Bulan's connection

Sunday, April 10, 2011

BAHASA KUCING

aKu ingat lagi...satu petang yang damai aku keluar dop termenung depan pintu bilik hostel aku..mood masa tu masih mamai sebab baru bangun tido, saat tu aku nampak "Noti" anak kucing yang biasa kami main, lincah sangat anak kucing tu maklumlah kucing jantan. Kebiasaannya aku juga akan berbual dengan Noti seolah-olah dia mengerti akan bahasa melayu ku ini namun terasa puas juga,tengah syok aku perhatikan noti yang jalan terkedek-kedek dekat koridor tu.muncul budak cina depan bilik aku tu lalu mendukung Noti,di tanggannya ada sebungkus makanan...aku hanya perhatikan sahaja ,aku tengok dia letak Noti ke lantai dan membuka pembungkus makanan itu lalu dia bercakap-cakap dengan Noti dalam bahasa cina..... aku tercengang dan spontan bersuara

"Hek eleh budak cina ni.macamlah kucing tu faham bahasa dia" rungutku sambil bangun dan masuk ke dalam bilik.mengambil tuala mandi dan bakul mandian lalu menuju ke bilik air,mataku tak lepas lagi tengok budak cina tu dop bersembang sambil menggosok kepala Noti dan saat itu aku menepuk dahi

"Hahhaahaa.....aku kata kat budak cina tu..padahal akupun sama,macamlah kucing tu faham bahasa aku...hahahaa"

Adoi...motifnya.....jangan cepat nak melulu kata..perhati dan belajar dulu.... agak2 kucing tu faham semua bahasa ke?

No comments: