Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Jesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember.
Kalo korang nak tau sebenarnya tarikh perayaan 25 Disember telah disambut sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh sebab agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana mubaligh2 agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama tersebut pada masa tu dan akhirnya, pada tahun 350 M, Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasmi yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.
Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam??
Islam adalah agama yang menggalakkan penganutnya berkasih-sayang serta hormat menghormati dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza-beza. Tetapi islam tetap meletakkan HAD dan SEMPADANnya apabila sesuatu perkara itu boleh menjejaskan akidah penganutnya. Kalau ikut makna istilah maksud christmas itu adalah pesta kelahiran tuhan jesus (Nabi Isa) tetapi tarikh 25 disember bukanlah tarikh kelahiran nabi Isa..Nabi Isa telah dilahirkan pada musim bunga atau musim panas kerana dalam firman ALLAH SWT:
“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)
sedangkan mereka mengandaikan Nabi Isa dilahirkan pada musim sejuk atau hujan. Tarikh 25 Disember itu sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang2 Romawi kuno .
.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel”->“Tuhan menyertai kita”. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali penganutnya untuk terlibat dan turut serta dalam apa jua bentuk sambutan hari krismas sama ada secara langsung atau tak langsung walaupun hanya dengan dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.
Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti FirmanNYA:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran" (Quran 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya:-
"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu"-Riwayat Abu Daud
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
No comments:
Post a Comment