Bulan's connection

Friday, January 29, 2010

APA YANG KAU SEMBAH?

Aku ada kawan yang aku agak kamcenglah dan dia  bukan beragama islam, satu hari dia ada menceritakan pada aku tentang rakan sebiliknya yang berkawan dengan budak-budak Melayu dan antara seorang kawan melayunya itu terdapat seorang budak pompuan tu yang aku kenal ,daripada penilaian aku pada budak tu memang jelas budak tu seorang yang cukup2 sosial, berpakaianpon tak cukup kain...apa lagi gambar2 sensorednya dekat dia punya blog!! 


Nak dijadikan cerita kawan beragama islam yang lain tu pergilah menunaikan solat semasa diorang keluar bersama-sama tapi apa yang mengejutkan tibe2 budak tu bersoal lantang bila melihat kawan-kawannya tergesa-gesa nak solat.


"Korang nampak ke apa yang korang sembah tu?"


Semua yang ada terkejut termasuk roomate kawanku yang non muslim tu....die telah menceritakan pada kawanku itu agar bertanya pendapat itu padaku,mereka menganggap budak perempuan tadi keterlaluan dan murtad!!!
aku juga terkejut,aku sendiri tak mampu nak nyatakan hal itu...apa yang aku tahu kita kena yakin bahawa tuhan itu wujud.......... tidak kiralah apa agama kita,apa lagi agama islam!!!!! dan kalau aku ada kat situ, aku nak tanya dia..kau nampak otak kau? tak nampak kan? tapi kau tahu kau ada otakkan???
Nak tengok apa respon dia..hehehe...

No comments: