Sha's connection

Thursday, February 23, 2012

CERITA LAMAN SOSIALKU

Cerita pasal laman sosial,,,first2 yg korang akan terbayang mesti facebook... kenapa facebook? sebab facebook antara yang terglamour sekarang ni nak2 lagi ada pulak lagu cinta muka buka by Najwa Latif tu kan? hoho...
aku sebenarnya bukan nak cerita pasal Najwa Latif mahupun facebook tapi aku nak cerita laman sosial-laman sosial yang aku ada dan pernah aku ada...yang mana aku aktif..yang mana tak..bila lagi aku start bersosial di laman sosial ni (hahahhaa betol ke ayat ni? macam weird jek) kof..kof..kof... 


Pertama..ni haa... FRIENDSTER... aku buat FRIENDSTER ni masa aku FORM 4..wah! sekarang aku dah final year dekat university..satu tempoh yang lama kan? masa ni friendster sangat2 fofulor berbanding facebook or other social network..everyone have their own friendster.... kan..termasuk artis...dapat pergi perpustakaan desa utk update status kat friendster time tu memang bestla ..ahhaha..inilah laman sosial pertama aku...


MY FRIENDSTER..HHEHEHE...TP INI DAH DESIGN BARU 
Yang kedua.... ini dia... TAGGED.... hahaa..aku buat TAGGED ni masa tahun 2009 lepas aku dah bosan main friendster...aku tergerak hati nak main TAGGED ni bila akak aku yang masa tu student dekat UKM selalu cerita kekawan dia dapat ramai kawan dari TAGGED dan TAGGED ni lebih menarik berbanding friendster...so, akupun mencubanya...lalalalalalala....


HOHOHO...NI ADELAH TAGGED AKU...WAA..SUKA DAPAT EDIT BACKGROUND SENDIRI,..COMEY X? SO COMEYLICIOUS RIGHT? HEHE
 Dalam tahun 2009 bulan yang sama jugak ..aku buat YM sebab aku ikut akak aku yang kaki YM pergi CC... akak aku cakap pulak YM ni boleh chating...ada chatroom macam MIRC... uppss...cakap pasal MIRC...MIRC adalah laman sosial internet pertama yang aku cuba...masa tu aku form 4 jugak...kemudian barulah Friendster (aisesh....lupa information)...huhuhu.... berbalik pada YM... so, bila akak aku cakap macam tu akupun tertariklah...ahhaha..maka wujudlah akaun YM aku...


HOHOHO...INILAH AKU PUNYA YM..TAPI TAK AKTIFPUN SEBAB AKU MENYAMPAH DENGAN ORANG2 YG CHAT KAT YM NI
DAN INI LAK ADELAH MIRC AKU....TP AKU MASUK JOIN KUIZ JE...
Hohoho..dalam tahun 2009 jugak...akibat mendapati YM tak best sangat sebab ada lelaki yg gatal di chatline..akhirnya aku membinalah FACEBOOK...masa tu FACEBOOK xdek apa lg...2,3 orang jek yang tahu pasal FACEBOOK ni, aku tahu pasal FACEBOOK since 2008 sebab sepupu kawan aku belajar dekat UK dan dia guna FACEBOOK untuk berhubung..tahun 2008 aku da create account FACEBOOK tapi tak jadi .so,mase tahun 2009 tu akupun buat balik dan menjadi..sampai sekarang..dah 4 tahun guna...aku dah dapat ramai sangat kenalan...dan antara yang paling aktif lah...



HOHO,,INI ADALAH WAJAH FB KU YG TERBARU,,MASA AKU GUNA DULU..FACEBOOK CIKAI JEK MARK DESIGN..SEKARANG DAH CANGGIH...HUYOO...



hOHo...dalam tahun 2009 juga...cheh macam cipta sejarah lak....aku buat BLOG... actually masa tahun 2007 aku dah buat blog tapi tak menjadi coz masa tu aku ada cite2 nak jadi penulis novel internet..kof..kof... then hujung tahun 2009 seorang kawan aku perkenalkan aku pada BLOGGER.COM... wahh.... dari situ aku mula mengenali BLOG.. dan WORDPRESS bagaimanapun..aku hanya aktif BLOGGER... wordpress..uhh i forgot my password lorh...huhuhu


MACAM YANG KORANG TENGOK SEKARANG..NILAH BLOG AKU...HUHU..PURPLELICIOUS KAN...
Kemudian pada awal 2010, aku mulai mengenali TWITTER melalui kawan2 kat facebook yang ada TWITTER...bagaimanapun aku terlupa pasword TWITTERku membuatkan pada tahun 2011 aku dapat membuka kembali akaun TWITTERku...so..poor.....



THAT IS MY TWITTER... ORG YG SELALU TWEET AKU ADALAH  YAK KELIH BOKTAN HOHO..DAN ADALAH BEBERAPA ORG RAKAN FB KU YG FOLLOW AKU KAT TWITTER MCM AN AZIZ, HANAN DILA, ABE BOB DAN LAIN2 LG..

Hoho...tapi sebab aku sukakan internet jadi.... pertengahan tahun 2010...aku mula mencipta akaun SKYPE... hahahaha..tapi hampeh...aku tak reti main SKYPE...so...macam tu jelah....sekadar bukak dan tengok kemudiann tak buka-buka ...


TARA...NILA SKYPE AKU..WUHUUU...TP X RAMAI KONTEKPON


bagaimanapun...aku sentiasa mencuba apa2 yang baru now aku try site with google lak... dengan you tube pernah ada akaun jugak tapi lupa passwordnya... hooissh.... apa2pun...buat korang2 nak kontek aku...kontek jek dekat facebook coz aku sekarang hanya aktif berfacebook and blogging je....huhu..ni cerita laman sosial aku...korang lak macamana????

Wednesday, February 22, 2012

NEGERI KELANTAN MEMANG MISKIN!





Aku dilahirkan dan membesar di Kelantan...bila umurku dah mencecah ke angka 19/20 tahun baru aku merantau ke negeri orang ...separuh hidupku adalah disini... dan negeriku memang miskin...tapi miskinnya hanya pada mata yang tidak pernah celik untuk melihat kayanya negeriku... bacalah TAK RUGIpun.... 


-> Kelantanku negeri miskin malah tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh sahaja..agaknya mana rakyat Kelantan yang miskin ni dapat duit ya? 

=-> Kelantanku negeri miskin Baju TRW(baju bola) lengan pendek  aje dah Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetapi tetap di beli juga..agaknya mana rakyat miskin ni dapat duit ya?

=-> Keuntungan Tesco di kelantanku yang miskin ni antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba korang datang ke negeriku  dan ketuklah pintu 10 biji rumah Banglo 9 yang membukanya adalah melayu 1 daripadanya adalah Cina, tapi di Kuala Lumpur yang kaya raya itu bagaimana ya?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantanku negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand....gelisah kalo beras Thailand dah habis (orang kampung aku sekali beli beras siam kat kedai mak aku, 2,3 kampit!)



=-> Kelantanku negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku...emas tulen ok........................



=-> Kelantanku negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negeri miskin ini...

=-> Kelantanku negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh je!

=-> Kelantanku  negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang dan korang yang pernah datang ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!! TQ kpd yg Berkongsi Info
Alternatif baru di Kelantan

KISAH SEORANG DOKTOR


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
... ... ... ... ...
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
" drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!"
kata si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "

alhamdulillah..anak anda selamat..!"

dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..

" Moral : Never judge anyone because you never know how their life is & what they're going through..."

ANUGERAH CINTA BRISBANE (BAB 1)



Amir Ikhwan  menanggalkan songkok di kepalanya lalu diletakkan di atas meja . Kemudian dia menghampiri Nurul Hani yang sedang duduk di birai katil, gadis itu berpakaian pengantin rona merah putih dan bertudung litup sama juga dengannya yang turut berpakaian pengantin. Malam tadi mereka sah diijabkabulkan dan petang tadi majlis persandingan serba ringkas untuk mereka berdua. Ayahnya Hj.Rashid adalah orang yang paling bahagia apabila dapat melihat dia disandingkan bersama Nurul Hani yang baginya langsung tak sepadan dengannya malah dia tak cintakan Nurul Hani.
Nurul Hani malu untuk memandang Amir Ikhwan yang kini sah menjadi suaminya, dia masih ingat kali pertama dia melihat Amir Ikhwan adalah ketika lelaki itu berpindah ke sebelah rumahnya, masa itu umur mereka baru 7 tahun tetapi Amir Ikhwan lebih pandai darinya membuatkan mereka jarang bertemu apa lagi untuk berbual kerana Amir Ikhwan belajar jauh malah sekarang Amir sedang menuntut di tahun akhir di Australia. Sedangkan dia hanya lepasan dari universiti tempatan dan masih belum memperoleh pekerjaan.
“Nurul Hani, aku nak kau dengar sini” Amir Ikhwan duduk di sebelah Nurul Hani
“Ya abang?” Nurul Hani merenung wajah Amir Ikhwan
“Eh, kau tak payahlah nak berabang bagai dengan aku, aku gelilah! Panggil aku Amir je lagipun kau dengan aku sebaya” Kata Amir Ikhwan. Wajah Nurul Hani berubah riak tapi dia cuba mengawal perasaannya sendiri walau dalam hati dia mulai merasakan sesuatu yang tidak kena.
            “Ba..baik Amir” Jawabnya sambil menunduk tidak lagi merenung Amir Ikhwan.
            “Aku nak bagitahu kau yang aku langsung tak cintakan kau, aku terpaksa menerima kau jadi isteri aku… kau ingat aku sukakan kau? Kau ingat kau layak untuk aku…?” Amir Ikhwan bersuara perlahan tetapi tegas.
            “Amir..Amir cakap apa ni?”
            “Aku nak kau tahu yang kau tak layak jadi isteri aku…dahlah kolot…dengan tudung kepala..gemuk pula tu..eh kau tahu tak aku dipaksa menikah dengan kau!”
            “Amir…saya sedar saya tak cantik..saya gemuk..tapi berdosa ke bila saya bertudung? Agama saya islam Amir dan Islam menuntut…menuntut Amir! Menuntut umatnya menutup aurat…” Air mata Nurul Hani mulai menitik di pipinya, impian bahagia yang diimpikan sebelum menjadi isteri kepada lelaki itu hancur berkecai ketika itu.
            “Eh, kau tak payahlah nak bercakap soal dosa pahala dengan aku…tentang islam pula” Bidas Amir Ikhwan.
            “Agshtafirullahalazim Amir…. Awak dah jauh tinggalkan islam…”
            “Kau tak payahlah nak membebel macam ni dengan aku… aku juga nak bagitahu kau yang sampai Brisbane nanti, pandai-pandailah kau hidup…aku akan gantung pernikahan kita ni sampai bapak aku tu …you know…mati…..lepas tu aku akan lepaskan kau dan kau boleh bebas…” Kata Amir.
Nurul Hani menangis teresak-esak tapi cuba ditahannya.
            “Kenapa awak terima saya jadi isteri awak kalau awak nak seksa hidup saya macam ni Amir?” Soal Nurul Hani
            “Sebab aku benci kau! Look at you Nurul Hani… kau ingat aku suka perempuan gemuk macam kau! Hah? Aku juga marahkan bapak aku yang suka-suka menjodohkan aku dengan perempuan yang langsung tak layak untuk aku!” Kata Amir Ikhwan sombong sambil bangun menanggalkan pakaian pengantin itu dan menggantikannya dengan seluar pendek dan t-shirt putih sahaja. Nurul Hani diam dan hanya menangis
            “For your information Hani, I will never touch you..never…” Amir Ikhwan terus membaringkan tubuhnya di atas katil itu dan memejam matanya rapat.
Nurul Hani tidak memandang Amir Ikhwan yang sedang berbaring di sebelahnya sebaliknya dia hanya menangis. Dia teringat suatu petang ketika dia pulang dari mengajar tuisyen untuk kanak-kanak di kampungnya di surau lama, adik perempuan bongsunya datang menerpa ke arahnya.
            “Akak…abang Amir balik kampung..baru je sampai” Beritahu Nur Suhadah yang mengetahui isi hatinya pada Amir.
            “Betul..betul ke….?” Soal Nurul Hani, entah kenapa hatinya berdebar-debar kerana sejak Amir pergi menyambungkan pelajaran di Brisbane, Australia sudah dua tahun lelaki itu tidak pulang ke kampung. Perlahan dia berjalan menghampiri tingkap dan mengintai ke rumah sebelah, kelihatan ibunya berjalan pulang dalam senyuman dari rumah Hj.Rashid dan ketika itu muncul Amir Ikhwan berdiri sambil bercakap di telefon.
            “Apa yang kau menangis lagi..boleh padam lampu tak aku nak tidur!”
Nurul Hani tersentak dari lamunan bila disergah Amir,perlahan diseka air matanya lalu dia bangun menanggalkan tudung kepalanya dan memadamkan lampu bilik tidur mereka. Dalam samar-samar cahaya lampu dari ruang tamu dia berjalan ke tepi dinding lalu duduk menangis disitu.
            Pagi yang cerah, Amir Ikhwan terjaga dari tidurnya. Dia menggeliat lalu bangun dan memandang sekeliling bilik tidur itu, Nurul Hani telah tiada di dalam bilik itu. Segera dia bangun untuk menyucikan diri dan kemudiannya setelah selesai segalanya dia turun ke dapur dan dilihatnya ibu dan ayahnya sedang menikmati sarapan pagi.
            “Selamat pagi bu..ayah” Sapa Amir Ikhwan sambil menarik kerusi dan duduk menghadap ibunya.
            “Lewat pengantin bangun..nyenyak tidur semalam?” Soal Hajah Fatima mengusik. Amir tersenyum sahaja sambil mengambil kuih koci dan membuka pembalut daun pisang itu.
            “Beli kat mana ni bu?” Soal Amir sambil menikmati kuih itu
            “Eh, ditanya kita beli kat mana. Nurul Hani yang buatkan, pagi-pagi lagi dia bangun buatkan semua sarapan ni” Beritahu Hajah Fatima dalam senyuman. Amir Ikhwan mengangguk dan terus menikmati kuih itu.
            “Amir..ayah nak cakap sikit dengan Amir petang nanti..”
            “Kenapa petang nanti kenapa tak sekarang?” Soal Amir Ikhwan.
            “Antara lelaki ke lelaki” Hj.Rashid tersenyum dan memandang Nurul Hani yang baru muncul dengan menatang tumis ikan bilis.
            “Hani dah panaskan balik tumis ikan bilis ni, maaf lambat” Perlahan Nurul Hani duduk di sebelah Hajah Fatima, keadaan itu membuatkan Hajah Fatima dan Hj.Rashid kehairanan.
            “Tak apa Hani..buat susah-susah je Hani buat sarapan banyak-banyak macam ni..nanti kuih ni, bagi dekat rumah bonda Hani sedikit ya, kita kongsi-kongsi” Kata Hajah Fatima
            “Baik ibu, Amir nak nasi lemak? Hani sediakan?” Nurul Hani memandang Amir Ikhwan yang seolah meluat mahu memandangnya.
            “Tengok ni bang haji budak berdua ni..malu-malu pula..kenapa panggil nama, tak sedap dengarnya, kan mesra kalau panggil abang” Kata Hajah Fatima sambil memberikan nasi lemak buatan menantunya untuk suaminya. Hj.Rashid hanya tersenyum sahaja.
            “Err..ab..abang nak nasi lemak ni?” Soal Nurul Hani cuba membetulkan keadaan.
`           “Boleh juga..” Amir Ikhwan mengangguk, matanya bertentangan dengan Nurul Hani tapi gadis itu pantas mengelak dan berpura-pura membetulkan tudung kepala yang dipakainya kemudian menyendukkan nasi.
            Nur Suhadah sedang mengemas rumah ketika pintu rumah itu diketuk, apabila pintu dibuka, dia tersenyum lebar melihat Nurul Hani sedang memegang sebuah bekas.
            “Selamat pagi pengantin baru” Usik Nur Suhadah sambil mengajak kakaknya itu masuk ke dalam rumah.
            “Ni ada kuih koci sikit…akak buatkan untuk sarapan tadi” Nurul Hani memberikan bekas itu pada Nur Suhadah.
            “Bonda mana Nur?” Nurul Hani mencari-cari ibunya
            “Bonda keluar cari benang dekat kedai Uncle Rajan, kejap lagi baliklah tu. Macamana malam pertama dengan abang Amir kak?” Soal Nur Suhadah. Nurul Hani cuba mengukir senyuman.
            “Alhamdulillah” Jawabnya.
            “Ishh..tak sabarnya nak dapat anak saudara…”Kata Nur Suhadah
            “Merepeklah Nur ni” Nurul Hani menggeleng
`           “Ish..kenapa akak tak nak ke anak seawal ni? Anak tu penambah rezeki kak..”Usik Nur Suhadah. Nurul Hani tersenyum sahaja dan kata-kata Amir Ikhwan di malam pertama mereka malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
            “Kenapa abang Amir tak ikut sekali kak?” Soal Nur Suhadah
            “Dia keluar jumpa kawan dia”
            “Bestlah akak nanti dapat tinggal dekat Australia..lagi dua minggu saja lagi akak akan tinggalkan bumi Malaysia ni..masa tu kita semua kat sini akan rindukan akak sebab bila akak dah pergi sana, entah bila pula akak nak balik Malaysia ni” Kata Nur Suhadah, ketika itu air mata Nurul Hani mengalir di pipi, dia memikirkan bagaimana dia mahu hidup sendiri di tempat asing baginya itu.
            “Akak ni, kan lambat lagi nak ke Australia..dua minggu lagi kak, kenapa akak nangis pula” Kata Nur Suhadah.
            “Akak takut akak rindukan Nur dan bonda” Nurul Hani cuba ketawa sambil menyeka air matanya.
            “Abang Amirkan ada..dia akan jaga akak..percayalah…” Nur Suhadah memegang tangan Nurul Hani
            “InsyaALLAH Nur…”
            “Assalamualaikum…Nur Suhadah..”
            “Walaikumussalam”Jawab Nur Suhadah dan Nurul Hani serentak
            “Tu bonda dah balik kak” Kata Nur Suhadah, Nurul Hani segera menyeka air matanya dan menunggu ibunya naik ke atas rumah.
            Petang itu, Hj.Rashid duduk melepaskan mengah di bangsal kayu yang tersedia di kebun durian mereka itu, dia melihat anak lelakinya yang sedang berjalan ke arahnya sambil membimbit dua biji durian.
            “Dapat dua ni ayah” Amir meletakkan buah durian itu ke dalam raga motosikal kemudian menghampiri Hj.Rashid yang sedang menyeka peluh dengan tuala good morning.
            “Eloklah tu, Nurul Hani isteri kamu tu suka makan durian ni” Kata Hj.Rashid. Amir menggarukan kepalanya yang tak gatal kemudian duduk di sebelah Hj.Rashid.
            “Apa yang ayah nak cakapkan dengan Amir?” Soal Amir
            “Ayah nak cakap soal perkahwinan kamu dengan Nurul Hani, ayah tahu kamu terpaksa terima dia sebab ayah…sebab ibu kamu” Kata Hj.Rashid. Amir hanya diam sahaja.
            “Ayah buat semua ni untuk kebaikan kamu Amir, untuk masa depan kamu…bukan sebab penyakit jantung ayah ni…ayah memang dah tak ada harapan untuk hidup lama lagi tapi sebelum ayah menutup mata, ayah nak kamu berubah Mir” Kata Hj.Rashid
            “Apa maksud ayah…”
            “Ayah tahu kau dah jauh tinggalkan agama islam…kau dah tak solat, tak puasa..kau dah lupa dosa dan pahala…kau halalkan yang haram..Allahuakhbar Amir….” Air jernih bergenang di birai mata Hj.Rashid.
Amir terdiam, tidak mampu untuk berkata apa-apa. Tidak disangka olehnya kedua ibubapanya mengetahui segala perbuatannya.
            “Jadi ayah pilihkan Nurul Hani untuk bawa kamu kembali ke jalan ALLAH… ayah tahu kamu ada pilihan hati kamu sendiri..tapi percayalah…pasangan kamu itu juga perlu dibimbing seperti kamu, Amir. Nurul Hani memang tak secantik mana, tapi ilmu agamanya cukup Amir….dia dapat membantu kamu Amir….membantu kamu kembali pada ALLAH Taala” Kata Hj.Rashid. Amir diam lagi, dia terbayangkan Nurul Hani.
            “Ayah sentiasa mendoakan kebahagian kamu berdua, ayah tahu ayah dah buat pilihan yang terbaik untuk kamu..tolong bahagiakan Hani…” Pinta Hj.Rashid. Amir berpaling merenung ayahnya yang sedang mengurut dada.
            Nurul Hani baru sahaja ingin memakai telekung sembahyang ketika Amir Ikhwan masuk sambil mengatup pintu bilik mereka kasar. Nurul Hani agak tersentak dengan tindakan kasar Amir.
            “Kenapa kau terima lamaran bapak aku?” Soal Amir serius
            “Ke..kena..kenapa?”
            “Kau nak perli akukan? Aku tahulah kau tahu ilmu agama, kau pernah jadi qariah wakil daerah kita ni, kau jadi cikgu tuisyen, kau jadi ustazah ajar budak-budak mengaji tapi kau tak berhak untuk berpakat dengan ayah aku untuk kenakan aku!”Bentak Amir
            “Awak cakap apa ni Amir?” Soal Nurul Hani
            “Kau tahu aku tak solat..aku tak puasa..aku minum..aku…kau tahu semua tu kan! Sebab tulah kau berpakat dengan ayah aku untuk menjahanamkan aku…kononnya…nak ubah akulah…nak bawa aku kembali ke pangkal jalanlah!” Kata Amir kasar.
            “Agshtafirullahalazim..awak buat semua tu Amir..?” Nurul Hani begitu terkejut
            “Eh, kau tak payah nak berlakonlah perempuan! Untuk pengetahuan kau…aku cukup bahagia dengan hidup aku sekarang! Aku bebas buat apa sahajalah tanpa terikat dengan dosa dan pahala”
            “Allahuakhbar Amir..awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni… mengucap Amir…”Nurul Hani merenung Amir
            “Kau tak payahlah nak ubah-ubah cara hidup aku… balik saja Australia..aku dengan hidup aku dan kau dengan hidup kau! Orang tua tu mati je, aku akan lepaskan kau… kau pergilah cari orang lain untuk kau ubah…” Kata Amir.
            “Amir…” Nurul Hani memejam mata kemudian membukanya bersama linangan air mata.
            “Lagi satu..kau bukan tuhan yang mampu ubah hidup aku dan kau juga bukan malaikat yang senang-senang nak menilai dosa dan pahala aku!” Kata Amir kemudian terus berlalu sambil mencapai tuala mandi. Nurul Hani terduduk di atas katil, dia menangis teresak-esak. Saat itu dia teringatkan peristiwa di suatu petang.
            “Kakak..kakak…”Nur Suhadah datang memanggilnya yang sedang memberi itik-itik belaan ibunya makan
            “Apa dia Nur?”
            “Pak haji dan Mak haji datang merisik akak untuk abang Amir! Serius akak…” Kata Nur Suhadah.
Dada Nurul Hani berdebar-debar ketika itu.
            “Jangan nak main-mainlah Nur benda-benda macam ni..tak elok” Tegur Nurul Hani
            “Demi ALLAH…Nur curi-curi dengar perbualan bonda dengan Pak Haji dan Mak haji kat luar tu, mereka datang risik kakak” Kata Nur Suhadah. Perlahan Nurul Hani meletakkan bekas dedak seketika ibu mereka menjengah pintu dapur.
            “Hani, naik sekejap nak..pak haji dan mak haji nak jumpa ni” Panggil Sa’adah ibu mereka dalam senyuman lebar.
            “Percaya tak?” Nur Suhadah tersenyum memandang kakaknya
            “Hal lainlah… tak akan Amir mahukan akak yang gemuk, tak cantik pula, belajarpun tak tinggi macam dia, setakat grade dengan second class upper pula tu..kerjapun tak ada lagi” Kata Nurul Hani sambil membasuh tangannya dan kemudian berjalan menuju ke pintu dapur.
            “Tapi akak dah lama sukakan abang Amirkan? Cinta tak kenal cantik ke hodoh ke…cerdik ke pandai ke…kerja ke tak kerja ke… akak percayalah..cinta tukan anugerah ALLAH..” Kata Nur Suhadah sambil mengekor Nurul Hani.
            “Ish Nur ni..Nur tu budak lagi tahu.. baik fokuskan pada STPM nanti kan bagus?” Kata Nurul Hani seraya mencapai tudung yang tersangkut di paku di dapur dan terus menyaut ke kepalanya kemudian berjalan menuju ke ruang tamu. Nur Suhadah hanya menurut saja dan turut menuju ke ruang tamu dalam perasaan ingin tahu.
            “Assalamualaikum…mak haji..pak haji” Sapa Nurul Hani sambil menyalami tangan Hajah Fatima kemudian duduk di sebelah ibunya.
            “Waalaikumussalam” Jawab Hj.Rashid dan Hajah Fatima serentak.
            “Pak cik dah betul-betul sembuh ke?” Soal Nurul Hani apabila melihat Hj.Rashid yang kelihatan masih lemah kerana lelaki itu baru saja keluar dari hospital akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba.
            “Sudah nak..pak cik dan mak cik datang ni ada hajat..memandangkan Amir masih lagi di kampung… kami datang mahu melamar Nurul Hani untuk menjadi isteri kepada anak tunggal kami Ahmad Amir Ikhwan” Kata Hj.Rashid. Sa’adah dan Nur Suhadah sudah tersenyum-senyum kecuali Nurul Hani yang masih terkejut.
            “Kami betul-betul mahukan Nurul Hani menjadi menantu kami..memang rumah kita sebelah menyebelah saja…Nurul Hani dan Nur Suhadahpun dah macam anak kami..tapi kami tak mahu hubungan ni terputus macam ni saja bila kami dah tak ada lagi di dunia ni.. Amir pula entah akan tinggal di Malaysia entahkan tidak…jadi kami mahu kekalkan hubungan ni dengan menjodohkan Amir dan Nurul Hani” Kata Hajah Fatima
            “Anggaplah ni permintaan terakhir pak cik nak..pak cik dah sakit sangat dah.. pak cik harap sangat kamu boleh tolong Amir..dia dah jauh nak…” Kata Hj.Rashid sambil merenung ke dalam mata gadis itu.
            “InsyaALLAH pak cik..mak cik..kalau kuat jodoh antara kami..tapi macamana dengan Amir..dia setuju ke mahu dikahwinkan?” Soal Nurul Hani.
Hj.Rashid memandang Hajah Fatima kemudian memandang Nurul Hani sambil mengangguk dan tersenyum. Nurul Hani berpaling memandang ibunya.
            “Bonda tidak kisah Hani..ini masa depan hidup Hani” Kata Sa’adah
            “Hani tak boleh bagi jawapan sekarang… Hani mohon barang sehari dua..biar Hani buat solat sunat istikharah..kalau sudah ditetapkan Amir Ikhwan jodoh Hani..Hani terima dengan hati terbuka” Kata Nurul Hani. Hj.Rashid dan Hajah Fatima tersenyum.