Sha's connection

Sunday, December 18, 2011

KATA-KATA STATUS FB SHA COMEY


~~RamaLan cuaCa hr ni akn terjadi 1. Hujan beRkat 2. Angin suKacita 3. Embun dAMai 4. CerahNya ciNta 5. AwaN gEMbira, jadi selamat menikmati hari yang indah~~
~~Jika org yg kamu cintai mengkhianati atau meninggalkanmu, jgnlah bersedih krn orang yang seharusnya bersedih adalah dia, kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu, sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya~~
~~Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan~~
~~Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi pennghuni neraka-Iman al-ghazali~~
~~Kalaupun kamu tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, tetapi janganlah pula kamu menambah dukanya~~
~~Rasulullah saw bersabda : orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka~~
 Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil berteriak-teriak. (Hadith riwayat Al-Tabrani dan lain-lain)
~~Ambillah nasihat baik dari orang yang mengucapkannya meskipun ia tidak mengamalkannya-dari Iman Baqir a.s~~
~~Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya~~
~~Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah~~
~~Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman~~
~~Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Rasulullah bersabda : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim~~
~~Rasulullah s.a.w pernah bersabda:- “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”~~
~~kawan saya cakap jangan nilai kebaikan org hny dlm FB je, anggaplah FB tu sbg cover set saja sbb kita x tau perangai sebenar org itu~~
 

No comments: