Sejak sebulan yang lalu kecoh di Kampung Kalau Anda Rasa
Gembira Tepuk Tangan menceritakan tentang kehebatan Syamsul Yunus sebagai raja
ular, kehebatannya yang luar biasa itu dapat dihidu oleh orang-orang kampung
yang busy body ketika dia berjaya menghalang ular tudung selar yang ingin
mematuk kera belaan pak cik sameon dengan kaki kanannya sahaja, ular itu
kemudian mematuk kaki Syamsul Yunus bagaimanapun seperti tension ular itu cuba
melarikan diri ke dalam semak tapi berjaya ditangkap oleh anggota JPAM.
Maka semenjak hari itulah orang-orang kampung heboh
menceritakan tentang perihal kehebatan Syamsul Yunus yang baru lima bulan
berpindah ke kampung itu sebagai raja ular. Syamsul Yunus bangga juga, kembang
kempis hidungnya menahan pujian yang datang bertubi-tubi mengasak lubang hidung
dan sejak itu juga jika ada ular masuk ke mana-mana rumah, orang-orang kampung
segera memanggilnya walhal yang mencelah masuk hanyalah ular daun sahaja , Hal
itu telah menimbulkan rasa meluat Sawal Shaari salah seorang anggota JPAM di
kampung itu kepada Syamsul Yunus, iri hati juga dia bila Syamsul Yunus yang
langsung tiada kursus hidupan liar mampu menewaskan ular berbisa hanya dengan
kaki kanannya sahaja, ajaibkah kaki kanan Syamsul Yunus itu?
“Apa
petua kau Sul, ular tu langsung tak attack kau… kalau ular-ular tu bite kaupun
kau still steady..padahal ular berbisa tu…silap langkah kau boleh mati beb”
Kata Sawal Shaari satu hari ketika mereka sedang melepak di bawah pokok
ketapang sambil menikmati pizza hut.
“Aku
bukan nak riaklah…tapi memang kelebihan aku kot..aku tak ada pakai ayat apapun”
Kata Syamsul Yunus
“Aku dua
bulan tahu pergi kursus haiwan liar…tapi kau..sijilpun tak ada..kalau ada
ilmu..kau turunkanlah untuk aku” Pujuk Sawal Shaari lagi.
“Aku tak
ada apa-apa ilmu” Kata Syamsul Yunus
namun dalam nada yang sombong, ikut hati mahu saja Sawal Shaari menyepak keting
kanan Syamsul Yunus itu namun dipendam saja.
“sudah cukup-cukup sudah…” alunan lagu popular Indonesia
bergema dari poket jeans bundle Syamsul Yunus, segera lelaki itu menjawab
panggilan telefon dari rumah tok ketua itu.
“Ok
tok..saya datang sekarang….” Kata Syamsul Yunus sambil bangun lantas mencapai
basikal fixienya yang berwarna biru lebam
“Pergi
mana Sul? “ Soal Sawal Shaari
“Rumah
tok ketua..ada ular nak attack kambing-kambing dia..dia suruh aku settle kan..”
Kata Syamsul Yunus.
“Aku
ikut..mana tahu aku boleh tolong?”
“Aku
sorang dah cukup…kau balik jelah” Syamsul Yunus terus mengayuh laju basikalnya
pergi meninggalkan Sawal Shaari, kayuhannya ibarat Hazizul Hasni Awang berlumba
di trek.
Sawal Shaari tidak berpuas hati dengan kesombongan
Syamsul Yunus, perlahan-lahan dia mencapai helmet lalu menyetart enjin Honda
c70 beredar ke rumah tok ketua. Di perkarangan rumah itu sudah ramai orang,
sebenarnya mahu melihat kehebatan Syamsul Yunus si raja Ular, bagaimanapun
Sawal Shaari terkejut melihat ular sawa sebesar betisnya sedang bertentangan
dengan Syamsul Yunus, lelaki itu pula sedang menyuakan kaki ajaibnya pada ular
sawa itu dan orang-orang kampung pula mulai bersorak ibarat sedang menonton
konsert jom heboh.
Sawal
Shaari terus memerhati saja, ingin melihat kehebatan Syamsul Yunus si raja ular
itu walaupun berpeluh jugak dia menyaksikan kelicikan ular sawa itu mengelak
tujahan kaki ajaib Syamsul, bagaimanapun malang memang tidak berbau seperti
sedapnya bau perfume adidas, sedang asyik menunjukkan kehebatannya dan sorakan
padu orang-orang kampun yang menyorak tak ingat dunia tiba-tiba ular sawa itu
membelit kaki kanan Syamsul Yunus, sorakan kebanggaan mulai bertukar jeritan
ketakutan, Sawal Shaari juga cemas apa lagi bila melihat kaki Syamsul Yunus
tercabut dari sendinya malah Syamsul Yunus berdiri tanpa kaki kanan, kaki kanan
lelaki itu berada dalam belitan ular sawa itu dan sebelum ular sawa itu yang
sedang mengamuk bagai nak gila mahu
menerkam Syamsul Yunus, Sawal Shaari terus menjadi penyelamat lelaki itu dan
orang kampung, kemahirannya sebagai anggota JPAM berjaya membuatkan ular itu
ditangkap.
Syamsul
Yunus pula berlari terloncat-loncat dengan sebelah kaki lalu mencapai kaki
kanannya yang tercabut dibelit kuat oleh ular sawa.
“Ooo..patutlah
semua ular bisa gigit kau tak lut..rupanya kaki kau ni tak real ya… buang masa
aku je buat show ni…rugi aku semua orang boo aku tadi..cakap aku tipu..” Kata
Tok ketua . Syamsul Yunus hanya tersengih sambil memakai kaki palsunya.
“Aiseyman
soryla tok sebab selama ni saya klepet atok dan orang-orang
kampung..hehehe..sebenarnya, kaki saya kena potong lepas saya eksiden merempit
dulu tok..” Kata Syamsul Yunus.
“ehemm…”
datang Sawal Shaari setelah tugasnya selesai, Syamsul Yunus dan Tok ketua
merenung lelaki itu.
“Ni…saya
nak pesan sikitlah…saya ni bukanlah bagus sangat Cuma yalah tak ada salahnya
kita berpesan-pesan ni kan? Kita..kalau boleh jangan mudah riak..sebab tuhan
boleh tarik bila-bila masa saja…” Kata Sawal Shaari sambil menepuk bahu Syamsul
Yunus, Syamsul Yunus tertunduk malu dengan sikap riaknya kepada Sawal Shaari
sebelum ini, sambil tertunduk malu dia mengorek hidungnya.
“Hah..betul
cakap Sawal tu..kau cepat riak” Kata tok ketua.
“Atokpun
sama juga…tak baik kenakan orang untuk keuntungan sendiri…atuk beli ular sawa
dekat orang thailand tu semata-mata untuk suruh Syamsul buat show..dahlah tiket
atok charge sama harga dengan tiket bola piala Malaysia…kan tak baik tu” Pesan
Sawal Shaari, tok ketua turut tertunduk malu, Sawal Shaari tersenyum setelah
bersalaman dengan kedua lelaki itu, dia pulang ke rumah dalam hati yang gembira
segembiranya..seperti nama kampung kalau anda rasa gembira tepuk tangan. hAh…anda
yang baca ni gembira tak? Kalau gembira tepuklah tangan….sekian……
No comments:
Post a Comment