Bulan's connection

Sunday, March 3, 2013

SYUKUR ! SYUKUR ! SYUKUR !




Samizi atau lebih mesra dalam kalangan teman-temannya sebagai Sam tersenyum puas melihat ladang sayurnya yang saujana mata memandang itu, setelah bertungkus-lumus, bekerja keras, bersengkang mata dan sekalian ber lagi membanting tulang 4 keratnya itu kini dia sudah memperolehi apa yang diinginkannya.
            Sam kini seorang petani muda yang berjaya di kampungnya itu, dia kini memiliki 3 buah BMW dengan banglo mewah siap ada swimming pool lagi, duitnya memenuhi setiap bank yang ada di daerah itu, Bank Encik Rashid dan Isteri, Bank Cintaku Ibarat Siput dan Bank Fullmetal Achimest kecuali Bank Negara sahaja yang belum berjaya ditakluki Sam. Hal ini membuatkan Sam menjadi seorang jutawan muda yang sangat popular, namanya sentiasa mengukir halaman utama Hairan Metri atau Kismo, jumlah likers di Facebug fanpage Sam juga sudah mencecah ke angka 100K, begitu juga dengan followernya di Tweeker. Kerana menjadi seorang yang sangat popular juga Sam sentiasa mengupload video-video “kaedah penanaman yang betul” “Pengunaan baja kepada tanaman” di My Tube dan videonya yang diiringi lagu “twinkle-twinkle little star” itu menjadi video paling top mengalahkan PSP yang membawa lagu Opah Atok Makyong Style.
             Suatu pagi yang damai, ketika Sam sedang mengarahkan pekerja-pekerjanya mengutip sayur-sayuran yang segar itu muncul Putra Ezam Shah atau lebih mesra sebagai Ezam Putra dan juga Ami Rafael. Kedua-duanya adalah sahabat Sam sejak tadika lagi namun pencapaian Ezam Putra dan Ami Rafael tidak sehebat Sam, mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan muda sebaliknya masing-masing hanya memiliki bengkel motosikal dan kedai henpon sahaja.
            “Malam ni ada bola, ehem lawan ehemmm… jom tengok nak Sam, dekat kedai Pak Mud” Kata Ami Rafael
            “Malam ni ya…ok, kalau macam tu aku cancelkan semua meeting aku dengan D.O semua dengan YB, kita pergi tengok bolalah” Kata Sam
            “Lepas isyak kita terus gerak ke kedai Pak Mudlah” Kata Ezam Putra pula. Sam mengangguk sahaja.
Dan malam itu seperti yang telah dijanjikan, selepas menunaikan solat isyak bergeraklah mereka bertiga ke kedai Pak Mud untuk bersama-sama menonton perlawanan bola antara ehemmm ehemm lawan ehemmm ehemm. Orang-orang kampung yang turut sama menyaksikan perlawan tersebut merasa cukup gembira dengan kedatangan Sam, apatah lagi mereka semua dibelanja makan dan minum oleh Sam. Maklum sajalah, sejak menjadi jutawan muda Sam jarang sekali berpeluang untuk melepak di kedai itu bersama mereka semua, bersama menyaksikan cerita Doraemon, Upin Ipin mahupun Atromen Taro.
            Jam 11.30 malam, setelah perlawanan tamat kesemua orang kampung mulai beransur pulang begitu juga dengan Sam, Ami Rafael dan Ezam Putra. Mereka bertiga berjalan kaki bersama-sama untuk pulang ke rumah masing-masing, sesampai di rumah Ezam Putra, mereka berhenti sejenak untuk berbual, unggun api yang dinyalakan oleh ibu Ezam Putra untuk membakar sampah menghangatkan lagi malam mereka.

“Tak sangkakan walaupun kau dah kaya raya macam ni kau masih macam dulu, tak sombong..datang tengok bola dengan kami..belanja kami” Kata Ami Rafael sambil duduk di atas batang pokok kelapa yang tumbang
            “Yeke? Alah, setakat belanja tak sampai RM100 tu apalah sangat” Kata Sam sambil meraba-raba kain pelikatnya mencari sesuatu.
            “Tapi kebanyakkan orang ni Sam, bila dah kaya mulailah lupa diri” Kata Ezam Putra pula sambil menari shuffle di hadapan unggun api itu.
            “Hahahah” Sam ketawa sambil mengeluarkan sebatang rokok
            “Aduhh tak bawa lighter pula…” Katanya
            “Tu api tukan ada” Kata Ezam Putra seraya menunjukkan unggun api yang marak itu.
            “Ye tak ye jugak” Sam mengeluarkan sekeping not 100 lalu menyuakan pada api itu.
            “Eh…kenapa kau bakar duit tu” Ami Rafael dan Ezam Putra terkejut melihat Sam menggunakan duit itu sebagai alat ganti “lighter”
            “Alah, RM100 jelah… duit aku berlambak-lambak lagilah dekat rumah dekat bank..tak luakpun setakat RM100 ni” Kata Sam sambil ketawa. Ezam Putra dan Ami Rafael masing-masing saling berpandangan dan melihat sahaja duit kertas itu hangus terbakar. Mereka tidak sangka Sam sanggup membazirkan rezeki itu begitu sahaja.
            Keesokkan harinya, kecoh satu kampung bercerita tentang ladang sayur Sam yang rentung terbakar malah tidak ada apa yang tinggal disitu walaupun sehelai daun sawi. Pihak bomba tidak menjumpai sebarang punca datangnya api yang membakar keseluruh ladang sayur Sam itu manakala pihak polis juga memberitahu tidak ada sebarang kes khianat. Maka dari situ, sedarlah Sam bahawa itu semua berpunca daripada sikapnya sendiri, tanpa sedar dia mulai angkuh dengan kekayaan yang diperolehinya itu, dia mulai lupa pada Sang Pemberi Rezeki. Dia membazirkan RM100 begitu sahaja, sedangkan jika dia bersedekah sudah pasti rezekinya berlipat kali ganda lagi. Sejak itu Sam mulai berubah, dia tidak lagi menjadi manusia yang riak sebaliknya dia menjadi seorang yang sangat suka bersedekah walaupun di dalam poketnya kini cuma ada RM1.
Sekian,

P/S :- Jangan takbur bila dah kaya sebab rezeki tukan dari ALLAH, kalau kita riak anytime je ALLAH boleh tarik rezeki tu tau…….

No comments: