Itu dululah, tapi sekarang aku dah boleh minum Nescafé, itupun yg 3 in 1.
Pertama kali aku cuba Nescafé (selepas aku dah boleh minum) masa aku last year dekat universiti, Kisahnya malam tu kami berjaga sampai pagi untuk study sambil main, konon-konon nk score A gitew..maklumlah last year. Kawan aku si Swee Lan yang menjadi dalang bawa Nescafé tu banyak-banyak, sudahnya malam tu dekat 4 sachet Nescafé seorang kami balun (kononnya untuk mengelakkan mata dari mengantuk) last-last pagi esok, semua kena ulser sebab overdose Nescafé.
Jadi, aku nasihatkan korang janganlah terlalu ketagih minum sampai lebih 2 sachet sehari, takut jadi macam kami...sia-sia je kena ulser...kih kih kih.
Argh...lucu pulak bila ingat balik pengalaman kena ulser sebab minum terlalu banyak Nescafé ni. Sejak peristiwa tu jugalah aku memang tak minum Nescafé dah. Tapi, itulah tak sampai setahun aku serik, bila dah bekerja dengan satu company ni aku start jadi 'KETAGIH' Nescafé lagi (pulak dah!). Pada mulanya sebab aku mengantuk je, aku try ler minum cup kecil je pun dari mesin kopi tu, memang serius hilang mengantuk aku hari tu. Lepas dari situ aku ambil lagi...dan lagi...dan lagi......dan lagi...lagi..lagi.... boleh dikatakan tiap-tiap hari aku minum, kalo tak ada Nescafé aku akan ambil mana-mana brand kopi lain dari jenis white coffe @ mocha...
Adushh...aku dah jadi parah....sampaikan aku seronok bila bau kopi...nak-nak kopi mahal dekat restoren-restoren high class (eksyen kau, nak bau dari restoren mahal je) masyaallah...nikmat dan wangi sangat bau lepas diorang brew tu!
Siap ada Tumbler lagi.. btw ini kakak aku yg beli
bukan aku. Beli sebab nk tumbler percuma punya pasal
bukan aku. Beli sebab nk tumbler percuma punya pasal
Jadi, untuk mengelakkan aku ketagih kopi 3 in 1, aku cari alternatif dengan membeli serbuk kopi murah yang harga seringgit itu sahaja. Alhamdulillah, maka berkuranglah rasa nak minum kopi-kopi sachet ni. Oh ya, air kat dalam tumbler Nescafé itupun bukanlah original Nescafé, air kopi seringgit tu jepun, aku saja eksyen taruk dalam tumbler tu sebab nak amik gambar yang herlok gitew..kih kih kih....jangan mara aaaaaa...
No comments:
Post a Comment