Malam tu dalam jam 12, lepas balik dari computer lab kolej kitorang bertiga terus borak-borak sambil melepak santai atas katil masing-masing. Namun disebabkan mata yang masih segar bugar ibarat sayur segar kat pasar, Ain mencadangkan agar roommateku yang sorang lagi si Eina untuk membuka laptopnya.
“Nak buat apa buka laptop?” Soal Eina sambil bermain SMS dengan seseorang yang kitorang kenali sebagai ehemp-ehemph……
Aku cuma melihat keletah mereka berdua sambil berbaring di katilku dengan memeluk Spongesbob kesayangan yang aku beli di Pekan Changlun yang harganya RM10.
“Alaa…kita tengoklah cerita Hantu Jamu Gendong tu” Kata Ain
“On jela Na laptop tu, dah banyak hari si Ain ni nak layan cerita tu. Dalam laptop aku bukan ada cerita tu, aku kan penyokong filem tempatan” Beritahuku sambil tersengih kerana memikirkan laptopku yang sebenarnya penuh dengan cerita orang putih. Ceh, filem tempatanla sangat....
Tanpa banyak bertanya lagi, Eina terus membuka laptopnya. Kitorang apa lagi terus ambil port masing-masing dan start layan cerita dari seberang itu. Seperti biasa, setiap kali layan movie kitorang akan memadamkan lampu bilik ala-ala kat panggung wayang gitu. Yang peliknya, aku yang kureng melayani cerita dari seberang turut bertindak melayani cerita ala-ala serem tu bersama diorang berdua.
Eina duduk berhadapan dengan laptopnya manakala Ain duduk di sebelah Eina berhampiran tingkap bilik kitorang yang sentiasa terbuka tapi hanya ditutupi langsir bilik dan jaring nyamuk sahaja manakala aku pula berada di tengah-tengah namun di belakang diorang berdua.
“Na,takutnya suara dia buat tu” Kata Ain sambil memeluk bantal busuknya yang menjadi mangsa pelukan apabila dia merasa ketakutan akibat dari bahan tontonannya itu. Aku pula hanya menonton sambil melayani SMS, acuh tak acuh saja sebab aku tak minat cerita hantu.
“Ni tak takut Mek Ain oi…jap lagi kalo mu dengar perempuan hantu tu yang sebut lagi seram,aku tengok waktu tengah hari pun seram ketiak” Kata Eina dengan seriusnya kepada Ain.
“Bila mu tengok Na?’’Soalku kerana itu adalah kali pertama kami menonton filem tersebut.
“Masa kat rumah hari tulah”Jawab Eina
“Huh…tak takutpun, cerita diorang ni tak macam cerita seram kitalah..tu pasal aku tak minat sangat cerita diorang tapi jangan tunjuk yang ngesot-ngesot sudah, aku memang seriau sikit kalau yang mengesot ni" Kataku cuba untuk cover ketakutan.
“Tapi takut Sha, ceita Terowong tu takut..dahla aku tengok sorang-sorang, ko tengok dah last-last dah masa tu” Kata Ain
“Tak takutpun sensored je banyak”Jawabku.
“Betul tu aku tengokpun tak takut dahla banyak sensored macam mat salleh” Sampuk Eina
“Tapi takut…betul...” Kata Ain masih cuba mempertahankan dirinya tentang salah satu cerita seram yang ditontonnya.
“Ah, mu tu memang nak tengok sangat cerita hantu tapi penakut” Kataku sambil terus melayani SMS.
Tiba-tiba Eina bersuara
“Hah dengar tu Mek Ain suara dia...…seramkan?”
“Eh,apa dia sebut tu..jamumas? apa tu jamumas?” Soalku
“Dia cakap nak jamu ke tak bang? Mas tu abanglah” Translate Ain. Aku tau Ain memang expert sikit tentang bahasa Indonesia ni sebab ayah dia lecturer dan selalu turun mengajar dekat Indonesia.
“Oooohhh” Kataku panjang. Bagaiamanapun sepanjang cerita itu bersiaran di laptop Eina, aku asyik nak tergelak saja dengan beberapa scene yang aku rasa lucu, Eina juga akan turut tergelak apabila aku gelak kecuali Ain yang gelaknya hanya kadang-kadang disebabkan dia memang merasa takut. Aku sebenarnya bukan nak tunjuk berani walaupun ada a few scene tu memang aku seriau bulu betis jugak tapi dah memang perangai aku, aku suka tengok whole surrounding dalam scene tu jadi adalah sahajalah benda lucu yang mata aku tertangkap.
Kitorang bertiga teruslah menonton sehingga cerita itu tamat dan apa yang jelas kitorang masing-masing tidak berpuas hati kerana pengakhiran ceritanya tak seperti yang diharapkan, masih ada yang dirasuk di ending ceritanya. Kononnya nak bagi lagi seram tapi cerita tu jadi macam tak best pula, macam like so cliche....gitew....
“Alaa macam ni je…tak puas hatilah” Kata Ain
“Ha'ah, akupun hairan kenapa perempuan tu jadi gila,diakan tak salahpun dalam kes ni” Kataku kehairanan.
“Lah,diakan dah nampak hantu tu sebab tu dia jadi gila. Hah nak tengok cerita apa lagi?” Soal Eina setelah menjelaskan sebab salah seorang watak tersebut menjadi gila.
“Dah pukul berapa dah ni?”Soalku
“Baru pukul 2, rilekslah kita bukan ngantuk lagi. Hmmm, kita layan cerita ni nak?” Soal Eina sambil membuka satu cerita melayu pula.
Aku ikut layan saja walaupun aku sebenarnya kureng dengan movie melayu yang bagi aku banyak berunsur cinta. Pelakon movie itu pula yang kureng aku gemari juga, nasib baiklah ada pelakon kegemaran atuk aku brader Harun Salim Bachik yang aura lakonannya memberikan tarikan untuk aku layani cerita tersebut. Cuma, yang tak bestnya cerita tu adalah scene-scene kelakar walaupun tak banyak sangat tapi bila ada mampu membuatkan kitorang bertiga tergelak besar.
Jam ketika itu, sudah pukul 3.30 pagi dan saat tu scene Harun Salim Bachik berkata pada pasangan lakonnya
“Betul ke?”
Aku masih biasa sahaja sambil fokus menonton tapi tiba-tiba aku tengok Ain tak tentu arah dan Eina terus berkata
“Tak usah dok cara-cara (peduli)lah Mek Ain”
Ain terus pandang aku
“Ko dengar tak apa yang aku dengar tu?” Soal Ain sambil mengusap batang tengkuknya dan saat itu aku juga mula mendengar suara halus mendayu kat tepi tingkap bilik kami.
“Haaaaa…Betul tu!!”
Apalagi Ain terus melompat bangun dari kerusi, melihat reaksi spontan Ain tu, terus membuatkan aku terjerit penuh seram.
“Apa jerit-jerit pula ni, tak usah dok cara sudahlah, buat tak tahu saja” Marah Eina yang cuba mengcontrol keadaan cemas ketika itu penuh tanggungjawab.
“Orang dalam,aku nak join boleh tak?” Suara perempuan tu kedengaran lagi, dengan sayu mendayunya.
Aku dan Ain mula terduduk di atas katil Eina tak tentu arah, jam sudah pukul 3.30 pagi, mana ada orang lagi? Lebih memarahkan keadaan bila aku mula teringat bahawa malam itu adalah malam Jumaat! Orang cakap malam jumaat ni malam hantu...betul ke? Dan apalah nasib kitorang yang gatal nak layan movie hantu pada malam jumaat tu dengan pakej ketawakan watak hantu tu, Aku dan Eina rupanya memikirkan perkara yang sama namun bagusnya Eina, dia masih kekal di kerusi. Aku dan Ain mula berpeluh ketiak menahan perasaan takut yang bukan kepalang.
“Bukalah tingkap ni, aku nak masuk!” Suara tersebut berbunyi lagi, Eina akhirnya bingkas bangun dari kerusi, tak boleh jadi ni! makin dibiar makin teruk dikacaunya kami. Ayatul kursi yang aku baca sudah mula beterabur, Eina pula mulai mendail-dail nombor telefon siapa aku dan Ain tak pasti sambil itu dia turut terkumat-kamit membaca Al-Fatihah.
“Tak boleh bukalah,Jahatlah korang ni…..”Suara tu makin galak menganggu.
Eina mula duduk di sebelah Ain kitorang bertiga duduk berhimpitan atas katilnya, masing-masing sudah tak tentu arah.
“Sha bunyi apa tu?” Soal Ain
Aku geleng kepala sambil memegang tangan Ain. Aku mula terketar tahap ketaran yang agak tinggi nisbahnya apabila melihat Eina. Tangan Eina masa tu jelas kelihatan mengigil sewaktu mendail nombor telefon.
“Mu telefon siapa Na?’’Soalku
“Kak Su” Beritahu Eina. Kak Su adalah kakak senior yang berada di sebelah bilik kitorang. Setelah berjaya menelefon Kak Su, tak sampai 5 minit pintu bilik kitorang diketuk, aku dan Ain terus meluru mahu membuka pintu tapi dihalang oleh Eina. Tindakkannya membuatkan kami berdua saling berpandangan.
“Siapa tu?’’Soal Eina penuh berani.
“Kak su ni" Jawab orang di luar.
Apabila yakin itu adalah kak su terus kitorang buka pintu bilik. Kitorang menarik kak su masuk ke dalam bilik, bila Kak Su masuk, aku terus buka lampu
“Tak yah buka nanti dia perasan”Kata Eina, apalagi terus aku tutup balik lampu tu.
“Apa dah jadi ni korang? Siapa kacau? dia intai korang ke?” Soal Kak Su sambil memisat-misat matanya, dia memikirkan kitorang telah dikacau lelaki.
Kitorangpun terus menceritakan segalanya kepada Kak Su dengan versi masing-masing, setelah menganalisis cerita kitorang Kak Su dengan beraninya terus merapati tingkap. Selamba saja dia selak langsir bilik kitorang sedangkan kitorang di belakang masing-masing rasa nak terkucil dah. Kitorang lihat Kak Su yang terus meninjau suasana gelap di luar bilik.
“Macamana Kak Su?”
“Tak ada apapun, ada tu hah budak bilik hujung tu tengah bersembang kat bawah lampu jalan” Kata Kak Sue
“Budak bilik hujung?’’ Kitorang rasa tak percaya dengan apa yang Kak Su bagitahu, kejadahnya diorang tu duduk belakang bilik pukul 3-4 pagi macam tu.
“Ya, yang chubby dan kawan dia yang kecik-kecik tu’’ Kata Kak Su.
Kitorang terus meluru ke tingkap untuk memastikan apa yang diberitahu oleh Kak Su, dan sungguh bagai yang dikata kelihatan di bawah sinaran lampu jalan yang agak-agak boleh menampakkan sehingga lubang hidung, si Noni dan Pija sedang landing di kaki lima ibarat sedang berada di Pantai Merdeka.
“Kurang ajar diorang rupanya yang pedajal kita!"
Masa tu kitorang memang frust tahap tapir dan mentibang bukit melihat dua makhluk itu. Setelah meminta maaf pada Kak Su kerana menganggu waktu tidurnya, kitorang bertiga terus keluar mendapatkan Noni dan Pija. Bila keluar tu baru kitorang perasan, rupanya ramai lagi manusia yang masih segar bugar sedang berlegar-legar di sekitar kolej kitorang. Ya ALLAH, kitorang memang lupa malam tu adlaah malam tahun baru! Mana ada orang tidur lagi walaupun dah pukul 4 pagi, masing-masing dengan agenda tahun baru dan berseronok menyambut tahun baru 2010!
“Sorrylah wei, korang takut ke?Aku tak bajetpun nak usik korang..” Noni tersengih sambil menampakkan giginya yang putih bersih, mungkin digosok menggunakan jenama ubat gigi terkemuka Malaysia.
Kitorang menggeleng sambil ketawa besar, memang tak puas hati dengan kisah tahun baru tu! Cukup-cukup rasa terkena dan malu sehingga terpaksa mengejutkan Kak Su pada jam 3.30 pagi,
Aku pula mula terfikir sendiri, balasan kot cakap besar!
Hahaha padan muka kitorang bertiga, patutnya malam tahun baru nak-nak yang jatuh pada malam Jumaat eloklah solat sunat tahun baru atau buat bacaan yaasin, ini tidak kitorang boleh layan cerita hantu pulak dah siap gelakkan watak hantu tu lagi!
Hish..seram sungguh malam tahu baru kitorang (seram dengan perangai sendiri sebenarnya)
Hahahabes!
No comments:
Post a Comment