Sha's connection

Monday, December 9, 2013

USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG!


30HB November tu ari aku bawak anak-anak sedara aku bershopping kat Queensbay Mall, Penang. Dah janji nak bawak tengok wayang sekali, itu yang seronok sangat diorang nak ikot. Hajat dihati aku nak tengok Frozen (princes2 sangat aku..keh keh keh) tapi aku tengok anak sedara aku dah tarik muka, cakap dia nak tengok cite Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! katanya Frozen tu nanti lama-lama akan main jugak kat Astro Disney Channel. Kali ni aku pulak buat muka, maklumlah aku ni bukanlah peminat cerita melayu (kononnyalah....)

Masa nak pegi beli tiket wayang, dan-dan saja tiket untuk Frozen ada yang 3D price saja,bajet aku time tu aku dah spend untuk shopping,kalau aku kacau bajet shopping aku lari mencicit nanti jadi aku cancel niat untuk membeli tiket Frozen dan belilah tiket cite arahan Pierre Andre ni, tersengih-sengihla dorang tuh. Aku dalam panggung dah start menguap-nguap al-maklumlah cerita melayu...hahaha.
Dalam kurang lebih 10-15 minit iklan ceritapun dimainkan, bermula dengan Sharul Shiro naik motor pegi 'uk uk' dekat masjid, kemudian bertemu dengan geng-geng tabligh yang mengajaknya solat bersama. Menarik pulak cerita dia, aku tak jadi nak tidur aku tengok sampai habis, memang terkedu, terasa akan mesej-mesej  dakwah yang disampaikan dalam movie tu! Tahniah Pierre!

Aku terkedu bila Ali (watak dalam cite tu,seorang abam tabligh) berkata pada Dadu (Sharul Shiro) "Saya akan berikan segala-galanya yang saya ada, kalau kamu boleh berjanji akan bertemu saya lagi disini pada keesokan harinya" ..errr..lebih kurang macam tulah....

Rupanya memang seronok jalan ceritanya, tentang keinsafan anak muda yang diuji pelbagai dugaan ketika dalam proses perubahan untuk mendekatkan diri pada ALLAH SWT.

Apapun kalau nak tahu lagi..pergi tengok tau..heheh malaslah nak cerita nanti tak syok pulak, kang kata aku spoil pula..