Sha's connection

Tuesday, January 17, 2012

BEN BRADSHAW (CIKGU BEN GIGI PUTIH)

Hoho..another guy yang cakap dalam bahasa Melayu selepas Belacan dan Paku ..... Namanya Ben Bradshaw .... sape ni ekh Ben Bradshaw?? fofulor ke dia? dia sangat fofulor dekat you tube... dekat Malaysia.. mungkin..mungkin ok..dia tak fofulor sangat dekat USA tapi dekat Malaysia..buat sesape yang suka you tube tu korang mesti akan kenal Ben yang can do ni.... hehehehe... umurnya sebaya dengan aku... wahhh... ada can!


Inilah Ben... cute kan?? huhu... Ben atau lebih mesra dengan nickname Cikgu Ben atau Gigi Putih (sebab giginya memang putih) tugas si Ben ni adalah mengajar bahasa inggeris.... aku tertarik dengan first video yang aku tengok si Ben ajar adalah slang america and british.. wow... rupanya orang Malaysia ni bercakap guna slang america walaupun belajar guna word british..hahaha..dan rupanya banyak word yang kita salah sebut.. wah..wah... sejak tu aku sentiasa upload video2 dari cikgu Ben ni....
Ben berasal dari Salt Lake City, Utah dan sekarang sedang menuntut di University of Utah dalam bidang mechanical engeneering..  dan ini adalah blog Ben Bradshaw.. aku antara orang terawal followers blognya sebab dia baru je buat..yuhuuuu.bangganya..Blog Ben Bradshaw ..lolololo....


Kata Ben dalam facebook fan pagenya, dia belajar BM ni dekat Kuching, KK, Sibu dan Bintulu..area2 Malaysia timurlah kiranya sebab time tu dia jadi cikgu kat church dekat sana but sekarang ni tak lagi sebab dia menyambung pengajian dekat University of Utah. 


Kata Ben:- "ok, well... bila sy baru sampai ke malaysia, sy langsung tak pandai cakap BM. pelan2, sy cari tranlation dalam kamus, membaca beberapa buah buku, dan selalu bercakap dgn sesiapa pun. Lama-kelamaan sy mampu cakap dan faham dgn yakin. masa tu mengamil lebih kurang 4 bulan. selepas empat bulan yg pertama, sy selalu cuba tingkatkan vocab, sentence structure, dan pronunciation. jadi, sebenarnya tak ada seorang yg ajar sy. sy belajar bercakap bahasa melayu sendiri dan dgn pertolongan ramai org Malaysia" 


Itu adalah sumber yang dipetik dari Facebooknya tentang siapa yang ajar dia cakap Melayu... huhuhu dia sangat unik la..... dan ada jugak videonya bersama Belacan dan Paku... tentang ajar si Paku ngorat awek america..hahaa..memang cute video tu... tak sangka dapat tengok gandingan mereka tapi kata Ben ..mereka berbeza sebab dia lebih kepada pengajaran dan dorang berdua tu video lawak...


Satu yang aku suka dengan Ben ni ialah.. bila dia sebut LAH... hahaha... korang tengoklah.. sudah makanlah... beli roti lah... ahahaha..cute je.......... apa-apahal Ben the bestlah... ..leh praktikkan apa yang Ben ajar.. patutnya kita bangga ada orang yang tak tahu BM belajar slow2 BM kemudian dia ajar lak kita.... ..huhuhu..terbaeklah....

BELACAN DAN PAKU

Uppsss..apa itu belacan dan paku?? sambal belacan dengan pucuk paku ke?? hahahakkk... jap ekh... alihkan mata korang ke bawah ni....

....Nampak tak dua orang mamat salleh yang berkemeja dan ber tie siap tu.... itulah belacan dan paku, yang kurus tu Paku dan yang berisi sikit tu belacan....... sape dorang ni ek? dan kenapa dorang guna nama Belacan dan Paku? itukan word MELAYU? huhuhu... aku sebenarnya secara tak sengaja mencari iklan dekat you tube untuk di download, dan tiba-tiba aku ternampak tajuk mat salleh cakap Melayu, aku bukak then keluarlah dua muka mamat ni, first tengok video dorang aku dah leh ketawa terbahak-bahak, rasa seronok sangat tengok dorang cakap bahasa Malaysia and melawak... adoilaaa... sejak tu aku sentiasa bukak you tube dan download video2 dorang ni...kalo korang nak tahu dorang ni superstar dekat you tube.... kalo korang biasa dengan you tube mesti korang kenal dorang ni..




Macamana dorang belajar cakap Melayu? sebenarnya macam ni... dorang ni berasal dari USA, si Belacan tu daripada Utah dan Paku lak daripada Arizona, dan dorang boleh cakap bahasa Melayu masa dorang datang untuk tugas sukarelawan mereka di Bintulu, Sarawak sekitar tahun 2007. So, dalam pada masa itulah dorang belajar bahasa Melayu dan Iban untuk memudahkan dorang comunicate dengan orang2 kat sana. Tengok kat atas tu gambar dorang ngah buat kerja2 sukarelawan dan lagi satu si Belacan siap pakai baju Sarawak... ahahhaa.... akupun tak pasti darimana dorang dapat nickname Belacan dan Paku ni tapi dorang memang best... memang terhibur tengok dorang cakap Melayu walaupun pelat..hehehe..paling lucu si Paku siap cakap (dalam video) dorang...uhh...saya tak pandai cakap english..hahaha kelakar... dorang buat banyak video malah siap ada video tribute to P.Ramlee... wow... pastu paling teruja tengok dorang makan durian..hahaha..mana pernah mat salleh makan durian?? 

Yang kat atas tu pulak adegan dorang dalam satu video dorang... masa ni video lagu kalau berpacaran..huhu...try pakai kain pelikat pulak dah..walaupun senteng...apapun dorang terbaiklah... lagi satu... terpampang bendera Sarawak kat belakang tu.....orang Sarawaka mesti bangga punyalah..hehehe apa lagi Malaysia... so... teruskan usaha korang k... walaupun korang dah kat US sekarang... kita kat sini support korang...you guys the best laaahh............

Monday, January 16, 2012

KARAN!


Huh...nak marah betul aku! masa aku ngah menulis nipun karan xdek... aku pakai bateri lappy aku yang sekarang ni tinggal lagi 47 minit untuk gone! dah 3 hari socket ni asyik shocked jek... tension betol, kadang2 bateri henfon aku nyawa2 ikan nk tunggu karan tu ade balik! yang aku hairan socket je yang takde karan, lampu kipas semua jalan je, lepas tu paling teruk blok yang aku stay ni je yang jadi macam ni...
macam hampeh! sepanjang berpindah ke blok ni selalu jadi macam ni, bila pergi mengadu mulalah cakap kita bawak rice cookerlah, bawak hair dryerlah... hadoilaa... mase aku stay kat blok B dulu, berderet budak2 block tu bawak hair dryer ngan rice cooker tak pernah shockedpun..ini tiap jam nak shocked.. stupidassss laaa......menyampah tahap gaban dah aku nak hadap hari-hari macam ni!


hummm......ni entah bila nak tunggu ada karan tak tahulah....menyakitkan hati dan pankreas aku je.... syoOk... ni hanya bebelan aku semata-mata, jangan salah tafsir ok... huhu.... puas hati dapat meluahkan ketensionan dalam hatiku ini...huh.. tarik nafas lega sikit sambil tunggu karan ni ada... &@T@#YUI#

CERITA BAUCER BUKU


uPPSss...Ini adalah bentuk baucer buku yang kerajaan Malaysia telah agihkan kepada semua pelajar di negara ni, baucer bernilai RM50 tu ada 4 keping semuanya, means RM200 diperuntukkan oleh kerajaan untuk seorang student...wahhh... banyak tu... memang ramai yang komen...eleh, kalo bagi duit tak apa jugak, ini baucer..RM200 apelah sangat?? haha..senang aku cakaplah orang yang tak bersyukur (straigh to the point) ni boleh cakap macam2, kira kerajaan buat macam ni okay sangat dah! kompom2 korang akan beli buku jugak, kalau bagi duit masuk bank sorang2, duit tu kalo tak korang buat shopping, beli henfon, beli mekap, tengok wayang.... huuu...betul tak? Kalau akupun dapat duit RM200 rasanya sebuah je kot buku yang aku beli..hehehee... bila dapat baucer ni at least....digunakan secara bermanfaat kan?? dia bukan boleh beli buku (setengah orang nampak buku2 rujukan study je) tapi kita boleh beli alat2 tulis, senang cerita kelengkapan untuk pelajaranlah, novelpun boleh, majalahpun boleh, so okay jekan???


 Ini antara barang2 yang aku beli menggunakan baucer tu... tengok ada novel, ada majalah, ada alat tulis.... ada kertas kajang... tak kisahpun...cuba bayangkan korang pergi kedai boleh beli tanpa bayar duit sendiri, bagi kertas tu je and dapat ambil novel yang harga RM20, dapat ambil pencel case harga RM5, pen yang korang idam2kan dalam kotak yang harga RM20 ....seronok tau walaupun benda yang korang nampak..alaa lecehla beli benda macam ni..but just korang feel je...hehehee..... lagi baki baucer semester depan lak guna, untuk buku kelaslah pulak...
Baucer ni sah laku kalo ada cop sekolah atau kolej universiti je, hak milik kerajaan Malaysia, after korang beli, kedai akan cop kat belakang tu, kedai lak setakat ni aku tau macam kooperasi universiti je, yang kedai luar2 macam kedai buku popular, tak pasti pulak.... huhuhu.... pada student yang tak suka kerajaan (uppsss terpolitik lak) korang rasa korang perlu ke ambil baucer RM200 ni, sedangkan kaw2 korang kutuk kerajaan?? bila dapat benda ni senyap je...hahaha (aku cerita berdasarkan bla..bla..bla.. kat sekeliling aku dan takde niat berpolitik) off record okay..hik hik......


Huihh..panjang lak nak cerita..apapun..itu jelaa.. pada kawan2 yang belum menggunakan baucer ni, jangan risau, ianya sah sehingga 31/3/2012 okay.. kalau barang2 kat kooperasi universiti dah habis, tunggu semester depan okay..hik..hik.... seronoknya.......

KITA PERNAH BUAT NI DULU....




1. Buka kipas meja,cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 

4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf M atau V .. mesti ada an an an. HAHAHA

.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.


7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥


8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati..


9. Kalo tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah...


10. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam duk dalam blik air.

Sunday, January 15, 2012

BUSUK PUNYA ROTI


hOhOho… aKu ni antara pembeli tegar roti gardenia…. Kalo x yg kosong biasa tu aku akan beli yg raisin coklat tu…sbb apa? Roti gardenia ni kalo makan 3 kepingpun perut da rasa full..betul tak? Hahaha… dan satu hari tu dalam hari selasa aku ada beli sebungkus roti gardenia yang tarikh tamatnya adalah 22 september.. balik saja bilik. Aku hadap 2 keping dengan tea o panas then aku lansong tak menjamahnya pada hari rabu, hari khamis lak aku join program selama 3 hari..so roti aku terbiar tidak berjamahbalik dari program roti aku dah habis tarikh sehari tapi kesibukan tugasan dan kelas buat aku lansung tak pedulikan roti tu, terbiar kat aku punya shelf macam tu jek…
Lepas tu aku balik kampung 2 minggu untuk cuti raya haji, masa tu aku tak ingat nak buang roti kat aku punya shelf, dua minggu kemudian aku naik balik ke university tapi bila jek buka pintu bilik aku bau busuk semacam….. macam bau kentutpon ada, tapi aku terus capai pewangi bilik glade dan sembur… mewangi satu bilik tapi bila aku melepak dekat meja belajar aku, dia punya bau busuk macam telur tembelang tub au lagi dan makin kuat…. Aku cium2 badan aku…takdek bau macam ni……..
Esok hari baru aku perasan roti gardenia 3 minggu lepas yg terletak kat atas aku punya shelf… masyaALLAH bila aku ambil baunya boleh buat aku pengsan!! Hahahaha….rupanya bau busuk yang amat tu datang dari roti gardenia yang dah berkulat tuh…adoiyai…………. Takku sangka roti bila dah berkulat dan terbiar selama 3 minggu boleh busuk macam telur tembelang!! Uwekzzz………. Nak muntah bila ingat balik…… 

Wednesday, January 11, 2012

BENCINYA AKU

Benci? satu perkataan yang cukup2 abstrak untuk digmbarkan.... benci tu satu perasaan negatif yang wujud dalam diri kita..benci tu satu perasaan yang menunjukkan kita memang tak suka sangat2 sama ada kat sesuatu benda atau sesuatu orang..upss... hahaha....
semua orang pernah rasa benci kan?? sebab musabab kebencian tu hanya dia sahaja yang tahu... sama macam aku..aku turut merasai benci tapi kebencianku kali ni memang lagi hebat dari rasa benciku pada katak(geli aku)
benci aku kali ni memang benci yang tak boleh blah punya...benci tahap gila babeng (mak uiii bahase) ... aku benci budak2 kampung aku yg jahat tupon (pecah rahsia) tak benci sampai macam ni....tapi kali ni aku betul2 benci... aku benci pada 4 orang lelaki.... bukan exboy aku..bukan sesapepun pade aku.... korang percaya tak orang2 yang aku kenali cuma sepintas lalu ni mampu membuatkan aku benci giler2 kat dorang...rasanya benci aku pade exboy mase clash dulupom tak sampai tahap gaban macam ni...hoh...


tapi aku bersyukur sebab ALLAH bagi aku pengalaman ni untuk aku lebih mengenali tentang kehidupan... aku maafkan dorang tapi aku tetap benci dorang hard core punya ... sbb lelaki 1 yg aku kenal sepintas lalu sebagai kawan, dia buat aku benci dia dengan cara laga2kan aku senyap2 dengan kawan2 perempuan yang lain hingga kami perang besar..lelaki perangai macam ni?? hahaha..macam shilanat (upppssss...)


lelaki ke2 dia gunakan aku untuk kepentingan dia, bila aku baik dengan dia, dia gunakan aku tapi bial dapat capai kejayaan dia lupakan aku.... dia siap mengumpat dan mengata aku belakang kot....hahahaa...memeang tahik la perangai


lelaki ke-3, aku tak rapat sangat sekadar mengenali sepintas-pintas lalu..juga sebagai kawan..tapi dia tikam belakang aku dengan tak mengaku segala info2 yang dia bagi..dia cakap dia tak pernah bagi aku info2 macam yang aku cakap....chisss ..jantan ni mmg penting diri tahap cikcabor...bila ade masalah...dia tinggal kita lemas sorang2....memang tapirlah perangai.....


lelaki ke-4 aku benci sebab dia gunakan aku untuk jatuhkan aku sendiri (masuk campur urusan aku) , yang pandainya menyamar jd orang lain dan orang lain yg dia menyamar tu berpura2 baik dengan aku untuk kaut segala cerita dari aku.... hahahaha.... akhirnya aku yang melingkup sebab cepat percayakan orang.....


aku ni memang terlalu mudah percayakan orang...memang tu kelemahan aku sebab aku jenis yang suka kawan...bila orang kawan dengan aku..aku akan anggap dorang betow2 kawan...tapi sebab kelemahan aku tulah orang2 macam 4 ekoq   makhluk ni ambil kesempatan....