Bulan's connection

Sunday, April 1, 2012

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Ini adalah ulasan kuliah SPE bab 9.. buat blogger2 yang pening baca ulasan ni..endahkan..hehe sebab ini untuk DR.AHMAD SAHIDAH je...



Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia dan boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik, ada yang memerlukan penyelesaian secara agama, ada juga yang memerlukan penyelesaian secara perasaan dan secara kreatif.
Dalam bab ini merumuskan masalah dikategorikan dalam pelbagai jenis seperti masalah berbentuk misteri, puzzle, dilema dan peluang.  Masalah dan isu sering datang bersama dan perlulah dicari jalan penyelesaiannya.  Manusia sering menggunakan perkataan masalah dan isu sedangkan kedua-duanya adalah sesuatu yang berbeza. Isu adalah sesuatu yang perlu ditangani manakala masalah jika tidak diselesaikan akan menjadi satu isu yang rumit.

Antara sifat penyelesaian masalah yang disenaraikan oleh Francis,1990 pula ada 4 jenis iaitu
i)                    Motivasi yang kuat
ii)                   Trait positif
iii)                 Jati diri
iv)                 Membina kemahiran
Motivasi yang kuat adalah kebolehan individu untuk mengatasi  kesukaran yang  dihadapi dengan tenaga yang ada pada diri mereka. Individu akan cuba mengatasi segala kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang dianggap sukar oleh orang lain.
Dalam kategori motivasi yang kuat ini individu akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk mencari  penyelesaian apabila masalah yang dihadapi mereka menjadi semakin rumit.
Trait yang positif
Sifat peribadi individu akan membolehkan mereka mencapai kejayaan. Individu yang mampu menyelesaikan masalah akan menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah.   Selian minat, individu perlu mempunyai kebolehan  untuk menyelesaikan masalah.
Jati diri
 Individu mesti lihat diri mereka sebagai seorang yang berkebolehan tetapi masih sedar tentang kekurangan dan batasan  yang akan dihadapi.
Membina kemahiran

Individu akan menggunakan pelbagai teknik dan model untuk menyelesaikan masalah sepeti yang dinyatakan oleh Chang dan Kelly,1993
I)                    Kenal pasti masalah
II)                  Analisa punca
III)                Kenal pasti cara penyelesaian
IV)               Pilih penyelesaian yang terbaik
V)                 Bentuk plan tindakan
VI)               Pelaksanaan dan penilaian

Model 8 langkah Fracis.1990
I)                    Tuning in
II)                  Objective setting
III)                Success mesurement
IV)               Information collection
V)                 Decision-making
VI)               Planning
VII)             Action
VIII)           Review to improve

Kategori masalah
Francis mengkategorikan 6 jenis masalah iaitu misteri, tugasan, kesukaran, peluang dan puzzles dan dilema
Manakala langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah seperti
a)Mendefinisikan masalah,
b)Mengkelaskan masalah
c)Tentukan objektif
d)Tentukan ukuran kejayaan
e)Kutipan data
f)Membuat keputusan
g)Melaksanakan keputusan yang diambil
h)Penilaian.

Seterusnya penyelesaian secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti
a)Mengadakan hipotesis
b)Mengumpul maklumat
c)Membuat kesimpulan
d)Penyelesaian secara kreatif/lateral

Dalam program CoRT(Cognitive Research Trust) terdapat kaedah 6 topi berfikir yang harus dipakai secara berasingan oleh individu atau secara berkumpulan
I)Topi Hijau
II)Topi Kuning
III)Topi Putih
IV)Topi Hitam
V)Topi Merah
VI)Topi Biru

Dalam konsep kecerdasan emosi pula terdapat 5 domain utama
i)Kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii)Kebolehan dalam pengurusan emosi
iii)Kebolehan meningkatkan motivasi
iv)Kebolehan mengenal emosi orang lain
v)Kebolehan menjalin persaudaraan

Selain 5 domain  ini terdapat penyelesaian secara islam. Dalam islam ini terdapat dua corak penyelesaian iaitu penyelesaian secara hukum dan pendekatan sufi. Biarpun nampak berlainan namun sebenarnya ianya saling melengkapi.



No comments: