"Aku okay je, tapi takkan kita berdua je?" Soal Rosham
"La, abang aku ikutlah" Kata Adi Putra sambil memandu kereta kancil yang sudah diubah menjadi kereta lumba menuju ke rumah abangnya.
Rosham hanya mendiamkan diri sahaja sehinggalah mereka tiba di rumah abang Adi Putra
"Maaflah korang, abang tak dapat follow korang memancing kak ina kau ni sakit perut sejak pagi tadi" Luah Faizal abang kepada Adi Putra kesal
"Kalau macam tu tak apa lah bang, kau okay tak Sham kita berdua je?"Soal Adi Putra
"Aku tak kisah" Rosham tersengih saja
"Kalau macam tu jomlah, dah nak petang ni aku tak mahulah sampai lewat malam pula kita kat sungai tu nanti" Kata Adi Putra.
Mereka terus bergerak ke kawasan sungai terbabit, kawasannya sangat seram kerana diliputi hutan namun deruan sungai dan keindahannya beserta ikan-ikan yang sangat banyak berenang-renang membuatkan Adi Putra dan Rosham teruja untuk memancing.
Jam terus berganjak dan berganjak sehingga ke pukul 9 malam, mereka hanya bertemankan lampu suluh yang dibawa sahaja sambil terus mengail ikan, Rosham pula asyik dengan pemain MP3 di telinganya
"Apa kamu buat kat tempat aku!" Tiba-tiba mereka disergah kuat, Adi Putra segera berpaling dan dilihatnya seekor lembaga sedang mengusung kepalanya. Rasa mahu saja dia pengsan disitu tetapi dengan saki-baki kudrat yang masih ada dia terus berlari sepantas kilat meninggalkan Rosham bersama lembaga itu, dek ketakutan yang melampau, dia langsung terlupa akan Rosham. Segera dia berlari ke rumah seorang penduduk kawasan setinggan disitu.
"Pak cik..pak cik tolong saya...saya...saya nampak hantu tak ada kepala kat sungai tu...tolong saya...kawan saya masih kat situ" Kata Adi Putra dalam ketakutan
"Kamu buat apa kat sungai tu malam-malam macam ni?" Soal Lelaki tua itu
"Kami datang memancing"
"Sudah, mari kumpulkan orang-orang kampung dan kita pergi ambil kawan kamu" Kata Lelaki tua itu sambil turun dari rumahnya untuk mencari orang-orang kampung.
Adi Putra ketakutan dan diselubungi rasa bersalah yang teramat kepada Rosham.
15 Minit kemudian Adi Putra bersama orang-orang kampung setinggan itu berjalan meredah kegelapan malam menuju ke kawasan sungai tersebut, disitu kelihatan Rosham sedang leka memancing. Adi Putra terus meluru memeluk Rosham
"Aku minta maaf sebab tinggal kau tadi"
"Apa kau merepek ni Di? dari tadi kau ada dengan aku kan? siap buat lawak lagi, aku memang tak pernah dengar kau buat lawak kelakar macam tadi tahu tak" Kata Rosham
Adi Putra berpaling memandang orang-orang kampung dan dia lihat lelaki tua itu hanya tersenyum kepadanya.
"Eh, kenapa kau peluk aku macam ni? rimaslah, sudahlah jom balik, kita dah dapat banyak ikan ni" Kata Rosham sambil mengambil barang-barang dan berlalu pergi.
Adi Putra berjalan menghampiri Pak cik tua tadi kerana mahukan kepastian, dan lelaki tua itu tetap tersenyum.
"Tempat ni memang keras sikit, ramai yang dah terjumpa dengan benda tu. Ingatlah bukan kita saja yang hidup atas dunia ni" Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu Adi Putra.
Adi Putra angguk dan berlalu bersama orang-orang kampung itu, walaupun Rosham hairan dengan kemunculan orang kampung tapi sehingga ke hari ini, Adi Putra tidak menceritakan hal itu kepada Rosham, kerana Rosham langsung tidak percaya akan ceritanya. Lagi satu sebab Rosham memang rabun pada waktu malam sebab itu lah dia langsung tak percaya tentang cerita Adi Putra sebab dia tak nampak benda tanpa kepala tu.
p/s~~Ingatlah bukan kita saja yang hidup atas dunia ni
2 comments:
TAKUT XTAKUT LA. ADA BNYAK BUNYI MUZIK. BNYAK BUKAK BLOG. ILANG RASA TAKUT. DATANG RASA BOSAN..
Ahowk orang islam:
hahaahhaa....ni jus cite kelako je..sbb sy suke nulis cite2 kalako..seram2 ngat sy pom seriau
Post a Comment