Bulan's connection

Thursday, December 1, 2011

3 R- reusing, recyling, reducing (Seluar dalam Zain)


Hari itu, Aaron dan Syamila menerima panggilan telefon daripada sahabat lama mereka Zain sekeluarga, Zain mengatakan bahawa dia telah berpindah berdekatan dengan kawasan tempat tinggal Aaron dan Syamila, oleh itu dia mengajak Aaron dan Syamila untuk makan tengahari bersama mereka sekeluarga.
" Kalau macam tu kita pergi awal sikitlah sayang, boleh awak tolong-tolong si Fasha isteri Zain tu masak, lagi sedap sambil tu abangpun bolehlah borak lama sikit dengan kawan lama abang tu" Kata Aaron kepada isterinya Syamila sesudah saja mematikan telefon bimbit
"Cantik juga tu bang, i go on je lagipun abang yang bawa keretakan" Syamila tersengih
"Amboi, dahlah cepat-cepat siap" Kata Aaron seraya bangun dari duduknya dan berlalu untuk menukar pakaian di dalam bilik tidur mereka 

Setelah hampir 15 minit memandu akhirnya mereka tiba di alamat yang telah diberikan oleh Zain dan Fasha, Zain dan Fasha sudah memiliki sebuah banglo yang besar hampir terkagum Aaron dan Syamila dibuatnya.

"Wah, besarnya rumah diorang ni bang" Kata Syamila

"Awak rasa Zain ni masih kedekut tak?kalau dia masih kedekut macam kat universiti dulu tak hairanlah kalau dia mampu beli rumah besar macam ni" Aaron menggunakan mekanisme bela diri

"Ishh abang ni tak baik cakap macam tu, dia kan kawan kita. Hah tu loceng, abang tekanlah" Kata Syamila, namun belum sempat mereka menekannya, muncul Zain dan Fasha

"Cepatnya kau orang sampai, jemputlah masuk" Mereka berpelukan

"Kami sampai awal sikit, bolehlah Mila tolong masak dengan Sha ni, takkanlah aku dan bini aku datang nak mencekik saja" Kata Aaron

"Ah, betul juga tu" Kata Zain dalam deraian tawa. Fasha dan Syamila terus berlalu ke dapur untuk menyediakan hidangan makan tengahari sambil itu di ruang tamu Zain dan Aaron berbual mesra sambil ketawa. Hampir beberapa lama bersembang akhirnya makanan dahpun siap, apa lagi hari yang makin meninggi membuatkan perut semakin berkeroncong lagu M.Nasir, Aaron ketika itu melihat makanan kegemarannya membuatkan dia rasa semakin berselera untuk makan apa lagi makan bersama kawan lamanya itu.Syamila hanya meneguk air sirap sahaja, dia langsung tidak menjamah makanan itu kerana tiba-tiba saja dia merasakan loya tidak menentu..bukan dia tidak pregnant....tapi entah kenapa rasa tidak sedap badan.

Aaron membuka pintu rumahnya sambil tersenyum puas, Syamila di belakang masih berkerut-kerut wajahnya.

"sedap betul ayam percik dan kerabu pucuk paku tadi...adoi kenyang abang Mila" Kata Aaron

"Err..."

"Awak ni kenapa Mila, abang tengok semacam je, dekat rumah Zain tadipun awak tak makan, kecik hati Zain tahu tak" Kata Aaron berang dengan sikap isterinya"Abang, nilah yang Mila nak cakap dekat abang...tapi tak boleh cakap tadi, sebenarnya masa Mila tolong Fasha masak-masak kat dapur Mila tengok Fasha sahut seruan kerajaan, dia ikut kempen 3R tu" Kata Syamila

"Eh, baguslah tu...botol letak botol, plastik dengan plastik"

"Ini dia reusing bang, guna semula....errr...sebenarnya, untuk lap pinggan-pinggan tu dia guna seluar dalam...seluar dalam Zain bang" Beritahu Syamila tanpa segan silu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Aaron rasa pandangannya kabur.....dia mula pening-pening dan muntah disitu juga.......

No comments: