Maka cepat2 Ezad dan Johan menuju ke rumah Pak cik Hassan, disitu orang sudah ramai berkerumum dan saudara-mara sedang menangisi pemergian Rahmat. Ezad dan Johan dengan hati yang sedih turut mengangkat turun mayat Rahmat dari van jenazah, mereka melihat mayat Rahmat buat kali terakhir. Sedang orang ramai bersedih dengan pemergian Rahmat datang seorang kanak-kanak menyampaikan berita bahawa Pak Majid si penggali kubur tiba-tiba terkena cirit-birit dan terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Habis macamana ni bang Hassan? Nak tunggu Majid ke?" Soal Khamis, adik ipar pak cik Hassan
"Entahlah, kita cakap nak kebumikan lepas asar nanti, sempat ke tidak kalau nak tunggu Majid?" Soal Pak cik Hassan
"Kalau macam ni, biarlah saya ke kampung sebelah minta bantuan che man" Kata Khamis
"Eh, tak payah bang Khamis..biar kitorang sajalah yang gali kubur arwah ni sebab kami bertiga sudah berkawan sejak dari kecil lagi" Kata Ezad datang menyampuk
"Betul kata Jad tu bang Khamis, pak cik Hassan biarlah kami berbudi buat kali terakhir untuk arwah Rahmat" Kata Johan.
"Macamana bang Hassan?" Soal Khamis
Pak cik Hassan mengangguk dalam linangan air mata, terharu betul dia dengan kedua-dua anak muda itu dan segera dia memeluk anak-anak muda itu erat.
Selepas zohor, maka berangkatlah Johan dan Ezad ke tanah perkuburan untuk menggali kubur arwah Rahmat, mereka menggali berdekatan dengan rumah abang Haron kerana kawasan itu lebih teduh dan redup dibayangi pokok ketapang yang rendang, gali punya gali punya gali tiba2 lubang kubur itu dipenuhi air. Wajah Ezad dan Johan mula berubah, air yang berselut itu semakin naik dan naik membuatkan Ezad dan Johan terus melompat naik ke atas.
"Tak boleh jadi ni Jad..ada sesuatu yang tak kena ni..kau pergi panggil pak cik Hassan" Kata Johan kerana dia mulai takut, dia sudah terlalu banyak mendengar kisah2 balasan ALLAH kepada hambaNya yang ingkar tapi dia yakin Rahmat seorang pemuda yang sangat baik tapi kenapa kuburnya keluar air?
Di rumah pak cik Hassan, Ezad berlari termengah-mengah menceritakan hal itu secara berbisik maka pergilah beberapa orang melihat kubur yang telah digali itu,memang benar bagai yang dikata oleh Ezad. Kubur itu telah dipenuhi air selut, semua yang ada mula menggelabah. Pak Cik Hassan mula rebah, memikirkan adakah arwah anaknya pernah melakukan sesuatu di luar pengetahuannya.
Sedang masing-masing kecoh di tanah perkuburan itu, datang abang Haron bersama Majid si penggali kubur.
"Patutlah rumah aku tak ada air, korang cangkul batang paip tu kenapa?" Abang Haron memandang Ezad dan Johan
"Hah? Batang paip?" Semua yang ada memandang ke arah Ezad dan Johan
"Err...ka..kami.."Ezad dan Johan terpinga-pinga.
"Kan dah tanda ni, kat sini tak boleh gali kubur sebab ada batang paip, tak pepasal korang cantas..tengok air dah penuh dalam lubang kubur ni, siapa nak turun balutkan batang paip yang pecah ni?" Soal Majid seraya menunjukkan signboard "dilarang menggali kubur disini"
"Er..."
"Hai, inilah kalau orang muda buat kerja, terpaksalah aku yang baru lepas sembuh cirit ni juga yang gali kubur lain" Kata Majid sambil mencapai cangkul dan berlalu bersama beberapa orang kampung yang membantunya.
Pak cik Hassan merapati Ezad dan Johan lalu menyekeh kepala dua anak muda itu
"Kau berdua ni buat saspen aku je!" Katanya sambil mengurut dada
"Sorrylah pak cik" Ezad dan Johan tersengih sambil menggosok kepala mereka berdua, sambil itu mereka memandang Abang Haron yang datang kembali bersama getah dan gam paip untuk membaiki paip yang bocor itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment