Bulan's connection

Thursday, January 21, 2010

EUUWW..COKE!




Hari tu aku ada kelas Basic Enterpreneurships dengan Pn.Syahrina dekat DKG 2/1 ,tengah syok-syok belajar tentang keusahawanan ni, timbullah cerita tentang yayasan Pulau Pinang dan minuman berkabonat Coca-Cola, Aku berilah perhatian sikit tentang isu tu…..Maklumlah mase kecik-kecik dulu dan besar-besar la nipun aku memang minat minum Coke…macam-macam nak try…Vanilla Cokela,Camnilah,dan macam-macam lagi……So,mendengar cerita Puan Syahrina tu membuatkan tangan aku dengan pantas mencari maklumat menggunakan jaringan Googles…dan apa yang aku dapat adalah fakta seperti yang tersenarai dibawah dan difahamkan kajian santifik ni telah dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. 

Petikan itu juga mengatakan dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dengan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team.Tapi cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna? Heheeee,aku no komen…..




Dalam Petikan tu juga menulis
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1) Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!daripada buang merata elok rendamkan aje dalam bekas coke


2) Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang disebabkan tindakan 'citric asid' yang ada dalam Coke tuDisini dapatlahkita buat andaian bahawa coke juga boleh menjadi satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?


3) Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang! Tak Payah guna kertas pasir…


4) Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5) Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6) Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuhlah macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke….manalah tau sedap..

7) Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8) Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni! Termasuk DPP Perwaja dekat UUM.(Hehehe)
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin tu)pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.

9) Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!

10) Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak)dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.Aduhhhh dah jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? akupun minum sekali
sekala! dah jadi tabiat orang kita,air suam apelah sangat, Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
So,itu ajela fakta yang dapat aku dapat tentang Coke……….fakta nipun aku dapat dari Blog seorang Brader x silap aku….Apepun setiap perkara tu ade baik buruknye…ibarat kata lecturer aku tu…Radix Colakan Ade!!!

No comments: