Sejak 3 tahun bergelar raja atas tar, hari itu merupakan hari malang buat Akim apabila dia dirempuh oleh motosikal jirannya Ah Chong yang baru pulang dari pertandingan pakaian beragam, entah bagaimana kemalangan kecil itu telah membuatkan Akim hilang kawalan hingga dia tercampak jatuh ke dalam parit. Dia koma dan apabila tersedar dia sudah berada di hospital dengan kedua-dua kakinya berbalut tebal. Dia ingat-ingat lupa tentang kemalangan bersama Ah Chong di subuh hari itu.
"Hah dah sedarpun!" Datang seorang misi cantik tapi garang wajahnya. Akim hanya memandang misi itu dan sempat mengerling name tag di dada misi itu. Sha namanya....Akim sempat pahatkan di dalam hati walaupun dalam kesakitan.
"Itulah, orang waktu subuh sembahyang, kau pula waktu subuh bukan main gah merempit! Nasib baik nyawa kau ni liat tahu tak" Bebel misi itu sambil memeriksa keadaan Akim .Akim tarik muka, tidak jadi mahu mengorat misi itu.
Petang itu selepas menikmati makanan hospital Akim tertidur kerana ubat yang dimakannya itu memberi kesan mengantuk kepadanya tetapi dia terjaga apabila terdengar bunyi agak riuh di sebelah katilnya, rupanya pesakit di sebelahnya itu baru sahaja meninggal dunia, dan dia sempat melihat pesakit itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Entah kenapa bila melihat misi menutup mayat itu, Akim rasa seram sejuk sahaja, sudahlah kedua belah kakinya yang bersimen itu tidak mampu bergerak, sahabat seperjuangan di jalan raya, dan saudara mara langsung tidak datang untuk menemaninya. Akim pasrah......
Jam 11 malam, lampu wad dipadamkan "Tidur..tidur" terdengar suara misi yang bernama sha tadi mengarahkan penghuni wad tidur dan derapan kasut getahnya yang berlalu pergi ke bahagian kaunter, meninggalkan wad lelaki itu. Akim cuba untuk memejam mata namun tidak dapat dan hampir setengah jam terkebil-kebil seorang diri, tiba-tiba dia dengar katil disebelahnya berkeriut seolah-olah ada orang di atas katil itu. Peluh jantan mula memercik di dahi Akim. Dia cuba pejam mata dan pekakkan telinga tapi semakin dicuba bunyi berkeriut katil itu makin kuat disusuli bunyi orang menepuk-nepuk bantal beberapa kali. Akim rasa mahu saja dia menjerit kerana dia memang tahu katil itu kosong, dia sendiri yang melihat pesakit katil itu menghembuskan nafas terakhir di depan matanya.
"M..mak..." Buat pertama kali Akim rasa dia tidak lagi RAJA seperti biasa, dia menggeletar bila bunyi oranga menepuk bantal dan katil berkeriut itu semakin kuat kedengaran. Akim tidak berani berpaling ke arah katil itu tapi dia dapat merasakan ada kelibat manusia sedang berbaring di katil itu. Kerana terlampau takut, Akim sedaya upaya mengalihkan badannya hingga terjatuh dari katil, kemudian dengan kudrat yang masih bersisa dia masuk ke bawah katil, ketika itu dia tidak lagi mendengar apa-apa. Dia menarik nafas lega.
"Hey, apa ni tidur bawah katil! Bangun..bangun dah pagi ni"
Akim membuka mata, mak cik cleaner sedang merenung ke arahnya sambil memegang batang mop.
"Apa ni, lumba haram kau tak takut pula..bila malam tidur bawah katil!" Bebel mak cik cleaner itu sambil melihat Akim yang sedang mengagahkan dirinya untuk naik ke atas katil.
Akim sempat mengerling ke katil di sebelahnya yang kosong. Dalam hati. dia menjerit semahu-mahunya, kerana itu baru malam pertamanya di hospital itu, bagaimana dengan malam kedua dan seterusnya??
P/S : buatlah kerja yang bermoral sikit, kalau nak berlumba pergi je dekat trek
No comments:
Post a Comment