Bulan's connection

Friday, December 16, 2011

AKHIRNYA AKU TERFRUST JUA




Mael sedang memakai kasut di muka pintu rumah sewanya ketika dia melihat sebuah lori mengangkut barang-barang berhenti di hadapan rumahnya, sambil terus mengikat tali converse all starnya yang sudah usang, dia melilau pandang, dan seketika itu juga sampai pula sebuah kereta wira warna hitam dan turunlah sebuah keluarga.

"Sapa Ael?" Terdengar suara Miji bertanya dari dalam rumah.

"Ada jiran baru pindah" Jawab Mael sambil bangun dan mencapai helmet arai nya, sewaktu dia melompat naik ke atas motor besarnya, tiba-tiba dari pintu belakang kereta wira hitam itu keluar seorang gadis berbaju kurung kuning lembut sambil menguak rambutnya yang panjang mengurai ke belakang. Mael terpana sendiri dengan keayuan gadis tersebut, mulutnya ternganga luas melihat gadis itu. Ibarat dalam cerita hindustan tiba-tiba sahaja gadis itu berpaling ke arahnya dan melemparkan senyuman mesra, Mael mula gelisah...nampaknya dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu.

Sejak hari itu, setiap hari Mael akan cuba mengusha gadis itu. Malah sudah sebulan dia berusaha untuk menekel gadis itu. Setiap kali hari minggu , ketika mahu pergi bekerja atau pulang dari kerja, namun usahanya  masih sia-sia. Walaupun sudah sebulan mereka hidup berjiran, namun nama gadis itu masih tidak dapat diketahuinya. Mael tidak cepat putus asa. Dua bulan mencuba akhirnya, pada malam itu Mael pulang kerja pada lewat malam kerana terpaksa melakukan overtime, ketika membelok masuk ke laman rumah sewanya dia terlihat gadis itu sedang berbuai seorang diri di laman.

"Hai seorang saja ke?" Mael dengan berani terus menegur gadis itu yang begitu cantik dan seksi dengan baju tidurnya yang berwarna pink lembut. Gadis itu tersenyum dan mengangguk

"Ada can!!" Bisik Mael dan dia mula berjalan dengan penuh gaya menghampiri pagar yang menghalangi rumah mereka. Bau wangi perfume dari jenama safi menyelinap masuk ke lubang hidungnya, menggetarkan jiwa mudanya.

"Saya Faizal Tahar, tapi nama gelemer kawan-kawan panggil Mael je" Mael memperkenalkan dirinya mesra.

"Liyana Jasmin" Jawab gadis itu

"Amboi, cantik nama dia" Mael mula main ayat.

"Err, tak apalah ya abang Mael. Dah pukul 11.30 ni, Liyana masuk dulu, nanti mak marah pula lama-lama kat luar ni" Liyana bangun dari buaian

"Err Liyana, esok saya free...apa kata kita keluar tengok wayang nak, ada cerita best KL Gedebe?" Kata Mael 

"Wah, Liyana teringin sangat nak tengok cerita tu sebab Liyana minat sangat Harun Aziz" Liyana agak teruja

"Hah, kalau macam tu cantiklah. Esok pagi pukul 11, abang jemput Liyana ya" Kata Mael berbunga riang kerana Liyana begitu senang tersangkut padanya. Liyana angguk sahaja dan terus berlari-lari anak dengan gediknya masuk ke dalam rumahnya. Mael tersenyum puas dan turut melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil berkira-kira tentang rancangan keesokan harinya

Pagi keesokkan harinya, Mael bersiap sebaik mungkin. Perfume dashing disembur ke tubuhnya seperti Remy Ishak melakukannya dalam iklan dashing, kemudian dia menyikat kemas rambutnya. Kekacakkannya pada pagi itu mengundang tanda tanya pada teman serumahnya Miji.

"Kau nak kemana Ael?"

"Aku nak keluar dating" Jawab Mael

"Dengan siapa?" Miji ingin tahu


"Itu rahsialah dulu, kau nak pesan apa-apa tak?" Soal Mael sambil memasukkan kemejanya itu ke dalam seluar.

"Belikan aku roti canai, aku nak tidur sekejap. Penatlah balik kerja ni" Kata Miji sambil berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Mael terus berlalu keluar dari rumahnya itu dan berjalan megah ke rumah jirannya itu yang hanya bersebelahan sahaja dengan rumahnya.

TOK! TOK!
Pintu diketuk sambil menghulurkan kalimah salam dan seketika keluar seorang perempuan tua sambil menguap dengan rambut yang mengerbang tidak berikat. Terkejut Mael dibuatnya tapi dia cuba mengcontrol kehensemannya didepan ibu Liyana Jasmin.

"Mak cik nama saya Faizal Tahar, tapi mak cik boleh panggil saya Mael saja. Saya jiran sebelah rumah mak cik" Kata Mael berbasa-basi sambil menunjukkan ke arah rumahnya

"Iya, ada apa kamu datang rumah mak cik ni Mael?" Soal ibu Liyana Jasmin

"Saya nak minta izin mak cik untuk bawa Liyana Jasmin keluar, kami dah berjanji untuk tengok filem KL Gedebe yang Harun Aziz berlakon tu" Kata Mael terus berbasa-basi namun ketika itu juga wajah ibu Liyana Jasmin berubah. Mael pula masih tersenyum

"Dah lama ke kamu kenal anak mak cik tu Mael?" Soal ibu Liyana

"Sejak mak cik sekeluarga berpindah ke sini lah" Jawab Mael

Wajah wanita tua itu semakin berubah, lama dia diam dan akhirnya dia bersuara apabila melihat wajah Mael yang tidak sabar menunggu keizinan membawa keluar Liyana Jasmin daripadanya.

"Sebenarnya dah 5 bulan Liyana meninggal dunia, sebab itulah kami berpindah ke sini sebab rumah lama tu banyak kenangan bersama dia" Kata Ibu Liyana Jasmin

"Mak cik jangan buat lawaklah, setiap hari saya nampak Liyana dan semalam baru kami janji nak date hari ni" Mael ketawa kecil

"Betul Mael, Liyana Jasmin sudah meninggal dunia 5 bulan yang lalu akibat tercekik cicak kubing yang melakukan terjunan bebas masa dia tidur ternganga dekat sofa rumah lama kami dulu" Kata Ibu Liyana Jasmin. Dahi Mael mula berpeluh-peluh, dan ketika itu dia dapat lihat Liyana Jasmin ghaib di depannya. Mael tersenyum sambil mengesat peluhnya kemudian jatuh pengsan di depan ibu Liyana Jasmin.

P/S:- Sesungguhnya ALLAH TAALA itu MAHA KUASA dan hanya DIA yang mengetahui segalanya.


No comments: