Satu
Amir Ikhwan menanggalkan
songkok di kepalanya lalu diletakkan ke atas meja. Kemudian dia menghampiri
Nurul Hani yang sedang duduk di birai katil, gadis itu berpakaian pengantin
rona merah jambu lembut dengan sulaman putih dan juga tudung kepala dan veil
dari warna yang senada, sama juga dengannya yang turut berbaju melayu dari rona
yang sama.
Malam semalam mereka telah sah
diijabkabulkan dan petang tadi pula majlis persandingan serba ringkas untuk
mereka berdua. Ayahnya Hj.Rashid adalah orang yang paling bahagia apabila dapat
melihat dia disandingkan bersama Nurul Hani yang baginya langsung tak sepadan
dengannya malah dia tak cintakan Nurul Hani walaupun sekelumit.
Nurul
Hani malu untuk memandang Amir Ikhwan yang telah sah menjadi suaminya, dia
masih ingat kali pertama dia melihat Amir Ikhwan adalah ketika pemuda itu
berpindah ke sebelah rumahnya. Masa itu umur mereka baru sekitar 10 tahun
tetapi Amir Ikhwan jauh lebih pandai darinya dan sekarang sedang menuntut di
tahun akhir di sebuah universiti di Australia. Keadaan ini membuatkan mereka
jarang sekali bertemu apa lagi untuk berbual sedangkan dia hanya lepasan dari
universiti tempatan dan masih belum memperoleh pekerjaan tetap.
“Heh,
aku nak kau dengar sini” Amir Ikhwan duduk di sebelah Nurul Hani.
“Ya
abang?” Nurul Hani merenung wajah Amir Ikhwan.
“Eh, gelilah…kau
tak payahlah nak berabang -abang dengan aku sangatlah! Panggil aku Amir je
lagipun kau dengan aku sebaya kan?” Soal Amir Ikhwan. Wajah Nurul Hani berubah
riak tapi dia cuba mengawal perasaannya sendiri walau dalam hati dia mulai
merasakan sesuatu yang tidak kena.
“Ba...baik Amir” Jawabnya sambil menunduk dan tidak lagi
merenung Amir Ikhwan.
“Aku nak bagitahu kau yang aku langsung tak cintakan kau. Aku
terpaksa terima kau jadi isteri aku… kau ingat aku sukakan kau? Kau ingat kau
layak untuk aku?” Amir Ikhwan bersuara perlahan tetapi tegas.
“Amir...Amir cakap apa ni?” Soal Nurul Hani, dia tidak
mengerti tentang apa yang diperkatakan oleh Amir Ikhwan.
“Aku nak kau tahu yang kau tak layak jadi isteri aku…dahlah
kolot…tak cantik pula tu, dengan tudung kepala macam ni macam ni, selekeh gila
kau ni. Heh kau tahu tak aku dipaksa menikah dengan kau!” Kata Amir Ikhwan
serius.
“Amir…saya sedar saya tak cantik…tapi berdosa ke bila saya
bertudung? Agama kita islam Amir dan Islam menuntut…menuntut Amir! Menuntut
muslimatnya menutup aurat…” Air mata Nurul Hani mulai menitik di pipinya,
impian bahagia yang diimpikan sebelum menjadi isteri kepada lelaki itu hancur
berkecai ketika itu juga.
“Eh, kau tak payahlah nak bercakap soal dosa pahala pula
dengan aku” Bidas Amir Ikhwan.
“Agshtafirullahalazim Amir…” Nurul Hani terkelu
“Kau tak payah nak membebel bab agama sangatlah dengan aku.
Aku juga nak bagitahu kau yang sampai Brisbane nanti, pandai-pandailah kau
hidup, aku akan gantung pernikahan kita ni sampai bapak aku tu……mati! Lepas tu
aku akan lepaskan kau dan kau boleh bebas” Kata Amir Ikhwan.
Nurul Hani mulai menangis dan
dia mulai sedikit teresak tapi cuba ditahannya agar bunyi tangisan dan
pertengkaran itu tidak sampai kedengaran di luar.
“Kenapa awak terima saya jadi isteri awak kalau awak nak
seksa hidup saya macam ni Amir?” Soal Nurul Hani berani.
“Sebab aku benci kau! Look
at you Hani! kau ingat aku suka
perempuan kampung yang kolot macam kau ni hah? Aku marahkan bapak aku yang
suka-suka menjodohkan aku dengan perempuan yang langsung tak layak untuk aku!”
Kata Amir Ikhwan sombong sambil bangun menanggalkan pakaian pengantin di tubuhnya
dan menggantikannya dengan seluar pendek dan t-shirt putih sahaja. Nurul Hani
diam dan hanya menangis
“For your information
Hani, I will never touch you...never…” Amir Ikhwan terus membaringkan
tubuhnya di atas katil itu dan memejam matanya rapat.
Nurul Hani tidak memandang
Amir Ikhwan yang sedang berbaring di sebelahnya sebaliknya dia hanya menangis.
Dia teringat suatu petang ketika dia pulang dari mengajar tuisyen untuk
kanak-kanak di kampungnya di surau lama, adik bongsunya datang menerpa ke
arahnya dalam wajah mengusik.
“Akak tahu tak, ada jiran kita baru sampai dari oversea” Kata Nurul Huda dalam sengihan
mengusik.
“Jiran?” Soal Nurul Hani pura-pura tidak tahu.
“Abang
Amir yang akak syok sangat tu…”
“Syssttt…Jangan
cakap bukan-bukanlah nanti mak dengar” Nurul Hani segera memekup mulut Nurul
Huda, adiknya itu pecah ketawa sambil cuba membuang tangan yang menutup
mulutnya. Nurul Hani hanya tersenyum, malu sendiri tapi hatinya merasa teruja juga
dengan berita itu. Seingatnya sejak Amir pergi menyambungkan pelajaran di
Brisbane, Australia sudah hampir tiga tahun lelaki itu tidak pulang ke kampung.
Hanya padanya dan Nurul Huda sahajalah Hj.Rashid dan isteri memberikan kasih.
“Apa yang kau menangis lagi..boleh padam lampu tak aku nak
tidur!”
Nurul Hani tersentak dari
lamunan bila disergah Amir, perlahan diseka air matanya lalu dia bangun
menanggalkan tudung kepalanya dan memadamkan lampu bilik tidur mereka. Dalam samar-samar
cahaya lampu dari ruang tamu dia berjalan ke tepi dinding lalu duduk menangis
disitu.
Pagi yang cerah, Amir Ikhwan terjaga dari tidurnya, dia
menggeliat lalu bangun dan memandang sekeliling bilik tidur itu, Nurul Hani
telah tiada di dalam bilik itu. Segera dia bangun untuk menyucikan diri dan
kemudiannya setelah selesai segalanya dia turun ke dapur dan dilihatnya ibu dan
ayahnya sedang menikmati sarapan pagi.
“Selamat pagi bu..ayah” Sapa Amir Ikhwan sambil menarik
kerusi dan duduk menghadap ibunya.
“Lewat pengantin bangun..nyenyak sangat ke tidur semalam?”
Soal Hajah Fatimah mengusik. Amir Ikhwan tersenyum sahaja sambil mengambil kuih
koci dan membuka pembalut daun pisang itu.
“Beli kat mana ni bu?” Soal Amir sambil menikmati kuih itu
“Eh, ditanya kita beli kat mana. Hani yang buatkan,
pagi-pagi lagi dia bangun buatkan semua sarapan ni” Beritahu Hajah Fatimah
dalam senyuman. Amir Ikhwan mengangguk dan terus menikmati kuih itu.
“Amir, ayah ada benda nak cakap sikit dengan Amir tapi
petang nantilah kita sembang” Kata Hj.Rashid sambil menghirup kopi.
“Penting ke? Kenapa tak sekarang je?” Soal Amir Ikhwan.
“Alah, antara lelaki ke lelaki” Hj.Rashid tersenyum dan
memandang Nurul Hani yang baru muncul dari bahagian dapur basah dengan menatang
tumis ikan bilis.
“Hani dah panaskan balik tumis ikan bilis ni, maaf lambat”
Perlahan Nurul Hani duduk di sebelah Hajah Fatimah, keadaan itu membuatkan
Hajah Fatimah dan Hj.Rashid kehairanan kerana pasangan pengantin baru itu masih
kekok sesama sendiri.
“Tak apa Hani, buat susah-susah je Hani buat sarapan
banyak-banyak macam ni. Nanti kuih ni, bagi dekat rumah mak Hani sama, kita
kongsi-kongsi” Kata Hajah Fatimah
“Baik ibu, Amir nak nasi lemak? Hani sediakan?” Nurul Hani
memandang Amir Ikhwan yang seolah meluat mahu memandangnya.
“Tengok ni bang haji budak berdua ni? malu-malu pula...kenapa
panggil nama, tak sedap dengarnya, kan mesra kalau panggil abang” Kata Hajah
Fatimah sambil memberikan nasi lemak buatan menantunya kepada suaminya. Hj.Rashid
hanya tersenyum sahaja, geli hati dengan kerenah malu-malu anak menantunya itu.
“Err..ab..abang nak nasi lemak ni?” Soal Nurul Hani cuba
membetulkan keadaan.
` “Boleh juga..” Amir Ikhwan mengangguk, matanya bertentangan
dengan Nurul Hani tapi gadis itu pantas mengelak dan berpura-pura membetulkan cekak
rambut yang dipakainya kemudian terus menyendukkan nasi.
Nurul Huda sedang mengemas rumah ketika pintu rumah itu
diketuk, apabila pintu dibuka Nurul Hani tercegat sambil menatang bekas berisi
beberapa biji kuih koci.
“Ahaa...pengantin baru kita!” Usik Nurul Huda sambil mengajak
kakaknya itu masuk ke dalam rumah.
“Ish…ni ada kuih koci sikit…akak buatkan untuk sarapan
tadi” Nurul Hani memberikan bekas itu pada Nurul Huda.
“Mak mana?” Nurul Hani mencari-cari ibunya
“Mak keluar cari benang dekat kedai Uncle Rajan, kejap lagi
baliklah tu. Macamana malam pertama dengan abang Amir kak?” Soal Nurul Huda. Nurul
Hani mengerutkan keningnya pada Syuhada, terkejut dengan soalan dari adik
bongsunya.
“Apalah budak-budak tanya soalan macam tu?” Kata Nurul Hani
“Alah, nak tahu je sebab akak dengan abang Amir bukan
pernah sembangpun” Kata Nurul Huda dalam senyuman lebar. Nurul Hani merenung
adiknya itu, ingin sahaja diberitahu pada si adik yang malamnya tidak seindah
pengantin lain.
“Alhamdulillah” Jawabnya.
“Mesti akak dengan Abang Amir tak tidur sampai ke pagikan?”
Soal Nurul Huda.
“Eh, akak tidurlah” Kata Nurul Hani.
“Kalau tidur takkan mata ni bengkak?” Soal Nurul Huda. Nurul
Hani meraba-raba matanya, nampak sangatkah matanya yang bengkak dek kerana
menangis malam tadi?
“Ya, tidur lewat….sembang dengan dia” Kata Nurul Hani.
“Ceh..ceh…akak sembang apa? Ceritalah…” Nurul Huda memegang
lengan Nurul Hani.
“Berkenalan…..” Kata Nurul Hani.
“Eee…comelnya, padahal rumah dekat je tapi baru nak
berkenalan” Kata Nurul Huda. Nurul Hani hanya ketawa kecil walau dalam hatinya
pedih mengingatkan sesi perkenalannya dengan Amir Ikhwan malam tadi.
“Ishh..tak sabarnya Huda nak dapat anak saudara…” Kata
Nurul Huda.
“Ish, merepeklah Huda ni..makin dilayan makin menjadi pula.
Hey, tak elok tau anak dara sunti macam awak ni sembang benda-benda macam ni”
Nurul Hani menggelengkan kepalanya.
“Apa yang merepeknya?” Soal Nurul Huda.
“Tadi tu…” Nurul Hani mengertap bibirnya.
` “Ish, kenapa akak tak nak ke anak seawal ni? Anak tu
penambah rezeki kak” Nurul Huda lagi.
“Nurul
Huda….” Nurul Hani menegur dalam
senyuman. Nurul Huda hanya tersengih-sengih, mengalah untuk tidak mengusik
kakaknya itu lagi. .
“Ni, kenapa abang Amir tak ikut sekali kak?” Soal Nurul
Huda.
“Dia keluar jumpa kawan dia” Kata Nurul Hani.
“Oh” Nurul Huda menganggukkan kepalanya kemudian dipandang
kakaknya yang sedang menyapu meja kopi perlahan.
“Akak…”
“Em?”
“Bestlah akak nanti ya dapat tinggal
dekat Australia tu. Lagi dua minggu je adik nak manja-manja dengan akak, mengusik
akak. Lepas tu kita semua kat sini akan rindukan akak sebab bila akak dah pergi
sana, entah bila pula akak nak balik Malaysia ni” Kata Nurul Huda. Entah
kenapa, apabila mendengar kata-kata adiknya ketika itu tak semena-mena air mata
Nurul Hani mengalir di pipi, dia memikirkan bagaimana dia mahu hidup sendiri di
tempat asing baginya itu, kata-kata Amir Ikhwan malam tadi masih
terngiang-ngiang di telinganya.
“Akak ni, kan lambat lagi nak ke Australia..dua minggu lagi
kak, kenapa akak nangis pula?” Nurul Huda mengerutkan dahinya hairan.
“Akak takut akak rindukan Huda dan mak” Nurul Hani cuba
ketawa sambil menyeka air matanya.
“Abang Amirkan ada, dia akan jaga akak..percayalah” Nurul
Huda memegang tangan Nurul Hani.
“InsyaALLAH” Nurul Hani mengangguk sahaja
“Assalamualaikum”
“Walaikumussalam” Jawab Nurul Huda dan Nurul Hani serentak
“Tu mak dah balik kak” Kata Nurul Huda. Nurul Hani segera
menyapu saki baki air matanya dan menunggu ibunya naik ke atas rumah dalam
senyuman lebar, cuba memberikan wajah seceria mungkin pada si ibu.
Petang itu, Hj.Rashid duduk melepaskan mengah di bangsal
kayu yang tersedia di kebun durian mereka, dia melihat anak lelakinya yang
sedang berjalan ke arahnya sambil membimbit dua biji durian.
“Dapat dua ni ayah” Amir Ikhwan meletakkan buah durian itu
ke dalam raga motosikal kemudian menghampiri Hj.Rashid yang sedang menyeka
peluh dengan tuala good morning.
“Eloklah tu, Hani isteri kamu tu suka makan durian ni.
Dulu, kalau musim durian macam-macam dia buat, pulut durianlah, lepas tu yang
tengah popular sekarang ni durian crepe?”
Kata Hj.Rashid. Amir menggarukan kepalanya yang tak gatal kemudian duduk di
sebelah Hj.Rashid, ayahnya masih tidak habis-habis memuji Nurul Hani, naik
bosan dan meluat dia mendengar segala cerita dan pujian kepada gadis kampung
itu.
“Apa yang ayah nak cakapkan dengan Amir?” Soal Amir Ikhwan.
“Ayah nak cakap soal perkahwinan kamu dengan Hani, ayah
tahu kamu terpaksa terima dia sebab ayah…sebab ibu kamu” Kata Hj.Rashid. Amir
Ikhwan hanya diam sahaja, jika ayahnya sudah tahu kenapa masih mahu bercerita
lagi. Semua itu hanya menambahkan rasa sakit di hatinya.
“Ayah buat semua ni untuk kebaikan kamu Amir, untuk masa
depan kamu. Sebenarnya, bukan sebab penyakit jantung ayah nipun, ayah memang
dah tak ada harapan untuk hidup lama lagi tapi sebelum ayah menutup mata, ayah
nak kamu berubah Mir” Kata Hj.Rashid serius.
“Apa maksud ayah?” Soal Amir Ikhwan.
“Ayah tahu kau dah jauh tinggalkan agama, kau dah tak
solat, tak puasa..kau dah lupa dosa dan pahala…kau halalkan yang haram..Allahuakhbar
Amir….” Air jernih bergenang di birai mata Hj.Rashid.
Amir Ikhwan terdiam, tidak
mampu untuk berkata apa-apa. Tidak disangka olehnya kedua ibubapanya mengetahui
segala perbuatannya. Antara mereka dua beranak diam, hanya terdengar keluhan
berat daripada Hj.Rashid.
“Ayah tak tahu Mir, ayah buntu..apa dosa ayah sehingga kau
jauh hanyut macam ni? Ayah besarkan kau dengan didikan agama, kau bukan tidak
berlajar hukum hakam tapi apa yang kau cari lagi dalam hidup ni Amir” Kata
Hj.Rashid.
Amir Ikhwan hanya diam, dia
tidak berminat untuk mendengar kisah tentang dosa dan pahala.
“Jadi ayah pilihkan Nurul Hani untuk bawa kamu kembali ke
jalan ALLAH… ayah tahu kamu ada pilihan hati kamu sendiri tapi
percayalah…pasangan kamu itu juga perlu dibimbing seperti kamu” Kata Hj.Rashid.
Amir Ikhwan hanya diam, hanya rahangnya yang bergerak-gerak.
“Nurul
Hani memang tak secantik pilihan hati kau, tapi ilmu agamanya cukup Amir….dia
dapat membantu kau kembali pada ALLAH Taala” Sambung Hj.Rashid lagi. Amir terus
diam, mindanya hanya terbayangkan Nurul Hani dan rasa amarah yang membuak-buak
di dalam dadanya.
“Ayah sentiasa mendoakan kebahagian kamu berdua, ayah tahu
ayah dah buat pilihan yang terbaik untuk kau, Jadi, ayah minta sangat pada kau
Mir tolong bahagiakan Hani…” Pinta Hj.Rashid. Amir Ikhwan berpaling merenung
ayahnya yang sedang mengurut dada.
Nurul Hani baru sahaja ingin memakai telekung sembahyang
ketika Amir Ikhwan masuk sambil mengatup pintu bilik mereka kasar. Nurul Hani
agak tersentak dengan tindakan kasar lelaki itu.
“Kenapa kau terima lamaran bapak aku?” Soal Amir Ikhwan
serius
“Ke..kena..kenapa?” Soal Nurul Hani tidak mengerti/
“Kau nak perli akukan? Aku tahulah kau tahu ilmu agama, kau
sekolah agama, kau pernah jadi qariah wakil daerah kita ni, kau jadi cikgu
tuisyen, kau jadi ustazah ajar budak-budak mengaji tapi kau tak berhak untuk
berpakat dengan ayah aku untuk kenakan aku!” Bentak Amir Ikhwan.
“Awak cakap apa ni Amir?” Soal Nurul Hani
“Hey perempuan kau tak payah nak berlagak innocent
sangatlah. Kau tahu aku tak solat..aku tak puasa..aku minum..aku…kau tahu semua
tu kan! Sebab tulah kau berpakat dengan ayah aku untuk menjahanamkan
aku…kononnya…nak ubah akulah…nak bawa aku kembali ke pangkal jalanlah!” Kata
Amir Ikhwan kasar.
“Agshtafirullahalazim..awak buat semua tu Amir..?” Nurul
Hani begitu terkejut, terasa mengigil tangannya apabila mendengar pengakuan
sebegitu dari Amir Ikhwan.
“Eh sudahlah dengan lakonan kau! Untuk pengetahuan kau…aku
cukup bahagia dengan hidup aku sekarang! Aku bahagia hidup macam ni” Kata Amir
Ikhwan.
“Allahuakhbar Amir..awak sedar tak apa yang awak cakapkan
ni… mengucap Amir!” Nurul Hani merenung Amir Ikhwan dalam wajah yang serius.
“Kau tak payahlah nak ubah-ubah cara hidup aku. Balik saja
Australia, aku dengan hidup aku dan kau dengan hidup kau! Orang tua tu mati je,
aku akan lepaskan kau… kau pergilah cari orang lain untuk kau ubah masuk syurga
sama-sama dengan kau!” Kata Amir Ikhwan.
“Amir…” Nurul Hani memejam mata kemudian membukanya bersama
linangan air mata.
“Lagi satu, kau bukan tuhan yang mampu ubah hidup aku dan
kau juga bukan malaikat yang senang-senang nak menilai dosa dan pahala aku!”
Kata Amir Ikhwan serius, kemudian terus berlalu sambil mencapai tuala mandi.
Nurul Hani terduduk di atas katil, dia menangis teresak-esak. Saat itu dia
teringatkan peristiwa di suatu petang.
“Kakak..kakak…”Nurul Huda datang memanggilnya yang sedang
memberi itik-itik belaan ibunya makan.
“Apa dia?” Nurul Hani berpaling memandang adiknya.
“Pak haji dan Mak haji datang merisik akak untuk abang
Amir! Serius akak…” Kata Nurul Huda teruja.
“Jangan nak main-mainlah Huda benda-benda macam ni, akak
tak ada masa nak melayan Huda gurau tahu” Tegur Nurul Hani.
“Demi ALLAH, adik tak usik akak…adik curi-curi dengar..err
maksud adik, adik terdengar perbualan mak dengan pak haji dan mak haji kat luar
tu, mereka memang datang risik kakak” Kata Nurul Huda serius. Perlahan Nurul
Hani meletakkan bekas dedak apabila melihat Nurul Huda yang serius, dadanya
mulai berdebar sendiri. Seketika ibu mereka menjengah pintu dapur.
“Hani, naik sekejap nak. pak haji dan mak haji nak jumpa
ni” Panggil Saidah dalam senyuman lebar.
“Hah, sekarang percaya tak?” Nurul Huda mulai tersengih
sambil memandang Nurul Hani yang sudah merah wajahnya menahan debaran di
dadanya.
“Mungkin hal lainlah, akakkan selalu tolong mak haji ambil
upah buat bahulu. Lagipun tak akan Amir mahukan akak yang tak cantik ni, belajarpun
tak tinggi macam dia, kerjapun tak ada” Kata Nurul Hani sambil membasuh
tangannya dan kemudian berjalan menuju ke pintu dapur.
“Tapi akak dah lama sukakan abang Amirkan? Lagipun kenapa
akak nak rasa rendah diri sangat? Akak kenalah percaya yang cinta tukan
anugerah ALLAH.” Kata Nurul Huda sambil mengekor Nurul Hani.
“Ish, pandailah kalau bercakap tu. Huda ni budak kecik
lagi, jadi baik fokuskan pada SPM nanti kan bagus?” Kata Nurul Hani seraya
mencapai tudung yang tersangkut di paku di dapur dan terus dipakaikan ke
kepalanya yang hanya berbalut anak tudung kemudian terus berjalan menuju ke
ruang tamu. Nurul Huda hanya menurut saja dan turut menuju ke ruang tamu dalam
perasaan ingin tahu.
“Assalamualaikum…mak haji..pak haji” Sapa Nurul Hani sambil
menyalami tangan Hajah Fatimah kemudian duduk di sebelah ibunya.
“Waalaikumussalam” Jawab Hj.Rashid dan Hajah Fatimah
serentak.
“Pak cik dah betul-betul boleh berjalan jauh ke ni?” Soal
Nurul Hani apabila melihat Hj.Rashid yang terbatuk kecil ketika itu. Lelaki tua
itu baru saja keluar dari hospital akibat serangan sakit jantung secara
tiba-tiba.
“Jauh apanya, sebelah pagar je..tak sempat semputnya” Kata
Hj.Rashid, mereka ketawa kecil.
“Hani,
macam ni nak..pak cik dan mak cik datang ni ada hajat besar, memandangkan Amir
masih lagi di kampung, kami datang mahu melamar Nurul Hani untuk dijadikan
isteri kepada anak tunggal kami Ahmad Amir Ikhwan” Kata Hj.Rashid serius. Saidah
dan Nurul Huda sudah tersenyum-senyum sendiri kecuali Nurul Hani yang masih
terkejut.
“Kami betul-betul mahukan Hani yang menjadi menantu kami. Memang
rumah kita sebelah menyebelah saja sampaikan kamu dua beradik inipun dah macam
anak kami cumanya kami tak mahu hubungan ni terputus macam ni saja bila kami
dah tak ada lagi di dunia ni. Amir pula entah akan tinggal di Malaysia entahkan
tidak. Jadi, kalau boleh kami mahu kekalkan silaturahim keluarga kita ni dengan
menjodohkan Amir dan Hani” Kata Hajah Fatimah
“Err…mmm..” Nurul Hani kelu, tidak mampu bersuara.
“Hani fikir baik-baik, mak turutkan saja” Kata Saidah
seraya memegang tangan anak sulungnya itu.
“Anggaplah ni permintaan terakhir pak cik nak sebelum pak
cik tutup mata, maklumlah penyakit macam pak cik ni bila-bila masa je boleh
pergi” Kata Hj.Rashid sambil ketawa.
“Eh, pak cik haji janganlah cakap macam tu, insyaALLAH pak
cik, mak cik kalau kuat jodoh antara kami tapi macamana dengan Amir? dia setuju
ke nak menikah? Dengan Hani pula tu?” Soal Nurul Hani tenang.
Hj.Rashid memandang Hajah
Fatimah kemudian memandang Nurul Hani sambil mengangguk dan tersenyum. Nurul
Hani berpaling memandang ibunya.
“Mak dah cakap, mak tidak kisah apa jua keputusan Hani..ini
masa depan hidup Hani” Kata Saidah
“Hani tak boleh bagi jawapan sekarang, dalam sehari dua
Hani fikirkan. Biar Hani buat solat sunat istikharah kalau sudah ditetapkan
Amir jodoh Hani, Hani terima seikhlas hati” Kata Nurul Hani. Hj.Rashid dan Hajah
Fatimah tersenyum, tenang sekali apabila mendengar jawapan dari gadis itu.
1 comment:
Knp X sambung?sy DH baca parr 1 ni bny Kali sis... sambung lh🙏 please..unt peminat cerpen ni🙏
Post a Comment