TIPS PENJAGAAN PC/ LAPTOP/ NOTEBOOK/ NETBOOK
Bateri Laptop Korang tu...
-Kurangkan penggunaan bateri, lebih baik sambung terus ke punca kuasa (soket).
-Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
-Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
-Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga.
-Jangan sambung ke soket jika bateri masih penuh (lebih 70%).
Papan Kekunci (Keyboard) pulak...
-Sesekali lap keyboard anda dengan kain (perlahan-lahan).
-Gunakan berus halus dan sebaiknya condongkan sedikit laptop atau keyboard.
-Disyorkan penggunaan keyboard protector (laptop sahaja).
Skrin LCD korang tu jaga-jaga.....
-LCD mudah berhabuk atau berminyak, lapkan dengan tisu atau kain kering bersesuaian.
-Elak sentuh skrin LCD guna jari
Ahhhh......inilah akibatnya akibat VIRUS yang merosakkan laptop aku..
Haba Panas Laptop...bahaya ni tau...
-Pastikan laptop anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
-Jangan beralaskan tilam atau bantal.
-Jauhkan dari sinaran matahari secara langsung. Cth: Di tepi tingkap.
-Disyorkan guna cooler fan atau cooler pad.
MASALAH BIASA YANG BERLAKU PADA KITA
Makan dan Minum Bersama Laptop
-Jangan minum atau meletakkan minuman berdekatan laptop anda, masalah ini terjadi pada setiap semester. Malah sup pun pernah tertumpah di atas laptop. Makanan yang tertumpah pada laptop atau keyboard juga jangan dipandang mudah. Maka elakkan makan dan minum berdekatan laptop.
Tiada Beg Laptop
-Beli beg yang sesuai untuk membawa laptop, beg yang khusus untuk menyimpan laptop berharga sekitar RM60-RM200 mengikut kualiti, rekahias dan ketahanan. Beg ini direka khas untuk menampung berat laptop dan kalis gegar jika jatuh pada ketinggian aras pinggang anda. Sangat ramai pelajar UUM memandang mudah perkara ini dengan hanya menggunakan beg kain yang nipis atau beg sandang biasa untuk membawa laptop ke sana-sini. Maka setiap semester ada saja laptop yang dihantar dengan keadaan LCD yang sudah pecah, retak dan pecah pada bucu termasuk juga yang rosak harddisk walaupun laptop tersebut baru dibeli.
Laptop Digunakan Tanpa Henti
-Laptop tidak seperti PC yang mempunyai ruang pengudaraan yang bagus, maka jangan biarkan ia dihidupkan dalam masa yang panjang seharian jika tidak digunakan. Walaupun memerlukan laptop untuk jangka masa yang lama, pastikan ia mendapat cukup rehat dan jangan sesekali memasang lagu semalaman ketika tidur. Masalah kepanasan pada laptop sering berlaku dan kos pembaikian melibatkan ratusan ringgit.
Laptop Tidak Tahan Lasak
-Jangan jadikan laptop sebagai tempat meletak barang-barang lain seperti beg dan buku. Pastikan ia tidak tertindih oleh sebarang objek berat. Banyak terjadi pelajar terletak buku atau benda-benda yang berat di atas laptop, kesannya terdapat bayang hitam jelas pada paparan LCD jika laptop dihidupkan.
Simpan Fail di Tempat Yang Tidak Sepatutnya
-Simpan semua data, fail, video kesayangan anda pada ruang Local Disc D atau mana-mana storan internal atau external (seperti pendrive atau external hard disk). Jangan sesekali mengamalkan menyimpan fail penting atau tugasan dan projek anda dalam My Documents (termasuk My Pictures, My Music dan folder Downloads) atau Local Disc C. Ini kerana local disc ini adalah untuk keperluan sistem dan perisian sahaja, malah My Documents sebenarnya terletak di dalam Local Disc C. Jika berlaku apa-apa pada sistem laptop anda, hanya fail dan dokumen dalam local disc selain C sahaja yang dapat diselamatkan (dibackup).
Servis Komputer Anda
-Sebaiknya servislah komputer anda sekurang-kurangnya sekali setahun. Itupun bergantung kepada keadaan laptop itu sendiri. Wifi awam seperti di UUM, pemindahan fail antara komputer (melalui pendrive) dan e-mail menjadi punca penyebaran masalah kepada sistem komputer seperti serangan virus dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment