu dia lagi, aku cakap nak tolong JKK surau cuci masjid” Kata Hadi.


            “Tapi inipun tanggungjawab kita boss” Kata Johan sambil memakai topeng matanya.


            “Jomlah, gerak..kan ramai pulak mangsa rompakan tu” Kata Hadi. Johan mengangguk sambil melihat telefon bimbitnya.


            “Arah mana?” Soal Hadi.


            “Ikut GPS ni, ahh belah sana boss” Kata Johan.


            “Jom..” Mereka mulai berlari, melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.Misi mereka sebagai superhero muslim adalah menebas jenayah dan menyelamatkan orang awam yang tidak bersalah.


            “Ahh, sini boss sini” Kata Johan sambil melompat tinggi ke arah sebuah bangunan kedai emas Chang Chong Ching and Sons. 

Hadi turut mengepakkan kain pelikat yang terikat di lehernya, namun baru saja dia ingin melompat ke arah bangunan itu, muncul seorang superwoman berniqab, memakai baju muslimah, terbang di hadapan mereka berdua kemudian melambai mesra dan terus melompat pergi sepantas kilat di atas bangunan. Hadi masih kaku melihat wanita itu, begitu juga Johan.


            “Tolong…tolong..” Terdengar laungan dari arah bawah.


            “Boss cepat boss” Kata Johan, Hadi mengangguk lalu mereka terjun ke bawah dan apabila mereka sampai, kelihatan sekumpulan penjahat sudah terikat di tiang lampu sportlight dan yang meminta tolong sekejap tadi adalah suara penjahat-penjahat tersebut yang sedang diluku oleh encik Chang Chong Ching kerana cuba merompak kedai emasnya.


“Boss.. masuk kali ni jugak, dah 3 kali awek superwoman tadi tu potong line kita, macamana ni boss, takkan kita nak biarkan je” Kata Johan sambil menggarukan kepalanya.


            “Siapa awek tadi ya?” Hadi menggosok-gosok dagunya, dan ketika itu siren kereta polis nyaring berbunyi.


            “Dah, dah jom blah…” Hadi terus menarik tangan Johan pergi dari situ. En.Chang Chong Ching melambai mesra kepada mereka.


Pulang saja dari rumah, Hadi  cuba bersahaja. Topeng mata dan pakaian superheronya sudah disorokkan agar kegiatannya sebagai hero tidak dapat diketahui oleh isterinya, dia cuma mahu dikenali sebagai seorang manusia biasa saja dalam diri Shafira, dan ketika dia menjengah masuk ke bilik tidur mereka, isterinya itu sudah nyenyak dibuai lena. Hadi mengeluh, terasa kasihan pula pada si isteri yang sering ditinggalkan itu.


            Pagi itu, selepas subuh Hadi membantu Shafira mengemas rumah memandangkan hari itu adalah hari minggu, dan ketika dia masuk ke dalam stor untuk menyimpan barangan yang tidak mahu dipakai, dia terjumpa sebuah kotak bergambar powerpuff girl terselit tinggi di atas loteng. Segera dia mencapai tangga lalu memanjat dan mengambil kotak tersebut, perlahan-lahan dibuka kotak itu, fikirnya mungkin hadiah lama yang isterinya tidak mahukan lagi namun dia silap. Di dalam kotak tersebut, dia menemui sehelai baju muslimah, kasut sukan wanita, pakaian sukan, serta sehelai tudung labuh. Hadi terduduk di lantai sambil menepuk dahinya, dia baru teringat itulah pakaian superwoman yang sering memotong linenya dan Johan untuk menyelamatkan orang awam.


            “Isteriku superwoman…” Hadi tersenyum sendiri, dan diluar kedengaran suara Shafira lembut memanggilnya.


            “Abang datang sayang..” Hadi kembali menyimpan “rahsia” isterinya ke tempat asal lalu berlalu keluar dari stor itu dalam senyuman lebar.


TAMAT.