Samizi atau lebih mesra dalam kalangan
teman-temannya sebagai Sam tersenyum puas melihat ladang sayurnya yang saujana
mata memandang itu, setelah bertungkus-lumus, bekerja keras, bersengkang mata
dan sekalian ber lagi membanting tulang 4 keratnya itu kini dia sudah
memperolehi apa yang diinginkannya.
Sam
kini seorang petani muda yang berjaya di kampungnya itu, dia kini memiliki 3
buah BMW dengan banglo mewah siap ada swimming pool lagi, duitnya memenuhi
setiap bank yang ada di daerah itu, Bank Encik Rashid dan Isteri, Bank Cintaku
Ibarat Siput dan Bank Fullmetal Achimest kecuali Bank Negara sahaja yang belum
berjaya ditakluki Sam. Hal ini membuatkan Sam menjadi seorang jutawan muda yang
sangat popular, namanya sentiasa mengukir halaman utama Hairan Metri atau Kismo,
jumlah likers di Facebug fanpage Sam juga sudah mencecah ke angka 100K, begitu
juga dengan followernya di Tweeker. Kerana menjadi seorang yang sangat popular
juga Sam sentiasa mengupload video-video “kaedah penanaman yang betul”
“Pengunaan baja kepada tanaman” di My Tube dan videonya yang diiringi lagu
“twinkle-twinkle little star” itu menjadi video paling top mengalahkan PSP yang
membawa lagu Opah Atok Makyong Style.
Suatu pagi yang damai, ketika Sam sedang
mengarahkan pekerja-pekerjanya mengutip sayur-sayuran yang segar itu muncul Putra
Ezam Shah atau lebih mesra sebagai Ezam Putra dan juga Ami Rafael. Kedua-duanya
adalah sahabat Sam sejak tadika lagi namun pencapaian Ezam Putra dan Ami Rafael
tidak sehebat Sam, mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan muda sebaliknya
masing-masing hanya memiliki bengkel motosikal dan kedai henpon sahaja.
“Malam
ni ada bola, ehem lawan ehemmm… jom tengok nak Sam, dekat kedai Pak Mud” Kata
Ami Rafael
“Malam
ni ya…ok, kalau macam tu aku cancelkan semua meeting aku dengan D.O semua
dengan YB, kita pergi tengok bolalah” Kata Sam
“Lepas
isyak kita terus gerak ke kedai Pak Mudlah” Kata Ezam Putra pula. Sam
mengangguk sahaja.
Dan malam itu seperti yang telah
dijanjikan, selepas menunaikan solat isyak bergeraklah mereka bertiga ke kedai
Pak Mud untuk bersama-sama menonton perlawanan bola antara ehemmm ehemm lawan
ehemmm ehemm. Orang-orang kampung yang turut sama menyaksikan perlawan tersebut
merasa cukup gembira dengan kedatangan Sam, apatah lagi mereka semua dibelanja
makan dan minum oleh Sam. Maklum sajalah, sejak menjadi jutawan muda Sam jarang
sekali berpeluang untuk melepak di kedai itu bersama mereka semua, bersama
menyaksikan cerita Doraemon, Upin Ipin mahupun Atromen Taro.
Jam
11.30 malam, setelah perlawanan tamat kesemua orang kampung mulai beransur
pulang begitu juga dengan Sam, Ami Rafael dan Ezam Putra. Mereka bertiga
berjalan kaki bersama-sama untuk pulang ke rumah masing-masing, sesampai di
rumah Ezam Putra, mereka berhenti sejenak untuk berbual, unggun api yang
dinyalakan oleh ibu Ezam Putra untuk membakar sampah menghangatkan lagi malam
mereka.
“Tak
sangkakan walaupun kau dah kaya raya macam ni kau masih macam dulu, tak
sombong..datang tengok bola dengan kami..belanja kami” Kata Ami Rafael sambil
duduk di atas batang pokok kelapa yang tumbang
“Yeke?
Alah, setakat belanja tak sampai RM100 tu apalah sangat” Kata Sam sambil
meraba-raba kain pelikatnya mencari sesuatu.
“Tapi
kebanyakkan orang ni Sam, bila dah kaya mulailah lupa diri” Kata Ezam Putra
pula sambil menari shuffle di hadapan unggun api itu.
“Hahahah”
Sam ketawa sambil mengeluarkan sebatang rokok
“Aduhh
tak bawa lighter pula…” Katanya
“Tu
api tukan ada” Kata Ezam Putra seraya menunjukkan unggun api yang marak itu.
“Ye
tak ye jugak” Sam mengeluarkan sekeping not 100 lalu menyuakan pada api itu.
“Eh…kenapa
kau bakar duit tu” Ami Rafael dan Ezam Putra terkejut melihat Sam menggunakan
duit itu sebagai alat ganti “lighter”
“Alah,
RM100 jelah… duit aku berlambak-lambak lagilah dekat rumah dekat bank..tak
luakpun setakat RM100 ni” Kata Sam sambil ketawa. Ezam Putra dan Ami Rafael
masing-masing saling berpandangan dan melihat sahaja duit kertas itu hangus
terbakar. Mereka tidak sangka Sam sanggup membazirkan rezeki itu begitu sahaja.
Keesokkan
harinya, kecoh satu kampung bercerita tentang ladang sayur Sam yang rentung
terbakar malah tidak ada apa yang tinggal disitu walaupun sehelai daun sawi.
Pihak bomba tidak menjumpai sebarang punca datangnya api yang membakar
keseluruh ladang sayur Sam itu manakala pihak polis juga memberitahu tidak ada
sebarang kes khianat. Maka dari situ, sedarlah Sam bahawa itu semua berpunca
daripada sikapnya sendiri, tanpa sedar dia mulai angkuh dengan kekayaan yang
diperolehinya itu, dia mulai lupa pada Sang Pemberi Rezeki. Dia membazirkan
RM100 begitu sahaja, sedangkan jika dia bersedekah sudah pasti rezekinya
berlipat kali ganda lagi. Sejak itu Sam mulai berubah, dia tidak lagi menjadi
manusia yang riak sebaliknya dia menjadi seorang yang sangat suka bersedekah
walaupun di dalam poketnya kini cuma ada RM1.
Sekian,
P/S :- Jangan takbur bila dah kaya sebab
rezeki tukan dari ALLAH, kalau kita riak anytime je ALLAH boleh tarik rezeki tu
tau…….