Bulan's connection

Sunday, October 12, 2014

KISAH "TYPO" PALING KELAKAR 2014

Hari ni saja melambak-lambak posting di muka buku pasal Typo yang dilakukan oleh pihak media di Malaysia.
Kih kih kih, tergelak sorang-sorang aku membacanya. Apa hari ni memang hari "Typosedunia eh? atau permasalahan TYPO ni memang dah jadi trend? atau yang tukang taip tu Budak Praktikal yang masih fresh gitew?





Fatehah Mustapa mahu TERUS kekecewaan di
sukan komanwel.
Mesti KJ resign dr Ministry Youth & Sport
kalo ghope gini...


Angin KENCING!!
Agaknya penulis time ni dok terbayang-bayang pintu toilet.



X pasti.....
mungkin hanya AMRAN FANS yg mengerti



Aku tak pasti JUSTIN BIEBER ni manusia
ke hape???



Terok bebenor...
KAFIR miskin pulak dah.......


Kapal SERAM?
Memang SERAM ketiak aku baca.....

Kah kah...Ate ghope sama tapi nama lain
Ni mesti kes assignment copy & paste je ni yeop!



Wow..muda betul PERDANA MENTERI Malaysia...kalah KJ!!
yang paling best humble betol style, 


Malaysia memang dah maju dr Jepun
nampak gayanya..buktinya PERDANA MENTERI Malaysia 
dia boleh bertukar wajah, boleh bertukar suara.....


BAJET SEMBANG.
ramai kawan2 aku cakap
ini adalah TYPO paling JUJUR
atau pendedahan secara TYPO?
kih kih kih

Oh....rupanya ini INDRA PUTRA MAHYUDIN
yg sebenarnya. 
Yang selama ni kita tengok tu sudah tentu adalah penyamar!


Terima JENAZAH??
biasa dia tuh menaip ghope gini...!
Deme kerojepon idok lagi udah dikatanya terima jenazah, menangis deme yeop!

Wednesday, October 8, 2014

JEJARI COKLAT NESTUM

Wah..wah..wah
menjadi jugak satu pinggan jejari coklat nestum guwa.


Syok pulak hapdet resipi dekat blog yang takda pengunjung ni....kali ni nak bg resipi
JEJARI COKLAT NESTUM pulak....

Bahan-bahan yang perlu korang ade, adalah:-


1.Satu plastik Roti
(Gardenia, Mighty White, High Five ke Masimo ikut suka korang)

2. Coklat
(Coklat masakan atau senang buat mcm aku guna je coklat paste mcm yg aku guna tu, Nuttela pun boleh)

3.Nestum @Cereal

Cara-Cara:-
1.Korang potong roti tu biar jadi bentuk jejari, nak lagi sedap lepas potong tu korang masukkan dalam ketuhar untuk dibakar...ngap..ngap...roti tu akan jadi rangup gitew..

2.Lepas dah dipotong/dibakar korang boleh celupkan jejari roti korang ke dalam coklat, pada penggemar coklat celup lama-lama sikit.

3.Selepas jejari roti korang dah bersalut coklat, korang uli pulak jejari coklat tu dalam nestum

4.Dah siap....aaaa...jangan makan dulu....taruk dulu dalam freezer, nak bagi coklat tu keras dulu.Sejam kendian bolehlah korang makan,jadikan sebagai snackpun boleh.


Sekian,
selamat mencuba :)


RESIPI TELUR GORENG BERKUNYIT

Haaa......ini dia telur goreng tersebut..
salah satu peberet guwa ini...


Kalo pi mana2 atau dekat kantin kolej/tempat kerja ada telur goreng ni pasti aku amik, nasik puteh dengan telur nipun jadi..yg dah kenyangpun aku tibai jugak...punyalah peberet katakan. Jadi, akupun belajarlah buat telur goreng kunyit ni sendiri, alhamdulillah 1st time aku buat, kakak aku cakap sedapppppp.......kembang kempis jugak aku bila dapat pujian sebegitu rope....kih kih kih.

Ok, kat sini aku bagi resipinya dekat korang. Terutama yang hidup bujang macam aku ni bulehlah coba2 resipi ni okep.

Bahan-bahan yang utama korang perlu ada tentulah


1.Telur (jangan lupa basuh)

2.Kacang panjang (dipotong2) 

Bahan-bahan lain :-
3.Serbuk Kunyit.

4.Minyak masak

5.Penambah perisa "Cukup Rasa @ Pasti Sedap''

Cara-cara nak buat:
1.Mula2 korang panaskan minyak dulu, awas jangan guna kuali basah nanti terpercik minyak kasi naya je kat kulit korang.

2.Bila dah panas, korang terus pecahkan telur ke dalam kuali. Kalo untuk bujang macam aku, 1 atau 2 bijik telur dah cukup, kalo untuk family 3 bijik dan ke atas.

3.Dah pecah semua, jangan lupa terus kacau-kacau bagi telur hancur sikit, kendian terus masukkan kacang panjang,penambah perasa dan serbuk kunyit.

4.Kacau lagi dan lagi, sampai telur tu dah mulai keras dan berketul-ketul.

5. Tutup api dapur dan siap untuk dihidangkan.

Siap, resipi yang sangat simple
Alhamdulillah, rezeki Allah bagi..insyaallah sedap.
Selamat mencuba ya :)

RESIPI MEE KARI PALING MUDAH.

Haaa...1st thing taruk gambar yang menyelerakan ni dulu :)


Assalamualaikum sahabat serta bloggerian sekalian alam. Korang semua nampak dak gambar mee kari kat atas tu...? Haa...ari ni aku nak bagi resipi pulak, 1st time ni bagi resipi dekat blog! Sebelum ni mana ada...
Resipi ni sangat mudah...terlalu mudah! MEE KARI PALING MUDAH !

Bahan-bahannya korang hanya perlukan :)

1.Sepeket instant mee Mamee perisa kari.

2.Sawi segar lagi fresh..(dipotong-potong) @ kobispon boleh jgk

3.Dua bijik telur ayam

4.Penambah perisa "PASTI SEDAP"

5.Semangkuk air (untuk kuah mee)

6.Seulas bawang dihiris halus.

7.Sedikit minyak untuk menumis.

8.Taugeh yang fresh.

9.Bawang goreng (sebagai hiasan)
10.Ikan bilis goreng

11.Kacang Tumbuk.

Kalo ada 11 benda ni maka korang semua bolehlah buat Mee paling mudah ni...sebab apa mudah sebab pakai instant mee jer..heeheheh....

Cara-cara:-

1.Mula2 korang semua panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah siap dihiris halus sehingga naik baunya.

2.Bila dah naik bau tu, terus jer tuang air ke dalam periuk tu. Then masukkan penambah perisa Pasti Sedap kendian kacaulah sampai sebati. Pastu taruk sebijik telur dan biarkan sampai masak telur tu, selalu kena perhati takut nanti menggelegak...melimpah keluar periuk pulak.

3.Telur dah masak, korang semua masukkan pula mee Mamee tu ke dalam kuah yang separuh menjadi tu, koyakkan perencah kari yang tersedia dalam plastik mee tu dan masukkan sekali, kacau biar perencah tu sebati, kendian masukkan sebijik lagi telur dan kacau biar hancur (nak bagi lemak sikit kuahnya)

4.Dah sebati, korang masukkan pulak sawi @ kobis yang korang dah potong tu. Jangan lama-lama nanti sayur tu lembik.

5.Dah siap, angkat taruk dalam mangkuk. Kendian taruklah Bawang Goreng, Kacang tumbuk , Ikan Bilis Goreng dan Taugeh yang masih fresh.

MasyaALLAH...sedap sangat....
simplekan untuk anak2 bujang macam aku ni...
kih kih kih


Sekian.....

Wednesday, September 24, 2014

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)


Kopi luwak (Musang)..aku tak pernah taupun sebelum ni tapi disebabkan aku ni peminat "LAWAK KAMPUS" dekat satu part tu ada scene Cikgu Noodle minum kopi luwak. So, akupun tertariklah nak carik apa benda kopi luwak ni sebab dalam scene tu Keith lukis kopi luwak adalah kopi dari najis luwak(musang)!!! errrrr....serius??

Menurut wikipedia Kopi Luwak ni adalah seduhan kopi menggunakan biji kopi yang diambil dari sisa kotoran luwak/musang (Taik musang). Biji kopi ini dikatakan memiliki rasa yang tak sama dari kopi biasa sebabnya telah dimakan dan akhirnya keluar melalui saluran pencernaan luwak. 
Tu dia aih.....pening pulak aku pikiaq sebab kopi tu dari taik binatang yang bernama Luwak ni..so...jom kita tengok apa kata Jabatan Agama dan UAI  pulak pasai kopi luwak ni.

Ini kata UAI


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
 
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
 
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Sumber :Majlis Fatwa Kebangsaan @ E-Fatwa

Hmmmm...mmmm...Nescafé

Aku dulu bukanlah penggemar Nescafé sebab sepanjang membesar dulupun mak aku jarang sediakan something bercaffein untuk kami adik beradik. Aku rasa tiap kali aku minum, kepala aku mesti jadi ting tong, akupun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Kawan aku cakap mungkin sebab kandungan caffein dia agak tinggi dari kopi biasa kot....

Itu dululah, tapi sekarang aku dah boleh minum Nescafé, itupun yg 3 in 1. 
Pertama kali aku cuba Nescafé (selepas aku dah boleh minum) masa aku last year dekat universiti, Kisahnya malam tu kami berjaga sampai pagi untuk study sambil main, konon-konon nk score A gitew..maklumlah last year. Kawan aku si Swee Lan yang menjadi dalang bawa Nescafé tu banyak-banyak, sudahnya malam tu dekat 4 sachet Nescafé seorang kami balun (kononnya untuk mengelakkan mata dari mengantuk) last-last pagi esok, semua kena ulser sebab overdose Nescafé.
Jadi, aku nasihatkan korang janganlah terlalu ketagih minum sampai lebih 2 sachet sehari, takut jadi macam kami...sia-sia je kena ulser...kih kih kih.

Argh...lucu pulak bila ingat balik pengalaman kena ulser sebab minum terlalu banyak Nescafé ni. Sejak peristiwa tu jugalah aku memang tak minum Nescafé  dah. Tapi, itulah tak sampai setahun aku serik, bila dah bekerja dengan satu company ni aku start jadi 'KETAGIH'  Nescafé lagi (pulak dah!). Pada mulanya sebab aku mengantuk je, aku try ler minum cup kecil je pun dari mesin kopi tu, memang serius hilang mengantuk aku hari tu. Lepas dari situ aku ambil lagi...dan lagi...dan lagi......dan lagi...lagi..lagi.... boleh dikatakan tiap-tiap hari aku minum, kalo tak ada Nescafé aku akan ambil mana-mana brand kopi lain dari jenis white coffe @ mocha... 
Adushh...aku dah jadi parah....sampaikan aku seronok bila bau kopi...nak-nak kopi mahal dekat restoren-restoren high class (eksyen kau, nak bau dari restoren mahal je) masyaallah...nikmat dan wangi sangat bau lepas diorang brew tu!

Siap ada Tumbler lagi.. btw ini kakak aku yg beli
bukan aku. Beli sebab nk tumbler percuma punya pasal

Jadi, untuk mengelakkan aku ketagih kopi 3 in 1, aku cari alternatif dengan membeli serbuk kopi murah yang harga seringgit itu sahaja. Alhamdulillah, maka berkuranglah rasa nak minum kopi-kopi sachet ni. Oh ya,  air kat dalam tumbler Nescafé itupun bukanlah original Nescafé, air kopi seringgit tu jepun, aku saja eksyen taruk dalam tumbler tu sebab nak amik gambar yang herlok gitew..kih kih kih....jangan mara aaaaaa...

3 TANDA APABILA KUCING DATANG......



3 Tanda Apabila Kucing Datang ...................

Bila kita makan di kedai makan. Tiba-tiba ada kucing datang. Minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini.
Saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain.

Pertama.
Allah sedang bagi tahu. Makanan kita hak kita itu.Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.
Allah sedang bagi tahu. Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu. Rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu. Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga.
Allah sedang bagi tahu. Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu. Sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan. Kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Alhamdulilah baru aku tahu.

Saturday, September 20, 2014

CITARASA KAMPUNG DI RESTOREN PELADANG BALIK PULAU

Restoren Peladang yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang adalah salah satu restoren open air terbaik yang aku suka bertandang,(sebenarnya dekat sangat dengan umah aku) di samping harga makanannya yang berpatutan.

Dekat sini, hangpa @ ampa habaq je nak makan lauk apa..dari keli bakaq, kari kepala ikan, ulam-ulaman, ayam bandaq, ayam kampung...semua dok ada...makan sampai puaih ati. Mengikut laporan BULETIN MUTIARA dan keratan2 akhbar yang pak cik tu tampal kat kedai dia, depa menyajikan 120 jenis hidangan untuk pelanggan depa.....

Rambang mata nak pilih lauk mana, disamping pelanggan yang ramai sampai kena berhimpit-himpitan untuk pilih lauk, malah bukan kaum melayu saja yang dok pi makan kat sini...semua bangsa ada sebab depa memang menyediakan sajian yang mengikut selera rakyat Malaysia.

Antara aneka juadah yang dok ada kat sini
(Gambar ihsan Buletin Mutiara)

Ini pulak yang aku beli dan balik makan kat umah
sedap betoi udang dan keli bakaq tu..

Sesapa yang dok sekitar penang tu bulehlah mai jengah2 kat Restoren Peladang ni, aku sendiripun kalau ada kawan-kawan aku yang datang biasa aku bawak pi makan kat sini..mmg tak rugipun 
(arap pak cik tu bagi diskaun kat aku nanti sbb aku telah menulis entry ni..kah kah kah)

untuk lebih mengerti korang tekan saja link ni okep '' PELADANG ''


Saturday, April 12, 2014

Al-Fatihah buat Adik



Assalamualaikum bloggerians sekalian,

Minggu lepas aku mendapat pengkhabaran sedih daripada salah seorang kawan facebook aku, ceritanya bermula bila aku tiba-tiba saja terdetik untuk aku hantar chat dekat dia, sedangkan sebelum ni kami tidak pernah sama sekali berchatting, kawan facebook aku ni add aku melalui adik angkat aku itulah.

Lalu ku tanyakan
"Assalamualaikum, awak ni senior Alif  (adik angkat aku) kan?"
"Ya" Dia balas
"Alif kat mana ya sekarang? dah lama dia tak contact saya, nombor diapun tiba-tiba tak boleh call dah" Soalku
"Jap...Jap....awak tak tahu lagi eh?" Soalnya
"Tahu apa?"
"Alif dah meninggal dunia"

Aku terkedu untuk beberapa ketika sebelum aku menangis, bila aku check facebook abangnya rupanya dah 3 bulan adik nakal yang selalu menghiburkan hati aku tu kembali ke rahmatullah. Masa tu tak tergambar kesedihan aku, rasa terkilan sebab aku tak sempat balas SMS terakhir dia kerana kesibukan kerja aku.

Aku masih ingat lagi perkenalan aku dengan dia di tahun 2011, lepas daripada tu dia selalu contact aku dan bercerita macam-macam biasanya tentang aktiviti hariannya di kolej atau tentang family dia. Pernah katanya dia nak jadi seperti abangnya (juga aku kenal) lalu aku tanya 
"Kenapa nak jadi macam abang pulak, jadilah diri sendiri" 
Jawabnya, "Sebab abang kacak, ramai kawan-kawan yang nak kawan dengan abang berbanding adik"
Aku geram jugalah dan aku cakap kat dia "Diapun kacak apa, tak payahlah nak jadi macam abang, jadi diri sendiri kan lagi baik, biar orang suka kita dengan diri kita sendiri tak perlu hipokrit dan cuba untuk jadi orang lain yang jauh dari sifat sebenar kita" Begitu aku menasihati panjang lebar hahaha tapi itulah sama juga tiap kali bersembang dengan aku, mesti ayat itulah yang dia cakap 
"Nak jadi macam abang" 
Ah, biasalah budak-budak ada idolanya sendiri lagipun dia masa tu masih belasan tahun, tengah mencari-cari identiti dirinya.


Lagi satu yang kelakar tentang si adik ni, dia suka hantar gambarnya yang sama dekat aku, gambar rayanya yang memakai baju melayu color grey dan segak bersamping, dia seronok bila aku puji dia kacak macam pengantin lelaki melayu terakhir bila pakai baju melayu tu, sudahnya gambar yang sama itulah dihantarnya dekat aku, naik fedup aku dibuatnya, menyesal bila mengusik dia seperti lelaki melayu terakhir tapi dalam masa yang sama aku suka dengar gelak tawanya bila aku usik dia 
 "smart oooo!" keh keh keh 😝

Hakikatnya yang aku paling terkedu sekali apabila ingat 1 benda ni, dia selalu suruh aku tengok video dia dikafankan. Masa tu dia join bengkel pengurusan jenazah dan dia dengan rela hati nak jadi jenazah yang dikafankan. Ada kawan-kawannya yang bertindak merakam video tu. Bukan sekali tapi berkali-kali dia suruh aku tengok video tu, katanya dia nak merasa bagaimana bila dikafankan, kelak nanti dia juga akan dikafankan,..aku just tengok-tengok macam tu sajalah, sekadar melayan permintaan adik-adik gitu dan tak sangka itu adalah video dia yang terakhir aku tengok......

Sedih dan tak sangka sebenarnya, 3 tahun mengenalimu adik, 3 tahun melalui suka, 3 tahun melalui duka, semoga adik tenang dan damai kat sana disisi "kekasih" sejati. 
Akak (dia suka panggil aku nama je actually tapi pandai pula bahasakan diri dia adik 😅) doakan adik selalu di setiap sujud akak.

Buat kawan-kawan blogger aku, maaf aku tak upload gambar arwah adik sebab aku mahu dia tenang kat sana. Sesiapa yang baca kisah aku ni, sama-samalah sedekahkan al-fatihah buat arwah adik angkatku Mohd Alif Firdaus.

Saturday, April 5, 2014

PadaMU ku berSUJUD

Assalamualaikum, siapa biasa dengaq lagu Afghansyahreza yang tajuknya "Padamu ku bersujud" ?. Mesti pernahkan, sebab seingat2 lagu ni pernah jd OST cite hape entah, kalo tak silap yang Nur Fathia ke heroinnya,

Ada apa dengan lagu ni? SubhanALLAH, dulu memang aku tak pernah layan lagu ni tapi rupa2nya di saat aku BERHIJRAH lagu ni betol-betol menyentuh hati aku.... ya... disaat aku tercari-cari kegembiraan yang aku tak jumpa sehinggalah aku betul2 jumpa DIA!! dulu aku berlagak seolah aku kenal DIA tapi sebenarnya aku tak kenal, aku masih rasa tak tenang sedangkan aku tak ada masalah yang teruk2 tapi even masalah yang kecik aku rasa bebanannya macam pikul berguni2 beras, hati memang tak tenang hingga akhirnya pada ulang tahun kelahiran aku, aku dihadiahkan sesuatu oleh kakak2ku yang membawa aku betul mengenali SANG PENCIPTA...SubhanALLAH, betapa besarnya hidayah yang ALLAH bagi kat aku..disampaikan melalui kakak2ku, aku menerimanya dengan tangisan taubat... terima kasih ya ALLAH...

Dan setiap kali aku dengar lagu Afghan, aku mesti nangis..betapa aku keseorangan tercari-cari seperti orang yang tersesat di tempat terang sehingga aku betul2 menemui AN-NUR dariNYA."Ampuni aku Ya ALLAH yang sering melupakanMU"  Dan apa yang aku selalu minta dalam doa ku sama seperti yang Afghan sebut dalam lagunya "Jadikan aku hambaMU yang selalu bertaubat" 



Betapa besarnya kasih ALLAH pada hamba hina macam aku ni, betapa sayangnya ALLAH pada hamba yang pernah ingkar macam aku ni, betapa cintanya ALLAH pada hamba yang pernah melupakanNYA ini, ya ALLAH.... buat kawan-kawan aku, nasihat aku carilah kemanisan iman tu kerana apabila kamu menemuinya tak tergambar nikmatnya, aku tak rasa lagi terbeban atau rasa tak tenang seperti biasa(bebanan yang aku tak tau darimana yang selama ni aku pikul) sungguh bebanan tu hilang sekelip mata, dan jika korang betul2 menikmati kemanisan iman tu, saat korang berSUJUD, betapa terasa kerdil sangat diri. Indahnya moment2 disaat kita bersujud dan menangis mohon keampunan pada ALLAH, SubhanALLAH, MasyaALLAH...

Lastly, aku tinggalkan korang dengan lirik lagu Afghan, hayatilah lirik penuh makna ni :- 

Ku menatap dalam kelam
Esok ataukah nanti
Kau tempatku meminta
Ampuniku ya Allah
Esok ataukah nanti
Kau tempatku meminta
Ampuniku ya Allah
Kau tempatku meminta
Ampuniku ya Allah
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu