Bulan's connection

Saturday, December 11, 2010

CUBA TENGOK NI...COMEYLICIOUS!

Comeynye anak landak ni.................

Hahahahahaa...besornyor jarum.....

Olololo.....machonyer...

Alahai....innocentnyer muke dieee

Cutenyer baju doktor untuk baby ni....

Kaktus ke anak patong ni?

Sapela tuan die yang letak kulit limau bali ni

Penat betol die tido

Ade anak patong jugak?

Mak aku cakap aku ensem

Jom dating sayang....

Shedapnya  chips ni

KENANGAN ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Zaman sekolah adalah zaman yang memberikan seribu erti. Aku sendiripom tak tahu kamus mana yang memberikan sebanyak seribu erti itu. Huhuhuhu...tapi zaman itu terutama zaman sekolah rendah ataupun tadika inilah yang antara yang pernah aku bawa ke sekolah

1.Buku Garis tiga
Hahahaaa...buku garis tiga,tiap kali masuk tahun baru persekolahan,mak ayah terpaksa keluarkan banyak duit untuk beli2 buku sekolah,dan kebiasaannya buku2 ni dah disediakan di koperasi. Setiap tahun aku akan perhatikan akan ada 3 atau 4 buku garis tiga ni,jadi selain buku ni digunakan untuk mata pelajaran Muzik,aku gunakan buku ni wat menconteng ..hehehe

 2.Kotak Pensel Besi
Hahahahaa....kotak pensel besi dan alatan didalamnya. Kotak pensel ni kebiasaannya sampai berkarat tak boleh nak buka but masih dibawa ke sekolah. Kotak pensel ini biasanya aku ambil yang abang aku dah tak mahu,isinya akan ada kaler luna,jangka lukis juga sbb tertarik dengan benda tajam tersebut begitu juga dengan protaktor sbb teruja dengan pembaris yang bulat.Kenangan betul,gambar ni mengingatkan aku kembali kenangan ini.


3.Pemadam berkepala hijau...
hahahaaa benda ni satu,dari tadika pemadam inilah yang digunakan. Tapi yang aku gunakan dulu kepalanya hijau tua. Di depannya,memang ada die ajar dengan alphabetnya macam kat atas tu F untuk Fish. Harganya dulu aku ingat 10 sen je.Hahhaaa,Tapi aku selalu beli pemadam ni banyak2 sebab selain untuk memadam aku beli banyak sebab nak main lawan pemadam dengan kawan-kawan kat sekolah terutama ngan budak lelaki n kalo kalah,rubber tu kena rampas. Haahhahaaaa.....kelakor...








4.Hehehheehehee..ini dia,pisau yang berharga sepuluh sen. 
Pisau ni adalah alternatif mengasah pensel dan karbonnya kukikis setajam mungkin. Heeheee,memang tajam sebab balik sekolah aktiviti main masak-masak jadi pisau ini jugalah yang digunakan.Hehhehe......
Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku kongsikan tapi sayang sukar untuk mendapatkan gambar2nya macam pengasah pensel bercermin,pensel HB yang ada getah pemadam tu,buku petak besar. Hahahaha,memang terimbau kenangan lama persekolahanku

IKLIM-BUKAN AKU TAK CINTA



Wah..wah..karoke time dengan lagu iklim.... aku memang sukalah lagu ni....lagu yang mengisahkan seorang balak ni couple dengan awek jepun tapi percintaan dorang dihalang oleh bapak si balak tu sebabnya berlainan bangsa... masa ni orang xnak terima kawen2 campur kot... pastu awek jepun tu selalu hantar surat menunggu si balaknya tu, bagaimanapun dalam kesedihan dan tak nak bagi awek dia terus berharap, si balak tupun hantarkan aweknya tu undangan perkahwinannya dengan awek lain..........uwaaaaaaaa.........kejamnya cinta terhalang....

Thursday, December 9, 2010

PERMAINAN ZAMAN KANAK-KANAK KORANG

Haaaaa..kali ni aku nak cite pasal permainan zaman kanak-kanak lak,zaman kanak-kanak sape? korang dengan akulah...seingat akulaaaa...zaman kanak-kanak aku hanya main je,main permainan yang sangat menyeronokkan...hahahhahaaa..nak tahu apa dia,cuba folow gambar2 kat bawah ni mesti korang jugak ada pengalaman yang sama macam akukan..jom kita imbau sama2 kenangan lalu.................

1. Ini..namanya main tudung botol ataupon tutup botol........tutup botol yang diperlukan sebanyak 5 atau lima sahaja,terdapat banyak langkah (step) yang korang kena ikut dalam permainan ni dan ianya tak kisah berapa orangpon nak main. Masa kecik2 dulu aku terer gak main benda ni cuma sekarang kalo nak main susah da nak dapat tutup botol macam ni......


2. Haaa..ini pulak main teng-teng atau dalam bahasa kelantan orang paggil dek'cok (bunyi bersabdu sikit...dek'cok..bukan dekcok) hahhaaaa......masa kecik-kecik aku  memang lincahlah maen benda ni sbb badan masih ringan tapi kalau sekarang mahu kalah dan termengah-mengah sebab caranya punyala susah iaitu melompat menggunakan satu kaki di petak yang satu dan sampai di petak yang dua barulah boleh guna dua kaki tapi x boleh lama,kena jalan terus.....kebiasaannya bentuknya seperti kapal terbang... atau segi 4, kalau seperti kapal terbang itu namanya dek'cok kapal terbanglah..hehehhehee.....

3.ini paling aku suka main...bola tin atau tuju tin. Dalam game ni kena main secara beramai-ramai baru best sebab undian akan dibuat untuk menentukan siapa yang kena cari. Permainan dimulakan dengan balingan bola sehingga menjatuhkan semua tin ke tanah kemudian semua pemain akan lari bersembunyi.Siapa yang jadi pula akan mencari pemain-pemain lain,dan kena berwaspada dengan pemain lincah yang akan datang menyusun tin kembali,kalo pemain tu berjaya menyusun tin-ting kembali ke bentuk asal alamaknya kena jadi lagilah..hahaha..tin yang biasa digunakan tin susu pekat manis.....

4.Baling selipar.....pernah main? mesti pernah kan...gaya permainannya sama saja dengan tuju tin tapi mempunyai dua kumpulan ,kumpulan yang terpaksa mengejar kena pastikan kumpulan yang dikejar tak sempat susun selipar tersebut,selipar kebiasaannya disusun dalam bentuk piramid. Paling komang tiga pasang selipar dan kalau nak lagi advanture,ambik selipar banyak,,,maknanya kutip semua selipar mak,ayah,atok dan cuba try susun gaya piramid tinggi...hehhehe..kalau sempat sebelum pihak lawan berjaya tangkap

5.congkak? aku dulu tak mampu nak beli congkak kayu. So,arwah nenek aku ajar kita orang adik beradik wat 14 biji lubang atas tanah bawah pohon manggis depan umah aku sebab redup sikit bila nak main. 14 lubang kecik diiringi dua lubang besar pada setiap hujung. Maka menggalilah kita orang dengan sudu yang diambil secara senyap kat dapur. Masa tu konpem kena bebel kat mak sebab sudu makan guna korek tanah. Dan bila siap terus mainla,apa lagi yang paling syok..bukan guna guli tapi biji getah...hahahhah..main sampai kuku semua masuk tanah....dan sampaikan buah getah tu jadi licin tanpa corak dan pecah..ahahahah...

6.Ni lak main batu seremban atau mase kecik aku panggil batu selambut...bahasa akula sebab kita buang ke atas and then kita sambut, tu pasal jadi batu selambut kot...hehehheheh...ini jugak antara permainan masa kecik22..huhuhuhuhuhu...selalunya kita orang akan kutip batu jalan yang kecil sebanyak 6 biji. Kalau nak eksen sikit ada gak yang isi pasir dalam perca kain,,sbb yang ini tak menyakitkan tangan  dari guna batu....aku selalu kalah dan masih tak boleh sambut buah sampai sekarang. So,jangan ajak aku main ni ya...

7.tu dia main galah panjang...ataupun dekat kelantan ada yang panggil "coh" dan ade setengah tempat panggil "gelap cerah" apa tu? haha.... Hahahahaa,permainan ni kena main dua pihak. petak-petak akan dibina untuk menjadi haluan bagi melepaskan diri. Aku cukuplah tak terer main benda ni...hehehehheee...budak-budak lelaki kebiasaan memang suka main permainan ni sebab diorang tak kisah disentuh dimana-mana semasa cuba melarikan atau meboloskan diri. Hehehehheee....

9. Ini pulak gasing..bukan yoyo tahu. Seingat aku,dulu RM50 sen je aku beli gasing tapi gasing plastikla. Pakunya agak tajam juga dan mempunyai benang tebal untuk dililitkan pada badan gasing yang gemok itu, Haaa bila dah habis lilit, lepaskan ia ke tanah dan ia akan berpusing.(cheh, macam iklan tora lak aku). Kawan-kawan laki aku masa kecik siap main lawan gasing,iatu gasing sapa mati dulu dia kalah. Kah22,macam2 diorang ni..tapi aku sampai sekarang tak reti nak campak gasing,asal campak mesti tak berpusing...tensen dah aku..

10. Haahhaaaa...main guli. Ini lagi satu aktiviti masa kecil. Selain teng-teng,guli menjadi sasaran permainan. Dulu,aku memang tak beli guli sebab arwah ayahku selalu beli putu kaler dan dekat putu tu dia lekatkan guli. Kita orang simpan sampai banyak...tapi sayang....guli asyik dirampas sebab selalu kalah main ni......

 11. Da boring sangat..hobi lain adalah merayap ke dalam hutan dengan meletakkan lastik di dahi atau di pinggang iaitu dalam seluar ala-ala isnpektor sahab. Tujuannya adalah nak lastik burung..hahhaha...paling komangpun dapat burung ciak rumah,murai,gembala kerbau. Burung merak dan helang jangan haraplah..hahahhaaaa.....batu kecil digunakan sebagai peluru lastik. Di sebelah utara benda bercabang dua ni dipanggil "terebe" di sebelah pantai timur "bi'dah" .Haaahhaa,lain bunyinya tapi kegunaannya adalah sama....selain lastik burung,boleh jugak lastik cicak..hahahhahahaa..tapi biasanya lastik cicak..kah kah kah...

12.Tu dia,sebagai budak perempuan inilah permainan yang paling-paling aku suka. Hehehhe..main masak-masak,tapi aku main dulu taklah guna periuk dan pinggan plastik sebab mak aku tak akan beli punya benda macam gitu,jadi aku masaklah pakai tempurung. Hehehe...yang paling kelakar siap guna api betul lagi tapi main sorok-sorokla sebab takut kena piat dengan lidi sebab main masak-masak guna api mau melecur atau terbakar..padan muka! Hahahahhaaa

13.Tarik upih. Dulu atok aku banyak tanam pinang kat belakang umah besor die...so,banyaklah upih yang jatuh jadi apa lagi kitorang adik beradik main tarik upihla....abang aku tarik aku punyala laju masa tu sampai tak sempat brek akhirnya aku eksiden hingga berdarah kepala lutut...advanture betul macam naik kereta F1 gamaknya..tapi memang seronok dan kadang-kadang tarik sampai merah tapak tangan..kenala beban yang berat pulak...kesiaannnn



14. Ini lompat getah.............ada banyak peringkat dalam lompat getah ini dari paras lutut,paha,pinggan,dada,telinga,kepala,angkat tangan atas dan bawah..Fuhhh,aku takat paras lutut ke paha bolehlah lompat,paras pinggan ke dada asik kalah jelah...hahahhahaaa.......kena yang pegang tali getah tu pihak lawan yang tinggi-tinggi macam galah memang matilaaaa...........
Hahahahahaa....so.amacam..ingat lagi tak permainan2 ni semua. Banyak lagi yang kita main sebenranya macam main kahwin-kahwin,main polis sentri,main sembunyi-sembunyi tapi kalau nak cerita semua tu dalam page ni memangla tak habis. So,tentu korang ingat semua tukan..hahhaha..bestnya kalau dapat main balik.........



Tuesday, December 7, 2010

RAHSIA AGENDA ALAM HITAM




 Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad....
Novel ni best gila,bermula dari susur galur raja bersiung,munculnya mas gurana,Juan Kilaninta dan Massurya Syah yang ternyata mufrad kelahirannya. Novel ni memang mencabar dan langsung tak puas dibaca,aku baca novel ni samapi hancur lebur.....mana aku leh dapat novel ni.....

Huhhh..ini lak sambungannya..patutla masa yang first tu aku tertanya-tanya dimana penhujungnya....macamana keadaan Massurya Syah nak berdepan dengan Juan Kilaninta....huhuhuu....sesapa yang tahu nak beli kat mana novel ni plz gitau aku.......novel ni memang best.....tak rugi kalau baca.....Tahniah buat Zehan Ur Rakhie dengan idea yang begitu menakjubkan..........................................................................

CUBA TEST MATA KORANG..GAYAT TAK??

Pernah rasa gayat tak.....aku nak bercerita pasal gayat sebab aku memang gayat yang amat.....last aku rase gayat adalah semalam masa ngah jawab exam kat dewan, sebab tak dapat idea nak tulis,akupun dongaklah ke atas dan tengok bumbung dewan yang luas sangat, tiba-tiba otak dan kaki aku macam sakit sangat..aku rasa macam sakit semacam...kenapa? sebab aku sedang mengalami kegayatan!!!!!!!!!!!!!!!!!! (alamak, betol ke ayat ni??) 
hahahha...memang teruk aku punya gayat ni..kalau kau orang tak gayat cubala tengok gambar-gambar yang aku sediakan ni.


Uihh...Korang perasan tak pada imej yang dibulatkan tu?? itu adalah pekerja yang sedang mencuci tingkap hotel yang tinggi tersebut, memang kamikaze betollah tukang cuci tu.....

Kabel car....ahhhh tak sanggup.....gayat siot......


Bayangkan berdiri di atas cermin yang mampu melihat ketinggian dari bawah, aku memang serender.......

Inipun sama juga macam gambar yang di atas tu, mau pengsan kalo aku adalah orang yang tengah berdiri tu

Memang tak takut pada tinggi betol la!

Sudah lumrah mencari rezeki....tinggi tak tinggi kena buat juga




Haahhahaha...apa korang rasa,aku nak buat nipon terketar lutut...gayatlaaaaaaa............dah jadi fobia da aku ni dengan ketinggian.

BUAH-BUAHAN(ZAMAN KANAK-KANAK)

1. Haaa.....ini namanya buah ulat bulu....senang dapat dalam semak2 jek buah ni...warnanya kuning kalo masak..best sangat kalo  dapat makan nak2 lepas balik umah kawan dari main teng-teng.

2.Ini pulak buah nam-nam ataupon kat Kelantan lebih femes dengan nama buah katak puru (sebab bentuknya yang berkeriput) hahahaa memang kelakar tapi rasanya sedap, ada rasa masam, manis, kelat pon ada, kalau makan dengan kicap taruk gula...perghhhhhhh...cuba try... ianya adalah sejenis asam jugak..kalo korang penggemar asam...x payah pergi butterworth..meh datang kelantan cari buah ni ok.
3. Ini pulak buah cenerai....buah ni kecik je,kalo masak warna itam kemerahan..rasanya masam manis, masa kecik-kecik dulu selain dimakan,buah ni digunakan untuk main tembak-tembak dengan senapang buluh,kalau kena tembak kat belakang,mau berbintat belakang!
4. Haaaaa...ini pulak buah kemunting, rasa dia memang manis,dekat kebun getah mak aku memang banyak sangat. Dulu lepas balik kutip sekerap kitorang akan kutip buah kemunting dan makan sambil jalan balik rumah...hehhehee...sambil jalan makanlah buah ni dengan bertemankan bau sekerap....sedap..kalah makan kat hotel you...hehehe

5.Haaa..ini pula buah senduduk..rasanya manis sekali...masa kecik selalu kutip buah ni dan makan banyak-banyak sebab nak nyakat kawan-kawan.yelah bila dah makan gigi,lidah semua jadi itam ..masa tu nampak buruk gile rupa....hahahahahahhahaaaa...tapi jangan tengok sebelah mata je..sebab buah senduduk ni buleh buat ubat..ubat ulser mulut kalo x silap aku....

6.Haaaaa,ini lak buah mata ayam....rasanya jugak manis.....macam buah berry ja (berry Malaysia) tapi masa kecik mak selalu marah time nak kutip sebab takut terkutip buah yang beracun macam buah ni..kempunan nak makan..hehhee