Wawi Zainol ada impian…dia ada cita-cita..dia mahu
terbang di langit biru…ya, terbang seperti burung. Dia bukan mahu membuat lawak
tapi itulah kenyataan cita-citanya.
Di sekolah apabila cikgu bertanyakan murid-murid kelas 3
anggur bila besar mahu menjadi apa, semua murid-murid akan menjawab nak jadi
macam ayah, nak jadi petani, nelayan, posmen..paling tinggi sikitpun nak jadi
despacth tapi Wawi lain…dia nak terbang tinggi.
“Saya
nak terbang di langit…macam burung” Kata Wawi penuh semangat dan kata-katanya
otometik membuatkan rakan sekelasnya bantai ketawa baekkk punyerr termasuk
cikgu kelasnya sekali.
“Salah
ke saya nak terbang?? Salah ke bila manusia boleh terbang?” Soal Wawi kembali
dan soalannya itu membuatkan kesemua murid di dalam kelas itu terdiam tanpa
kata termasuklah cikgunya yang bangang itu sekali.
Cita-cita Wawi tidak berhenti setakat itu sahaja,
walaupun sentiasa diejek oleh rakan-rakan sekolah mahupun orang kampung, Wawi
tetap dengan keputusannya. Dia mahu buktikan bahawa cita-citanya itu suatu hari
nanti akan berjaya.
Suatu hari ketika Wawi pulang berjalan kaki dari sekolah
seorang diri, Wawi telah terkena hujan lebat yang turun di tengah panas,
akibatnya Wawi demam panas dan seminggu terbujur koma di rumahnya, ibunya Mak
Cik Zila Bakar tidak henti-henti menangis memikirkan nasib anak tunggalnya itu,
semua orang kampung, guru-guru sekolah dan rakan-rakan yang selalu
mentertawakan Wawi datang menjenguk Wawi yang masih belum sedarkan diri, mereka
sedih melihat keadaan Wawi malah merasa menyesal kerana selama ini menyakat
Wawi.
Satu
petang ketika Mak cik Zila Bakar sedang sibuk memasak spaghetti di dapur
tiba-tiba Wawi terjaga dari komannya dan terus meminta nasik dalam bahasa
inggeris, tercengang mak cik Zila Bakar dibuatnya kerana sepatah haram dia
tidak mengerti butir bicara Wawi dan sejak dari itu Wawi tidak lagi
berkomunikasi dalam bahasa melayu sebaliknya hanya berkomunikasi dengan
petahnya dalam bahasa inggeris,keadaan Wawi semakin membimbangkan mak cik Zila
Bakar dan orang-orang kampung namun satu yang masih tidak berubah dalam diri
Wawi iaitu impiannya…ya..impiannya yang ingin terbang…
Suatu petang yang damai ketika mak cik Zila Bakar sedang
sibuk membuat sambal belacan, datang orang kampung memberitahunya bahawa Wawi
telah memanjat pokok kelapa di depan rumah mereka . Terkejut landak mak cik Zila Bakar mendengar kata-kata
itu dan terus berlari menuju ke luar rumahnya, di bawah pokok kelapa itu
orang-orang kampung sedang memujuk Wawi agar turun dari pokok kelapa itu.
“Wawi..turun
nak..bahaya…” Jerit Mak cik Zila Bakar dalam tangisan
“I want
to fly mother….” Jerit Wawi sambil memegang kapal terbang kertas di tangannya,
kapal terbang kertas yang dibuat dengan surat khabar tamil itu digawang-gawang
kemudian belum sempat Mak cik Zila Bakar berkata lagi, Wawi telah terjun
bersama kapal terbang kertas itu sambil menyanyi lagu “I believe I can
fly..yeahhhhh”
“Wawi!!!!”
Mak cik Zila Bakar dan orang-orang kampung menjerit cemas.
Debuk!!!! Wawi jatuh
ke tanah namun dalam senyuman lebar. Walaupun dua. tiga tulangnya patah
namun Wawi puas, dia puas kerana dia berjaya mencapai golden dreamnya.
Sekian…..
No comments:
Post a Comment