Hari tu kitorang join program khidmat masyarakat atau program bakti siswa (senang kata program anak angkatlah) yang memang wajib diikuti kerana ianya adalah salah sebahagian daripada projek kelas kami iaitu paper Organisasi dan Komuniti yang diajar oleh Cik Fatimah Zaily (Mase korang baca ni,dah jd Dr.Fatimah Zaily dah). Projek ni kami jalankan di sebuah felda yang sangat-sangat cantik iaitu Felda Bukit Tangga, Kedah. Program kami hanya memakan masa 3 hari sahaja iaitu bermula pada hari Khamis dan berakhir pada Sabtu petang (sedih coz x dapat stay lama kat situ)
huhuhu...apapun kat bawah ni aku selitkan gambar-gambar masa kitaorang buat program kat situ...
Haaa....ini adalah pelajar-pelajar kelas kitorang yang menyertai program ni....yang barisan hadapan tu adalah jejaka-jejaka tunggal yang mengambil paper ni untuk semester ini dan yang berbaju purple tu pulak (yg kat tengah) adalah lecturer kitorang...aku?? hahaha...carilah kalo korang jumpa then kontek aku ok kalo korang da jumpa aku dlm gambor tu..hehe
Haa....ini pulak hari pertama kami berada di Felda Bukit Tangga ni, cuba tengok view kat belakang tu cantikkan? Waktu ni, seawal jam 7.30 pagi lagi kami dikerahkan berkumpul di balai raya untuk sesi senam robik. tengoklah tu macam-macam paras ketinggian lutut.
After senam robik jam 10 pagi kitorang bergerak ke zon masing-masing untuk melakukan aktiviti komuniti, kebetulan masa kitorang buat program ni, orang-orang felda ni nak tanam bunga raya menggantikan pokok-pokok bunga kertas. So, kami semua sebanyak 10 orang untuk setiap zon, ramai-ramai bergerak untuk tanam pokok bunga raya tu, bukan susah tanam je tapi yang susah sebab tak pandai pegang cangkul...hahaha
Then..berhenti sekejap tanam pokok bunga raya bila seorang mak cik felda ni ajak kitorang makan jajan dan minum air kat rumah dia, memang kitorang tak sangka sangat dorang ni begitu menyambut baik kedatangan kami kat sini, walaupun kami tak jadi anak angkat dorang tp dorang still layan kami dengan baik, siap buat air lagi sampai 3 gelas jugalah aku teguk air oren sebab terlalu dahaga....
Amboi........baiknya abang-abang kita ni ...bersembang dengan opah masa berhenti minum, macam nilah yang kita nak, yang muda hormati yang tua....
Then, sambung balik tanam pokok2 bunga raya yang tertunggak tadi kemudian sesi amik gambar dengan muka penat, hahaha....oh ya, sebelum terlupa kami dapat Zon 1 iaitu Zon Harmoni Jaya...tu dia kami siap ambil gambor dekat signboard "selamat datang" lagi.
Masa kitorang sibuk menanam pokok-pokok bunga raya, kat balai raya pulak akak-akak kita ni sibuk sediakan juadah untuk makan tengahari, yang best adalah kitorang disajikan dengan masakan kampung yang diminta sendiri oleh penduduk felda untuk disediakan macam ikan goreng, celur rebung, celur betik, celur kacang botor, dan paling special kari pisang!
Ini pula pada petang harinya, nampak tak tempurung-tempurung kelapa tu semua? Itu kitorang bukan saja-saja pose tau, kitorang nak tunjukkan tempurung kelapa yang letih-letih kitorang buat sebab petang tu ada sukaneka dengan kanak-kanak felda tu, antaranya itulah terompah tempurung.
Tengok tu, hahaha masing-masing teruja adik-adik kita ni main terompah tempurung, berlawan untuk dapat juara semuanya...tapi ada juga yang tak pandai main terompah tempurung dan menangis-nangis...ololo keciannya...tapi xpe akak-akak fasi bagi gula-gula.
Lepas game terompah tempurung pula, game tarik upeh..hahaha...cute kan gambar kat atas tu? actually itu bukan gambar masa sukaneka itu hanya gambar candid sahaja...aku letakkan kat sini sebab nampak cute sangat adik-adik tu semua tarik abang fasi..
Tengok tu...seronoknya muka adik-adik dapat hadiah bila menang sukaneka. Hadiah disampaikan oleh lecturer kitorang sendiri, apa yang pasti adik-adik ni memang enjoylah.
Hari kedua, pada malam tu kami sambut malam kebudayaan.. macam-macam persembahan yang disajikan seperti tarian dan yang paling best adalah persembahan marhaban oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik felda.
Ini adalah hari ketiga kami di felda ni. Di pagi hari tu kitorang adakan LDK untuk adik-adik felda, disamping tu kami selitkan motivasi dan nasihat buat diorang nampaknya berjaya sebab ada yang tarik muka INSAF bila di "psiko"oleh abang fasi kita
Dan petang tu sebelum kembali semula ke UUM, mak angkat kitorang sempat sediakan laksa untuk kitorang, cuba tengok gambar kat atas tu, haaa...sedapkan? hehehhe....memang sangat sedap sampaikan aku siap tambah. Haha, apapun terima kasih mak...dan terima kasih warga felda bukit tangga yang memang sporting habislah....kenangan berkampung kat sini memang kami tak akan lupakan sampai bila-bila..
1 comment:
ecig, electronic cigarettes reviews, e cig forum, e cigarette, e cigarette, electronic cigarettes
Post a Comment