Bulan's connection

Friday, March 16, 2012

SUKARNYA MENJADI MANUSIA GERGASI

Beberapa hari lalu aku ada terbaca beberapa artikel tentang manusia yang mempunyai ketinggian luar biasa..jadi aku tertarik untuk search gambar2 dorang kat google dan ni adalah apa yang aku dapat... jom baca....
1.SULTAN KOSEN 
Dilahirkan di Mardin, Turki, pada 10 Disember 1982, Kosen, adalah antara 12 individu dalam sejarah perubatan yang disahkan memiliki ketinggian 2.5 meter atau lebih dan mengatasi pemegang gelaran itu sebelum ini, Bao Xishun, yang memiliki ketinggian 2.36 m. Tidak cukup dengan itu, Kosen itu memilik tapak tangan terbesar di dunia yang berukuran 27.4 sentimeter!
Zaman kanak-kanaknya dalam keadaan normal seperti juga rakan sebayanya. Namun biasa itu berubah menjadi luar biasa sebaik usianya mencecah 10 tahun. Luar biasa itu pula bertukar menjadi satu kejanggalan kepada dirinya dan lebih menambah perisa kepada keunikan itu ketika namanya, Sultan Kosen, 28, tercatat dalam Guiness Book of World Records sebagai lelaki tertinggi dunia bukan saja untuk tahun ini tetapi sejak 20 tahun lalu.
Kosen, tidak menghabiskan pendidikan kerana ketinggian itu dan bekerja separuh masa sebagai petani. Enggan membiarkan diri dibelenggu pelbagai perasaan kerana sedikit ganjil daripada orang lain, Kosen, gembira menikmati kehidupan biasa dan seronok bermain permainan komputer dengan rakan-rakannya.
Masalahnya ialah dia  sukar  untuk mencari pakaian dan kasut yang muat dengan saiz tubuhnya atau amat susah memasuki kereta biasa. Ditanya apakah harapannya selepas diberi gelaran itu secara rasmi, Kosen berkata: “Untuk melancong dan melihat dunia serta memiliki kereta yang sesuai dengan saiz saya! Impian terbesar saya ialah berkahwin dan mempunyai anak. Saya sedang mencari cinta.”
Kosen yang memiliki ketinggian 2.5 meter disahkan mengalami masalah ‘pituitary gigantism’ pada usia 10 tahun selepas doktor menemui tumor atau ketumbuhan di belakang matanya. Ketumbuhan itulah yang meletakkan tekanan berlebihan pada kelenjar pituatari dan menyebabkan ketinggian melampau. Dia menjalani beberapa siri pembedahan yang akhirnya berjaya menghentikan pertumbuhannya tahun lalu. Malangnya, kelebihan itu datang bersama pakej dalam bentuk masalah kesihatan. Ketika ketinggiannya boleh membuatkan ejen pencari bakat pemain bola keranjang teruja, Kosen sebenarnya menderita sakit lutut yang memerlukan dia menggunakan tongkat untuk hampir semua aktivitinya.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemiskinan keluarga Kosen yang bermakna dia tidak mampu menjalani fisioterapi dan tempat tinggal di kawasan terpencil di Turki yang memerlukan masa 17 jam untuk sampai menaiki kereta, lebih menyukarkan. Pengiktirafan Guinness World Record nyata memberi manfaat kepada Kosen kerana keistimewaan yang ditawarkan akhirnya membuatkan Kosen sedar ketinggiannya adalah sesuatu yang perlu diraikan, bukan memilih untuk meminggirkan diri.

2.ROBERT PERSHING WADLOW
Dia dilahirkan pada tahu 1918 dan memiliki ketinggian 2.72 meter, merupakan manusia kedua tertinggi di dunia pernah direkodkan malah mengalahkan ketinggian Sultan Kosen tadi. Rekod ini masih dipegang oleh mendiang Robert Pershing ni sehingga sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1940.
Robert Pershing dilahirkan di Alton, Illonois, dan telah diberikan gelaran sebagai gergasi Alton sempena nama kampung kelahirannya. Beliau mempunyai tangan paling besar dan lebar dalam sejarah hingga mampu menyembunyikan botol soda setinggi 2 liter dalam gengamannya......

3. JOHN WILLIAM "BUD" ROGAN
Rogan dari Tennessee, Amerika Syarikat (1868 hingga 1905 )ialah salah seorang daripada 12 individu dalam sejarah perubatan mencecah ketinggian 2.4 meter atau lebih. Rogan membesar pantas pada usia 13 tahun sehingga akhirnya dia tidak boleh berdiri atau berjalan. Ketinggian sebenarnya tidak diukur sehingga kematiannya. Ukuran yang diambil ketika dia duduk menunjukkan ketinggian 2.69 meter tetapi cuma seberat 79 kilogram, menjadikan dia lelaki Afrika-Amerika paling tinggi dan kedua paling tinggi pernah direkodkan.

4.LEONID IVANOVYCH STADYNK

Leonid terpaksa dibantu untuk mengayuh basikal lantaran ketinggiannya yang mencecag 2.57 meter...Dilahirkan pada 1971 di Ukraine, Stadnyk sebelum ini diiktiraf sebagai lelaki tertinggi dunia menurut Guinness World Records 2008 dengan ukuran 2.57 meter. Pembesarannya bermula selepas menjalani pembedahan otak ketika berusia 14 tahun. Dia mengalami tumor kelenjar pituatari yang menyebabkan kelenjar merembeskan sejumlah besar hormon pertumbuhan. Kira-kira 20 tahun selepas pembedahan itu, doktor menemui tumor yang hilang secara misteri dan kini dia adalah keadaan sihat.

Hummph..ini adalah mereka2 yang mempunyai ketinggian luar biasa...selain mereka ramai lagi yang mempunyai ketinggian seperti ini macam  Gabriel Estevao Monjane dan  Suleiman Ali Nashnush..nani korang boleh search ok pasal dorang ni... apapun tinggi atau rendah seseorang itu hanya pada fizikal semata-mata... ALLAH tidak memandang semua tu melainkan taqwa kepadaNYA.. enjoy read my entry....





No comments: