Sha's connection

Saturday, December 11, 2010

KENANGAN ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Zaman sekolah adalah zaman yang memberikan seribu erti. Aku sendiripom tak tahu kamus mana yang memberikan sebanyak seribu erti itu. Huhuhuhu...tapi zaman itu terutama zaman sekolah rendah ataupun tadika inilah yang antara yang pernah aku bawa ke sekolah

1.Buku Garis tiga
Hahahaaa...buku garis tiga,tiap kali masuk tahun baru persekolahan,mak ayah terpaksa keluarkan banyak duit untuk beli2 buku sekolah,dan kebiasaannya buku2 ni dah disediakan di koperasi. Setiap tahun aku akan perhatikan akan ada 3 atau 4 buku garis tiga ni,jadi selain buku ni digunakan untuk mata pelajaran Muzik,aku gunakan buku ni wat menconteng ..hehehe

 2.Kotak Pensel Besi
Hahahahaa....kotak pensel besi dan alatan didalamnya. Kotak pensel ni kebiasaannya sampai berkarat tak boleh nak buka but masih dibawa ke sekolah. Kotak pensel ini biasanya aku ambil yang abang aku dah tak mahu,isinya akan ada kaler luna,jangka lukis juga sbb tertarik dengan benda tajam tersebut begitu juga dengan protaktor sbb teruja dengan pembaris yang bulat.Kenangan betul,gambar ni mengingatkan aku kembali kenangan ini.


3.Pemadam berkepala hijau...
hahahaaa benda ni satu,dari tadika pemadam inilah yang digunakan. Tapi yang aku gunakan dulu kepalanya hijau tua. Di depannya,memang ada die ajar dengan alphabetnya macam kat atas tu F untuk Fish. Harganya dulu aku ingat 10 sen je.Hahhaaa,Tapi aku selalu beli pemadam ni banyak2 sebab selain untuk memadam aku beli banyak sebab nak main lawan pemadam dengan kawan-kawan kat sekolah terutama ngan budak lelaki n kalo kalah,rubber tu kena rampas. Haahhahaaaa.....kelakor...








4.Hehehheehehee..ini dia,pisau yang berharga sepuluh sen. 
Pisau ni adalah alternatif mengasah pensel dan karbonnya kukikis setajam mungkin. Heeheee,memang tajam sebab balik sekolah aktiviti main masak-masak jadi pisau ini jugalah yang digunakan.Hehhehe......
Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku kongsikan tapi sayang sukar untuk mendapatkan gambar2nya macam pengasah pensel bercermin,pensel HB yang ada getah pemadam tu,buku petak besar. Hahahaha,memang terimbau kenangan lama persekolahanku