Sudah 10 tahun Sham Jazli tidak pulang ke kampung
halamannya setelah kematian kedua orang tuanya, memandangkan dia tidak
mempunyai adik beradik, tanah kebun peninggalan arwah ibu dan ayahnya
diserahkan dibawah jagaan bapa saudaranya yang bongsu iaitu Pak Su Deraman.
Bagaimanapun setelah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke
Kampung Rasa Sayang Hey Rasa Sayang-Sayang Hey itu akhirnya dia pulang jua
bersama isterinya yang cantik jelita Ella Fagila dan dua anaknya yang
masing-masing berumur 4 dan 6 tahun. Kepulangan itu disebabkan undangan
perkahwinan anak bongsu Paksu Deraman, malah anak-anaknya juga nampak sungguh
riang kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan kampung.
Malam selepas majlis perkahwinan, Sham Jazli
berehat-rehat di atas katil sambil membaca surat khabar cina, dua anak mereka
sudah nyenyak tidur manakala isterinya Ella Fagila sedang memakai losyen cap
ibu dan anak-anak sedang bermain pasir.
“Sayang,
esok abang nak pergi melawat kubur arwah mak dan abahlah memandangkan kita dah
balik kampung ni” Kata Sham Jazli
“Bagus
juga tu bang… bawa anak-anak sekali..kita baca doa kat pusara mak dan abah”
Kata Ella Fagila dalam senyuman manis. Sham Jazli membalas senyuman isterinya,
isterinya seorang yang sangat penyayang malah sentiasa menyokongnya.
“Sudahlah
bang…abangpun letih buat kerja kenduri
siang tadi..jomlah kita tidur ..esok pagi-pagi boleh kita pergi kubur” Kata
Ella Fagila. Sham Jazli angguk lalu membaringkan tubuhnya dan terus nyenyak dengan
dengkuran persis lagu awie iaitu sejati.
Keesokkannya
seperti yang telah dibincangkan malam itu maka berangkatlah Sham Jazli
sekeluarga ke tanah perkuburan itu, anak-anaknya comel berpakaian baju kurung
dan tudung kepala.
“Lalu
elok-elok Kakak..adik…takut terlangkah kubur” Pesan Ella Fagila sambil menuruti
langkah suaminya, anak-anak mereka berlarian di depan Sham Jazli.
“Aaa..ini
kubur mak dan abah…adik kakak..duduk ..baca doa” Kata Sham Jazli, mereka
menghamparkan tikar yang dibawa lalu duduk membaca surah yassin dan doa,
kemudian ketika sedang membuang rumput yang baru tumbuh di sekitar pusara itu,
mereka terdengar bunyi orang menyangkul rumput tidak jauh dari mereka, perlahan
Sham Jazli dan Ella Fagila berpaling memandang ke arah itu, kelihatan seorang
lelaki yang sudah berumur sedang membersihkan satu pusara kecil, mungkin pusara
arwah anaknya yang meninggal ketika masih bayi,duga Sham Jazli.
“Dahlah,
jom hari dah tinggi ni…” Sham Jazli bangun sambil melipat tikar, Ella Fagila
memimpin tangan anak-anak mereka dan berjalan menuju ke kereta. Sham Jazli pula
membontoti isteri dan anak mereka dari belakang.
“Assalamualaikum..”
Sempat disapa mesra lelaki yang sebaya Paksu Deraman itu
“Waalaikumussalam..” Lelaki yang sedang memegang cangkul itu tersenyum dan berjabat tangan dengan Sham Jazli.
“Waalaikumussalam..” Lelaki yang sedang memegang cangkul itu tersenyum dan berjabat tangan dengan Sham Jazli.
“Saya
Jazli, anak saudara paksu Deraman..pak cik ni?? Saya tak biasa lihat
pula..padahal saya memang asal orang sini” Kata Sham Jazli
“Nama
pak cik Kamal Mustaffa… pak cik baru 3 tahun menetap kat sini hah..pak cik beli
rumah teres kat hujung simpang tu hah… ooo..jadi kamu ni anak Deraman yang
arkitek tulah ya…” Kata Pak cik Kamal Mustaffa
“Ya pak
cik… macamana pak cik tahu?” Soal Sham Jazli musykil
“Deraman
selalu bercerita juga pasal kamu..datang melawat kubur mak ayah ya…”
“Ya..pak
cik..pak cik pulak?” Soal Sham Jazli seraya membetulkan kopiah di kepala, wajah
Pak cik Kamal Mustaffa sedikit berubah sedih, Sham Jazli faham.
“Aku
datang cuci kubur aku…” Kata orang tua itu perlahan penuh seram sambil
menundukkan mukanya.
“Ku…kubur
pa…pak cik?” Soal Sham Jazli sambil menudingkan ibu jarinya kepada lelaki tua
itu, peluh jantan dan betina bercampur aduk membasahi dahinya malah ketiaknya
juga..kakinya menggeletar.
“Ya…..kubur
aku….dah setahun dah…..” Belum sempat pak cik Kamal Mustaffa menghabiskan ayatnya,
Sham Jazli sudah terjelepuk jatuh pengsan, dari jauh Ella Fagila menjerit
terkejut.
Hampir 5
minit pengsan akhirnya, Sham Jazli tersedar setelah direnjis dengan air pepsi
yang berbaki ketika perjalanan pulang ke kampung semalam oleh isterinya..namun
dia kembali menggeletar bila melihat lelaki tua itu masih berdiri memandangnya
yang dipangku erat oleh Ella Fagila.
“Han…hantu
sayang….”
“Hantu
apanya..aku ni manusialah…”
“Aku…aku
tak percaya..” Sham Jazli menjerit bagaikan orang hysteria
Puk! Kepalanya diketuk dengan botol air pepsi oleh Pak
Cik Kamal Mustaffa.
“Yang
kau naik hantu pulak ni pasal apa… memanglah tu kubur aku…tapi aku tak mati
lagi… itu kubur kaki akulah… dah setahun dah kaki aku kena potong sampai lutut
ni hah..aku ni kencing manis..sekarang aku pakai kaki palsu” Kata Pak Cik Kamal
Mustaffa dalam gelengan dan bersilang tangan ke dada ala-ala penyanyi hip hop.
Sham Jazli berpaling memandang Ella Fagila dan isterinya itu mengangguk sahaja,
dia kelegaan namun dia merasa malu sekali, namun untuk menebus malunya perlahan
dia bangun lalu berkata pada Pak cik Kamal Mustaffa.
“Mari
pak cik saya hantar pulang dengan BMW saya..”
Pak cik Kamal Mustffa tersengih menampakkan giginya yang
hanya tinggal beberapa batang sahaja lagi menunggu masa untuk gugur juga. Di
dalam hati dia berkata “merasa jugak aku naik BMW”
Sekian….ehehehe…
No comments:
Post a Comment