Sha's connection

Sunday, December 18, 2011

MADAH UNTUK MAT PLAYBOY


SAYANG,
Masihkah kau ingat akan diriku yang pernah SUATU MASA dulu kau gelarkan GADISKU? Sudah terlalu lama hubungan kita berlalu tanpa sebarang kata, bukan bererti bisu tapi kau yang MENGHAPUS JEJAKMU . Akhirnya aku yang MERINDU TANPA KATA.
Sayang,
Aku masih ingat lagi saat romantis kita ketika DI ALAM FANA CINTA. Ah….mana mungkin aku lupakan KISAH DONGENG antara KAU DAN AKU itu. Sayangku, masihkah juga kau ingat perkenalan kita di MALAM PESTA MUDA-MUDI, kau berSERAGAM HITAM dan aku memakai sehelai BALDU BIRU, time tu kita saling PANDANG-PANDANG JELING-JELING sehingga timbullah bibit-bibit CINTA antara kita.

Sayangku,
TAMAN RASHIDAH UTAMA telah menjadi saksi percintaan kita, malah aku masih terus menyanjungi ke"gentle" lan mu yang sanggup meredah hujan untuk merembat daun pisang Pak cik Aripin bagi memayungi aku ketika kita kebasahan DI TAMAN TEMAN itu. Oh, indahnya MEMORI DAUN PISANG itu....

Sayang,
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya GERIMIS MENGUNDANG di tengah highway plus menuju ke lebuhraya utara selatan. Nota dari sebuah KAPAL TERBANG KERTAS yang kau tujukan buat ROZANA telah membongkarkan segala penipuanmu. siapa DIA? majistreet? ahli muzik atau lawyer??
Saat itu, aku bagaikan mati kata, mati kutu dan mati-mati diklepet oleh PECINTA WANITA macam kau ni. Sungguh tak ku sangka EPISOD CINTA ini musnah macam tu je......dimana 3 KATA dan JANJI yang pernah kau taburkan dulu?

Sayang, bila aku aku call atau SMS kau boleh buat derk je, kau tak answer, kau ingat kau dah KANTOI kau boleh lepas? Aku terus terjah kau macam Nas Ahmad buat edisi terjah, aku tanyakan kebenarannya directly dengan kau, tapi kau hanya katakan itu adalah ujian kelas sainsmu untuk mencipta sebuah kapal terbang yang dinamakan dengan nama-nama gadis, katamu bukan kamu sahaja malah teman-temanmu juga menciptakan kapal terbang yang bernama JESNITA, CAMELIA, SUZILA dan apa-apalah..aku tak nak dengar kau membebel...tapi aku hanya SENYUM je..ya, senyum dan tak perlu kata apa-apa sebab aku tahu itu hanya ALASANMU saja.

Sayang,
DESTINASI CINTA yang kita MIMPIkan musnah di tengah highway karak, cinta kita LAYU DI HUJUNG MEKAR, dari teman-temanmu aku mendapat tahu bahawa gadis itu adalah CINTA MUKABUKU mu dan aku pasrah bila KEKASIHKU DIAMBIL ORANG. aku juga sedar yang aku telah TERLANJUR MENCINTAIMU. Sekarang RINDUKU TIADA BERTEMAN lagi padamu, akhirnya aku seorang diri melayari CINTA SEMALAM ini.

Akhir kata, aku ucapkan SELAMAT JALAN ROMEO khas UNTUKMU SAYANG. Kalau kau tak mati disodok dek kereta, kita jumpa lagi DI PINTU MAHLIGAI sebab aku nak tinju muka kau.
                                                                             
TULUS RETAK dari:-
SHA @ ISABELLA anak Pak Dollah

4 comments:

Falcoa wa ! said...

sebak pun ade nieh....
btw,

selamat pagi :)

NUR AYNIE said...

nice one...love it hihihi

sha said...

Falcoa Wa ...ahahhaa....selamat pagi

sha said...

Nur Aynie tenkiu...tenkiu