Sha's connection

Wednesday, October 23, 2013

PETUA LEMBUTKAN KULIT





Okep….petua ni pulak aku dapat dari kakak aku yang nombor 2..korang mesti nak kulit lembut kan? Dan tak perlu nak buang banyak sangat duit untuk beli produk yang belum tentu sesuai dengan kulit korang tu.

Okey..aku ada petuanya, mudah, jimat dan berkesan. Selain lembutkan kulit petua ni mampu menghilangkan daki-daki kat badan dan sel-sel kulit mati yang dah lama mati kat badan kita tu. Jadi cara-caranya adalah

1.       Korang amik segenggam beras (tak kiralah dari mana-mana jenama sekalipun..hehehe)
2.       Korang blender beras tu sampai jadi hancur.

3.       Pastu korang tuangkan air kat dalam beras yang sudah hancur tadi biar jadi macam bedak sejuk. Suggestion aku jangan korang tuang semua beras hancur tu sebab segenggam beras tadi bila di blender akan jadi banyak sangat, korang anggar2 banyak mana yang korang nak baru korang tuang air.

4.       Lastly, bawak masuk bilik air dan masa nak mandi tu korang lumurkan kat badan korang dan gosoklah beras yang hancur tadi tu kat badan korang. Gosok sampai korang puas hati kemudian barulah korang mandi.

5.       Jangan simpan beras yang basah tu (yang tak habis korang guna tu) sebab baunya akan masam. So, bajet-bajet je banyak mana yang korang nak pakai.
6.       Amalkan setiap kali mandi, 2 atau 3 kali seminggu. InsyaALLAH berkesan yang penting jangan cepat mengalah.

Jimat kan?? Tak rugi try sebab segala petua yang aku bagi kat blog ni semuanya aku cuba sendiri dan ada hasilnya.

No comments: