Sha's connection

Friday, March 30, 2012

ULTRAMAN VERSI KELANTAN


Fakry-Atromen versi kelate
Atromen makhluk yea sangak mulio..
atromen maknusio biaso..
tak dok sapo hok yea dapak lawe dio..
bulehnyo bertuka rupo..
gapo sajo lawenyo
dimanopom juo tetap ado
nok tulong kito..
selamak kea lah kami
selamak kea bumi..
dok harap keanyo batue..
dari atromen...


Hiduppun jadi amae..
tak dok lagi gangue..
darilah raksaso..deneso..
dea jugok gapo sajo....

Atromen makhluk yea sangak mulio..
atromen maknusio biaso..
tak dok sapo hok yea dapak lawe dio..
bulehnyo bertuka rupo..
gapo sajo lawenyo
dimanopom juo tetap ado
nok tulong kito..
selamak kea lah kami
selamak kea bumi..
dok harap keanyo batue...
dari atromen...

Hiduppun jadi amae..
tak dok lagi gangue..
darilah raksaso..deneso..
dea jugok gapo sajo....
(ulang je semua)



Thursday, March 29, 2012

SHA COMEYLICIOUS AGAIN

Taraaaaa.......... again..aku story about page aku... alhamdulillah semakin ramai LIKERs yg like page aku...hope korang semua terus support apa yang aku buat ni ok.......



Aku buat page ni berbeza sikit dengan blog ni...blog aku ni bercampur aduk storynya but untuk page ni aku nak share sumthin yg berilmu untuk kita semua.......... buat korang2 yang nak berkunjung ke page aku, korang leh KLIK link ni ok... SHA COMEYLICIOUS .........kalo nak like pom leh jugak.......... ehhehehe....
 


Tuesday, March 27, 2012

GAGAL BUKAN BERERTI AKAN GAGAL

Hari jumaat yang lalu, aku telah pergi ke Napoh, Kedah untuk menjalani ujian teori undang-undang ni.. satu buku aku dah baca malam tu.. dalam kul 11, abang Amir yang kerja dengan sekolah memandu tu datang ambil kitorang. Hemm, entah pasai apa..aku rasa tak sedap hati semacam je... then sampai dekat Napoh, dekat Myspeed Changloon tu, kitorang dipanggil untuk jawab ujian komputer tu sorang demi sorang ikut number giliran coz ramai sangat yang pergi ambil ujian ari tu...budak2 UUM dah satu van tambah lagi orang2 luar.. 033...nombor aku dipanggil, aku masuk jawab punya jawab..... jenggggg....

Tengok........ni result aku.. 40/50 je sedangkan markah lulus 42/50. lagi 2 markah aku hilang... kenapa mesti 42 lulusnya...aku tengok kawan2 aku semua sengih2 sebab lulus..aku dah menggelabah dan bengang semacam, nak balik UUM satu hal dop pikir sebab abang Amir dah tak datang ambik, nasib baik ada kawan aku baik hati nak temankan aku.. so, aku ambil lagi satu ujian ulangan....tapi hati masa tu gundah-gulana, fikirkan duit yang banyak nak keluar, fikirkan nanti tak dapat lesen...masa jawab ujian ulangan tu, aku dah rasa semua soalan kabur je...tapi aku jawab jugak..dan jeng..jeng..jeng....


Aku betul lagi rendah 39/50 saja... aduiiii.........aku memang dah bengang gile2 dah.......... rasa macam nak pengsan...then kawan aku cakap..ko kena khatam buku ni sha..buku yang 500 soalan contoh tu.... ohh yeake?? sebab aku baca yang depan2 je pasal buku tu, aku memang tak baca sampai habis. So, petang tu baliklah aku dalam kesedihan.... balik bilik 3 hari aku pulung baca buku soalan tu..dan ari selasa semalam aku p lagi ke Myspeed Changloon tu..dengan berdebar-debar aku masuk..akak2 JPJ tu pun da kenal aku..ehehhee.......jawab-jawab....jawab......jeng.........ni hasilnya....

Yey, aku dapat 49/50...akhirnya......ALLAH, masa tu ALLAH je tahu betapa aku happy... yasshh..... so, gagal sekali bukan bererti akan gagal selamanya..betol x?? hahaha.... lega tak boleh nak cakap walaupun aku rasa fobia dah nak duduk hadap komputer jawab soalan2 tu.. huhu..so, buat korang yang nak jawab ujian komputer nanti..aku ada tips...

Korang baca je buku atau CD soalan2 tu sebab memang sebijik soalannya..kalau lainpun sikit sangat2... dan  korang kena tahu 
Seksyen A- tanda2 isyarat (15 Soalan)
Seksyen B- halangan,kesihatan, peraturan jarak, kecemasan, olah gerak (25 soalan)
Seksyen C- jenis lesen, sistem dimerit, hal2 motosikal (10 soalan)

So, kebarangkalian untuk salah 8 je.... aku belajar dari kesilapan aku..aku study benda2 ni..wahh..kalah nak masuk SPM balik..ehehehhee...... semoga aku dapat lesen tahun ni..yey...................


Monday, March 26, 2012

MENANTI DI BARZARKH





Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Sunday, March 25, 2012

PADERI KRISTIAN BUKA RAHSIA ISLAM

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menamatkan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini antara salah seorang manusia  yang diberikan nikmat oleh ALLAH tentang  agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang pendakwah bebas mengenai Islam.  Ketika berada di Amerika itu juga, dia telah berkenalan dengan salah seorang pemuda yang beragama kristian. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan di hati pemuda itu semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi  sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja itu. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan si sahabat akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan dia duduk di salah satu bangku, duduk dalam keadaan biasa sebagaimana kebiasaan orang-orang di gereja itu.

Ketika paderi masuk, orang ramai yang berada di dalam gereja serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat  para hadirin dan pantas berkata "Di kalangan kita sekarang ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya" Barulah pemuda ini bangun dari duduknya dan berjalan untuk keluar.

Namun di ambang pintu gereja, pemuda itu bertanya kepada si paderi

 "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab "Dari tanda yang terdapat di wajahmu"

Kemudian pemuda itupun berganjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata "Aku akan mengajukan kepada kamu 22 pertanyaan dan kamu  harus menjawabnya dengan tepat"

Si pemuda tersenyum dan berkata, "
Silakan!"

Si paderi pun mulai bertanya,:
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya?"
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan yang berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan ALLAH namun DIA tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan ALLAH tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar segala pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah…’"diapun berkata,:
Satu yang tiada duanya ialah ALLAH S.W.T
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).
Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).
Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)
Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).
Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin di dalam gereja itu merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian setelah selesai menjawab kesemuanya pemuda itupun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja darinya. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:
"Apakah kunci syurga itu wahai Paderi?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan pemuda tersebut, namun dia cuba mengelak. Keadaan itu membuatkan hadiran mula berkata, 

"Anda telah melontarkan 22 soalan kepadanya dan semuanya telah dijawab olehnya, sedangkan dia hanya bertanyakan satu soalan saja dan kamu tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian akan merasa marah.

Hadirin segera  menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda wahai paderi"

Paderi itupun berkata,:
"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah"

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Saturday, March 24, 2012

GAMBAR PALING MENYAYAT HATI

Ni antara koleksi gambar yang menyayat hati aku simpan.... aku tak tahu perasaan korang macamana tapi seriously... menitik air mata aku bila tengok gambar2 ni semua....
Gambar seorang kanak-kanak jalanan menikmati sisa-sisa buangan..dia kelaparan dan sebelum kamu mengadu makananmu tidak sedap..fikirkan mereka yang kelaparan ni..

Gambar seorang abang yang terlena memangku adiknya, mereka tinggal di jalanan....sebelum kamu mengadu rumahmu kecil fikirkan mereka yang tidak mempunyai rumah ni..

Gambar seorang ayah yang berlindung di dalam cangkuk kren.... dimana anak2mu ayah??

Monday, March 19, 2012

KENAPA KUBUR PEREMPUAN LEBIH DALAM DARI KUBUR LELAKI?


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa? 

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki? 

Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita. 

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.


*Via blog popular*

Friday, March 16, 2012

AWAS!! KEPAK AYAM BAHAYA PD PEREMPUAN

Uuuuu kepak ayam bahaya pada perempuan??? macamana ni? aku adalah salah seorang penggemar kepak ayam... sebab sedap..ehhehee...kalo beli nasik mesti nk bahagian kepak...kalo p nasik kandarpom mintak kepak jugak... tapi kenapa kepak ayam ni bahaya pada perempuan pulak??? Secara saintifiknya, daging ayam ni mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi untuk tubuh manusia. Tetapi menurut pandangan agama Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikannya sebagai salah satu menu dalam pemakanan kita. Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, bahkan baik untuk otak dan badan serta boleh mencantikkan rupa paras...bagaimanapun..tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?
Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.
Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.
Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).
Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.
Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.
Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.
credit to :mynewshub


DIA KENA MAKAN 15 MINIT SEKALI

Uppss?? kena makan 15 minit sekali? tak penuh ke perut? tak takut gemok ke?? 15 minit sekali? mesti susah nak bernafas sebab perut dah tak ada ruang untuk udara...15 minit sekali? biar betul??
Memang betol...inilah yang terjadi kepada Lizzie Velasquez yang hanya seberat 25 KG! anoreksia nervosa? bukan..dia bukan penghidap anoreksia..dia bukan seorang yang obses untuk kurus tetapi beliau dipercayai menghidap penyakit Neonatal Progeroid Syndrome(NPS) iaitu sindrom yang menyebabkan kehilangan lemak2 daripada tubuhnya, kemerosotan tisu dan proses penuaan yang terlalu cepat berbanding usianya...


Lihatlah makanan yang memenuhi meja itu, itu semua adalah makanan yang dimakan oleh Lizzie untuk membekalkan tenaga kepada badannya setiap 15 minit sekali!.. tak kisah juga apa makanan sekalipun dan jumlah lemak dari makanan yang diambilnya pula 5k to 8k kalori yang mana jumlah sebanyak tu boleh buat gadis normal obesiti....

Bukan dia tidak mahu kelihatan berisi seperti kawan-kawannya ni, kalo dapat naik 1 pund pun Lizzie sudah melompat rian tetapi penyakitnya yang jarang-jarang ditemui ni membuatkan tubuhnya langsung tidak boleh menyimpan lemak.

Lihatlah baby tu lagi berisi darinya.....


SUKARNYA MENJADI MANUSIA GERGASI

Beberapa hari lalu aku ada terbaca beberapa artikel tentang manusia yang mempunyai ketinggian luar biasa..jadi aku tertarik untuk search gambar2 dorang kat google dan ni adalah apa yang aku dapat... jom baca....
1.SULTAN KOSEN 
Dilahirkan di Mardin, Turki, pada 10 Disember 1982, Kosen, adalah antara 12 individu dalam sejarah perubatan yang disahkan memiliki ketinggian 2.5 meter atau lebih dan mengatasi pemegang gelaran itu sebelum ini, Bao Xishun, yang memiliki ketinggian 2.36 m. Tidak cukup dengan itu, Kosen itu memilik tapak tangan terbesar di dunia yang berukuran 27.4 sentimeter!
Zaman kanak-kanaknya dalam keadaan normal seperti juga rakan sebayanya. Namun biasa itu berubah menjadi luar biasa sebaik usianya mencecah 10 tahun. Luar biasa itu pula bertukar menjadi satu kejanggalan kepada dirinya dan lebih menambah perisa kepada keunikan itu ketika namanya, Sultan Kosen, 28, tercatat dalam Guiness Book of World Records sebagai lelaki tertinggi dunia bukan saja untuk tahun ini tetapi sejak 20 tahun lalu.
Kosen, tidak menghabiskan pendidikan kerana ketinggian itu dan bekerja separuh masa sebagai petani. Enggan membiarkan diri dibelenggu pelbagai perasaan kerana sedikit ganjil daripada orang lain, Kosen, gembira menikmati kehidupan biasa dan seronok bermain permainan komputer dengan rakan-rakannya.
Masalahnya ialah dia  sukar  untuk mencari pakaian dan kasut yang muat dengan saiz tubuhnya atau amat susah memasuki kereta biasa. Ditanya apakah harapannya selepas diberi gelaran itu secara rasmi, Kosen berkata: “Untuk melancong dan melihat dunia serta memiliki kereta yang sesuai dengan saiz saya! Impian terbesar saya ialah berkahwin dan mempunyai anak. Saya sedang mencari cinta.”
Kosen yang memiliki ketinggian 2.5 meter disahkan mengalami masalah ‘pituitary gigantism’ pada usia 10 tahun selepas doktor menemui tumor atau ketumbuhan di belakang matanya. Ketumbuhan itulah yang meletakkan tekanan berlebihan pada kelenjar pituatari dan menyebabkan ketinggian melampau. Dia menjalani beberapa siri pembedahan yang akhirnya berjaya menghentikan pertumbuhannya tahun lalu. Malangnya, kelebihan itu datang bersama pakej dalam bentuk masalah kesihatan. Ketika ketinggiannya boleh membuatkan ejen pencari bakat pemain bola keranjang teruja, Kosen sebenarnya menderita sakit lutut yang memerlukan dia menggunakan tongkat untuk hampir semua aktivitinya.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemiskinan keluarga Kosen yang bermakna dia tidak mampu menjalani fisioterapi dan tempat tinggal di kawasan terpencil di Turki yang memerlukan masa 17 jam untuk sampai menaiki kereta, lebih menyukarkan. Pengiktirafan Guinness World Record nyata memberi manfaat kepada Kosen kerana keistimewaan yang ditawarkan akhirnya membuatkan Kosen sedar ketinggiannya adalah sesuatu yang perlu diraikan, bukan memilih untuk meminggirkan diri.

2.ROBERT PERSHING WADLOW
Dia dilahirkan pada tahu 1918 dan memiliki ketinggian 2.72 meter, merupakan manusia kedua tertinggi di dunia pernah direkodkan malah mengalahkan ketinggian Sultan Kosen tadi. Rekod ini masih dipegang oleh mendiang Robert Pershing ni sehingga sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1940.
Robert Pershing dilahirkan di Alton, Illonois, dan telah diberikan gelaran sebagai gergasi Alton sempena nama kampung kelahirannya. Beliau mempunyai tangan paling besar dan lebar dalam sejarah hingga mampu menyembunyikan botol soda setinggi 2 liter dalam gengamannya......

3. JOHN WILLIAM "BUD" ROGAN
Rogan dari Tennessee, Amerika Syarikat (1868 hingga 1905 )ialah salah seorang daripada 12 individu dalam sejarah perubatan mencecah ketinggian 2.4 meter atau lebih. Rogan membesar pantas pada usia 13 tahun sehingga akhirnya dia tidak boleh berdiri atau berjalan. Ketinggian sebenarnya tidak diukur sehingga kematiannya. Ukuran yang diambil ketika dia duduk menunjukkan ketinggian 2.69 meter tetapi cuma seberat 79 kilogram, menjadikan dia lelaki Afrika-Amerika paling tinggi dan kedua paling tinggi pernah direkodkan.

4.LEONID IVANOVYCH STADYNK

Leonid terpaksa dibantu untuk mengayuh basikal lantaran ketinggiannya yang mencecag 2.57 meter...Dilahirkan pada 1971 di Ukraine, Stadnyk sebelum ini diiktiraf sebagai lelaki tertinggi dunia menurut Guinness World Records 2008 dengan ukuran 2.57 meter. Pembesarannya bermula selepas menjalani pembedahan otak ketika berusia 14 tahun. Dia mengalami tumor kelenjar pituatari yang menyebabkan kelenjar merembeskan sejumlah besar hormon pertumbuhan. Kira-kira 20 tahun selepas pembedahan itu, doktor menemui tumor yang hilang secara misteri dan kini dia adalah keadaan sihat.

Hummph..ini adalah mereka2 yang mempunyai ketinggian luar biasa...selain mereka ramai lagi yang mempunyai ketinggian seperti ini macam  Gabriel Estevao Monjane dan  Suleiman Ali Nashnush..nani korang boleh search ok pasal dorang ni... apapun tinggi atau rendah seseorang itu hanya pada fizikal semata-mata... ALLAH tidak memandang semua tu melainkan taqwa kepadaNYA.. enjoy read my entry....





Thursday, March 15, 2012

PHOTOGRAPHER BUNUH DIRI LEPAS AMBIL GAMBAR?

Apakah yang korang rasa bila tengok gambar kat atas ni??? kanak2 sedang tunduk dan seekor burung hering? bukan..kanak-kanak itu bukan sedang menunduk sebaliknya sedang merangkak untuk mencari makanan di kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan kem itu pula terletak beberapa KM jauhnya dari tempat gambar ini diambil....gambar ini telah diambil oleh Kevin Carter di hadapan mata beliau sendiri pada tahun 1994 dan gambar ini telah memenangi anugerah the world famoust photo..wow..carter memang hebat dan beliau mengejutkan dunia dengan gambarnya ini...bagaimanapun beliau hanya mengambil gambar kanak-kanak tersebut tanpa mengambil tahu hal kanak-kanak tersebut yang bakal menjadi mangsa si Hering yang sedang menunggu untuk meratah daging kanak-kanak tersebut sekiranya kanak-kanak itu mati....beliau terus berlalu 
pergi setelah mengambil gambar kanak-kanak itu.
3 bulan kemudian, dunia dikejutkan dengan berita kematian Carter yang dikatakan telah membunuh dirinya sendiri..punca sebenar dikatakan berpunca daripada gambar ni... Carter dikatakan merasa depress sebab terlalu kasihankan kanak-kanak ni dan terlalu memikirkan kesilapannya yang tidak menolong kanak-kanak ni pada ketika waktu itu..... ........ 

OH..PENEMUAN MANUSIA GERGASI


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota IramPada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Sumber : zharifalimin.blogspot

Tuesday, March 13, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS DAN 26 SOALAN




Ada 26 soalan dalam sesi kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus iaitu:

1. Boleh tak orang laki pakai perhiasan perempuan?

Orang laki-laki takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan contohnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah walaupun pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi) ditulis dosa.
Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam-malam pakai baju apa?
GF: I malam-malam baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.


2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan? 

- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

***Perumpamaan perempuan oleh UAI:
“Orang puang ni sama macam Lamborghini. Beli Lamborghini, gi Subang, tukar buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborghini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah.

Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.” Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu belum pakai baju perempuan.


3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.

- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.


4. Saya kije syarikat isteri saya. Gaji RM6000 sebulan. Tapi dia bagi RM3K je kat saya, RM3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut saya kawin sorang lagi. Apa hukum?

- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.


5. Sorang mak nyah yang telah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?

- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dan sebagainya.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.


6. Pegang tafsir Quran masa haid

- Boleh.


7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?

- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.


8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?

Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- Hendaklah kita tunaikan solat-solat fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. Biar 5 fardhu jangan kurang.
- Diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.


9. Apa hukum tak bayar tol?

- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol untuk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan untuk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yang ada skang, untuk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.


10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?

- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. Kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. Kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami seperti tak bagi nafkah.


11. Saya photographer part-time. Saya upload gambar tak bertudung. Publish utk marketing je. Hukum?

- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.
UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”


12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.

- Mesti diwujudkan benda yang sama di tempat tu balik dengan harga yang sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.


13. Suami jenis ungkit.

- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar-benar suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.
UAI:”Rima(harimau) tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.”
UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. Boleh bini lain.”
UAI: “Payah nak cari yang penyayang macam saya”


14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?

- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
- 3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.


15. Boleh ambik air wudhu’ putus-putus? Ambik kat rumah, perabis di surau.

- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.


16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bagitau isteri dia ke tak yang dia skandal?

UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. Kita jumpa suami dia cakap ngan org puang. Kita takleh kabor kat bini dia. Kabor lah kat empunya diri. Tanya dia untuk tegur dan tahu perkara sebenar. Jangan rosakkan rumahtangga orang.


17. Hukum doa facebook.

- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza-beza. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk-nunjun, sia-sia perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.


18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram

- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat dan suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jangan nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.


19. Mengata orang dalam berceramah.

- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yang Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- “Celakalah orang yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yang lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jangan sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.


20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:

- Laki boleh rambut panjang jangan sampai nampak macam puang. orang kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.


21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?

- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.


22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?

- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram walaupun ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik-baiknya. Aib pada mayat jika orang lain nampak aurat si mati.


23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah buat benda buruk?

- amalan yang tidak diterima doa, doa orang yang makan yang haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yang menghalang doa diterima.


24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?

-Tak dapat.


25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?

- Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Contoh: “Wallah, Tallah”.
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain walaupun dah bersumpah atas nama Allah tapi kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan orang miskin.
- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” untuk ucap tahniah org kahwin. Bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”


26. Soalan terakhir. Bolehkah saya selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang-alang dah mandi, baik mandi wajib.

- Jawabnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. Mandi-mandi ni perintah Allah, takleh nak main-main. Mandi wajib ada sebabnya tersendiri. Niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala