Bulan's connection

Thursday, December 22, 2011

IKLAN MERDEKA PETRONAS-FROM MADRAS


Ni adalah Iklan Merdeka Petronas untuk tahun bila ntah aku tak ingat... best sangat iklan ni..kisahnya Raju seorang budak lelaki india berkawan rapat sangat dengan seorang budak perempuan Melayu bernama Eton, dia hanya menyayangi dua orang perempuan dalam hidup dia iaitu neneknya dan yang kedua kawan baiknya ni,dan dorang ni suka makan bubur kacang.


Then bila dia meningkat dewasa(sekolah menengah masa tu) nenek dia ajak balik ke Madras, diapun bagitahu kat Eton...Eton sedih (masa ni kuar lagu sedih-belaian jiwa) . Beberapa hari kemudian, Raju tunggu Eton kat stesen untuk jumpa Eton buat kali terakhir tapi Eton tak muncul-muncul dan nenek pula terus ajak Raju pergi.
Situasi lain pula, Eton kayuh basikal laju-laju untuk pergi jumpa Raju namun bila dia sampai dia tengok Raju dah tak ada dah.

Beberapa puluh tahun kemudian Raju decide nak balik Malaysia, dan bila dia sampai ke Malaysia dia tengok Malaysia dah jauh berubah, ada KLCC dan macam2 pembangunan, kemudian bersasarkan alamat dia pergi cari rumah Eton, dan bila dia sampai dia tengok anak-anak Eton dan kemudian seorang lelaki India sedang baca paper, masa tu anak Eton jerit  


"Mak, ada orang datang"


Eton lak keluar dengan dulang sambil berkata " Bubur kacang dah siap" kemudian dia terpandang Raju.
Hehehe...then korang tengoklah sendiri apa jadi ok? yang aku rasa suka sangat tentang iklan petronas yang ini adalah last2 Eton kahwin dengan lelaki India juga, dan turut menyukai bubur kacang.  Macam yang Raju kata at last iklan ni....


"i don't just see faces but i see heart"



No comments: