Shila Amran adalah seorang gadis yang sangat mementingkan
kecantikan malah dia sanggup membelanjakan PTPTN nya untuk kecantikan dan
kecantikannya senantiasa membuatkan teman-temannya merasa jaki dengannya.
“Eh..kau
nak pergi mana ni Shila…pagi-pagi dah cantik ni?” Tegur Nora yang baru selesai
mandi
“Aku ada
date dengan mamat yang aku kenal dekat fadekick tu” Kata Shila Amran sambil
terus menancapkan bedak dari jenama safiah ke mukanya, sudah macam opera cina
dipandangan mata Nora.
“Oh…
Fariz Jamil tu ya..mamat ensem rambut curl tu ya?” Soal Nora seraya duduk di
katilnya dan memandang Shila yang masih berbedak.
“Yeala…sape
lagi….dia cakap dia nak buat aku jadi steady girlfriend dia after first date
kitorang ni” Kata Shila Amran
“Untunglah
kau…dapat balak ensem siot…kaupun dahlah cantik..macam Barbie doll” Kata Nora
sambil mencapai buku stastitik gunaan dan membacanya. Mendengar pujian dari
Nora itu serta merta saiz lubang hidung Shila Amran berubah, kembang kempis dia
menerima pujian itu.
“Kau tak
payahlah nak buat ayat jealous macam tu…aku ni memang sejak azali lagi
cantik..hmm, dahlah aku pergi dulu…”
“Wei..jangan
lupa bawa payung..nampak macam nak hujan kat luar tu…” Kata Nora
“Alaa…tak
ada apalah…bye..” Shila Amran terus berlalu keluar dari bilik hostel mereka.
Nora hanya mencebik sahaja kerana meluat dengan sifat sombong Shila Amran.
Di
sebuah restoren Fariz Jamil sudah sedia menunggu kedatangan Shila Amran, dari
jauh dia sudah terkena silauan wajah Shila Amran yang mempersonakan, yang putih
melepak seperti Barbie doll. Dan hatinya mula terdetik-detik mahu bertanya
Shila Amran, baru saja gadis itu duduk di hadapannya segera dia bertanya
“You
pakai Tia Jenab eh… pedih mata I silau tengok youlah..macam yang iklan kat tv
tu”
“Eh..mana
ada….. I pakai produk biasa je..ala yang iklan… yakini merah jambu lupakan yang
lain tu…” Kata Shila Amran malu-malu.
“Oh…tapi
you memang cunlah…macam anak patung…bodypun mantap..” Kata Fariz Jamil seraya
menatap wajah Shila Amran yang jelita dan putih melepak seperti opera cina.
Shila Amran malu-malu dan Fariz Jamil segera menyuruhnya memesan makanan, dia
yang menjaga bentuk tubuhnya hanya memesan segelas jus tembikai, dengan ais
krim coklat, sepotong cheese cake, spaghetti bolognise, chicken chop dan Salad
saja, dia tidak mahu ambil nasi kerana pegangannya nasi itu menggemukkan. Jadi
terpaksalah Fariz Jamil sahaja yang makan nasi berlaukkan ikan keli bakar
berempah kegemarannya.
“Urrrrrrrrr…”
Shila Amran sendawa besar setelah selesai menibai segala makanan.
“Euwww…”
Naik geli Fariz Jamil dibuatnya.
“Urrrp..maafkan
i..I tersendawa pulak, so, kita nak pergi mana pulak ni..?” Soal Shila Amran
sambil mencungkil giginya
“Kita
pusing-pusing KL..sebab I dah kopak belanja you mencekik ni” Kata Fariz Jamil
jujur seraya menyikat rambutnya seperti Remy Ishak dalam iklan dashing.
“Ok..jom….”
Shila Amran angguk dan mereka berlalu keluar dari restoren itu untuk menaiki
komuter bagaimanapun sewaktu dalam perjalanan untuk menuju ke stesen komuter
berkenaan, hujan renyai-renyai mulai turun, cepat-cepat Shila Amran menarik
tangan Fariz Jamil masuk ke dalam komuter namun sebaik saja dia masuk, semua
orang di dalam komuter itu memandang ke arahnya dalam wajah yang berkerut
kemudian dengan tidak sopan bantai ketawa kepadanya.
Fariz Jamil menjadi hairan juga sakit hati melihat orang
ramai yang sedang mengetawakan bakal gelprennya, dia berpaling memandang Shila
Amran dan dia jatuh terduduk di kerusi. Sebelah kening Shila Amran sudah
hilang, sebelah bulu matanya senget, hidungnya yang mancung tidak lagi mancung
malah sebelah mukanya bertukar kepada coklat tidak lagi seputih pelakon opera
cina. Orang ramai sedang galak ketawa malah siap ada yang ketawa sambil break
dance. Shila Amzah pula tersengih seperti kerang busuk kepada Fariz Jamil sambil
mencari-cari bedak di dalam beg tangannya untuk touch up kembali bedak yang
telah hilang dibawa air hujan juga keningnya yang turut hilang. Kini dia
seperti seorang zombie dalam filem zombie kampung buah mata ayam.
Fariz Jamil merasa tertipu dengan kecantikan palsu Shila
Amran, dengan langkah longlai dia menghampiri Shila Amran, hasratnya untuk
menjadikan Shila Amran sebagai pengarah teater kanak-kanak tadika zon timur
juga sebagai bakal gelprennya terbatal.
“Shila..i
kensel nak jadi pakwe you… “ Katanya.
Shila Amran kecewa lalu menjerit bagai histeria di dalam
komuter itu dan akibatnya komuter itu telah terhenti di tengah-tengah landasan
dengan mengejut, semua penumpang stuck selama dua jam di dalam komuter itu
sehingga terpaksa memanggil jabatan bomba dan penyelamat
Sekian….
P/S: jadilah diri sendiri…kecantikan adalah hak milik
setiap insan.