Sha's connection

Tuesday, November 27, 2012

AWEK TANPA BULU KENING


Shila Amran adalah seorang gadis yang sangat mementingkan kecantikan malah dia sanggup membelanjakan PTPTN nya untuk kecantikan dan kecantikannya senantiasa membuatkan teman-temannya merasa jaki dengannya.
            “Eh..kau nak pergi mana ni Shila…pagi-pagi dah cantik ni?” Tegur Nora yang baru selesai mandi
            “Aku ada date dengan mamat yang aku kenal dekat fadekick tu” Kata Shila Amran sambil terus menancapkan bedak dari jenama safiah ke mukanya, sudah macam opera cina dipandangan mata Nora.
            “Oh… Fariz Jamil tu ya..mamat ensem rambut curl tu ya?” Soal Nora seraya duduk di katilnya dan memandang Shila yang masih berbedak.
            “Yeala…sape lagi….dia cakap dia nak buat aku jadi steady girlfriend dia after first date kitorang ni” Kata Shila Amran
            “Untunglah kau…dapat balak ensem siot…kaupun dahlah cantik..macam Barbie doll” Kata Nora sambil mencapai buku stastitik gunaan dan membacanya. Mendengar pujian dari Nora itu serta merta saiz lubang hidung Shila Amran berubah, kembang kempis dia menerima pujian itu.
            “Kau tak payahlah nak buat ayat jealous macam tu…aku ni memang sejak azali lagi cantik..hmm, dahlah aku pergi dulu…”
            “Wei..jangan lupa bawa payung..nampak macam nak hujan kat luar tu…” Kata Nora
            “Alaa…tak ada apalah…bye..” Shila Amran terus berlalu keluar dari bilik hostel mereka. Nora hanya mencebik sahaja kerana meluat dengan sifat sombong Shila Amran.
            Di sebuah restoren Fariz Jamil sudah sedia menunggu kedatangan Shila Amran, dari jauh dia sudah terkena silauan wajah Shila Amran yang mempersonakan, yang putih melepak seperti Barbie doll. Dan hatinya mula terdetik-detik mahu bertanya Shila Amran, baru saja gadis itu duduk di hadapannya segera dia bertanya
            “You pakai Tia Jenab eh… pedih mata I silau tengok youlah..macam yang iklan kat tv tu”
            “Eh..mana ada….. I pakai produk biasa je..ala yang iklan… yakini merah jambu lupakan yang lain tu…” Kata Shila Amran malu-malu.
            “Oh…tapi you memang cunlah…macam anak patung…bodypun mantap..” Kata Fariz Jamil seraya menatap wajah Shila Amran yang jelita dan putih melepak seperti opera cina. Shila Amran malu-malu dan Fariz Jamil segera menyuruhnya memesan makanan, dia yang menjaga bentuk tubuhnya hanya memesan segelas jus tembikai, dengan ais krim coklat, sepotong cheese cake, spaghetti bolognise, chicken chop dan Salad saja, dia tidak mahu ambil nasi kerana pegangannya nasi itu menggemukkan. Jadi terpaksalah Fariz Jamil sahaja yang makan nasi berlaukkan ikan keli bakar berempah kegemarannya.
            “Urrrrrrrrr…” Shila Amran sendawa besar setelah selesai menibai segala makanan.
            “Euwww…” Naik geli Fariz Jamil dibuatnya.
            “Urrrp..maafkan i..I tersendawa pulak, so, kita nak pergi mana pulak ni..?” Soal Shila Amran sambil mencungkil giginya
            “Kita pusing-pusing KL..sebab I dah kopak belanja you mencekik ni” Kata Fariz Jamil jujur seraya menyikat rambutnya seperti Remy Ishak dalam iklan dashing.
            “Ok..jom….” Shila Amran angguk dan mereka berlalu keluar dari restoren itu untuk menaiki komuter bagaimanapun sewaktu dalam perjalanan untuk menuju ke stesen komuter berkenaan, hujan renyai-renyai mulai turun, cepat-cepat Shila Amran menarik tangan Fariz Jamil masuk ke dalam komuter namun sebaik saja dia masuk, semua orang di dalam komuter itu memandang ke arahnya dalam wajah yang berkerut kemudian dengan tidak sopan bantai ketawa kepadanya.
Fariz Jamil menjadi hairan juga sakit hati melihat orang ramai yang sedang mengetawakan bakal gelprennya, dia berpaling memandang Shila Amran dan dia jatuh terduduk di kerusi. Sebelah kening Shila Amran sudah hilang, sebelah bulu matanya senget, hidungnya yang mancung tidak lagi mancung malah sebelah mukanya bertukar kepada coklat tidak lagi seputih pelakon opera cina. Orang ramai sedang galak ketawa malah siap ada yang ketawa sambil break dance. Shila Amzah pula tersengih seperti kerang busuk kepada Fariz Jamil sambil mencari-cari bedak di dalam beg tangannya untuk touch up kembali bedak yang telah hilang dibawa air hujan juga keningnya yang turut hilang. Kini dia seperti seorang zombie dalam filem zombie kampung buah mata ayam.
Fariz Jamil merasa tertipu dengan kecantikan palsu Shila Amran, dengan langkah longlai dia menghampiri Shila Amran, hasratnya untuk menjadikan Shila Amran sebagai pengarah teater kanak-kanak tadika zon timur juga sebagai bakal gelprennya terbatal.
            “Shila..i kensel nak jadi pakwe you… “ Katanya.
Shila Amran kecewa lalu menjerit bagai histeria di dalam komuter itu dan akibatnya komuter itu telah terhenti di tengah-tengah landasan dengan mengejut, semua penumpang stuck selama dua jam di dalam komuter itu sehingga terpaksa memanggil jabatan bomba dan penyelamat
Sekian….
P/S: jadilah diri sendiri…kecantikan adalah hak milik setiap insan.

Sunday, November 25, 2012

ONE PIECE

Aku ni peminat one piece...giler2 ahh....ahark... so....ari ni aku nk buat entry pasal dorang ni pulak...siap dengan biodata sekali agar senang korang nak berkenalan ke...nk online chat dekat facebook dengan dorang ke...ahaaa...

Oraikk...1st kita start dengan senchou dorang si Luffy ni....


Name Dalam IC :- Monkey D.Luffy [Anak Monkey D.Dragon(Revolutionary) cucu Monkey D.Carp (Marine vice admiral)] adik Portgas D.Ace (Fire first Ace)]

Name Glemer  :- Mugiwara No Rufi
Fulltime Job :- Captain (Senchou) and pirate
Ability : Rubberman (Gomu-Gomu )
Umor : 19 tahun (after timeskip)
Tarikh Lahir : 5 Mei
Bounty : 300,000,000 beli 
Commonly Word by Luffy :
  • "Ore wa kaizokuou ni naru otoko da"
     ( "I am the man who will become the pirate king!")
  • "Buttobasu" ("I am going to kick your ass!")
  • "Harahetta" ("I am hungry!")
Hohoo..mamat ni sorang yang kelakar, kadang2 dia buleh percaye kata2 yang tak masuk akal walaupun dari musuh...tapi bila time serius dia serius...cheh..... aharkzz.....luffy ni lagi satu kuat makan..habis makanan orang di tibainya...nak2 kalo daging (Niku) mmg peberet diala tu....Fuhh....dan tujuan serta misi dia dalam cite ni adalah nak cari one piece harta karun peninggalan ex-pirate king Gold D.Roger and lastly dia nak jadi pirate king yang menjadi impian seluruh pirate2 di serata dunia.


Roronoa Zoro adalah ahli mugiwara no ichimi yang terawal @ dengan kata lain dia adalah Luffy's firstmate....so..jom usha bio mamat can do rambut hijau ni pulak

Name betul : Roronoa Zoro
Name Glemer :Kaizoku Gari No Zoro  (Pirate Hunter Zoro)
Fulltime Job: swordman and pirate
umor : 21
Ability : Kompom2 ah main pedang..and da best technic santoryou (pedang 3)
Tarikh Lahir: 11 November
bounty : 120,000,000 beli
Mamat ni serius sikit tapi....kadang-kadang bangang macam Luffy jugak.. kerja dia tidur memanjang, dan kalo dia ada time free dia gunalah untuk berlatih pedang dia takpun angkat besi..
ahli mugiwara no ichimi yang dia memang x boleh nak hadap x laen tak bukan si Sanji....kompom gaduh punya (but actually they were good friend, knowing each other much)



Awek rambut oren ni pulak orang yang ketiga join mugiwara no ichimi dan kedua selepas Zoro dijemput oleh Luffy
Name Panjang : Nami
Nama gelaran : Dorobo Neko (Cat Burglar)
Pekerjaan : Navigator, 
Umor : 20 Tahun
Tarikh Lahir : 3 julai
bounty : 16,000,000
Kebolehan : Menjadi pengemudi kapal lanun dorang dan mencuri... huhu, Si Nami ni jenis yang mementingkan dua benda dalam hidupnya iaitu duit dan Mikan (limau) yang ditinggalkan oleh ibu angkatnya....dan dia juga mempunyai impian yang sangat besar iaitu nak melukis peta dunia.
 Nami ni garang sikit orangnya malah selalu saja Luffy, Zoro, Sanji mahupun Usopp menjadi mangsa diketuk atau diluku olehnya
Peralatan yang digunakan oleh Nami adalah clima tact ciptaan si Usopp yang mana dia boleh kalahkan musuh dengan mencipta pelbagai perubahan cuaca melalui clima tact ni.



Usopp adalah orang seterusnya yang dijemput oleh Luffy selepas Nami untuk jadi nakamanya....

Nama masa UPSR : Usopp anak lelaki Yasopp (Sniper dalam red hair pirate)
Gelaran: Long Nose(Hana Harashi) atau sogeking (king of sniper)
Pekerjaan : Sniper dan Pirate
umor : 19 (sama ngn luffy)
buffday : 1 April
bounty : 30,000,000
Kebolehan : menembak dengan tepat

Okey...usopp ni sama bangang dengan luffy jugak... dan penakut sikit bagaimanapun dia genius dalam mencipta termasukla clima tact untuk Nami protect dirinya...
Alat yang dia guna memang unik sikit sebab hanya sebatang pachinko (lastik jerrrr....)
Next... Sanji.... tukang masak kat kapal dorang ni... yang kelakornya wanted posternye hanya dilukis saja oleh pihak marine membuatkan dia frust menonggeng... 
Sanji adalah anggota kelima mugiwara no ichimi dan satu-satunya anggota yang bukan berasal dari east blue..impiannya adalah nak cari all blue....
Name real : Sanji
Popular : Kurohashi No Sanji
Occupation : chef and pirate
umor : 21
buffday : 2 march
ability : boleh masak macam-macam sampai buat nakamanya kenyang.
bounty : 77,000,000
Nakama mugiwara no ichimi yang paling cute giler.. Tony Tony Chopper.... berasal dari snow island (Drum Kingdom)  dan dari jenis zoan type...iaitu binatang yang berkebolehan manusia iaitu si chopper ni buleh membesar macam manusia.

Nama : Tony Tony Chopper (yg mana tony tony tu bermaksud patung mainan kanak-kanak)
panggilan : Chopper, Watame daisuki
umor : 17 (paling muda n cute)
besday : 24 december
job : Doctor dan pirate
ability : boleh bertukar-tukar bentuk bila makan ubat ciptaan sendiri rumble ball
Bounty : 50 beli (sebab goverment ingat dia just pet kat mugiwara pirate tu)
kalo korang nak tahu chopper ni digelar waatame daisuki ataupun pengemar gula-gula kapas...egeggegee...

Nico Robin adalah anggota yang tidak disangka-sangka muncul dalam mugiwara pirate, mempunyai kisah hidup yang silam dan seorang yang sangat serius dan matang
Nama betol : Nico Robin
Panggil je: Robin @ Demon Child
Umor : 30
ari lahir : 6 februari
Kebolehan : Mengeluarkan tangan-tangan yang banyak seperti bunga
Job : Archeologist dan pirate
bounty : 80,000.000 selepas 20 tahun.
Robin adalah awek kedua dalam mugiwara pirate selepas Nami.
Franky adalah salah seorang ahli mugiwara pirate yang unik selain Chopper, Franky adalah cyborg yang telah mereka dirinya sendiri setelah frust dengan kematian Tom San yang amat dikaguminya.
Nama Penuh : Cutty Flam 
Panggilan : Franky @ Saiboku Furanki (cyborg Franky)
umor : 36 
besday : 9 march
Kebolehan : Boleh menggunakan segala ciptaannya selepas menukar tubuhnya sebagai cyborg
Job : Carpenter dan pirate
Bounty : 44,000,00 selepas join mugiwara pirates kat ennies lobby
Brook adalah ahli ke-9 mugiwara pirate... seorang manusia yang telah makan salah satu devil fruit ketika hidupnya hidupnya membuatkan dia hidup kembali. Brook jugak merupakan seorang yang bangang jugak macam luffy. Paling seronok, Brook adalah sorang musician yang dicari-cari Luffy sejak awal story lagi.
Nama : Brook
Panggilpun: Humming Brook
Umor : 90
Lahir pada : 3 april
Kebolehan : Bermain music dan juga main pedang
Job : Musician dan pirate
Bounty : 33,000,000


Hohohooo... so ni je yang mampu aku tulis sebab nak tulis panjang2 lenguh gile la tangan ni... so, semua ni credit to all one piece fans...

Wednesday, November 21, 2012

RAHSIA SEORANG BUDAK 9 TAHUN



Kring……. Loceng berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan, murid-murid kelas 3 Matahari masing-masing mengemaskan peralatan  dan meluru keluar dari kelas penuh riang kecuali Khairul Suhaimi, Airil Safuan dan Afiq Rahimi masih berada di dalam kelas itu berbual tentang rancangan mereka, bukan rancangan biasa pergi lastik burung mahupun main air parit tapi rancangan yang baik punya idea Airil Safuan.
                “Betul ni… kau tak tipu punya?” Soal Khairul Suhaimi sambil menggalas beg power renjersnya.
                “Betul…. Tapi kita kena balik mandi dulu..paka cantik-cantik tau” Kata Airil Safuan
                “Okey..nanti kita jumpa depan rumah mak cik Ani Salbiah” Kata Afiq Rahimi pula dan mereka berjalan keluar dari kelas itu menuju ke garaj basikal. Oleh kerana sekolah mereka tidak jauh daripada kawasan rumah mereka, jadi tidak menjadi masalah kepada ibubapa mereka untuk membenarkan mereka pergi ke sekolah menaiki basikal.
Petang itu bagai yang telah dijanjikan, Afiq Rahimi sudah ready di atas basikal BMX nya menapak di hadapan rumah mak cik Ani Salbiah dengan rambut belah tengahnya, baju masuk dalam seluar dankeadaannya membuatkan mak cik Ani Salbiah yang sedang menjemur baju pengakapnya  di ampaian kehairanan melihat Afiq Rahimi.
                “Kau nak pergi mana ni Apiq? Amboi pakai smart-smart ni?”
                “Rahsia..mana boleh bagitahu mak cik Ani..” Kata Afiq Rahimi dan seketika datang Khairul Suhaimi dan Airil Safuan termengah-mengah mengayuh basikal.
                “Sorry aku lambat..adik aku nak ikutlah” Kata Khairul Suhaimi sambil mengerling jam angry bird kaler merah di tangannya,padahal dia bukan reti matematikpun, nombor di jam itupun dia tidak pandai baca, tapi saja dia mahu tunjuk eksen di hadapan dua sahabatnya itu.
                “Jomlah..kan kalau kita lambat habis pulak ayam golek tu” Kata Airil Safuan sungguh-sungguh sambil mengeluarkan sikat dan menyikat rambutnya seperti gaya rajni kanth dalam pilem tamil.
                “Jom….”
                “Eyy..budak-budak kau orang nak pergi mana tu hah?” Jerit mak cik Ani Salbiah hairan apabila melihat ketiga-tiga orang kanak-kanak itu mengayuh basikal pergi dari kawasan rumahnya apa lagi ketiga-tiganya berpakaian seperti mahu pergi ke pesta ria.
                “Rumah pak cik Hassandin Jalal..” Laung 3 kanak-kanak itu serentak sambil mengayuh laju basikal masing-masing.
                “Buat apa budak-budak ni dekat rumah orang tua kedekut tu, dengan pakai smart bukan main lagi” Soal Mak cik Ani Salbiah sendiri dengan kemusykilan itu.
Ketika kanak-kanak itu bertiga sampai, Pak cik Hassandin sedang mengait buah kelapa di depan rumahnya sambil menghisap rokok daun.
                “Assalamualaikum pak cik..kami datang nak makan”
                “Waalaikumussalam..hah makan? Makan apa?” Soal pak cik Hassandin sambil berhenti menjolok buah kelapa muda itu, dalam hati dia runsing takut-takut kanak-kanak itu mahu meminta buah kepalanya.
                “Makan nasikla, hari tu pak cik Hassan bagi makan free… ada ayam golek besar…ada udang galah..ada siakap 3 rasa…takkan tak ingat kot” Kata Airil Safuan, Khairul Suhaimi dan Afiq Rahimi mengangguk-nganguk namun pak cik Hassandin menggeleng.
                “Pak cik tak boleh kedekut macam ni..pak cik kena bagi kami makan..kami nikan budak kecik” Kata Khairul Suhaimi pula
                “Suka hati ketiak kau orang je ya budak-budak cakap aku kedekut, ari tu memanglah ada….tapi hari tukan kenduri kahwin anak aku..cikgu bahasa urdu kau orang tu..memanglah kau orang buleh makan free..ada ayam golek semua tu..hari ni mana ada” Kata Pak cik Hassandin sambil kembali mengait kelapa muda.
Khairul Suhaimi dan Afiq Rahim mula menggelegak panas kerana merasa tertipu dengan cerita Airil Safuan yang mengatakan mereka akan dapat menikmati makanan percuma di rumah pak cik Hassandin, punah hasrat Khairul Suhaimi untuk menapau udang galah peberetnya malah ibunya sendiri siap pesan dia songlap banyak-banyak lauk kenduri di rumah pak cik Hassandin. Afiq Rahimi mula mengajak Khairul Suhaimi berlalu pergi meninggalkan Airil Safuan yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.Menyesal mereka berpakaian seperti mahu jadi model majalah anak ayam didik, Pak cik Hassandin pula buat selamba cipan bukit mengait buah kelapa muda tanpa memperdulikan kanak-kanak rebina mahupun kanak-kanak tembikai susu itu.
Sekian….


Sunday, November 18, 2012

AKU CANGKUL KUBUR SENDIRI


Sudah 10 tahun Sham Jazli tidak pulang ke kampung halamannya setelah kematian kedua orang tuanya, memandangkan dia tidak mempunyai adik beradik, tanah kebun peninggalan arwah ibu dan ayahnya diserahkan dibawah jagaan bapa saudaranya yang bongsu iaitu Pak Su Deraman.
Bagaimanapun setelah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke Kampung Rasa Sayang Hey Rasa Sayang-Sayang Hey itu akhirnya dia pulang jua bersama isterinya yang cantik jelita Ella Fagila dan dua anaknya yang masing-masing berumur 4 dan 6 tahun. Kepulangan itu disebabkan undangan perkahwinan anak bongsu Paksu Deraman, malah anak-anaknya juga nampak sungguh riang kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan kampung.
Malam selepas majlis perkahwinan, Sham Jazli berehat-rehat di atas katil sambil membaca surat khabar cina, dua anak mereka sudah nyenyak tidur manakala isterinya Ella Fagila sedang memakai losyen cap ibu dan anak-anak sedang bermain pasir.
            “Sayang, esok abang nak pergi melawat kubur arwah mak dan abahlah memandangkan kita dah balik kampung ni” Kata Sham Jazli
            “Bagus juga tu bang… bawa anak-anak sekali..kita baca doa kat pusara mak dan abah” Kata Ella Fagila dalam senyuman manis. Sham Jazli membalas senyuman isterinya, isterinya seorang yang sangat penyayang malah sentiasa menyokongnya.
            “Sudahlah bang…abangpun  letih buat kerja kenduri siang tadi..jomlah kita tidur ..esok pagi-pagi boleh kita pergi kubur” Kata Ella Fagila. Sham Jazli angguk lalu membaringkan tubuhnya dan terus nyenyak dengan dengkuran persis lagu awie  iaitu sejati.
            Keesokkannya seperti yang telah dibincangkan malam itu maka berangkatlah Sham Jazli sekeluarga ke tanah perkuburan itu, anak-anaknya comel berpakaian baju kurung dan tudung kepala.
            “Lalu elok-elok Kakak..adik…takut terlangkah kubur” Pesan Ella Fagila sambil menuruti langkah suaminya, anak-anak mereka berlarian di depan Sham Jazli.
            “Aaa..ini kubur mak dan abah…adik kakak..duduk ..baca doa” Kata Sham Jazli, mereka menghamparkan tikar yang dibawa lalu duduk membaca surah yassin dan doa, kemudian ketika sedang membuang rumput yang baru tumbuh di sekitar pusara itu, mereka terdengar bunyi orang menyangkul rumput tidak jauh dari mereka, perlahan Sham Jazli dan Ella Fagila berpaling memandang ke arah itu, kelihatan seorang lelaki yang sudah berumur sedang membersihkan satu pusara kecil, mungkin pusara arwah anaknya yang meninggal ketika masih bayi,duga Sham Jazli.
            “Dahlah, jom hari dah tinggi ni…” Sham Jazli bangun sambil melipat tikar, Ella Fagila memimpin tangan anak-anak mereka dan berjalan menuju ke kereta. Sham Jazli pula membontoti isteri dan anak mereka dari belakang.
            “Assalamualaikum..” Sempat disapa mesra lelaki yang sebaya Paksu Deraman itu
            “Waalaikumussalam..” Lelaki yang sedang memegang cangkul itu tersenyum dan berjabat tangan dengan Sham Jazli.
            “Saya Jazli, anak saudara paksu Deraman..pak cik ni?? Saya tak biasa lihat pula..padahal saya memang asal orang sini” Kata Sham Jazli
            “Nama pak cik Kamal Mustaffa… pak cik baru 3 tahun menetap kat sini hah..pak cik beli rumah teres kat hujung simpang tu hah… ooo..jadi kamu ni anak Deraman yang arkitek tulah ya…” Kata Pak cik Kamal Mustaffa
            “Ya pak cik… macamana pak cik tahu?” Soal Sham Jazli musykil
            “Deraman selalu bercerita juga pasal kamu..datang melawat kubur mak ayah ya…”
            “Ya..pak cik..pak cik pulak?” Soal Sham Jazli seraya membetulkan kopiah di kepala, wajah Pak cik Kamal Mustaffa sedikit berubah sedih, Sham Jazli faham.
            “Aku datang cuci kubur aku…” Kata orang tua itu perlahan penuh seram sambil menundukkan mukanya.
            “Ku…kubur pa…pak cik?” Soal Sham Jazli sambil menudingkan ibu jarinya kepada lelaki tua itu, peluh jantan dan betina bercampur aduk membasahi dahinya malah ketiaknya juga..kakinya menggeletar.
            “Ya…..kubur aku….dah setahun dah…..” Belum sempat pak cik Kamal Mustaffa menghabiskan ayatnya, Sham Jazli sudah terjelepuk jatuh pengsan, dari jauh Ella Fagila menjerit terkejut.
            Hampir 5 minit pengsan akhirnya, Sham Jazli tersedar setelah direnjis dengan air pepsi yang berbaki ketika perjalanan pulang ke kampung semalam oleh isterinya..namun dia kembali menggeletar bila melihat lelaki tua itu masih berdiri memandangnya yang dipangku erat oleh Ella Fagila.
            “Han…hantu sayang….”
            “Hantu apanya..aku ni manusialah…”
            “Aku…aku tak percaya..” Sham Jazli menjerit bagaikan orang hysteria
Puk! Kepalanya diketuk dengan botol air pepsi oleh Pak Cik Kamal Mustaffa.
            “Yang kau naik hantu pulak ni pasal apa… memanglah tu kubur aku…tapi aku tak mati lagi… itu kubur kaki akulah… dah setahun dah kaki aku kena potong sampai lutut ni hah..aku ni kencing manis..sekarang aku pakai kaki palsu” Kata Pak Cik Kamal Mustaffa dalam gelengan dan bersilang tangan ke dada ala-ala penyanyi hip hop. Sham Jazli berpaling memandang Ella Fagila dan isterinya itu mengangguk sahaja, dia kelegaan namun dia merasa malu sekali, namun untuk menebus malunya perlahan dia bangun lalu berkata pada Pak cik Kamal Mustaffa.
            “Mari pak cik saya hantar pulang dengan BMW saya..”
Pak cik Kamal Mustffa tersengih menampakkan giginya yang hanya tinggal beberapa batang sahaja lagi menunggu masa untuk gugur juga. Di dalam hati dia berkata “merasa jugak aku naik BMW”
Sekian….ehehehe…
           

AWEK CUN BULU HIDUNG LEBAT



Nori Danial memang seorang gadis yang sangat cun melecun dengan potongan bodynya yang mantap, dengan rambutnya yang ikal mayang membuatkan  Fizi Fauzi sering kali cuba untuk menekelnya. Nori Danial memang perasan bossnya itu sentiasa cuba untuk mengoratnya namun dia buat-buat tidak tahu walaupun dia sudah menggeletik kegatalan kerana menjadi pujaan lelaki kacak daerah timur laut planet marimo itu.
Tidak mahu menulis panjang, nak dijadikan cerita satu hari ketika Nori Danial sedang sibuk membaca komik doremon edisi bahasa Zimbabwe, Fizi Fauzi datang kepadanya dengan membawa sekuntum bunga kemboja yang mekar mewangi.
            “Nori…ni bunga untuk you..i baru petik kat kubur tadi…” Hulur Fizi Fauzi
            “Ohh..terima kasih boss..” Sambut Nori Danial sambil mencium bau harum bunga kemboja itu sehingga terbatuk-batuk sesak nafas.
            “Err…Nori..malam ni.. I nak ajak you dinner…boleh tak?” Soal Fizi Fauzi
            “Errr….” Nori Danial terkejut dengan pelawaan tak diduga itu
            “Please…I ada benda nak cakap….pukul 8 I ambik you kat rumah you okey?” Kata Fizi Fauzi. Nori Danial angguk pantas dan memerhatikan saja Fizi Fauzi berlalu pergi meninggalkannya, di dalam kepalanya sudah mulai memikirkan saat-saat romentik malam nanti yang akan membuat pembaca meluat dengan adegan mereka nanti.
            Tak mau tulis panjang lagi sekali, malam itu Fizi Fauzi datang menjemput Nori Danial kemudian terus membawa Nori Danial makan malam di mamak’s stall, keseksian Nori Danial malam itu yang memakai gaun seperti Cinderella amat menarik perhatian Fizi Fauzi, mereka hanya menikmati char kuey tiaw dengan milo ais sahaja kerana Fizi Fauzi telah kopak, hampir 90% gajinya telah diambil oleh ibunya untuk membeli motor Harley Davidson.
            “Sedapnya char kuey tiaw ni….” Kata Nori Danial sambil mengelap mulutnya dengan tisu selepas selesai makan. Fizi Fauzi hanya merenung gadis itu, sewaktu duduk menghadap gadis itu baru dia perasan sesuatu yang selama ini langsung dia tidak perasan akan gadis itu, betullah kata teman-temannya tentang Nori Danial dan hari itu dia menyaksikan sendiri.
            “Kenapa abang pandang Nori macam tu?” Soal Nori Danial segan sambil cuba control cun.
            “Errr…sebenarnya ab..abang dah lama syok kat Nori…. Nori memang cun gila lah…..”
            Kembang kempis rongga-rongga terbuka di tubuh Nori Danial mendengar pujian dari Fizi Fauzi itu,malah keterbukaan rongga-rongga tersebut terasa tidak mampu dikawal lagi apabila dia membayangkan yang dia akan menjadi suri hidup lelaki itu.
            “Cumaaaa…..” Fizi Fauzi teragak-agak
            “Cuma apa bang?” Soal Nori Danial
            “Cuma satu yang abang tak suka..bulu hidung Nori panjang sangat, terkeluar dengan taik hidung sekali… gelilah” Kata Fizi Fauzi dalam wajah kegelian dan serta merta muntah.
Nori Danial segera menutup hidungnya dan bersama itu juga hasratnya untuk menjadi suri hidup Fizi Fauzi hancur lebur, dalam hati Nori Danial menyumpah dirinya sendiri…aduhhh..ni dah kali ke-99 aku kantoi bulu hidung aku terkeluar… macamana aku lupa nak trim ni……..
Hehehe…sekian….

Saturday, November 17, 2012

WAWI AND THE GOLDEN DREAM



Wawi Zainol ada impian…dia ada cita-cita..dia mahu terbang di langit biru…ya, terbang seperti burung. Dia bukan mahu membuat lawak tapi itulah kenyataan cita-citanya.
Di sekolah apabila cikgu bertanyakan murid-murid kelas 3 anggur bila besar mahu menjadi apa, semua murid-murid akan menjawab nak jadi macam ayah, nak jadi petani, nelayan, posmen..paling tinggi sikitpun nak jadi despacth tapi Wawi lain…dia nak terbang tinggi.
            “Saya nak terbang di langit…macam burung” Kata Wawi penuh semangat dan kata-katanya otometik membuatkan rakan sekelasnya bantai ketawa baekkk punyerr termasuk cikgu kelasnya sekali.
            “Salah ke saya nak terbang?? Salah ke bila manusia boleh terbang?” Soal Wawi kembali dan soalannya itu membuatkan kesemua murid di dalam kelas itu terdiam tanpa kata termasuklah cikgunya yang bangang itu sekali.
Cita-cita Wawi tidak berhenti setakat itu sahaja, walaupun sentiasa diejek oleh rakan-rakan sekolah mahupun orang kampung, Wawi tetap dengan keputusannya. Dia mahu buktikan bahawa cita-citanya itu suatu hari nanti akan berjaya.
Suatu hari ketika Wawi pulang berjalan kaki dari sekolah seorang diri, Wawi telah terkena hujan lebat yang turun di tengah panas, akibatnya Wawi demam panas dan seminggu terbujur koma di rumahnya, ibunya Mak Cik Zila Bakar tidak henti-henti menangis memikirkan nasib anak tunggalnya itu, semua orang kampung, guru-guru sekolah dan rakan-rakan yang selalu mentertawakan Wawi datang menjenguk Wawi yang masih belum sedarkan diri, mereka sedih melihat keadaan Wawi malah merasa menyesal kerana selama ini menyakat Wawi.
            Satu petang ketika Mak cik Zila Bakar sedang sibuk memasak spaghetti di dapur tiba-tiba Wawi terjaga dari komannya dan terus meminta nasik dalam bahasa inggeris, tercengang mak cik Zila Bakar dibuatnya kerana sepatah haram dia tidak mengerti butir bicara Wawi dan sejak dari itu Wawi tidak lagi berkomunikasi dalam bahasa melayu sebaliknya hanya berkomunikasi dengan petahnya dalam bahasa inggeris,keadaan Wawi semakin membimbangkan mak cik Zila Bakar dan orang-orang kampung namun satu yang masih tidak berubah dalam diri Wawi iaitu impiannya…ya..impiannya yang ingin terbang…
Suatu petang yang damai ketika mak cik Zila Bakar sedang sibuk membuat sambal belacan, datang orang kampung memberitahunya bahawa Wawi telah memanjat pokok kelapa di depan rumah mereka . Terkejut  landak mak cik Zila Bakar mendengar kata-kata itu dan terus berlari menuju ke luar rumahnya, di bawah pokok kelapa itu orang-orang kampung sedang memujuk Wawi agar turun dari pokok kelapa itu.
            “Wawi..turun nak..bahaya…” Jerit Mak cik Zila Bakar dalam tangisan
            “I want to fly mother….” Jerit Wawi sambil memegang kapal terbang kertas di tangannya, kapal terbang kertas yang dibuat dengan surat khabar tamil itu digawang-gawang kemudian belum sempat Mak cik Zila Bakar berkata lagi, Wawi telah terjun bersama kapal terbang kertas itu sambil menyanyi lagu “I believe I can fly..yeahhhhh”
            “Wawi!!!!” Mak cik Zila Bakar dan orang-orang kampung menjerit cemas.
Debuk!!!! Wawi jatuh  ke tanah namun dalam senyuman lebar. Walaupun dua. tiga tulangnya patah namun Wawi puas, dia puas kerana dia berjaya mencapai golden dreamnya. Sekian…..

HAJI AAMIR KHAN

... Haji Aamir Khan!! Sape sangka diam-diam dunia dihebohkan dengan pemergian aktor dan pengarah terkenal bollywood Aamir Khan ke tanah suci Makkah dengan bondanya tercinta untuk menunaikan haji.....so..layaklah kita gelarkan beliau dengan haji Aamir Khan..ye dak??
Aku tabik dua2 tanganlah kat dia ni coz dalam sebok2 dia ..dia tak leka dengan duniawi..dia mencari ukhrawi juga... so balance.... dikatakan niatnya untuk mengerjakan haji tu dah lama sangat dah dia pendam... dan pada tahun ni dia berkesempatan buat haji.... ..harap-harap Aamir ngn bonda dia mendapat haji mabrur... dan insyaALLAH kalau ada rezeki,,umur panjang..kitapun akan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah juga...

Huhuhu..kat sini aku letak sikit2 gambar Aamir Khan masa pergi haji tu ari....

LELAKI BERKAKI AJAIB



Sejak sebulan yang lalu kecoh di Kampung Kalau Anda Rasa Gembira Tepuk Tangan menceritakan tentang kehebatan Syamsul Yunus sebagai raja ular, kehebatannya yang luar biasa itu dapat dihidu oleh orang-orang kampung yang busy body ketika dia berjaya menghalang ular tudung selar yang ingin mematuk kera belaan pak cik sameon dengan kaki kanannya sahaja, ular itu kemudian mematuk kaki Syamsul Yunus bagaimanapun seperti tension ular itu cuba melarikan diri ke dalam semak tapi berjaya ditangkap oleh anggota JPAM.
Maka semenjak hari itulah orang-orang kampung heboh menceritakan tentang perihal kehebatan Syamsul Yunus yang baru lima bulan berpindah ke kampung itu sebagai raja ular. Syamsul Yunus bangga juga, kembang kempis hidungnya menahan pujian yang datang bertubi-tubi mengasak lubang hidung dan sejak itu juga jika ada ular masuk ke mana-mana rumah, orang-orang kampung segera memanggilnya walhal yang mencelah masuk hanyalah ular daun sahaja , Hal itu telah menimbulkan rasa meluat Sawal Shaari salah seorang anggota JPAM di kampung itu kepada Syamsul Yunus, iri hati juga dia bila Syamsul Yunus yang langsung tiada kursus hidupan liar mampu menewaskan ular berbisa hanya dengan kaki kanannya sahaja, ajaibkah kaki kanan Syamsul Yunus itu?
            “Apa petua kau Sul, ular tu langsung tak attack kau… kalau ular-ular tu bite kaupun kau still steady..padahal ular berbisa tu…silap langkah kau boleh mati beb” Kata Sawal Shaari satu hari ketika mereka sedang melepak di bawah pokok ketapang sambil menikmati pizza hut.
            “Aku bukan nak riaklah…tapi memang kelebihan aku kot..aku tak ada pakai ayat apapun” Kata Syamsul Yunus
            “Aku dua bulan tahu pergi kursus haiwan liar…tapi kau..sijilpun tak ada..kalau ada ilmu..kau turunkanlah untuk aku” Pujuk Sawal Shaari lagi.
            “Aku tak ada apa-apa ilmu” Kata  Syamsul Yunus namun dalam nada yang sombong, ikut hati mahu saja Sawal Shaari menyepak keting kanan Syamsul Yunus itu namun dipendam saja.
“sudah cukup-cukup sudah…” alunan lagu popular Indonesia bergema dari poket jeans bundle Syamsul Yunus, segera lelaki itu menjawab panggilan telefon dari rumah tok ketua itu.
            “Ok tok..saya datang sekarang….” Kata Syamsul Yunus sambil bangun lantas mencapai basikal fixienya yang berwarna biru lebam
            “Pergi mana Sul? “ Soal Sawal Shaari
            “Rumah tok ketua..ada ular nak attack kambing-kambing dia..dia suruh aku settle kan..” Kata Syamsul Yunus.
            “Aku ikut..mana tahu aku boleh tolong?”
            “Aku sorang dah cukup…kau balik jelah” Syamsul Yunus terus mengayuh laju basikalnya pergi meninggalkan Sawal Shaari, kayuhannya ibarat Hazizul Hasni Awang berlumba di trek.
Sawal Shaari tidak berpuas hati dengan kesombongan Syamsul Yunus, perlahan-lahan dia mencapai helmet lalu menyetart enjin Honda c70 beredar ke rumah tok ketua. Di perkarangan rumah itu sudah ramai orang, sebenarnya mahu melihat kehebatan Syamsul Yunus si raja Ular, bagaimanapun Sawal Shaari terkejut melihat ular sawa sebesar betisnya sedang bertentangan dengan Syamsul Yunus, lelaki itu pula sedang menyuakan kaki ajaibnya pada ular sawa itu dan orang-orang kampung pula mulai bersorak ibarat sedang menonton konsert jom heboh.
            Sawal Shaari terus memerhati saja, ingin melihat kehebatan Syamsul Yunus si raja ular itu walaupun berpeluh jugak dia menyaksikan kelicikan ular sawa itu mengelak tujahan kaki ajaib Syamsul, bagaimanapun malang memang tidak berbau seperti sedapnya bau perfume adidas, sedang asyik menunjukkan kehebatannya dan sorakan padu orang-orang kampun yang menyorak tak ingat dunia tiba-tiba ular sawa itu membelit kaki kanan Syamsul Yunus, sorakan kebanggaan mulai bertukar jeritan ketakutan, Sawal Shaari juga cemas apa lagi bila melihat kaki Syamsul Yunus tercabut dari sendinya malah Syamsul Yunus berdiri tanpa kaki kanan, kaki kanan lelaki itu berada dalam belitan ular sawa itu dan sebelum ular sawa itu yang sedang mengamuk bagai  nak gila mahu menerkam Syamsul Yunus, Sawal Shaari terus menjadi penyelamat lelaki itu dan orang kampung, kemahirannya sebagai anggota JPAM berjaya membuatkan ular itu ditangkap.
            Syamsul Yunus pula berlari terloncat-loncat dengan sebelah kaki lalu mencapai kaki kanannya yang tercabut dibelit kuat oleh ular sawa.
            “Ooo..patutlah semua ular bisa gigit kau tak lut..rupanya kaki kau ni tak real ya… buang masa aku je buat show ni…rugi aku semua orang boo aku tadi..cakap aku tipu..” Kata Tok ketua . Syamsul Yunus hanya tersengih sambil memakai kaki palsunya.
            “Aiseyman soryla tok sebab selama ni saya klepet atok dan orang-orang kampung..hehehe..sebenarnya, kaki saya kena potong lepas saya eksiden merempit dulu tok..” Kata Syamsul Yunus.
            “ehemm…” datang Sawal Shaari setelah tugasnya selesai, Syamsul Yunus dan Tok ketua merenung lelaki itu.
            “Ni…saya nak pesan sikitlah…saya ni bukanlah bagus sangat Cuma yalah tak ada salahnya kita berpesan-pesan ni kan? Kita..kalau boleh jangan mudah riak..sebab tuhan boleh tarik bila-bila masa saja…” Kata Sawal Shaari sambil menepuk bahu Syamsul Yunus, Syamsul Yunus tertunduk malu dengan sikap riaknya kepada Sawal Shaari sebelum ini, sambil tertunduk malu dia mengorek hidungnya.
            “Hah..betul cakap Sawal tu..kau cepat riak” Kata tok ketua.
            “Atokpun sama juga…tak baik kenakan orang untuk keuntungan sendiri…atuk beli ular sawa dekat orang thailand tu semata-mata untuk suruh Syamsul buat show..dahlah tiket atok charge sama harga dengan tiket bola piala Malaysia…kan tak baik tu” Pesan Sawal Shaari, tok ketua turut tertunduk malu, Sawal Shaari tersenyum setelah bersalaman dengan kedua lelaki itu, dia pulang ke rumah dalam hati yang gembira segembiranya..seperti nama kampung kalau anda rasa gembira tepuk tangan. hAh…anda yang baca ni gembira tak? Kalau gembira tepuklah tangan….sekian……

Sunday, June 17, 2012

MANA MAK????

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil

Wednesday, June 6, 2012

DIALOG RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS

Diriwayatkan dari Muads bin Jabal ra., dari Ibnu Abbas ra yang berkisah : Kami bersama Rasulullah saw di rumah salah seorang sahabat Anshar, dimana saat itu kami di tengah-tengah jemaah. Lalu ada suara orang memanggil dari luar,
"Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, sementara kalian butuh kepadaku."
Rasulullah bertanya kepada para jamaah, "Apakah kalian tahu, siapa yang memanggil dari luar itu ? "
Mereka menjawab"Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan, "Ini adalah iblis terkutuk semoga Allah senantiasa melaknatnya. "

Kemudian Umar ra meminta izin kepada Rasulullah serayai berkata, "Ya Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku unuk membunuhnya ?"
Baginda menjawab, "Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahwa ia termasuk makhluk yang tertunda kematiannya sampai batas waktu yang telah diketahui (hari Kiamat) ? Akan tetapi sekarang silakan kalian membukakan pintu untuknya. Sebab dia diperintah untuk datang ke sini, maka fahamilah apa yang dia ucapkan dan dengarkan apa yang akan dia ceritakan pada kalian."

Ibnu Abbas berkata : Kemudian dibukakan pintu, lalu iblis itupun masuk di tengah-tengah kami. Ternyata dia berupa orang yang sudah tua bangka dan buta sebelah matanya. Ia berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda. Kedua kelopak matanya terbelah ke atas dan kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang seperti taring babi. Sementara kedua bibirnya seperti bibir kerbau. Ia datang sambil memberi salam,
"Assalamu'alaika ya Muhammad, Assalamu'alaikum ya jamaa'atal-muslimiin,' kata iblis.
Nabi menjawab, "Assalamu lillah ya la'iin (keselamatan hanya milik Allah, wahai makhluk yang terkutuk). Aku mendengar engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluan tersebut wahai iblis ?"

"Wahai Muhammad,aku datang ke sini bukan karena kemahuanku sendiri,tapi aku datang ke sini kerana terpaksa," tutur iblis.

"Apa yang membuatmu terpaksa datang ke sini wahai makhluk terkutuk ?" tanya Rasulullah.
Iblis menjawab, "Telah datang kepadaku seorang malaikat yang diutus Tuhan Maha Agung dimana utusan itu berkata,

`Sesungguhnya Allah swt memerintahmu untuk datang kepada Muhammad saw, sementara engkau adalah makhluk yang rendah dan hina. Engkau harus memberitahu kepadanya, bagaimana engkau menggoda anak cucu Adam, bagaimana engkau memujuk dan merayu mereka. Lalu engkau harus menjawab segala apa yang ditanyakan Muhammad dengan jujur. Maka demi Kebesaran dan Keagungan Allah, jika engkau menjawab dengan bohong, sekalipun hanya sekali, sunguh Allah akan akan menjadikan engkau debu yang bakal dihempaskan angin, dan musuh-musuhmu akan senang.' Wahai Muhammad, maka sekarang aku datang untuk menjawab apa yang engkau tanyakan dengan jujur."

Rasulullah mulai melempar pertanyaan kepada iblis, "Jika engkau mampu menjawab dengan jujur, maka cuba ceritakan kepadaku, siapa orang yang paling engkau benci ?"
Iblis menjawab dengan jujur, "Engkau, wahai Muhammad, adalah orang yang paling aku benci dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu."

"Lalu siapa lagi yang paling engkau benci ?" tanya Rasulullah.
"Seorang pemuda yang bertakwa dimana ia mencurahkan dirinya hanya kepada Allah swt," jawab iblis. "Siapa lagi ?' tanya rasulullah. "Orang alim yang warak (menjaga diri dari syubhat) lagi sabar," jawab iblis. "Siapa lagi ?" tanya Rasulullah. "Orang yang senantiasa melanggengkan kesucian dari tiga kotoran(hadats besar dan kecil serta najis)," tutur iblis. "Siapa lagi ?" tanya rasulullah. "Orang fakir yang senantiasa bersabar, tidak pernah menuturkan kefakirannya kepada siapapun dan juga tidak pernah mengeluh penderitaan yang dialaminya," jawab iblis."Bagaimana engkau tahu bahawa mereka sedang bersabar ?" tanya Rasulullah.

"Wahai Muhammad, bila ia masih dan pernah mengeluhkan penderitaannya kepada makhluk yang sama dengannya selama tiga hari, maka Allah tidak akan mencatat perbuatannya dalam kelompok orang-orang yang sabar," jelas iblis. "Lalu siapa lagi wahai iblis ?" tanya Rasulullah. "Orang kaya yang bersyukur"
"Bagaimana engkau tahu, bahwa dia bersyukur ?" Tanya Rasullulah. Maka, jawab si iblis
"Bila aku melihatnya ia mengambil kekayaannya dari apa saja yang dihalalkan dan kemudian disalurkan pada tempatnya,"
"Bagaimana keadaanmu bila ummatku melakukan solat ?"
"Wahai Muhammad, aku akan merasa gelisah dan gementar"
"Mengapa wahai makhluk terkutuk ?"

"Sesungguhnya apabila seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud, maka Allah akan mengangkat satu derajat kemuliaan. Apabila mereka berpuasa, maka aku akan terikat sampai mereka berbuka kembali. Apabila mereka menunaikan haji, maka aku akan jadi gila. Apabila membaca Al Qur`an, maka aku akan meleleh seperti timah yang dipanaskan. Apabila bersedekah maka seakan-akan orang yang bersedekah itu mengambil kapak lalu memotong aku menjadi dua bahagian"
"Mengapa demikian wahai Abu Murrah (jolokan iblis) ?"
"Sebab dalam sedekah ada empat perkara yang perlu diperhatikan : dengan sedekah itu Allah akan menurunkan keberkahan dalam hartanya, menjadikan ia disenangi dikalangan makhluk-Nya, dengan sedekah itu pula Allah menjadikan suatu penghalang antara dia dengan neraka dan akan menghindarkan segala bentuk bencana dan penyakit"

"Bagaimana pula pendapatmu tentang Abu Bakar ?"
"Dia sewaktu jahiliyyah lagi tidak pernah taat kepadaku, apalagi sewaktu dalam Islam"
"Bagaimana dengan Umar bin Khattab ?"
"Demi Allah, setiap kali aku bertemu dengannya, mesti aku akan lari darinya"
"Bagaimana dengan Uthman ?"
"Aku merasa malu terhadap orang yang para malaikat saja malu kepadanya"
"Lalu bagaimana dengan Ali bin Abi Thalib ?"
"Aku berharap pada Allah untuk tak akan pernah dipertemukan olehnya"
"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan ummatku berbahagia dan mencelakakanmu sampai batas waktu yang telah ditentukan"
"Tidak dan tidak mungkin, dimana ummatmu bisa bahagia sementara aku sentiasa hidup dan tidak akan mati sampai batas waktu yang telah ditentukan. Lalu bagaimana engkau bisa berbahagia terhadap ummatmu,sedangkan aku bila-bila masa saja boleh masuk melalui aliran darah dan daging,dan mereka pula tidak melihatku. Demi Tuhan, sungguh aku akan menyesatkan mereka seluruhnya, baik yang bodoh maupun yang alim, yang awam maupun yang bisa membaca Al Qur`an, yang nakal maupun yang rajin beribadah, kecuali hamba-hamba Allah yang mukhlis (murni)"

"Siapa menurut engkau hamba-hamba Allah yang mukhlis ?"
Iblis menjawab dengan panjang lebar, "Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa orang yang masih suka harta dan suka dipuji maka ia belum murni karena Allah. Sesungguhnya seorang hamba selagi masih suka harta dan pujian, sementara hatinya selalu bergantung pada kesenangan dunia, maka ia lebih taat kepadaku. Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa cinta harta itu termasuk dosa yang paling besar ? kemudian cinta kedudukan adalah dosa besar juga.Aku mempunyai tujuh puluh ribu anak, sedangkan tiap anak dari jumlah itu memiliki tujuh puluh ribu setan. Diantara mereka ada yang aku tugaskan untuk menggoda ulama, menggoda para pemuda, menggoda orang tua. Anak-anak muda bagi kami tidak ada masalah, sedangkan anak kecil lebih mudah kami permainkan.

Diantara mereka juga ada yang aku tugaskan untuk menggoda orang yang tekun beribadah,menggoda orang yang zuhud. Mereka keluar masuk dari keadaan yang berbeza, dari satu pintu ke pintu lainnya, sehingga mereka berhasil dengan menggunakan cara apapun.Aku ambil dari mereka nilai keikhlasan dalam hatinya, sehinga mereka beribadah tidak karena Allah, sementara mereka tidak merasakan itu. Apakah engkau lupa wahai Muhammad kisah seorang rahib yang berbuat ikhlas selama tujuhpuluh tahun, sehingga dengan do'anya ia bisa menyembuhkan penyakit ? Akan tetapi aku tak pernah putus asa menggodanya sampai dia sempat berbuat zina dan membunuhnya dan akhirnya dia mati dalam keadaan kafir. Itu semua berkat aku Muhammad. Kebohongan itu berasal dari ak, aku adalah makhluk yang berbohong pertama kali. Orang yang berbohong adalah temanku. Barangsiapa yang bersumpah atas nama Allah dengan berbohong maka ia kekasihku.

Mengganjing dan mengadu domba adalah buah santapan dan kesukaanku. Kesaksian dusta adalah penyejuk mataku. Barangsiapa bersumpah dengan menceraikan istrinya (talak) maka hampir tidak akan bisa selamat, sekalipun hanya sekali. Andaikan itu benar, yang karenanya orang membiasakan lidahnya mengucapkan kata-kata tersebut, istrinya adalah haram baginya. Kemudian dari pasangan itu menghasilkan keturunan haram. Sehingga semuanya masuk neraka gara-gara satu ucapan. Wahai Muhammad, sesungguhnya diantara ummatmu ada orang yang menunda-nunda solatnya. Ketika mereka hendak menjalankan solat maka aku akan berada padanya dan menganggunya, "masih ada waktu, teruskan engkau sibuk dengan urusan dan pekerjaan yang engkau lakukan.' Sehingga ia menunda solatnya, dan kemudian menunaikan solat itu diluar waktunya. Akibatnya ia akan memikul dosanya kelak. Kalau aku kalah, maka aku akan mengirim kepadanya salah seorang dari setan-setan manusia yang akan menyibukkannya.

Kalau aku masih kalah juga, maka aku diamkan sampai dia bersolat. Ketika dalam solatnya aku akan berkata `meliriklah ke kanan dan ke kiri', akhirnya ia melirik. Maka pada saat itu wajahnya aku usap dengan tanganku. Wahai Muhammad engkau tahu kalau seseorang banyak melirik dalam solatnya akan menanggung dosanya. Kalau dalam soalt dia mampu mengalahkan aku, ketika dia solat sendirian, maka aku akan buat ia tergesa-gesa, seperti ayam yang sedang makan, begitu tergesa-gesa. Kalau dalam solat berjamaah,aku akan buat mereka agar mendahului imam dengan menarikkepalanya . Jika aku masih kalah juga, maka aku akan perintahkan syaitam meramas jemarinya sehingga bersuara, sesungguhnya ia termasuk orang yang bertasbih kepadaku. Kalau dia masih tidak berganjak juga, maka aku akan tiup hidungnya sehingga dia menguap. Saat itulah anak-anak aku akan masuk, dan ia makin rakus akan dunia dan berbagai perangkapnya. Bagaimana ummatmu bisa bahagia wahai Muhammad, sedangkan aku memerintahkan orang miskin untuk tidak solat, dan aku berkata padanya `solat hanya kewajiban orang yang diberi nikmat'. Kemudian untuk orang sakit, akan aku buat ia terlena dengan salah satu ayat Allah, "???..dan tidak apa-apa bagi seorang yang sakit" (An Nur:61)", padahal tidak apa-apa disini merujuk kepada keadaan normalnya, bukan tidak apa-apa untuk meninggalkan solat. Sehingga dia merasa selesa ketika meninggalkan solat, padahal jika dia mati saat itu juga, dia akan termasuk orang yang kafir dan Allah sunguh akan memurkainya.

Bagaimana engkau merasa bahagia atas ummatmu wahai Muhammad,sedangkan aku boleh memurtadkan seperenam ummatmu ?"
Kemudian Rasulullah meneruskan pertanyaan, "Wahai makhluk terkutuk,siapa teman dudukmu ?"
"Orang yang suka makan riba"
"Lalu siapa teman dekatmu ?"
"Orang yang berzina"
"Siapa teman tidurmu ?"
"Orang yang mabuk"
"Siapa tetamumu ?"
"Pencuri"
"Siapa utusanmu ?"
"Dukun, tukang sihir"
"Apa yang menyenangkan pandangan matamu ?" "Orang yang bersumpah dengan talak"
"Siapa kekasihmu ?"
"Orang yang meninggalkan solat"
"Wahai makhluk terkutuk, apa yang menyebabkan punggungmu patah ?"
"Suara ringkik kuda untuk berperang di jalan Allah" "Apa yang menjadikan tubuhmu meleleh ?"
"Taubat orang yang bertaubat"
"Apa yang membuatkan hatimu panas ?"
"Orang yang beristigfar kepada Allah, baik siang maupun malam"
"Apa yang membuatmu merasa malu dan hina ?"
"Sedekah secara rahasia"
"Apa yang menyebabkan matamu buta ?"
"Orang yang melakukan solat sunat sebelum subuh"
"Apa yang dapat membuat pecah kepalamu ?"
"Solat berjamaah"
"Siapa orang yang mampu membahagiakanmu ?" "Orang yang meninggalkan solat"
"Siapa orang yang celaka menurut engkau ?"
"Orang yang dermawan atas nama Allah"

"Apa yang menyita pekerjaanmu ?"
"Majlis Ta`lim"
"Bagaimana engkau makan ?"
"Dengan tangan kiri dan jemariku"
"Dimana engkau berteduh ketika panas ?"
"Di bawah kuku manusia"
"Berapa keperluan yang pernah engkau minta kepada Allah ?"
"Sepuluh macam"
"Apakah yang kau minta itu wahai makhluk terkutuk ?"
"Aku meminta agar aku boleh terikat dengan anak cucu Adam dalam harta dan kekayaan dan anak-anak mereka. Akhirnya Allah mengizinkanku terikat dalam kelompok mereka. "Dan terikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan kepada mereka melainkan tipuan belaka" (Al Isra' : 64).

Setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya, maka aku akan ikut memakannya.aku juga ikut memakan makanan yang bercampur riba dan haram serta segala macam harta yang tidak dimohonkan perlindungan kepada Allah dari aku yang terkutuk. Setiap orang yang tidak memohon perlindungan kepada Allah dari setan ketika bersetubuh dengan isterinya, maka aku juga akan ikut bersetubuh. Akhirnya mereka akan melahirkan anak yang mendengar dan taat kepadaku. Begitu pula orang yang naik kendaraan dengan maksud mencari hasil rezeki yang tidak halal, maka aku adalah temannya. "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki" (Al Isra' : 64)
Aku mohon kepada-Nya agar aku punya rumah, maka kamar mandi adalah rumahku. aku mohon agar saku punya masjid, akhirnya pasar adalah masjidku. aKU mohon agar aku punya Al Qur`an, maka syair adalah Qur`anku. aku mohon agar aku punya azan, maka terompet adalah azanku.Aku mohon agar punya tempat tidur, maka orang mabuk adalah tempat tidurku. Aku mohon agar diberi teman-teman dekat, maka orang yang menginfakkan hartanya untuk kemaksiatan adalah teman dekatku. "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah yang sangat ingkar kepada Tuhannya" (Al Isra' : 27).

Rasulullah saw berkata kepada iblis,
"Andaikan tidak setiap apa yang engkau ucapkan itu didukung oleh ayat-ayat dari kitab Allah tentu aku tidak akan membenarkanmu"
Lalu Iblis berkata lagi, "Wahai Muhammad, aku memohon agar aku boleh melihat anak cucu Adam tetapi mereka tidak melihatku. Kemudian Allah menjadikanku bisa mengalir melalui aliran darah mereka. Diriku bisa berjalan sesuai kehendakku kemana saja dengan cara apapun. Sesungguhnya orang yang mengikutiku lebih banyak dari orang yang mengikutimu.

Aku memiliki anak bernama Atamah (semoga Allah melaknatnya) . Ia akan kencing di mata ummatmu sehingga mereka tertidur dan akhirnya meninggalkan solat Isya'. Andaikan tidak karenanya tentu manusia tidak akan tidur lebih dahulu sebelum solat Isya'. aku juga punya anak bernama Mutaqadhi (semoga Allah mengutuknya) tugasnya membangkitkan keinginan umatmu untuk mempamerkan harta dan kelebihannya, sehingga Allah akan membatalkan 99 dari 100 pahala.

Kemudian anakku yang lain Kuhyal (semoga Allah mencelakakannya) dimana ia bertugas mengusapi celak mata ummatmu ketika berada di majlis ilmu dan ketika solat Jumaat, sehingga dia tertidur dan tidak mendengarkan khathib sehingga hilanglah pahalanya. Setiap kali ada perempuan yang keluar rumah, sesungguhnya ada ribuan pasukanku yang mengikutinya. Mereka ada yang duduk dipinggulnya, di buah dadanya, di bibirnya, di kukunya, dan dilain tempat yang membuat perempuan itu menarik secara dunia. Sehingga dia menabur maksiat yang siap disantap oleh para pemuda. Lain halnya dengan ummatmu yang berjilbab, aku menggodanya tetapi tidak dengan cara itu, kerana tubuhnya tertutup sangat sulit buatku kalau masih menerapkan cara itu.

Wahai Muhammad, sebenarnya aku tidak boleh menyesatkan sedikitpun. Akan tetapi aku hanya boleh menganggu dan menghiasi, mengotori pikirannya dan menjanjikan janji-janji palsu. Seandainya aku memiliki kemampuan untuk menyesatkan, tentu aku tak akan membiarkan segelintir manusia di muka bumi ini masih sempat mengucapkan syahadat. Tidak ada lagi orang yang solat dan puasa. Sebagaimana engkau wahai Muhammad, tidak berhak memberikan hidayah sedikitpun kepada siapapun. Akan tetapi tugasmu sama dengan tugasku aitu mengajak. Engkau adalah utusan dan penyampai amanat dari Allah.

Andaikan engkau mempunyai kemampuan untuk memberi hidayah, tentu engkau tidak akan membiarkan segelintir kafir pun di muka bumi ini. Engkau hanyalah sebagaimana argumentasi (hujjah) Allah terhadap makhluk-Nya. Sementara aku pula penyebab seseorang itu menjadi celakanya."
Lantas Rasulullah berkata kepada iblis, "wahai Abu Murrah (iblis),apakah engkau masih ingin bertaubat dan kembali kepada Allah, sementara aku akan menjaminmu masuk syurga."
Iblis menjawab, "Wahai Rasulullah, ketentuan adanya aku adalah untuk mempertegas adanya engkau, begitu juga sebaliknya. Itulah hukum yang ditetapkan Allah dan aku menikmatinya. Ketentuan telah memutuskan dan qalam pun telah kering dengan apa yang terjadi seperti ini hingga hari kiamat nanti. Maka Maha Suci Allah yang telah menjadikan engkau sebagai tuan para Nabi dan khathib para penduduk syurga. Sementara diriku dijadikan tuan orang-orang yang celaka dan khathib para penduduk neraka.aku adalah makhluk celaka dan terusir. Ini adalah akhir dari apa yang aku beritahukan kepada engkau, dan aku mengatakan sejujurnya."

Semoga Kisah ini lebih membuka mata hati kita akan musuh kita.Allah maha mengetahui.