Bulan's connection

Thursday, January 27, 2011

al kisah-Harimau Dan Orang Utan

             Al kisah maka tersebutlah kisah..taayib..haahhaaa...xdekla macam tukan. Cerita ni berlaku dalam sebuah zoo,zoo yang mana adalah dirahsiakan namanya tetapi zoo ini sentiasa dipenuhi ramai pengunjung dari Malaysia ataupun luar negara. ..Paling best bagi penghuni-penghuni zoo dan para pekerja zoo adalah bila munculnya weekend or cuti tahunan,cuti sekolah dan cuti-cuti Malaysia. Masa tu,keadaan zoo hiruk pikuk dengan orang ramai yang datang berkunjung,mak cik yang jual aiskrim tupun boleh dapat income RM3OO sehari..fuhhhh.....
Zoo ni istimewa sebab ada pertunjukkan oleh binatang-binatang yang ada menghuni zoo itu namun nak dijadikan cerita pada suatu hari,orang utan yang akan membuat persembahan untuk para pengunjung itu jatuh sakit iaitu demam dengan teruk dan terpaksa diarahkan berehat untuk beberapa hari daripada melakukan sebarang show. Jadi,para pekerja zoo mula panik kerana permintaan untuk melihat show Atan(orang utan) adalah sangat tinggi,jika tiada persembahan hari itu maka pihak zoo akan kerugian jadi setelah berbincang seseorang telah dipilih untuk menyamar sebagai Atan dengan memakai kostum orang utan. Pekerja yang terpilih itu adalah Majid.
Maka Majidpun mulalah memulakan penyamarannya sebagai Atan. Dia beraksi dengan hebat sekali di dalam kandang Atan hinggakan para pengunjung bersorak riang dan menjerit penuh taksub melihat orang utan yang bergaya seperti manusia itu,sinar flash kamera tak henti memanahi Majid yang sedang beraksi sebagai Atan. Keadaan itu mula membuatkan Majid menjadi semakin seronok hingga terlupa dia sedang menyamar,dia merasakan seolah-olah dia adalah bintang pilem bollywood terkenal ketika itu, dia mula melompat,bershuffle malah melakukan parkour hingga menyebabkan dia terlompat masuk ke dalam kandang harimau yang bersebelahan dengan kandang Atan si orang Utan,melihatkan harimau yang mula bangun dan berjalan merapatinya, Majid mula sedar bahawa nyawanya akan melayang di gigi harimau itu. Peluh jantan mahupun betina mula bercucuran laju keluar dari liang-liang romanya,ketika itu barulah dia mengakui bahawa pepatah melayu itu salah....baginya masuk kandang kambing mengembek tapi masuk kandang harimau kena mengucap bukan mengaum seperti yang dikatakan oleh pepatah,dia mula mengucap dalam terketar-ketar,kakinya bagai dirantai untuk melarikan diri dari kandang Rim(harimau) itu,pengunjung pula mula berdebar menantikan perkara itu yang dianggap show terbaik bagi mereka. Majid semakin redha bila harimau itu berada seinci di hadapannya,dan tiba-tiba harimau berbelang hitam dan oren itu berbisik di telinganya                                              
                      "Apa yang kau nak takutkan,akupun manusia macam kau jugak..aku kena menyamar sebab Rim sakit gigi" Kata harimau yang menyamar itu
Majid mendengus dan bangun kembali masuk ke dalam kandang Atan si orang utan sambil itu dia berpaling melihat si harimau yang sedang tersengih padanya..dia tahu esok cerita itu akan tersebar di channel sukan Astro 801 ataupun di harian Metro...argghhhhh............................

No comments: