Sha's connection

Saturday, April 12, 2014

Al-Fatihah buat Adik

Assalamualaikum bloggerians sekalian,

Minggu lepas aku mendapat pengkhabaran sedih daripada salah seorang kawan facebook aku, ceritanya bermula bila aku tiba-tiba saja terdetik untuk hantar chat kat dia, sedangkan sebelum ni kami tidak pernah sama sekali berchatting, kawan facebook aku ni add aku melalui adik angkat aku itulah.

Lalu ku tanyakan
"Assalamualaikum, awak ni senior Alif  (adik angkat aku) kan?"
"Ya" Dia balas
"Udak tu kat mana eh sekarang? dah lama dia tak contact saya, nombor diapun tiba-tiba tak boleh call dah" Soalku
"Jap...Jap....awak tak tahu lagi eh?" Soalnya
"Tahu apa?"
"Alif dah meninggal dunia"

Aku terkedu untuk beberapa ketika sebelum aku menangis, bila aku check facebook abangnya rupanya dah 3 bulan adik nakal yang selalu menghiburkan hati aku tu kembali ke rahmatullah, masa tu tak tergambar kesedihan aku, rasa terkilan sebab aku tak sempat balas sms terakhir dia kerana kesibukan kerja aku.

Aku masih ingat lagi perkenalan aku dengan dia masa tahun 2011,lepas tu dia selalu contact aku dan bercerita macam-macam, katanya dia nak jadi macam abang dia (juga aku kenal) aku tanya "la, kenapa nak jadi macam dia pulak, jadilah diri sendiri" jawabnya, "sebab abang kacak, ramai kawan-kawan yang nak kawan dengan abang"
Aku geram jugalah dan aku cakap kat dia "Diapun kacak apa, tak payahlah nak jadi macam abang, jadi diri sendiri kan lagi baik, biar orang suka kita dengan diri kita sendiri tak perlu hipokrit dan cuba untuk jadi orang lain yang jauh dari sifat sebenar kita" Begitu aku menasihati panjang lebar hahaha tapi itulah sama juga tiap kali bersembang dengan aku, mesti ayat itulah yang dia cakap "nak jadi macam abang" Ah, biasalah budak-budak ada idolanya sendiri diapun masa tu masih belasan tahun, tengah mencari-cari identiti dirinya.


Lagi satu yang kelakar tentang si adik ni, dia suka hantar gambarnya yang sama dekat aku, gambar rayanya yang memakai baju melayu kaler grey dan segak bersamping, dia seronok bila aku puji dia kacak macam pengantin lelaki melayu terakhir bila pakai baju melayu tu, sudahnya gambar yang sama itulah dihantarnya dekat aku, naik fedup aku dibuatnya, menyesal bila mengusik dia seperti lelaki melayu terakhir tapi dalam masa yang sama aku suka dengar gelak tawanya bila aku usik dia 
 "smart oooo!" keh keh keh 😝

Hakikatnya yang aku paling terkedu sekali apabila ingat 1 benda ni, dia selalu suruh aku tengok video dia dikafankan masa tu dia join bengkel pengurusan jenazah dan dia dengan rela hati nak jadi jenazah yang dikafankan dan ada kawan-kawannya yang bertindak merakam video tu. Bukan sekali tapi berkali-kali dia suruh aku tengok video tu, katanya dia nak merasa bagaimana bila dikafankan..kelak nanti dia juga akan dikafankan,..aku just tengok-tengok macam tu sajalah, sekadar melayan permintaan adik-adik gitu dan tak sangka itu adalah video dia yang terakhir aku tengok......

Sedih dan tak sangka sebenarnya, 3 tahun mengenalimu adik, 3 tahun melalui suka, 3 tahun melalui duka, semoga adik tenang dan damai kat sana disisi "kekasih" sejati. Akak (dia suka panggil aku nama je actually tapi pandai pula bahasakan diri dia adik 😅) doakan adik selalu.

Buat kawan-kawan blogger aku, maaf aku tak upload gambar arwah adik sebab aku mahu dia tenang kat sana. Sesiapa yang baca kisah aku ni, sama-samalah sedekahkan al-fatihah buat arwah adik angkatku Mohd Alif Firdaus Mohd Iramzy.

Saturday, April 5, 2014

PadaMU ku berSUJUD

Assalamualaikum, siapa biasa dengaq lagu Afghansyahreza yang tajuknya "Padamu ku bersujud" ?. Mesti pernahkan, sebab seingat2 lagu ni pernah jd OST cite hape entah, kalo tak silap yang Nur Fathia ke heroinnya,

Ada apa dengan lagu ni? SubhanALLAH, dulu memang aku tak pernah layan lagu ni tapi rupa2nya di saat aku BERHIJRAH lagu ni betol-betol menyentuh hati aku.... ya... disaat aku tercari-cari kegembiraan yang aku tak jumpa sehinggalah aku betul2 jumpa DIA!! dulu aku berlagak seolah aku kenal DIA tapi sebenarnya aku tak kenal, aku masih rasa tak tenang sedangkan aku tak ada masalah yang teruk2 tapi even masalah yang kecik aku rasa bebanannya macam pikul berguni2 beras, hati memang tak tenang hingga akhirnya pada ulang tahun kelahiran aku, aku dihadiahkan sesuatu oleh kakak2ku yang membawa aku betul mengenali SANG PENCIPTA...SubhanALLAH, betapa besarnya hidayah yang ALLAH bagi kat aku..disampaikan melalui kakak2ku, aku menerimanya dengan tangisan taubat... terima kasih ya ALLAH...

Dan setiap kali aku dengar lagu Afghan, aku mesti nangis..betapa aku keseorangan tercari-cari seperti orang yang tersesat di tempat terang sehingga aku betul2 menemui AN-NUR dariNYA."Ampuni aku Ya ALLAH yang sering melupakanMU"  Dan apa yang aku selalu minta dalam doa ku sama seperti yang Afghan sebut dalam lagunya "Jadikan aku hambaMU yang selalu bertaubat" 



Betapa besarnya kasih ALLAH pada hamba hina macam aku ni, betapa sayangnya ALLAH pada hamba yang pernah ingkar macam aku ni, betapa cintanya ALLAH pada hamba yang pernah melupakanNYA ini, ya ALLAH.... buat kawan-kawan aku, nasihat aku carilah kemanisan iman tu kerana apabila kamu menemuinya tak tergambar nikmatnya, aku tak rasa lagi terbeban atau rasa tak tenang seperti biasa(bebanan yang aku tak tau darimana yang selama ni aku pikul) sungguh bebanan tu hilang sekelip mata, dan jika korang betul2 menikmati kemanisan iman tu, saat korang berSUJUD, betapa terasa kerdil sangat diri. Indahnya moment2 disaat kita bersujud dan menangis mohon keampunan pada ALLAH, SubhanALLAH, MasyaALLAH...

Lastly, aku tinggalkan korang dengan lirik lagu Afghan, hayatilah lirik penuh makna ni :- 

Ku menatap dalam kelam
Esok ataukah nanti
Kau tempatku meminta
Ampuniku ya Allah
Esok ataukah nanti
Kau tempatku meminta
Ampuniku ya Allah
Kau tempatku meminta
Ampuniku ya Allah
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu