Aku ingat lagi,baru-baru ni semua student uum dianggarkan hampir 90% skala richter lari balik ke kampung masing-masing sebabnya dikatakan takut dgn isu virus H1N1 yang serius melanda UUM,itu aku tak dapat nyatakan nisbah kebarangkaliannya,Namun begitu, golongan yang melarikan diri tu termasukla aku dan member-member sebilikku(sememangnya aku mencari alasan yang munasabah,Sarawak dan lain-lain negeri lagi kat Malaysia ni untuk balik kampung) bagaimanapun di sebabkan tiket yang melambung naik dengan mendadaknya ibarat harga gula yang naik secara mengejut membuatkan Ain tak dapatla nak balik ke Johor, jadi dia cuma berpindah ke kolej luar dar DPP bank Muamalat iaitu Bukit Kachi dan menetap di UUM yg sunyi tu selama seminggu tanpa aku dan Eina
.Dan dalam seminggu tulah dia dikatakan telah banyak menhabiskan masanya berbual dgn international student yang tak dapat balik ke negara dorang tuArakian,pada suatu hari Ain telah didatangi seorang international student dan apa yang menghairankan student tu telah bertanyakan sebiji buah.Sebab cukup sinonim dengan buah tu so, terus Ain terus mengatakan dengan penuh ilmu musim buah yang buah itu adalah "kedondong"
Tapi dengan terbelit lidah student tu ckp "what?kedontknow?".Ain ulang lagi tapi itu jugak yang di sebutkannya sehinggakan Ain mula boring mendengar bait-bait ayat yang berbunyi “Kedontknow” itu,jadi Ain nekad untuk mengi ya kan saje.Dan kisah Ain da Student tu berakhir disitu.
Kendian da puas cuti aku dan Eina kembali semula ke UUM.kerana kelas bermula apada keesokan harinya jadi tiba-tiba Ain menyarankan pendapat yang dirasakan mungkin cukup bernas ibarat beras pilihan bernas.
“Korang nak makan asam tak?masa korang balik kampung waktu aku jogging denganMadihah ada foriengner tu Tanya akau buah apa”
“Buah apa?”Soal aku
“Kedondongla’jawab Ain
Aku tengok Eina mula kecur air liur.
“Hah,bagus,akupon da lame tak makan colek(asam)cepat kita bergerak sekarang!” Arah Eina persis seorang askar di medan kawad palapes.
“boleh-boleh’jawabku dan Ain
“Jangan lupa nanti singgah Unimart kita beli kicap dan gula buat cecah”kata Eina
“Ahh,cuka sekali baru sedap”Sampukku
“Makan macam tu ke?”Soal Ain
“Yalah,tu la orang panggil colek’’kata Eina.
Setelah bersiap-siap ala-ala nak pergi jungle tracking kat hutan Sintok Ain yang mengetahui dimana kedudukan pokok kedondong tu membawa kitorang ke ke kawasan tersebut Masing-masing terbayang rasa buah kedondong yang masam-manis lagi kelat dicecah dengan kicap atau cuka…perghhhhh….Eina yang memang suka asam memang kecur air liur.
jalan punyer jalan kitorang akhirnya smpailah kat bawah sepohon kayu yg rendang dan mempunyai buah yg bujur, berwarna hijau.Ain memberitahu itulah pokok kedondong tersebut,Eina Nampak hairan jadi Aku dan Eina mendongak-dongak melihat buah itu
“Betul dah ni’kataku
“tengoklah siapa,ni Ain”kata Ain.
Kitorang melilau kat bawah pokok itu mencari alternative untuk mengait buah itu dan ketika itulah aku terjumpa buah itu yang keguguran atau tergugur dari pokok.Aku merasakan buah itu agak pelik dari pandangan mata kasarku
“Na,cuba mu tengok ni,betul ke ni buah kedondong”aku bagi buah tu kat Eina
“Betullah,Tak caye korang ni”Kata Ain.Eina mula membuat penyiasatan keatas buah itu dan tiba-tiba dia terus menjerit tahap hysteria hinggakan Bus Unic Liner berkaler biru itu terpakasa brek mengejut ala-ala drift kat litar go-kart UUM.
“Ni bukan Kedondonglah ngok…bukan!Punahlah hasrat aku nak makn colek”Kata Eina
Ain tersengih saja”aku rasa macam ya je”katanya
Aku mengambil buah itu “Ini baru betul-betul ke”don’t know” “kataku
Saat kejadian tu,aku mula terfikir yang Allah itu Maha Besar,banyak benda yang diciptaNya,walaupun sama tetapi cukup berbeza dan sepanjang di UUM ni kitorang dah temui pelbagai buah yang sama macam buah kat kedai buah tapi cukup lain macam buah kecik kat Kolej TM yang macam buah mata Kucing atau Longan,Buah comel kat padang bola yang kitorang ingat buat Pic……Uniknya ciptaan Tuhan dan………..
'Ini betul-betul The KEDONTKNOW" sebab member aku sendiri tupun tak kenal buah kedondong!!
'Ini betul-betul The KEDONTKNOW" sebab member aku sendiri tupun tak kenal buah kedondong!!
No comments:
Post a Comment