Sha's connection

Friday, January 29, 2010

APA YANG KAU SEMBAH?

Aku ada kawan yang aku agak kamcenglah dan dia  bukan beragama islam, satu hari dia ada menceritakan pada aku tentang rakan sebiliknya yang berkawan dengan budak-budak Melayu dan antara seorang kawan melayunya itu terdapat seorang budak pompuan tu yang aku kenal ,daripada penilaian aku pada budak tu memang jelas budak tu seorang yang cukup2 sosial, berpakaianpon tak cukup kain...apa lagi gambar2 sensorednya dekat dia punya blog!! 


Nak dijadikan cerita kawan beragama islam yang lain tu pergilah menunaikan solat semasa diorang keluar bersama-sama tapi apa yang mengejutkan tibe2 budak tu bersoal lantang bila melihat kawan-kawannya tergesa-gesa nak solat.


"Korang nampak ke apa yang korang sembah tu?"


Semua yang ada terkejut termasuk roomate kawanku yang non muslim tu....die telah menceritakan pada kawanku itu agar bertanya pendapat itu padaku,mereka menganggap budak perempuan tadi keterlaluan dan murtad!!!
aku juga terkejut,aku sendiri tak mampu nak nyatakan hal itu...apa yang aku tahu kita kena yakin bahawa tuhan itu wujud.......... tidak kiralah apa agama kita,apa lagi agama islam!!!!! dan kalau aku ada kat situ, aku nak tanya dia..kau nampak otak kau? tak nampak kan? tapi kau tahu kau ada otakkan???
Nak tengok apa respon dia..hehehe...

Tuesday, January 26, 2010

HIJAU


Hijau
Artist: Zainal Abidin
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau


Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
DI BUMIKU KINI…

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

KENAPA KAU TAKNAK PAKAI TUDUNG?


"Beli dik,dua pasang RM15...beli-beli dua pasang RM 15 je" Laung seorang pak cik penjual kain ketika aku pergi ke tapak Ekspo dekat UUM ni...leka jugak mata aku melihat tudung dan selendang pelbagai warna dan fesyen....tapi aku cuma beli tudung bawal je...maklumlah nak pakai tudung belit-belit aku tak pandai..mau terbelit leher aku ni nanti. 
Bila dah beli tudung ni aku teringat kat sorang budak perempuan ni,masa mula-mula aku kenal dia kat minggu orientasi,kepalanya langsung tak dilitupi kain tudung,tapi hampir 2 bulan tak berjumpa aku tengok dia mula mengenakan skaf kat kepalanya tu...comel gayanya walaupun masih nampak rambut terburai tapi bagi aku dia belajar untuk bertudung ,sebulan kemudian aku jumpa dia lagi dan apa yang buat aku tersenyum sendiri ialah melihat dia sudah bertudung penuh....cukup-cukup ayu wajahnya time tu...aku tak sangka bila dia bertudung dia kelihatan sunggguh ayu...mungkin aku juga ayu kot sebab akupon bertudung...hahaha (perasan)
tapi apa yang membuatkan aku rasa tersentak bila ada yang membuka tudung gara-gara takut rambut yang di rebonding tu rosak....dah setahun kot aku kenal dia dengan bertudung tiba-tiba melangkah gah ke dewan kuliah tanpa mengenakan tudung di kepala,menunjukkan rambut yang meliuk lintuk di buai angin pagi....akupon bukan perfect sangat bertudung cuma bila melihat gara-gara takut rambut yang di rebonding rosak,sanggup buka tudung...terkilan juga rasa...duit seratus berkira,dosa dengan ALLAH kenapa tak kira??? wanita islam di luar sana sanggup berjuang untuk menutupi aurat tapi kita kat sini,selamber aje buka tudung padahal selama ni elok saja bertudung..itu yang belom lagi dye rambut tu.......jangan sebab negara kita bebas kita lupa alpa semua tu....
hemmmmppph esok pergi kelas nak pakai tudung oren pulalahh....

LOMPAT TIKAM, NASI DAGANG,NASI KERABU..




hemmmmpphh,tinggal kat Malaysia ni memang mewah ngan makanan..macam-macam ada!!!
tu belom bulan Ramadhan lagi,kalo bulan Ramadhan lagila melambak makanan...orang mengidampon memang puas ati dapat makan...
aku tulis ni sebab tetiba aku rase rindu ngan makanan mak aku kat kampung nun,tadi balik kelas aku singgah cafe dan takde apa yang aku rase nak makan.. rindunya masakan mak.....nasi kerabulaa...nasi lemakla...hai berselera kalo dapat makan nih......

Monday, January 25, 2010

THE KE"DON'T KNOW" STORY



Aku ingat lagi,baru-baru ni semua student uum dianggarkan hampir 90% skala richter lari balik ke kampung masing-masing sebabnya dikatakan takut dgn isu virus H1N1 yang serius melanda UUM,itu aku tak dapat nyatakan nisbah kebarangkaliannya,Namun begitu, golongan yang melarikan diri tu termasukla aku dan member-member sebilikku(sememangnya aku mencari alasan yang munasabah,Sarawak dan lain-lain negeri lagi kat Malaysia ni untuk balik kampung) bagaimanapun di sebabkan tiket yang melambung naik dengan mendadaknya ibarat harga gula yang naik secara mengejut membuatkan Ain tak dapatla nak balik ke Johor, jadi dia cuma berpindah ke kolej luar dar DPP bank Muamalat iaitu Bukit Kachi dan menetap di UUM yg sunyi tu selama seminggu tanpa aku dan Eina
.Dan dalam seminggu tulah dia dikatakan telah banyak menhabiskan masanya berbual dgn international student yang tak dapat balik ke negara dorang tuArakian,pada suatu hari Ain telah didatangi seorang international student dan apa yang menghairankan student tu telah bertanyakan sebiji buah.Sebab cukup sinonim dengan buah tu so, terus Ain terus mengatakan dengan penuh ilmu musim buah yang buah itu adalah "kedondong"
Tapi dengan terbelit lidah student tu ckp "what?kedontknow?".Ain ulang lagi tapi itu jugak yang di sebutkannya sehinggakan Ain mula boring mendengar bait-bait ayat yang berbunyi “Kedontknow” itu,jadi Ain nekad untuk mengi ya kan saje.Dan kisah Ain da Student tu berakhir disitu.
Kendian da puas cuti aku dan Eina kembali semula ke UUM.kerana kelas bermula apada keesokan harinya jadi tiba-tiba Ain menyarankan pendapat yang dirasakan mungkin cukup bernas ibarat beras pilihan bernas.
“Korang nak makan asam tak?masa korang balik kampung waktu aku jogging denganMadihah ada foriengner tu Tanya akau buah apa”
“Buah apa?”Soal aku
“Kedondongla’jawab Ain
Aku tengok Eina mula kecur air liur.
“Hah,bagus,akupon da lame tak makan colek(asam)cepat kita bergerak sekarang!” Arah Eina persis seorang askar di medan kawad palapes.
“boleh-boleh’jawabku dan Ain
“Jangan lupa nanti singgah Unimart kita beli kicap dan gula buat cecah”kata Eina
“Ahh,cuka sekali baru sedap”Sampukku
“Makan macam tu ke?”Soal Ain
“Yalah,tu la orang panggil colek’’kata Eina.
Setelah bersiap-siap ala-ala nak pergi jungle tracking kat hutan Sintok Ain yang mengetahui dimana kedudukan pokok kedondong tu membawa kitorang ke ke kawasan tersebut Masing-masing terbayang rasa buah kedondong yang masam-manis lagi kelat dicecah dengan kicap atau cuka…perghhhhh….Eina yang memang suka asam memang kecur air liur.
jalan punyer jalan kitorang akhirnya smpailah kat bawah sepohon kayu yg rendang dan mempunyai buah yg bujur, berwarna hijau.Ain memberitahu itulah pokok kedondong tersebut,Eina Nampak hairan jadi Aku dan Eina mendongak-dongak melihat buah itu
“Betul dah ni’kataku
“tengoklah siapa,ni Ain”kata Ain.
Kitorang melilau kat bawah pokok itu mencari alternative untuk mengait buah itu dan ketika itulah aku terjumpa buah itu yang keguguran atau tergugur dari pokok.Aku merasakan buah itu agak pelik dari pandangan mata kasarku
“Na,cuba mu tengok ni,betul ke ni buah kedondong”aku bagi buah tu kat Eina
“Betullah,Tak caye korang ni”Kata Ain.Eina mula membuat penyiasatan keatas buah itu dan tiba-tiba dia terus menjerit tahap hysteria hinggakan Bus Unic Liner berkaler biru itu terpakasa brek mengejut ala-ala drift kat litar go-kart UUM.
“Ni bukan Kedondonglah ngok…bukan!Punahlah hasrat aku nak makn colek”Kata Eina
Ain tersengih saja”aku rasa macam ya je”katanya
Aku mengambil buah itu “Ini baru betul-betul ke”don’t know” “kataku
Saat kejadian tu,aku mula terfikir yang Allah itu Maha Besar,banyak benda yang diciptaNya,walaupun sama tetapi cukup berbeza dan sepanjang di UUM ni kitorang dah temui pelbagai buah yang sama macam buah kat kedai buah tapi cukup lain macam buah kecik kat Kolej TM yang macam buah mata Kucing atau Longan,Buah comel kat padang bola yang kitorang ingat buat Pic……Uniknya ciptaan Tuhan dan………..
'Ini betul-betul The KEDONTKNOW" sebab member aku sendiri tupun tak kenal buah kedondong!!

Friday, January 22, 2010

KETAWA ADA FAKTA?

Ketawa? ketawa selalunya time kita gembira,rasa kelakar atau mengetawakan orang yang jatuh akibat licin kulit pisang….tapi,pernah ke korang tau ape tu sebenarnya Ketawa? Bagi aku,apa yang aku faham ketawa tu rahsia awet muda….mungkin yea sebab aku memang terasa muda lagi…hahaha….jadi apa yang perlu korang buat adalah, ketawalah sebelum ketawa itu dilarang kat bumi Malaysia ni..(ade ke macam tu?).


Ketawa merupakan satu perbuatan yang bebas dilakukan oleh siapa saja, tua, muda, miskin, kaya, lelaki ataupun perempuan.  Tapi tahu ke korang manfaat sebenar ketawa tu dan fakta aneh dibalik hilai tawa korang tu? So,same-same kita follow 12 fakta di balik ketawa korang tu… tak kirala bunyiknya KAH!KAH!KAH!, HA!HA!HA!, HI!HI!HI! atau yang sewaktu dengannya….jadi dibawah ini adalah antara:      
                 
12 Fakta Menarik Tentang Ketawa

1. Bayi tidak mampu untuk ketawa sehinggalah diorang mencapai usia tiga bulan

2. Ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori dalam badan.

3. Ketawa mampu mengeluarkan udara dalam paru-paru dengan kepantasan 60 mph

4. Terdapat 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah

5. Seseorang yang banyak mempunyai kebarangkalianuntuk menghidap penyakit jantung adalah 40 % lebih rendah berbanding orang yang murung

6. Percayakah korang?terdapat tanaman yang dipanggil bunga tawa. Percaya atau tak apabila melihatnya korang akan ketawa seperti orang gila selama setengah jam

7. Ketawa 17minit per hari dipercayai dapat memanjangkan waktu hidup selama satu hari

8. Rata-rata kanak-kanak berusia enam tahun kettawa 300 kali sehari.tetapi apabila kita tmeningkat tua kita tersenyum dan ketawa hanya 15 kali sehari.

9. Senyuman seorang pelayan mampu membuat pelanggannya memberikan tips tambahan.

10. Fakta menarik adalah baik untuk perut jika korang ketawa selama satu jam tanpa henti.

11.Bayangkan dengan hanya tersenyum,seorang model iklan di Amerika Gordon Todd memperolehi $ 4.000

12. Orang yang tinggal di Brazil dan Kuba lebih banyak tersenyum jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Skandinavia.

Thursday, January 21, 2010

1 MALAYSIA DISH

Haaaaaaa...........ini antara makanan-makanan rakyat Malaysia yang sempat aku uploadkan........sebenarnya masih banyak dan tak terhingga lagi makanan yang ada di Malaysia,maklum sajalah Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai keunikan dan keenakkan makanan yang tersendiri jadi,tidak salah jika semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bersama-sama menikmati pelbagai keenakkan makanan di Malaysia,begitu juga dengan para tousrist dari luar negara,boleh saja menikmati pelbagai makanan yang lazat di Malaysia...enjoy....it.....yummy!!!!
Satay......kebiasaannya dimakan di musim2 perayaan dan nak yang paling sedap....makan dengan bawang,kepingan timun batang dan yang paling superb dengan satay adalah kuah kacang dan nasi himpit.....sedapnyaaaaaaaaaaaaaa....................

Tosai..indian food yang boleh kita dapati di Malaysia,rasanya agak masam tapi sedap.....dimakan dengan tiga kuah utama....kalau yang tak tahan pedas macam aku ni,boleh je cecah dengan kuah kacang dal..okeh.........delicious!!!!!

Nasi kandar..haaaa.....mamak food...pelbagai campuran kuah,paling ceaper boleh dapat dalam RM4 satu pinggan nasi...perghhh memang sedaplah...tapi kalau yang allergik means perutnya cepat meragam,mintaklah satu kuah je sebab kalau campur banyak-banyak kuahkan tak pepasal ulang-alik ke tandas aka jamban!

Ais kacang ataupun Air batu campur ataupun nama glamournya ABC adalah desert yang very da fofular kat Malaysia ni hah,dekat mana-mana aja boleh dapat. Yang beza adalah harganya,kalau order dekat gerai tepi jalan bolehlah dapat dalam RM2-RM3 kalau order kat exclusive restaurant or maybe hotel,alamak nasiblah .........memang sedap,rugi kalau tak cuba...macam-macam ada kacang merah,sendol,kacang tanah,jagung,agar-agar..huh dah lupa dah aku sebab dah lama tak buat ais kacang dan jual kat orang kampung akak aku...

Laksa penang is the famous laksa in Malaysia....Laksa ni glemer di belah-belah utara terutama Penanglah kan.....laksa ini amat berbeza sekali daripda laksa kelantan,laksa sarawak mahupun Johor but the important is Malaysia memang kaya dengan laksa dari pelbagai negeri yang simply yummylah!!!!

Nasi ayam.............lazatnya.........siapa pelopor rseipi ni aku sendiri tak tahu tapi dimana-mana boleh dapat,di pasar malam,kedai bawah jambatan,restoren kecik,restoren besar,hotel....orderlah dan anda pasti sukakan kelazatannya.......

EUUWW..COKE!




Hari tu aku ada kelas Basic Enterpreneurships dengan Pn.Syahrina dekat DKG 2/1 ,tengah syok-syok belajar tentang keusahawanan ni, timbullah cerita tentang yayasan Pulau Pinang dan minuman berkabonat Coca-Cola, Aku berilah perhatian sikit tentang isu tu…..Maklumlah mase kecik-kecik dulu dan besar-besar la nipun aku memang minat minum Coke…macam-macam nak try…Vanilla Cokela,Camnilah,dan macam-macam lagi……So,mendengar cerita Puan Syahrina tu membuatkan tangan aku dengan pantas mencari maklumat menggunakan jaringan Googles…dan apa yang aku dapat adalah fakta seperti yang tersenarai dibawah dan difahamkan kajian santifik ni telah dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. 

Petikan itu juga mengatakan dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dengan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team.Tapi cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna? Heheeee,aku no komen…..




Dalam Petikan tu juga menulis
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1) Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!daripada buang merata elok rendamkan aje dalam bekas coke


2) Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang disebabkan tindakan 'citric asid' yang ada dalam Coke tuDisini dapatlahkita buat andaian bahawa coke juga boleh menjadi satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?


3) Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang! Tak Payah guna kertas pasir…


4) Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5) Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6) Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuhlah macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke….manalah tau sedap..

7) Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8) Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni! Termasuk DPP Perwaja dekat UUM.(Hehehe)
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin tu)pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.

9) Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!

10) Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak)dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.Aduhhhh dah jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? akupun minum sekali
sekala! dah jadi tabiat orang kita,air suam apelah sangat, Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
So,itu ajela fakta yang dapat aku dapat tentang Coke……….fakta nipun aku dapat dari Blog seorang Brader x silap aku….Apepun setiap perkara tu ade baik buruknye…ibarat kata lecturer aku tu…Radix Colakan Ade!!!

Wednesday, January 20, 2010

10 FAKTA MENARIK KORANG KENA TAU

1.Ruang antara dua dahi kita dipanggil 'Glabella'
2.Buah anggur ditanam di serata dunia melebihi buah-buahan yg lain
3.Obor sukan olimpik dianggarkan sekitar 3 paun
4.Google akan menerima lbh 200 juta soalan setiap hari yg mana separuh daripadanya adalah dari Amerika Syarikat
5.Pada asalnya bola Golf dibuat dari kayu tapi kemudiannya dibuat daripada kulit dan disumbatkan dengan bulu
6.Pada tahun 1888,seorang petani di Mesir telah menjumpai sebanyak 300,000 mumia kucing di Beni Hassan,Mesir
7.Di AS,pengeluaran susu disana dianggarkan pada kadar 12000 paun sehari
8.Pulau Tasmania diketahui sebagai negara yang mempunyai udara yang paling bersih di dunia.
9.Kerosakan otak boleh berlaku apabila suhu demam panas melebihi 107.6 fahrenhareit
10.Orang2 yang mempunyai penyakit alahan boleh merendahkan alahan itu dengan ketawa

Monday, January 18, 2010

SERAM MALAM TAHUN BARU 2010


Malam tu,lepas balik dari computer lab kolej, kitorang terus borak-borak sambil melepak atas katil. Namun disebabkan mata yang masih segar bugar ibarat sayur segar kat pasar, Ain mencadangkan agar memberku yang sorang lagi si Eina tu membuka laptop.
“Nak buat apa buka laptop?” Soal Eina sambil bermain SMS dengan seseorang yang kitorang kenali sebagai Ehemp-ehemph……Aku Cuma melihat sambil berbaring di katilku sambil memeluk Spongesbob kesayangan yang aku beli kat Pekan Changlun yang harganya RM10.
“Alaa…kita tengoklah cerita Hantu Jamu Gendong tu”Kata Ain
“On jela Na laptop tu, dah banyak hari si Ain ni nak layan cerita ni, dalam laptop aku bukan ada cerita ni,aku kan penyokong filem tempatan” Sampuk aku sambil tersengih kerana memikirkan laptopku penuh dengan cerita orang putih. Filem tempatanla sangat....

Eina terus membuka laptopnya dan kitorang terus melayan cerita dari seberang itu dan seperti biasa,setiap kali layan cerita kitorang akan memadamkan lampu bilik ala-ala kat panggung wayang gitu dan yang peliknya aku yang kureng melayani cerita dari seberang turut bertindak melayani cerita ala-ala serem tu.
Eina duduk berhadapan dengan laptopnya manakala Ain duduk di sebelah Eina berhampiran tingkap bilik kitorang yang sentiasa terbuka itu tapi hanya ditutupi langsir bilik dan aku berada di tengah namun di belakang diorang berdua.

“Na,takutnya suara dia buat tu” Kata Ain sambil memeluk bantal busuknya yang menjadi mangsa pelukan apabila dia ketakutan akibat dari bahan tontonannya itu.  Aku pula cuma menonton sambil melayani SMS, acuh tak acuh saja.
“Ni tak takut Mek Ain oi…jap lagi kalo mu dengar perempuan hantu tu sebut lagi seram,aku tengok tengah hari pun seram ketiak” Kata Eina
“Bila mu tengok Na?’’Soalku kerana itu adalah kali pertama kami menonton filem tersebut.
“Masa kat rumah tulah…”Jawab Eina
“huh…tak takutpun,cerita diorang ni tak macam cerita kitalah..tu pasal aku tak minat sangat cerita diorang ,tapi jangan tunjuk yang ngesot-ngesot sudah..aku memang seriau sikit kalau yang mengesot ni" kataku
“Tapi takut Sha,ceita Terowong tu takut..dahla aku tengok sorang-sorang,ko tengok dah last-last dah masa tu”Kata Ain
“tak takutpun sensored je banyak”Jawabku
“Betul tu aku tengokpun tak takut dahla banyak sensored macam mat salleh” Sampuk Eina
“Tapi takut…betul...” Kata Ain
“Ahhh..mu tu memang nak tengok sangat cerita hantu tapi penakut” Kataku sambil terus melayani sms.
Tiba-tiba Eina bersuara “Hah dengar tu Mek Ain suara dia...…seramkan”
“Eh,apa dia sebut tu..jamumas?” Soalku
“Dia cakap nak jamu ke tak bang?” Translate Ain. Aku tau Ain memang expert sikit tentang bahasa Indonesia ni sebab ayah dia tu lecturer dan selalu turun mengajar dekat Indonesia. Nasib baik tak ambil courst cikgu je minah ni.
“ooooooooowwwwwwwwwwhh” Kataku panjang tapi sepanjang cerita itu berlangsung aku asyik nak tergelak saja dan Eina akan turut tergelak kecuali Ain yang gelak kadang-kadang sebab dia agak-agak takut.Aku bukan nak tunjuk berani walaupun time tu memang aku seriau bulu betis jugak tapi dah memang perangai aku ade je yang aku tengok tu macam lucu,dan apa yang boleh aku komen adalah aku buat-buat berani kucing ajelah.
Kitorang teruslah menonton sehingga cerita itu tamat dan apa yang jelas kitorang tak puas hati kerana masih ada yang dirasuk di ending cerita kononnya nak bagi seram tapi cerita tu jadi macam tak best pulak,akupun rasa macam tu.
“alaa macam ni je…tak puas hatila” Kata Ain
“Hah aa,akupun hairan kenapa perempuan tu jadi gila,diakan tak salahpun dalam kes ni” Kataku
“La,diekan dah nampak hantu tu sebab tu dia jadi gila…hah nak tengok cerita apa lagi?”Soal Eina
“Dah pukul berapa dah?”Soalku
“Baru pukul 2..kita bukan ngantuk lagi..kita layan cerita ni nak?”Soal Eina sambil membuka cerita Melayu pulak.Aku ikut layan saja walaupun aku kureng dengan cerita melayu yang banyak berunsur cinta tu dan pelakon yang kureng aku gemari,nasib baiklah ada pelakon kegemaran atuk aku Brader Harun Salim Bachik yang membuatkan aku melayani cerita itu,tapi yang tak bestnya cerita tu adelah unsur-unsur kelakar walaupun tak sangat yang membolehkan kitorang bertiga tergelak besar.
Jam time tu dah pukul 3.30 Pagi dan saat tu Harun Salim Bachik yang berlakon dalam cerita tu berkata “Betul ke?”
Aku masih biase-biase aje tapi aku tengok Ain tak tentu arah dan Eina berkata
“Tak usah dok cara-cara(peduli)la Mek Ain”
Ain pandang aku “Ko dengar tak apa yang aku dengar tu?” Soal Ain sambil mengusap batang tengkuknya dan saat itu aku mula mendengar suara halus mendayu
“Haaaaa…Betul tu!”
Ain terus melompat bangun dan melihat reaksi spontan Ain it uterus membuatkan aku terjerit penuh seram
“Apa jerit-jerit pula ni,tak usah dok cara sudahlah..buat tak tahu saja”Marah Eina yang cuba menkontrol keadaan penuh tanggungjawab
“Orang dalam,aku nak join boleh tak?”suara perempuan tu kedengaran sayu.
Aku dan Ain mula terduduk di katil Eina tak tentu arah,jam sudah pukul 3.30 pagi,mana ade orang lagi? Dan aku mula teringat malam tu malam Jumaat? apa betul ke malam jumaat malam hantu??? dan apalah nasib kitorang layan cerita hantu pada malam jumaat pula tu dengan siap ketawakan watak hantu tu,aku dan Eina memikirkan perkara yang sama namun Eina masih kekal di kerusi,aku dan Ain mula berpeluh ketiak menahan perasaan yang semacam.
“Bukalah tingkap ni,aku nak masuk” Suara tu berbunyi lagi, Eina bingkas bangun dari kerusi,tak boleh jadi ni,makain teruk dikacaunya,ayatul kursi yang aku bace mula beterabur,Eina mendail-dail nombor telefon siapa aku dan Ain tak pasti sambil terkumat-kamit membaca al-Fatihah.
“Tak boleh bukalah,Jahatlah korang ni…..”Suara tu Bunyi lagi.
Eina mula duduk di sebelah Ain kitorang bertiga duduk berhimpitan,masing-masing tak tentu arah
“Sha bunyi apa tu?”Soal Ain
Aku geleng sambil memegang tangan Ain,Aku mula terketar tahap ketaran yang agak tinggi nisbahnya apabila melihat Eina .Tangan Eina jelas mengigil sewaktu mendail nombor telefon.
“Mu telefon siapa Na?’’Soalku
“Kak Su” Beritahu Eina.Kak Su adalah akak senior yang berada di sebelah bilik kitorang.
Tak sampai 5minit pintu bilik kitorang diketuk.aku dan Ain terus meluru untuk membuka pintu tapi dihalang oleh Eina.Aku dan Ain berpandangan.
“siapa tu?’’Soal Eina penuh konsisten
“Kak su ni’
Apabila yakin itu adalah kak su terus kitorang buka pintu dan menarik kak su masuk.aku terus membuka lampu
“tak yah buka nanti dia perasan”Kata Eina,kitorang tutup balik lampu tu
“Apa dah jadi ni? Siapa Kacau,dia intai korang ke?”Soal kak su sambil memisat matanya, dia memikirkan kami dikacau lelaki.
Kitorang terus menceritakan segalanya dengan versi masing-masing,setelah menganalisis cerita kitorang kak su terus merapati tingkap dan dengan beraninya menyelak langsir itu,kami bertiga sedang mengigit jari dan memintal hujung kain serta mengigit telefon akibat ketakutan,kami menunggu kata-kata dari kak su yang sedang meninjau suasana gelap di luar bilik.
“macamana Kak Su?”
“tak ada apapun ada budak bilik hujung dan kawan dia tengah bersembang kat bawah lampu”Kata Kak Sue
“Budak bilik hujung?’’Kitorang rase tak percaya
“Yea.yang chubby dan kawan dia yang kecik-kecik tu’’
Kitorang terus meluru ke tingkap dan kelihatan di bawah sinaran lampu jalan yang agak-agak boleh menampakkan sehingga lubang hidung,Noni dan Pija sedang landing ibarat sedang berada di pantai merdeka
“kurang ajar diorang pedajal kita”
Kitorang memang frust tahap tapir dan mentibang bukit melihat dua makhluk itu.Setelah meminta maaf pada Kak Sue kitorang terus keluar mendapatkan Noni dan Pija dan rupenya ramai lagi manusia yang masih segar dan berlegar-legar di sekitar kolej kitorang.Ya ALLAH,kitorang memang lupa malam tu malam tahun baru,mana ade orang tidur lagi walaupun dah pukul 4 pagi,masing-masing dengan agenda tahun baru dan berseronok menyambut tahun baru.
“Soryla wei,korang takut ke?Aku tak bajetpun nak usik korang..”Noni tersengih menampakkan giginya yang mungkin digosok menggunakan jenama ubat gigi terkemuka Malaysia.
Kitorang menggeleng memang tak puas hati dengan kisah tahun baru tu,cukup-cukup rasa terkena dan malu sehungga terpaksa mengejutkan Kak Su pada jam 3.30 pagi,Aku pula mula terfikir,balasan kot…hahaha padan muka kitorang,patutnya malam tahun baru nak-nak yang jatuh pada malam Jumaat eloklah solat sunat tahun baru atau bacaan yaasin,ini tidak kitorang layan cerita hantu pulak dah…..seram sungguh malam tahu baru tu…habes!