Bulan's connection

Thursday, December 9, 2010

PERMAINAN ZAMAN KANAK-KANAK KORANG

Haaaaa..kali ni aku nak cite pasal permainan zaman kanak-kanak lak,zaman kanak-kanak sape? korang dengan akulah...seingat akulaaaa...zaman kanak-kanak aku hanya main je,main permainan yang sangat menyeronokkan...hahahhahaaa..nak tahu apa dia,cuba folow gambar2 kat bawah ni mesti korang jugak ada pengalaman yang sama macam akukan..jom kita imbau sama2 kenangan lalu.................

1. Ini..namanya main tudung botol ataupon tutup botol........tutup botol yang diperlukan sebanyak 5 atau lima sahaja,terdapat banyak langkah (step) yang korang kena ikut dalam permainan ni dan ianya tak kisah berapa orangpon nak main. Masa kecik2 dulu aku terer gak main benda ni cuma sekarang kalo nak main susah da nak dapat tutup botol macam ni......


2. Haaa..ini pulak main teng-teng atau dalam bahasa kelantan orang paggil dek'cok (bunyi bersabdu sikit...dek'cok..bukan dekcok) hahhaaaa......masa kecik-kecik aku  memang lincahlah maen benda ni sbb badan masih ringan tapi kalau sekarang mahu kalah dan termengah-mengah sebab caranya punyala susah iaitu melompat menggunakan satu kaki di petak yang satu dan sampai di petak yang dua barulah boleh guna dua kaki tapi x boleh lama,kena jalan terus.....kebiasaannya bentuknya seperti kapal terbang... atau segi 4, kalau seperti kapal terbang itu namanya dek'cok kapal terbanglah..hehehhehee.....

3.ini paling aku suka main...bola tin atau tuju tin. Dalam game ni kena main secara beramai-ramai baru best sebab undian akan dibuat untuk menentukan siapa yang kena cari. Permainan dimulakan dengan balingan bola sehingga menjatuhkan semua tin ke tanah kemudian semua pemain akan lari bersembunyi.Siapa yang jadi pula akan mencari pemain-pemain lain,dan kena berwaspada dengan pemain lincah yang akan datang menyusun tin kembali,kalo pemain tu berjaya menyusun tin-ting kembali ke bentuk asal alamaknya kena jadi lagilah..hahaha..tin yang biasa digunakan tin susu pekat manis.....

4.Baling selipar.....pernah main? mesti pernah kan...gaya permainannya sama saja dengan tuju tin tapi mempunyai dua kumpulan ,kumpulan yang terpaksa mengejar kena pastikan kumpulan yang dikejar tak sempat susun selipar tersebut,selipar kebiasaannya disusun dalam bentuk piramid. Paling komang tiga pasang selipar dan kalau nak lagi advanture,ambik selipar banyak,,,maknanya kutip semua selipar mak,ayah,atok dan cuba try susun gaya piramid tinggi...hehhehe..kalau sempat sebelum pihak lawan berjaya tangkap

5.congkak? aku dulu tak mampu nak beli congkak kayu. So,arwah nenek aku ajar kita orang adik beradik wat 14 biji lubang atas tanah bawah pohon manggis depan umah aku sebab redup sikit bila nak main. 14 lubang kecik diiringi dua lubang besar pada setiap hujung. Maka menggalilah kita orang dengan sudu yang diambil secara senyap kat dapur. Masa tu konpem kena bebel kat mak sebab sudu makan guna korek tanah. Dan bila siap terus mainla,apa lagi yang paling syok..bukan guna guli tapi biji getah...hahahhah..main sampai kuku semua masuk tanah....dan sampaikan buah getah tu jadi licin tanpa corak dan pecah..ahahahah...

6.Ni lak main batu seremban atau mase kecik aku panggil batu selambut...bahasa akula sebab kita buang ke atas and then kita sambut, tu pasal jadi batu selambut kot...hehehheheh...ini jugak antara permainan masa kecik22..huhuhuhuhuhu...selalunya kita orang akan kutip batu jalan yang kecil sebanyak 6 biji. Kalau nak eksen sikit ada gak yang isi pasir dalam perca kain,,sbb yang ini tak menyakitkan tangan  dari guna batu....aku selalu kalah dan masih tak boleh sambut buah sampai sekarang. So,jangan ajak aku main ni ya...

7.tu dia main galah panjang...ataupun dekat kelantan ada yang panggil "coh" dan ade setengah tempat panggil "gelap cerah" apa tu? haha.... Hahahahaa,permainan ni kena main dua pihak. petak-petak akan dibina untuk menjadi haluan bagi melepaskan diri. Aku cukuplah tak terer main benda ni...hehehehheee...budak-budak lelaki kebiasaan memang suka main permainan ni sebab diorang tak kisah disentuh dimana-mana semasa cuba melarikan atau meboloskan diri. Hehehehheee....

9. Ini pulak gasing..bukan yoyo tahu. Seingat aku,dulu RM50 sen je aku beli gasing tapi gasing plastikla. Pakunya agak tajam juga dan mempunyai benang tebal untuk dililitkan pada badan gasing yang gemok itu, Haaa bila dah habis lilit, lepaskan ia ke tanah dan ia akan berpusing.(cheh, macam iklan tora lak aku). Kawan-kawan laki aku masa kecik siap main lawan gasing,iatu gasing sapa mati dulu dia kalah. Kah22,macam2 diorang ni..tapi aku sampai sekarang tak reti nak campak gasing,asal campak mesti tak berpusing...tensen dah aku..

10. Haahhaaaa...main guli. Ini lagi satu aktiviti masa kecil. Selain teng-teng,guli menjadi sasaran permainan. Dulu,aku memang tak beli guli sebab arwah ayahku selalu beli putu kaler dan dekat putu tu dia lekatkan guli. Kita orang simpan sampai banyak...tapi sayang....guli asyik dirampas sebab selalu kalah main ni......

 11. Da boring sangat..hobi lain adalah merayap ke dalam hutan dengan meletakkan lastik di dahi atau di pinggang iaitu dalam seluar ala-ala isnpektor sahab. Tujuannya adalah nak lastik burung..hahhaha...paling komangpun dapat burung ciak rumah,murai,gembala kerbau. Burung merak dan helang jangan haraplah..hahahhaaaa.....batu kecil digunakan sebagai peluru lastik. Di sebelah utara benda bercabang dua ni dipanggil "terebe" di sebelah pantai timur "bi'dah" .Haaahhaa,lain bunyinya tapi kegunaannya adalah sama....selain lastik burung,boleh jugak lastik cicak..hahahhahahaa..tapi biasanya lastik cicak..kah kah kah...

12.Tu dia,sebagai budak perempuan inilah permainan yang paling-paling aku suka. Hehehhe..main masak-masak,tapi aku main dulu taklah guna periuk dan pinggan plastik sebab mak aku tak akan beli punya benda macam gitu,jadi aku masaklah pakai tempurung. Hehehe...yang paling kelakar siap guna api betul lagi tapi main sorok-sorokla sebab takut kena piat dengan lidi sebab main masak-masak guna api mau melecur atau terbakar..padan muka! Hahahahhaaa

13.Tarik upih. Dulu atok aku banyak tanam pinang kat belakang umah besor die...so,banyaklah upih yang jatuh jadi apa lagi kitorang adik beradik main tarik upihla....abang aku tarik aku punyala laju masa tu sampai tak sempat brek akhirnya aku eksiden hingga berdarah kepala lutut...advanture betul macam naik kereta F1 gamaknya..tapi memang seronok dan kadang-kadang tarik sampai merah tapak tangan..kenala beban yang berat pulak...kesiaannnn



14. Ini lompat getah.............ada banyak peringkat dalam lompat getah ini dari paras lutut,paha,pinggan,dada,telinga,kepala,angkat tangan atas dan bawah..Fuhhh,aku takat paras lutut ke paha bolehlah lompat,paras pinggan ke dada asik kalah jelah...hahahhahaaa.......kena yang pegang tali getah tu pihak lawan yang tinggi-tinggi macam galah memang matilaaaa...........
Hahahahahaa....so.amacam..ingat lagi tak permainan2 ni semua. Banyak lagi yang kita main sebenranya macam main kahwin-kahwin,main polis sentri,main sembunyi-sembunyi tapi kalau nak cerita semua tu dalam page ni memangla tak habis. So,tentu korang ingat semua tukan..hahhaha..bestnya kalau dapat main balik.........