Aku ada kawan yang aku agak kamcenglah dan dia bukan beragama islam, satu hari dia ada menceritakan pada aku tentang rakan sebiliknya yang berkawan dengan budak-budak Melayu dan antara seorang kawan melayunya itu terdapat seorang budak pompuan tu yang aku kenal ,daripada penilaian aku pada budak tu memang jelas budak tu seorang yang cukup2 sosial, berpakaianpon tak cukup kain...apa lagi gambar2 sensorednya dekat dia punya blog!!
Nak dijadikan cerita kawan beragama islam yang lain tu pergilah menunaikan solat semasa diorang keluar bersama-sama tapi apa yang mengejutkan tibe2 budak tu bersoal lantang bila melihat kawan-kawannya tergesa-gesa nak solat.
"Korang nampak ke apa yang korang sembah tu?"
Semua yang ada terkejut termasuk roomate kawanku yang non muslim tu....die telah menceritakan pada kawanku itu agar bertanya pendapat itu padaku,mereka menganggap budak perempuan tadi keterlaluan dan murtad!!!
aku juga terkejut,aku sendiri tak mampu nak nyatakan hal itu...apa yang aku tahu kita kena yakin bahawa tuhan itu wujud.......... tidak kiralah apa agama kita,apa lagi agama islam!!!!! dan kalau aku ada kat situ, aku nak tanya dia..kau nampak otak kau? tak nampak kan? tapi kau tahu kau ada otakkan???
Nak tengok apa respon dia..hehehe...
Aku umat akhir zaman. Aku mencintai orang² soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka..Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka.
Bulan's connection
Friday, January 29, 2010
Tuesday, January 26, 2010
HIJAU
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
DI BUMIKU KINI…
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Kito usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
KENAPA KAU TAKNAK PAKAI TUDUNG?
"Beli dik,dua pasang RM15...beli-beli dua pasang RM 15 je" Laung seorang pak cik penjual kain ketika aku pergi ke tapak Ekspo dekat UUM ni...leka jugak mata aku melihat tudung dan selendang pelbagai warna dan fesyen....tapi aku cuma beli tudung bawal je...maklumlah nak pakai tudung belit-belit aku tak pandai..mau terbelit leher aku ni nanti.
Bila dah beli tudung ni aku teringat kat sorang budak perempuan ni,masa mula-mula aku kenal dia kat minggu orientasi,kepalanya langsung tak dilitupi kain tudung,tapi hampir 2 bulan tak berjumpa aku tengok dia mula mengenakan skaf kat kepalanya tu...comel gayanya walaupun masih nampak rambut terburai tapi bagi aku dia belajar untuk bertudung ,sebulan kemudian aku jumpa dia lagi dan apa yang buat aku tersenyum sendiri ialah melihat dia sudah bertudung penuh....cukup-cukup ayu wajahnya time tu...aku tak sangka bila dia bertudung dia kelihatan sunggguh ayu...mungkin aku juga ayu kot sebab akupon bertudung...hahaha (perasan)
tapi apa yang membuatkan aku rasa tersentak bila ada yang membuka tudung gara-gara takut rambut yang di rebonding tu rosak....dah setahun kot aku kenal dia dengan bertudung tiba-tiba melangkah gah ke dewan kuliah tanpa mengenakan tudung di kepala,menunjukkan rambut yang meliuk lintuk di buai angin pagi....akupon bukan perfect sangat bertudung cuma bila melihat gara-gara takut rambut yang di rebonding rosak,sanggup buka tudung...terkilan juga rasa...duit seratus berkira,dosa dengan ALLAH kenapa tak kira??? wanita islam di luar sana sanggup berjuang untuk menutupi aurat tapi kita kat sini,selamber aje buka tudung padahal selama ni elok saja bertudung..itu yang belom lagi dye rambut tu.......jangan sebab negara kita bebas kita lupa alpa semua tu....
hemmmmppph esok pergi kelas nak pakai tudung oren pulalahh....
LOMPAT TIKAM, NASI DAGANG,NASI KERABU..
hemmmmpphh,tinggal kat Malaysia ni memang mewah ngan makanan..macam-macam ada!!!
tu belom bulan Ramadhan lagi,kalo bulan Ramadhan lagila melambak makanan...orang mengidampon memang puas ati dapat makan...
aku tulis ni sebab tetiba aku rase rindu ngan makanan mak aku kat kampung nun,tadi balik kelas aku singgah cafe dan takde apa yang aku rase nak makan.. rindunya masakan mak.....nasi kerabulaa...nasi lemakla...hai berselera kalo dapat makan nih......
Monday, January 25, 2010
THE KE"DON'T KNOW" STORY
Aku ingat lagi,baru-baru ni semua student uum dianggarkan hampir 90% skala richter lari balik ke kampung masing-masing sebabnya dikatakan takut dgn isu virus H1N1 yang serius melanda UUM,itu aku tak dapat nyatakan nisbah kebarangkaliannya,Namun begitu, golongan yang melarikan diri tu termasukla aku dan member-member sebilikku(sememangnya aku mencari alasan yang munasabah,Sarawak dan lain-lain negeri lagi kat Malaysia ni untuk balik kampung) bagaimanapun di sebabkan tiket yang melambung naik dengan mendadaknya ibarat harga gula yang naik secara mengejut membuatkan Ain tak dapatla nak balik ke Johor, jadi dia cuma berpindah ke kolej luar dar DPP bank Muamalat iaitu Bukit Kachi dan menetap di UUM yg sunyi tu selama seminggu tanpa aku dan Eina
.Dan dalam seminggu tulah dia dikatakan telah banyak menhabiskan masanya berbual dgn international student yang tak dapat balik ke negara dorang tuArakian,pada suatu hari Ain telah didatangi seorang international student dan apa yang menghairankan student tu telah bertanyakan sebiji buah.Sebab cukup sinonim dengan buah tu so, terus Ain terus mengatakan dengan penuh ilmu musim buah yang buah itu adalah "kedondong"
Tapi dengan terbelit lidah student tu ckp "what?kedontknow?".Ain ulang lagi tapi itu jugak yang di sebutkannya sehinggakan Ain mula boring mendengar bait-bait ayat yang berbunyi “Kedontknow” itu,jadi Ain nekad untuk mengi ya kan saje.Dan kisah Ain da Student tu berakhir disitu.
Kendian da puas cuti aku dan Eina kembali semula ke UUM.kerana kelas bermula apada keesokan harinya jadi tiba-tiba Ain menyarankan pendapat yang dirasakan mungkin cukup bernas ibarat beras pilihan bernas.
“Korang nak makan asam tak?masa korang balik kampung waktu aku jogging denganMadihah ada foriengner tu Tanya akau buah apa”
“Buah apa?”Soal aku
“Kedondongla’jawab Ain
Aku tengok Eina mula kecur air liur.
“Hah,bagus,akupon da lame tak makan colek(asam)cepat kita bergerak sekarang!” Arah Eina persis seorang askar di medan kawad palapes.
“boleh-boleh’jawabku dan Ain
“Jangan lupa nanti singgah Unimart kita beli kicap dan gula buat cecah”kata Eina
“Ahh,cuka sekali baru sedap”Sampukku
“Makan macam tu ke?”Soal Ain
“Yalah,tu la orang panggil colek’’kata Eina.
Setelah bersiap-siap ala-ala nak pergi jungle tracking kat hutan Sintok Ain yang mengetahui dimana kedudukan pokok kedondong tu membawa kitorang ke ke kawasan tersebut Masing-masing terbayang rasa buah kedondong yang masam-manis lagi kelat dicecah dengan kicap atau cuka…perghhhhh….Eina yang memang suka asam memang kecur air liur.
jalan punyer jalan kitorang akhirnya smpailah kat bawah sepohon kayu yg rendang dan mempunyai buah yg bujur, berwarna hijau.Ain memberitahu itulah pokok kedondong tersebut,Eina Nampak hairan jadi Aku dan Eina mendongak-dongak melihat buah itu
“Betul dah ni’kataku
“tengoklah siapa,ni Ain”kata Ain.
Kitorang melilau kat bawah pokok itu mencari alternative untuk mengait buah itu dan ketika itulah aku terjumpa buah itu yang keguguran atau tergugur dari pokok.Aku merasakan buah itu agak pelik dari pandangan mata kasarku
“Na,cuba mu tengok ni,betul ke ni buah kedondong”aku bagi buah tu kat Eina
“Betullah,Tak caye korang ni”Kata Ain.Eina mula membuat penyiasatan keatas buah itu dan tiba-tiba dia terus menjerit tahap hysteria hinggakan Bus Unic Liner berkaler biru itu terpakasa brek mengejut ala-ala drift kat litar go-kart UUM.
“Ni bukan Kedondonglah ngok…bukan!Punahlah hasrat aku nak makn colek”Kata Eina
Ain tersengih saja”aku rasa macam ya je”katanya
Aku mengambil buah itu “Ini baru betul-betul ke”don’t know” “kataku
Saat kejadian tu,aku mula terfikir yang Allah itu Maha Besar,banyak benda yang diciptaNya,walaupun sama tetapi cukup berbeza dan sepanjang di UUM ni kitorang dah temui pelbagai buah yang sama macam buah kat kedai buah tapi cukup lain macam buah kecik kat Kolej TM yang macam buah mata Kucing atau Longan,Buah comel kat padang bola yang kitorang ingat buat Pic……Uniknya ciptaan Tuhan dan………..
'Ini betul-betul The KEDONTKNOW" sebab member aku sendiri tupun tak kenal buah kedondong!!
'Ini betul-betul The KEDONTKNOW" sebab member aku sendiri tupun tak kenal buah kedondong!!
Friday, January 22, 2010
KETAWA ADA FAKTA?
Ketawa? ketawa selalunya time kita gembira,rasa kelakar atau mengetawakan orang yang jatuh akibat licin kulit pisang….tapi,pernah ke korang tau ape tu sebenarnya Ketawa? Bagi aku,apa yang aku faham ketawa tu rahsia awet muda….mungkin yea sebab aku memang terasa muda lagi…hahaha….jadi apa yang perlu korang buat adalah, ketawalah sebelum ketawa itu dilarang kat bumi Malaysia ni..(ade ke macam tu?).
2. Ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori dalam badan.
3. Ketawa mampu mengeluarkan udara dalam paru-paru dengan kepantasan 60 mph
4. Terdapat 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah
5. Seseorang yang banyak mempunyai kebarangkalianuntuk menghidap penyakit jantung adalah 40 % lebih rendah berbanding orang yang murung
6. Percayakah korang?terdapat tanaman yang dipanggil bunga tawa. Percaya atau tak apabila melihatnya korang akan ketawa seperti orang gila selama setengah jam
7. Ketawa 17minit per hari dipercayai dapat memanjangkan waktu hidup selama satu hari
8. Rata-rata kanak-kanak berusia enam tahun kettawa 300 kali sehari.tetapi apabila kita tmeningkat tua kita tersenyum dan ketawa hanya 15 kali sehari.
9. Senyuman seorang pelayan mampu membuat pelanggannya memberikan tips tambahan.
10. Fakta menarik adalah baik untuk perut jika korang ketawa selama satu jam tanpa henti.
11.Bayangkan dengan hanya tersenyum,seorang model iklan di Amerika Gordon Todd memperolehi $ 4.000
12. Orang yang tinggal di Brazil dan Kuba lebih banyak tersenyum jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Skandinavia.
Ketawa merupakan satu perbuatan yang bebas dilakukan oleh siapa saja, tua, muda, miskin, kaya, lelaki ataupun perempuan. Tapi tahu ke korang manfaat sebenar ketawa tu dan fakta aneh dibalik hilai tawa korang tu? So,same-same kita follow 12 fakta di balik ketawa korang tu… tak kirala bunyiknya KAH!KAH!KAH!, HA!HA!HA!, HI!HI!HI! atau yang sewaktu dengannya….jadi dibawah ini adalah antara:
12 Fakta Menarik Tentang Ketawa
12 Fakta Menarik Tentang Ketawa
1. Bayi tidak mampu untuk ketawa sehinggalah diorang mencapai usia tiga bulan
2. Ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori dalam badan.
3. Ketawa mampu mengeluarkan udara dalam paru-paru dengan kepantasan 60 mph
4. Terdapat 17 otot wajah yang digunakan untuk tersenyum, sedangkan mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah
5. Seseorang yang banyak mempunyai kebarangkalianuntuk menghidap penyakit jantung adalah 40 % lebih rendah berbanding orang yang murung
6. Percayakah korang?terdapat tanaman yang dipanggil bunga tawa. Percaya atau tak apabila melihatnya korang akan ketawa seperti orang gila selama setengah jam
7. Ketawa 17minit per hari dipercayai dapat memanjangkan waktu hidup selama satu hari
8. Rata-rata kanak-kanak berusia enam tahun kettawa 300 kali sehari.tetapi apabila kita tmeningkat tua kita tersenyum dan ketawa hanya 15 kali sehari.
9. Senyuman seorang pelayan mampu membuat pelanggannya memberikan tips tambahan.
10. Fakta menarik adalah baik untuk perut jika korang ketawa selama satu jam tanpa henti.
11.Bayangkan dengan hanya tersenyum,seorang model iklan di Amerika Gordon Todd memperolehi $ 4.000
12. Orang yang tinggal di Brazil dan Kuba lebih banyak tersenyum jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Skandinavia.
Thursday, January 21, 2010
1 MALAYSIA DISH
Haaaaaaa...........ini antara makanan-makanan rakyat Malaysia yang sempat aku uploadkan........sebenarnya masih banyak dan tak terhingga lagi makanan yang ada di Malaysia,maklum sajalah Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai keunikan dan keenakkan makanan yang tersendiri jadi,tidak salah jika semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bersama-sama menikmati pelbagai keenakkan makanan di Malaysia,begitu juga dengan para tousrist dari luar negara,boleh saja menikmati pelbagai makanan yang lazat di Malaysia...enjoy....it.....yummy!!!!
EUUWW..COKE!
Hari tu aku ada kelas Basic Enterpreneurships dengan Pn.Syahrina dekat DKG 2/1 ,tengah syok-syok belajar tentang keusahawanan ni, timbullah cerita tentang yayasan Pulau Pinang dan minuman berkabonat Coca-Cola, Aku berilah perhatian sikit tentang isu tu…..Maklumlah mase kecik-kecik dulu dan besar-besar la nipun aku memang minat minum Coke…macam-macam nak try…Vanilla Cokela,Camnilah,dan macam-macam lagi……So,mendengar cerita Puan Syahrina tu membuatkan tangan aku dengan pantas mencari maklumat menggunakan jaringan Googles…dan apa yang aku dapat adalah fakta seperti yang tersenarai dibawah dan difahamkan kajian santifik ni telah dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Petikan itu juga mengatakan dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dengan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.Tapi cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Heheeee,aku no komen….. Dalam Petikan tu juga menulis Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1) Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!daripada buang merata elok rendamkan aje dalam bekas coke
2) Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang disebabkan tindakan 'citric asid' yang ada dalam Coke tuDisini dapatlahkita buat andaian bahawa coke juga boleh menjadi satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3) Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! Tak Payah guna kertas pasir…
4) Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5) Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6) Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuhlah macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke….manalah tau sedap..
7) Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8) Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Termasuk DPP Perwaja dekat UUM.(Hehehe) Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,( bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin tu)pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9) Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
10) Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak)dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.Aduhhhh dah jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah. Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? akupun minum sekali sekala! dah jadi tabiat orang kita,air suam apelah sangat, Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
So,itu ajela fakta yang dapat aku dapat tentang Coke……….fakta nipun aku dapat dari Blog seorang Brader x silap aku….Apepun setiap perkara tu ade baik buruknye…ibarat kata lecturer aku tu…Radix Colakan Ade!!!
|
Wednesday, January 20, 2010
10 FAKTA MENARIK KORANG KENA TAU
1.Ruang antara dua dahi kita dipanggil 'Glabella'
2.Buah anggur ditanam di serata dunia melebihi buah-buahan yg lain
3.Obor sukan olimpik dianggarkan sekitar 3 paun
4.Google akan menerima lbh 200 juta soalan setiap hari yg mana separuh daripadanya adalah dari Amerika Syarikat
5.Pada asalnya bola Golf dibuat dari kayu tapi kemudiannya dibuat daripada kulit dan disumbatkan dengan bulu
6.Pada tahun 1888,seorang petani di Mesir telah menjumpai sebanyak 300,000 mumia kucing di Beni Hassan,Mesir
7.Di AS,pengeluaran susu disana dianggarkan pada kadar 12000 paun sehari
8.Pulau Tasmania diketahui sebagai negara yang mempunyai udara yang paling bersih di dunia.
9.Kerosakan otak boleh berlaku apabila suhu demam panas melebihi 107.6 fahrenhareit
10.Orang2 yang mempunyai penyakit alahan boleh merendahkan alahan itu dengan ketawa
2.Buah anggur ditanam di serata dunia melebihi buah-buahan yg lain
3.Obor sukan olimpik dianggarkan sekitar 3 paun
4.Google akan menerima lbh 200 juta soalan setiap hari yg mana separuh daripadanya adalah dari Amerika Syarikat
5.Pada asalnya bola Golf dibuat dari kayu tapi kemudiannya dibuat daripada kulit dan disumbatkan dengan bulu
6.Pada tahun 1888,seorang petani di Mesir telah menjumpai sebanyak 300,000 mumia kucing di Beni Hassan,Mesir
7.Di AS,pengeluaran susu disana dianggarkan pada kadar 12000 paun sehari
8.Pulau Tasmania diketahui sebagai negara yang mempunyai udara yang paling bersih di dunia.
9.Kerosakan otak boleh berlaku apabila suhu demam panas melebihi 107.6 fahrenhareit
10.Orang2 yang mempunyai penyakit alahan boleh merendahkan alahan itu dengan ketawa
Monday, January 18, 2010
SERAM MALAM TAHUN BARU 2010
Malam tu dalam jam 12, lepas balik dari computer lab kolej kitorang bertiga terus borak-borak sambil melepak santai atas katil masing-masing. Namun disebabkan mata yang masih segar bugar ibarat sayur segar kat pasar, Ain mencadangkan agar roommateku yang sorang lagi si Eina untuk membuka laptopnya.
“Nak buat apa buka laptop?” Soal Eina sambil bermain SMS dengan seseorang yang kitorang kenali sebagai ehemp-ehemph……
Aku cuma melihat keletah mereka berdua sambil berbaring di katilku dengan memeluk Spongesbob kesayangan yang aku beli di Pekan Changlun yang harganya RM10.
“Alaa…kita tengoklah cerita Hantu Jamu Gendong tu” Kata Ain
“On jela Na laptop tu, dah banyak hari si Ain ni nak layan cerita tu. Dalam laptop aku bukan ada cerita tu, aku kan penyokong filem tempatan” Beritahuku sambil tersengih kerana memikirkan laptopku yang sebenarnya penuh dengan cerita orang putih. Ceh, filem tempatanla sangat....
Tanpa banyak bertanya lagi, Eina terus membuka laptopnya. Kitorang apa lagi terus ambil port masing-masing dan start layan cerita dari seberang itu. Seperti biasa, setiap kali layan movie kitorang akan memadamkan lampu bilik ala-ala kat panggung wayang gitu. Yang peliknya, aku yang kureng melayani cerita dari seberang turut bertindak melayani cerita ala-ala serem tu bersama diorang berdua.
Eina duduk berhadapan dengan laptopnya manakala Ain duduk di sebelah Eina berhampiran tingkap bilik kitorang yang sentiasa terbuka tapi hanya ditutupi langsir bilik dan jaring nyamuk sahaja manakala aku pula berada di tengah-tengah namun di belakang diorang berdua.
“Na,takutnya suara dia buat tu” Kata Ain sambil memeluk bantal busuknya yang menjadi mangsa pelukan apabila dia merasa ketakutan akibat dari bahan tontonannya itu. Aku pula hanya menonton sambil melayani SMS, acuh tak acuh saja sebab aku tak minat cerita hantu.
“Ni tak takut Mek Ain oi…jap lagi kalo mu dengar perempuan hantu tu yang sebut lagi seram,aku tengok waktu tengah hari pun seram ketiak” Kata Eina dengan seriusnya kepada Ain.
“Bila mu tengok Na?’’Soalku kerana itu adalah kali pertama kami menonton filem tersebut.
“Masa kat rumah hari tulah”Jawab Eina
“Huh…tak takutpun, cerita diorang ni tak macam cerita seram kitalah..tu pasal aku tak minat sangat cerita diorang tapi jangan tunjuk yang ngesot-ngesot sudah, aku memang seriau sikit kalau yang mengesot ni" Kataku cuba untuk cover ketakutan.
“Tapi takut Sha, ceita Terowong tu takut..dahla aku tengok sorang-sorang, ko tengok dah last-last dah masa tu” Kata Ain
“Tak takutpun sensored je banyak”Jawabku.
“Betul tu aku tengokpun tak takut dahla banyak sensored macam mat salleh” Sampuk Eina
“Tapi takut…betul...” Kata Ain masih cuba mempertahankan dirinya tentang salah satu cerita seram yang ditontonnya.
“Ah, mu tu memang nak tengok sangat cerita hantu tapi penakut” Kataku sambil terus melayani SMS.
Tiba-tiba Eina bersuara
“Hah dengar tu Mek Ain suara dia...…seramkan?”
“Eh,apa dia sebut tu..jamumas? apa tu jamumas?” Soalku
“Dia cakap nak jamu ke tak bang? Mas tu abanglah” Translate Ain. Aku tau Ain memang expert sikit tentang bahasa Indonesia ni sebab ayah dia lecturer dan selalu turun mengajar dekat Indonesia.
“Oooohhh” Kataku panjang. Bagaiamanapun sepanjang cerita itu bersiaran di laptop Eina, aku asyik nak tergelak saja dengan beberapa scene yang aku rasa lucu, Eina juga akan turut tergelak apabila aku gelak kecuali Ain yang gelaknya hanya kadang-kadang disebabkan dia memang merasa takut. Aku sebenarnya bukan nak tunjuk berani walaupun ada a few scene tu memang aku seriau bulu betis jugak tapi dah memang perangai aku, aku suka tengok whole surrounding dalam scene tu jadi adalah sahajalah benda lucu yang mata aku tertangkap.
Kitorang bertiga teruslah menonton sehingga cerita itu tamat dan apa yang jelas kitorang masing-masing tidak berpuas hati kerana pengakhiran ceritanya tak seperti yang diharapkan, masih ada yang dirasuk di ending ceritanya. Kononnya nak bagi lagi seram tapi cerita tu jadi macam tak best pula, macam like so cliche....gitew....
“Alaa macam ni je…tak puas hatilah” Kata Ain
“Ha'ah, akupun hairan kenapa perempuan tu jadi gila,diakan tak salahpun dalam kes ni” Kataku kehairanan.
“Lah,diakan dah nampak hantu tu sebab tu dia jadi gila. Hah nak tengok cerita apa lagi?” Soal Eina setelah menjelaskan sebab salah seorang watak tersebut menjadi gila.
“Dah pukul berapa dah ni?”Soalku
“Baru pukul 2, rilekslah kita bukan ngantuk lagi. Hmmm, kita layan cerita ni nak?” Soal Eina sambil membuka satu cerita melayu pula.
Aku ikut layan saja walaupun aku sebenarnya kureng dengan movie melayu yang bagi aku banyak berunsur cinta. Pelakon movie itu pula yang kureng aku gemari juga, nasib baiklah ada pelakon kegemaran atuk aku brader Harun Salim Bachik yang aura lakonannya memberikan tarikan untuk aku layani cerita tersebut. Cuma, yang tak bestnya cerita tu adalah scene-scene kelakar walaupun tak banyak sangat tapi bila ada mampu membuatkan kitorang bertiga tergelak besar.
Jam ketika itu, sudah pukul 3.30 pagi dan saat tu scene Harun Salim Bachik berkata pada pasangan lakonnya
“Betul ke?”
Aku masih biasa sahaja sambil fokus menonton tapi tiba-tiba aku tengok Ain tak tentu arah dan Eina terus berkata
“Tak usah dok cara-cara (peduli)lah Mek Ain”
Ain terus pandang aku
“Ko dengar tak apa yang aku dengar tu?” Soal Ain sambil mengusap batang tengkuknya dan saat itu aku juga mula mendengar suara halus mendayu kat tepi tingkap bilik kami.
“Haaaaa…Betul tu!!”
Apalagi Ain terus melompat bangun dari kerusi, melihat reaksi spontan Ain tu, terus membuatkan aku terjerit penuh seram.
“Apa jerit-jerit pula ni, tak usah dok cara sudahlah, buat tak tahu saja” Marah Eina yang cuba mengcontrol keadaan cemas ketika itu penuh tanggungjawab.
“Orang dalam,aku nak join boleh tak?” Suara perempuan tu kedengaran lagi, dengan sayu mendayunya.
Aku dan Ain mula terduduk di atas katil Eina tak tentu arah, jam sudah pukul 3.30 pagi, mana ada orang lagi? Lebih memarahkan keadaan bila aku mula teringat bahawa malam itu adalah malam Jumaat! Orang cakap malam jumaat ni malam hantu...betul ke? Dan apalah nasib kitorang yang gatal nak layan movie hantu pada malam jumaat tu dengan pakej ketawakan watak hantu tu, Aku dan Eina rupanya memikirkan perkara yang sama namun bagusnya Eina, dia masih kekal di kerusi. Aku dan Ain mula berpeluh ketiak menahan perasaan takut yang bukan kepalang.
“Bukalah tingkap ni, aku nak masuk!” Suara tersebut berbunyi lagi, Eina akhirnya bingkas bangun dari kerusi, tak boleh jadi ni! makin dibiar makin teruk dikacaunya kami. Ayatul kursi yang aku baca sudah mula beterabur, Eina pula mulai mendail-dail nombor telefon siapa aku dan Ain tak pasti sambil itu dia turut terkumat-kamit membaca Al-Fatihah.
“Tak boleh bukalah,Jahatlah korang ni…..”Suara tu makin galak menganggu.
Eina mula duduk di sebelah Ain kitorang bertiga duduk berhimpitan atas katilnya, masing-masing sudah tak tentu arah.
“Sha bunyi apa tu?” Soal Ain
Aku geleng kepala sambil memegang tangan Ain. Aku mula terketar tahap ketaran yang agak tinggi nisbahnya apabila melihat Eina. Tangan Eina masa tu jelas kelihatan mengigil sewaktu mendail nombor telefon.
“Mu telefon siapa Na?’’Soalku
“Kak Su” Beritahu Eina. Kak Su adalah kakak senior yang berada di sebelah bilik kitorang. Setelah berjaya menelefon Kak Su, tak sampai 5 minit pintu bilik kitorang diketuk, aku dan Ain terus meluru mahu membuka pintu tapi dihalang oleh Eina. Tindakkannya membuatkan kami berdua saling berpandangan.
“Siapa tu?’’Soal Eina penuh berani.
“Kak su ni" Jawab orang di luar.
Apabila yakin itu adalah kak su terus kitorang buka pintu bilik. Kitorang menarik kak su masuk ke dalam bilik, bila Kak Su masuk, aku terus buka lampu
“Tak yah buka nanti dia perasan”Kata Eina, apalagi terus aku tutup balik lampu tu.
“Apa dah jadi ni korang? Siapa kacau? dia intai korang ke?” Soal Kak Su sambil memisat-misat matanya, dia memikirkan kitorang telah dikacau lelaki.
Kitorangpun terus menceritakan segalanya kepada Kak Su dengan versi masing-masing, setelah menganalisis cerita kitorang Kak Su dengan beraninya terus merapati tingkap. Selamba saja dia selak langsir bilik kitorang sedangkan kitorang di belakang masing-masing rasa nak terkucil dah. Kitorang lihat Kak Su yang terus meninjau suasana gelap di luar bilik.
“Macamana Kak Su?”
“Tak ada apapun, ada tu hah budak bilik hujung tu tengah bersembang kat bawah lampu jalan” Kata Kak Sue
“Budak bilik hujung?’’ Kitorang rasa tak percaya dengan apa yang Kak Su bagitahu, kejadahnya diorang tu duduk belakang bilik pukul 3-4 pagi macam tu.
“Ya, yang chubby dan kawan dia yang kecik-kecik tu’’ Kata Kak Su.
Kitorang terus meluru ke tingkap untuk memastikan apa yang diberitahu oleh Kak Su, dan sungguh bagai yang dikata kelihatan di bawah sinaran lampu jalan yang agak-agak boleh menampakkan sehingga lubang hidung, si Noni dan Pija sedang landing di kaki lima ibarat sedang berada di Pantai Merdeka.
“Kurang ajar diorang rupanya yang pedajal kita!"
Masa tu kitorang memang frust tahap tapir dan mentibang bukit melihat dua makhluk itu. Setelah meminta maaf pada Kak Su kerana menganggu waktu tidurnya, kitorang bertiga terus keluar mendapatkan Noni dan Pija. Bila keluar tu baru kitorang perasan, rupanya ramai lagi manusia yang masih segar bugar sedang berlegar-legar di sekitar kolej kitorang. Ya ALLAH, kitorang memang lupa malam tu adlaah malam tahun baru! Mana ada orang tidur lagi walaupun dah pukul 4 pagi, masing-masing dengan agenda tahun baru dan berseronok menyambut tahun baru 2010!
“Sorrylah wei, korang takut ke?Aku tak bajetpun nak usik korang..” Noni tersengih sambil menampakkan giginya yang putih bersih, mungkin digosok menggunakan jenama ubat gigi terkemuka Malaysia.
Kitorang menggeleng sambil ketawa besar, memang tak puas hati dengan kisah tahun baru tu! Cukup-cukup rasa terkena dan malu sehingga terpaksa mengejutkan Kak Su pada jam 3.30 pagi,
Aku pula mula terfikir sendiri, balasan kot cakap besar!
Hahaha padan muka kitorang bertiga, patutnya malam tahun baru nak-nak yang jatuh pada malam Jumaat eloklah solat sunat tahun baru atau buat bacaan yaasin, ini tidak kitorang boleh layan cerita hantu pulak dah siap gelakkan watak hantu tu lagi!
Hish..seram sungguh malam tahu baru kitorang (seram dengan perangai sendiri sebenarnya)
Hahahabes!
Subscribe to:
Posts (Atom)