Nori Danial memang seorang gadis yang sangat cun melecun
dengan potongan bodynya yang mantap, dengan rambutnya yang ikal mayang
membuatkan Fizi Fauzi sering kali cuba
untuk menekelnya. Nori Danial memang perasan bossnya itu sentiasa cuba untuk mengoratnya
namun dia buat-buat tidak tahu walaupun dia sudah menggeletik kegatalan kerana
menjadi pujaan lelaki kacak daerah timur laut planet marimo itu.
Tidak mahu menulis panjang, nak dijadikan cerita satu
hari ketika Nori Danial sedang sibuk membaca komik doremon edisi bahasa
Zimbabwe, Fizi Fauzi datang kepadanya dengan membawa sekuntum bunga kemboja
yang mekar mewangi.
“Nori…ni
bunga untuk you..i baru petik kat kubur tadi…” Hulur Fizi Fauzi
“Ohh..terima
kasih boss..” Sambut Nori Danial sambil mencium bau harum bunga kemboja itu
sehingga terbatuk-batuk sesak nafas.
“Err…Nori..malam
ni.. I nak ajak you dinner…boleh tak?” Soal Fizi Fauzi
“Errr….”
Nori Danial terkejut dengan pelawaan tak diduga itu
“Please…I
ada benda nak cakap….pukul 8 I ambik you kat rumah you okey?” Kata Fizi Fauzi.
Nori Danial angguk pantas dan memerhatikan saja Fizi Fauzi berlalu pergi
meninggalkannya, di dalam kepalanya sudah mulai memikirkan saat-saat romentik
malam nanti yang akan membuat pembaca meluat dengan adegan mereka nanti.
Tak mau
tulis panjang lagi sekali, malam itu Fizi Fauzi datang menjemput Nori Danial
kemudian terus membawa Nori Danial makan malam di mamak’s stall, keseksian Nori
Danial malam itu yang memakai gaun seperti Cinderella amat menarik perhatian
Fizi Fauzi, mereka hanya menikmati char kuey tiaw dengan milo ais sahaja kerana
Fizi Fauzi telah kopak, hampir 90% gajinya telah diambil oleh ibunya untuk
membeli motor Harley Davidson.
“Sedapnya
char kuey tiaw ni….” Kata Nori Danial sambil mengelap mulutnya dengan tisu
selepas selesai makan. Fizi Fauzi hanya merenung gadis itu, sewaktu duduk
menghadap gadis itu baru dia perasan sesuatu yang selama ini langsung dia tidak
perasan akan gadis itu, betullah kata teman-temannya tentang Nori Danial dan
hari itu dia menyaksikan sendiri.
“Kenapa
abang pandang Nori macam tu?” Soal Nori Danial segan sambil cuba control cun.
“Errr…sebenarnya
ab..abang dah lama syok kat Nori…. Nori memang cun gila lah…..”
Kembang
kempis rongga-rongga terbuka di tubuh Nori Danial mendengar pujian dari Fizi
Fauzi itu,malah keterbukaan rongga-rongga tersebut terasa tidak mampu dikawal
lagi apabila dia membayangkan yang dia akan menjadi suri hidup lelaki itu.
“Cumaaaa…..”
Fizi Fauzi teragak-agak
“Cuma
apa bang?” Soal Nori Danial
“Cuma
satu yang abang tak suka..bulu hidung Nori panjang sangat, terkeluar dengan
taik hidung sekali… gelilah” Kata Fizi Fauzi dalam wajah kegelian dan serta
merta muntah.
Nori Danial segera menutup hidungnya dan bersama itu juga
hasratnya untuk menjadi suri hidup Fizi Fauzi hancur lebur, dalam hati Nori
Danial menyumpah dirinya sendiri…aduhhh..ni dah kali ke-99 aku kantoi bulu
hidung aku terkeluar… macamana aku lupa nak trim ni……..
Hehehe…sekian….
No comments:
Post a Comment