Bulan's connection

Sunday, March 3, 2013

CINTAKU SUPERHERO






Hadi baru sahaja sebulan menikahi Shafira, itupun atas pilihan  kedua ibubapanya. Dia tidak pernah mengenali Shafira kerana mereka tidak pernah berkenalan sama ada di facebook mahupun twitter namun dia menyukai gadis itu, kerana Shafira seorang isteri yang penyayang, cantik dan yang paling dia suka perempuan itu solehah.


Shafira adalah anak jiran yang baru saja berpindah ke sebelah rumah ibubapanya, malah gadis itu baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang syariah di sebuah universiti islam tempatan. Kini, Shafira sedang menunggu jawapan untuk melangkahkan kakinya ke mahkamah syariah sebagai seorang peguam. Hadi bangga memiliki isteri yang bijak, cantik dan solehah.


            “Assalamualaikum..” Hadi menjengahkan diri ke dalam bilik, ketika itu dia lihat Shafira sedang tekun membaca.


            “Waalaikumussalam..eh, abang” Shafira menjatuhkan novel yang dibacanya lalu memandang Hadi, suami penyayang yang dicintainya selepas bernikah.


            “Baca apa ni sayang?” Soal Hadi seraya melangkah naik ke atas katil.


            “Novel islamik, bagus novel ni..abang kena baca juga” Kata Shafira.


            “Nantilah abang baca” Kata Hadi dan bersama itu juga telefon bimbitnya nyaring berbunyi. Segera dicapai telefon itu lalu dilihat skrin telefon Anggur 3310 IOS8.3, tertera nama “JOHAN”.


            “Aduh…sayang, kejap ya..abang nak jawab call kejap” Hadi bangun dari duduknya dan berlalu keluar dari bilik tidur mereka sambil menjawab panggilan telefon dari Johan.
Shafira hanya melihat sahaja, kemudian dia turut mencapai telefon bimbitnya kerana ada sekeping SMS yang baru diterimanya.


            Johan sudah menunggu di atas sebuah bangunan dengan gaya yang sungguh macho, namun Hadi belum juga muncul-muncul walhal sudah 10 minit dia menunggu.

            “Aduh mana bos ni… lambat pulak” Katanya sambil mundar-mandir di atas bangunan tersebut. Sesekali dia mengintai ke bawah, lalu diurut dadanya.


            “Gayat pulak….”


            “Johan!” Muncul Hadi dengan kostum seorang superhero sambil membetulkan topeng mata yang dipakainya serta kain pelikat cap ayam serama sebagai tagline mereka.


            “Aduh boss kenapa lambat boss?” Johan meluru ke arah Hadi sambil membetulkan kopiah di kepala.


            “Kau tahulah akukan pengantin baru, sejak kahwin ni dah 3 kali aku tinggal bini aku tahu.. tadipun aku tipu dia lagi, aku cakap nak tolong JKK surau cuci masjid” Kata Hadi.


            “Tapi inipun tanggungjawab kita boss” Kata Johan sambil memakai topeng matanya.


            “Jomlah, gerak..kan ramai pulak mangsa rompakan tu” Kata Hadi. Johan mengangguk sambil melihat telefon bimbitnya.


            “Arah mana?” Soal Hadi.


            “Ikut GPS ni, ah belah sana boss” Kata Johan.


            “Jom..” Mereka mulai berlari, melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.Misi mereka sebagai superhero muslim adalah menebas jenayah dan menyelamatkan orang awam yang tidak bersalah.


            “Ah, sini boss sini” Kata Johan sambil melompat tinggi ke arah sebuah bangunan kedai emas Chang Chong Ching and Sons. 

Hadi turut mengepakkan kain pelikat yang terikat di lehernya, namun baru saja dia ingin melompat ke arah bangunan itu, muncul seorang superwoman berniqab, memakai baju muslimah, terbang di hadapan mereka berdua kemudian melambai mesra dan terus melompat pergi sepantas kilat di atas bangunan. Hadi masih kaku melihat wanita itu, begitu juga Johan.


            “Tolong…tolong..” Terdengar laungan dari arah bawah.


            “Boss cepat boss” Kata Johan, Hadi mengangguk lalu mereka terjun ke bawah dan apabila mereka sampai, kelihatan sekumpulan penjahat sudah terikat di tiang lampu sportlight dan yang meminta tolong sekejap tadi adalah suara penjahat-penjahat tersebut yang sedang diluku oleh Encik Chang Chong Ching kerana cuba merompak kedai emasnya.


“Boss.. masuk kali ni jugak, dah 3 kali awek superwoman tadi tu potong line kita, macamana ni boss, takkan kita nak biarkan je” Kata Johan sambil menggarukan kepalanya.


            “Siapa awek tadi ya?” Hadi menggosok-gosok dagunya, dan ketika itu siren kereta polis nyaring berbunyi.


            “Dah, dah jom blah…” Hadi terus menarik tangan Johan pergi dari situ. En.Chang Chong Ching melambai mesra kepada mereka berdua.


Pulang saja dari rumah, Hadi  cuba bersahaja. Topeng mata dan pakaian superheronya sudah disorokkan agar kegiatannya sebagai seorang hero tidak dapat diketahui oleh isterinya. Dia cuma mahu dikenali sebagai seorang manusia biasa saja dalam diri Shafira, dan ketika dia menjengah masuk ke bilik tidur mereka, isterinya itu sudah nyenyak dibuai lena. Hadi mengeluh, terasa kasihan pula pada si isteri yang sering ditinggalkan itu.


            Pagi itu, selepas subuh Hadi membantu Shafira mengemas rumah memandangkan hari itu adalah hari minggu, dan ketika dia masuk ke dalam stor untuk menyimpan barangan yang tidak mahu dipakai, dia terjumpa sebuah kotak bergambar powerpuff girl terselit tinggi di atas loteng. Segera dia mencapai tangga lalu memanjat dan mengambil kotak tersebut, perlahan-lahan dibuka kotak itu, fikirnya mungkin hadiah lama yang isterinya tidak mahukan lagi namun dia silap. Di dalam kotak tersebut, dia menemui sehelai baju muslimah, kasut sukan wanita, pakaian sukan, serta sehelai tudung labuh. Hadi terduduk di lantai sambil menepuk dahinya, dia baru teringat itulah pakaian superwoman yang sering memotong linenya dan Johan untuk menyelamatkan orang awam.


            “Isteriku superwoman…” Hadi tersenyum sendiri, dan diluar kedengaran suara Shafira lembut memanggilnya.


            “Abang datang sayang..” Hadi kembali menyimpan “rahsia” isterinya ke tempat asal lalu berlalu keluar dari stor itu dalam senyuman lebar.


TAMAT.

No comments: